Gua selalu dengar orang kata bahawa hidup ini adalah satu ujian. Dan Tuhan takkan uji kita pada tahap yang kita tak mampu. Iye, gua selalu dengar orang kata, tak kiralah orang itu bijak pandai atau bijak yang tak pandai.
Lu orang juga, gua rasa pernah dengar. Sebabnya untuk berkata memang mudah. Lebih mudah dari makan nasik. Lancar je keluar, tak perlu nak kunyah2. Tapi sesekali diuji, memang meraban jugak lah jawabnya. Lu orang mesti pernah merasa hidup terumbang ambing,pegang tu tak kena, pegang ni tak kena. Konon pada masa tu lu orang betul2 diuji dan lu orang kena sentiasa tabah. Tapi ingatla, ujian selalunya akan buat lu orang hilang pertimbangan kecuali pada orang2 yang sabar.
Sekali lagi bercakap memang mudah. Tapi bagi orang2 yang sudah dan sedang diuji, maka tahulah dia bagaimana rasanya. Dan bagi gua, gua tak berani nak komen panjang lebar sebab gua takut gua tersalah ayat, tersilap perkataan. Baik mana pun niat kita, kita masih boleh tersilap hanya dengan satu perkataan. Lagi pula gua tak pernah berada dalam situasi yang benar2 menguji, apa lagi ke tahap yang gua tak mampu.
Dalam hal ni gua kagum dengan sorang abang brader ni. Gua dari dulu lagi dah selalu baca dia punya
blog. Dan bila keluar cerita hal berkait anak dia, gua jadi lagi kagum walaupun kagum gua tu tak mampu bagi dia makan nasik. Cuma baru2 ni saja dia lancarkan kempen
hope 2 walk, tujuan nak minta bantuan untuk anak2 beliau. Kalau lu orang nak tahu, bacalah personal blog dia denga fb tu. Gua takkan suruh dia banyakkan bersabar, gua takkan suruh dia tabah, gua takkan suruh dia doa banyak2. Dah lebih 10 tahun dia hadapi tu semua, dia lebih tahu. Lauknya dah cukup masin, jadi tak perlu lah gua tambah garam. Sementelah lagi gua sendiri belum pernah ada anak. Gua cuma harap kempen ni dapat capai sasaran, dan segala yang diusahakan akan berjaya.
Untuk lu orang semua, gua promote ni sebagai salah satu cara gua nak tolong. Sumpah, abang brader tu bukan sedara, bukan kawan gua. Kalau ada kaitan pun, abang brader tu Islam dan gua oun Islam. Kalau mampu bantulah mana yang perlu. Kalau terlebih mampu, sebarkan lah pada kawan2 agar usaha abang brader ni jadi lebih mudah. Jangan nak senget2kan kepala, jangan nak angkat kening, jangan nak cebik2 bibir. Nak tolong, tolong, taknak tolong duk diam2. Belum giliran lu orang kan...