Sunday, February 27, 2011

kenduri dan kenduri...

dua minggu ni, selepas balik daripada kg, aku penuhi jemputan kenduri je...
satu di kluang, dan satu lagi di damansara...
kedua2nya kawan sekolah...

selalunya aku akan cuba hadiri kenduri kawan2 skolah...
sbb, kalau panjang ke umur, bila tiba time aku nanti, aku nak semua kawan2 skolah dtg...
baru meriah kan...

jadi aku kongsi gambar pengantin saja laa yee...
nak cerita lebih2 pon tak bleh jugak, kan majlis org ni...:-)


kenduri masdalifadzlie + wife di felda ulu belitong, kluang... aku sorg je kawan skolah dia yang datang kat sini... sebabnya yang lain kebanyakannya pergi masa kenduri di kl... so duduk sekejap, makan lebih kurang, jumpa pengantin, aku balik teruslaa... nak sembang dengan sape kan, muka tak kenal sorg pon... pape pun selamat pengantin baru, smoga berkekalan... hehe


kenduri matlie + wife... yang ni ramai jumpa kawan2 skolah... dormmate ni masa skolah... walaupun dulu masa kat kl rapat, aku tak kenal wife dia nii... tapi nama dia dya yahaya kot... dekat2 dah dengan scha alyahaya tuu...cewahhh... tapi rasanya takde kena mengena tuu...:-) selamat pengantin baru, semoga bahagia...:-)


yang ni antara kawan2 skolah dan wife masing2 yang datang kenduri matli tu... ada yang slalu jumpa, ada jugak yang jarang2 jumpa... ramai yang dah ada anak dah, aku je yang belum langkah seterusnya... sbb tu aku duk kat belakang je tuu... segan...hehe

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

kenangan...

sebahagian peninggalan bapa aku... baju2nya masih tergantung dalam almari... tapi tiada baju hadiah dari aku dalam ni... aku pernah hadiahkan dia baju melayu untuk raya 2 tahun lepas, baju yang aku beli di medan indonesia... jarang2 aku bagi dia hadiah, cuma masa kat sana tergerak hati aku untuk beli...

al-fatihah, semoga arwah bahagia di alam sebelah sana...:-)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Tuesday, February 22, 2011

dedikasi untuk dia...

sudah agak lama tidak menulis...
hanya kerana berlaku peristiwa besar dalam kehidupan aku...
yang mungkin mempengaruhi kembara hidup selepas2 ini...
maka aku tujukan post ini, semata2 untuk dia...

aku tidak begitu mengingati sejarah kebersamaan aku bersama dia...
ingatan aku mungkin tidak sampai ke semasa aku masih begitu amat kecil...
tapi aku ingat, ketika aku hampir lemas di telaga, dia ada walaupun bukan dia yang menyelamatkan aku...
begitu juga semasa aku mendaftar sebagai murid darjah 1, dia juga ada menemani...

ketika bersekolah rendah, semasa darjah 4 dan 5, aku amat beruntung...
aku tidak perlu bersusah payah membawa duit saku ke sekolah...
dia berniaga di kantin sekolah, dan aku boleh makan apa saja yang aku mahu...
malah selalu juga aku yang mengambil duit dari kantin khasnya untuk belanja sekolah ptg dan juga untuk membeli susu uht...
pernah sekali semasa aku darjah 5, ketika pulang dari sekolah, kami pernah ditahan polis...
salahnya kerana kami tidak memakai helmet dan membonceng melebihi had...
hasil perbincangan dan tolak ansur, kami akhirnya terlepas...

sebelum itu, semasa darjah 3, ketika aku membantu ibubapa menuai padi, aku hampir terpotong jari kelingking, dan raung tangis aku bergema dalam relung, dia ada di situ memujuk...
parut tangan yang terkena sabit itu masih kekal sehingga hari ini, dan kuku jari kelingking aku tidak lagi seperti kuku2 yang lain...
setiap kali terpandang, pasti aku ingat keberadaannya di situ memujuk aku, memberi semangat supaya aku menjadi kuat dan cekal...

