Thursday, December 30, 2010

tahniah malaysia...

sudah agak lama sejak kali terakhir aku menulis... tersangatlah sibuj sebenarnya, dan aku tak ada masa yang tenang untuk menulis... kali ini aku mengambil kesempatan untuk menulis sebagai penghargaan kepada team bola malaysia yang baru saja memenangi piala aff semalam...

mintak maaf, mereka takkan dapat sebarang pujian dari aku, hanya ucapan tahniah... bukan kerana apa yang mereka lakukan tidak bagus, tapi hanya kerana kepercayaan aku kepada bolasepak malaysia sudah agak memudar... seringkali mereka bagus pada satu2 pertandingan, kemudian pada pertandingan yang lainnya mereka agak layu... jadi aku hanya akan hulurkan ucapan tahniah dan bukan pujian, kerana aku tidak mempunyai apa2 kepentingan dalam hal ini...

aku pasti ramai yang bergembira dengan kejayaan ini... aku juga begitu... dan sudah tentu ramai pula yang ingin menumpang atas kejayaan ini sebagaimana lazimnya yang berlaku... selepas ini aku pasti ramailah yang akan bercakap mengenai bolasepak, yang seakan penuh pengetahuan tentang bolasepak... sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah untuk menjual diri, dan membuatkan diri terkenal dengan ayat2 manis memuji... kenapa aku katakan begitu, kerana ia sering berlaku dalam sukan di malaysia...

sekali lagi tahniah untuk pemain malaysia... mereka mungkin pemain terbaik yang kita ada buat masa ini... tapi 4-5 tahun akan datang, adakah mereka masih yang terbaik... apa perancangan kita kepada pelapis muda untuk menggalas cabaran di peringkat antarabangsa... pembangunan pemain muda dari peringkat junior sangat perlu... maksudnya pembangunan secara menyeluruh, bukan hanya menghantar 1 team berlatih di luar negara... untuk kekal bersaing dan terus memajukan bolasepak negara, kita bukan hanya perlu ada 1 team, tapi pembangunan menyeluruh untuk melahirkan pasukan yang benar2 berjiwa malaysia...

jelas sekali tulisan ini mungkin tidak akan dibaca dan didengari oleh sesiapa... tapi ini sekadar pandangan aku yang aku rasakan perlu dilakukan... jangan kita hanya berharap pada team yang ada ini tanpa memikirkan perancangan masa depan... jangan jadi seperti badminton, menggantung harap semua pertandingan pada lee chong wei, memerah keringatnya selagi boleh sedang ramai pemain pelapis berbakat yang boleh mereka hantar untuk pertandingan antarabangsa... apa jadi sekiranya lee chong wei sudah melepasi tahap terbaik... siapa yang akan kita harapkan...

sekali lagi tahniah kepada semua yang terlibat... semoga mereka bertambah maju dan dapat mengembalikan keyakinan aku pada bolasepak malaysia...

Tuesday, December 14, 2010

hargailah...

seindah- indah permata, ia masih dibingkai kaca, menanti untuk dimiliki... sedang sekusam- kusam pasir, ia sudah pun di hujung kaki, menunggu untuk dihargai...


* hargailah apa yang kamu telah ada... milikilah ia kerana ia sememangnya sudahpun menjadi milik kamu... jangan bila sudah terlewat, kamu telah kehilangannya sedangkan apa yang kamu idamkan tidak dapat kamu miliki... janganlah kerana ternampak lembu di hujung padang, maka ayam di tangan kamu lepaskan... berhati-hatilah dalam memilih, dan pilihlah dengan sepenuh hati...:-)

Monday, December 13, 2010

abandoned...

this is nearly to be an abandoned blog... sorry, really busy to update any post... a lot of story, a lot of things to share, but really lack of time... will be resume soon... love this blog although i'm not see it everyday... hope to be back together soon...:-)

Wednesday, December 8, 2010

hormat...

walau anda berjumpa dengan seorang yang gila...
walau anda berjumpa dengan seorang hamba...
walau anda berjumpa dengan seorang pencuri...
walau anda bejumpa lelaki atau perempuan...
malah walau anda berjumpa seekor haiwan sekalipun...
mereka masih layak untuk di hormati...
sekurang2nya dengan cara mereka...

apa yang kita beri, akan datang kembali pada kita...
maka berikanlah yang terbaik...
agar yang kembali pada kita juga adalah yang terbaik...:-)

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah 1432...



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


p/s: salam maal hijrah untuk semua... walaupun kita lebih mengenali masihi berbanding hijrah, tapi hijrah adalah titik perubahan kita... maka jika ingin berubah, ubahlah mulai sekarang... semoga perubahan itu ke arah yang lebih baik... semoga tahun mendatang kita semua akan bertambah baik...:-)