semasa mendaftar diri sebagai murid di sekolah menengah sains dungun, dia juga ada...
malah hasil jasanya yang bertemu pengetua dan berbincang, maka aku di anugerahkah biasiswa kecil petronas...
semasa ramai yang lain hanya menerima biasiswa kecil persekutuan(bkp) yang hanya berjumlah rm150, aku pula menerima hampir rm700 setahun...
tetapi, sepanjang berada di sekolah ini, dia tidak pernah datang melawat...
aku di situ membesar dengan pengalaman, membezakan baik dan buruk dengan pintar akal, malah menangani juga segala masalah yang timbul dengan hemah sendiri...
dia hanya datang semula setelah aku tamat tingkatan 5...
membawa aku keluar dari sekolah yang banyak mengajar aku, menuju kehidupan yang lebih mencabar...

ketika masa2 senangku selepas spm, ada juga masa2nya aku membantu dia di kebun getah...
walaupun bekerja ketika itu, aku bersyukur kerana masih sempat meluangkan masa membantunya, sekurang2nya mengutip sekerap pada ketika tenaga aku diperlukan...
dan selepas2 itu, aku pasti mendapat upah walaupun tidak seberapa...
sepanjang masa selepas spm, walaupun tidak banyak bercakap, kami sentiasa bertemu antara satu sama lain...

tiba masa ketika aku mendapat tawaran ke utm, dia tidak berkata apa2...
tiada tahniah, tiada sebarang ucapan, dia hanya merenung aku...
dan ketika aku mendaftar sebagai pelajar di utm, dia tiada bersama...
hanya mengiring aku dengan doa dan ingatan menghadapi hidup sendirian di bumi yang tak pernah aku jejaki...
satu pesannya yang aku ingat, dan diulang ungkit berkali2 selepas itu ialah supaya tidak menukarkan bag dengan sesiapa sahaja, atau jangan juga menerima sekiranya sesiapa meminta aku menjagakan bag mereka...
dia bimbang sekiranya aku disuruh menjaga dadah, atau apa saja yang salah di sisi undang2...
dan pesanan itu menjadi pesanan wajib sekiranya aku balik kg setiap kali musim cuti...
sepanjang berada di utm, dia tidak pernah datang melawat sehinggalah aku konvo...
semasa konvo, dia ada bersama meraikan kejayaan aku memperoleh segulung ijazah...
tanpa memaksa aku balik ke kg, dia membiarkan aku menentukan sendiri arah hidup aku selepas dari itu...
hanya sekali sekala, kata2 nasihatnya menyinggah ditelinga...

dan selepas bekerja, aku jarang2 mempunyai peluang untuk balik ke kg...
sekali sekala ketika balik, aku mengambil peluang untuk berbual2...
walaupun tak lama, cukup sekadar dia tahu dia masih ada tempat dalam hidup aku...
dan ada ketikanya ketika aku balik, dia meminta aku membawanya ke klinik...
untuk mengambil ubat lelah agar dia tidak bersesak nafas...
kali terakhir aku balik kg adalah ketika raya haji...
dia mengorbankan seekor lembu dan kami mengerjakannya bersama2...

selepas itu, kerana kesibukan kerja, aku belum lagi berkesempatan untuk pulang ke kg...
walaupun hati meronta mahu balik, kerana kesempatan yang tiada, aku membiarkannya saja...
hanya ketika aku balik pada hari rabu, 09/02/2011, aku sempat bertemu dengannya...
namun dia sudah tidak boleh berkata2 kepadaku kerana ketika itu, dia sedang dimandikan untuk kali terakhir...
hanya sekujur tubuhnya yang kurus dan sejuk dapat aku perhatikan...
pada usia 78 tahun, dia pergi buat selama2nya mengadap Tuhannya Yang Maha Besar...
walaupun cuba ku tahan, airmataku menitik jua...
berita yang ku terima pada tengahari itu rupanya benar...
aku tidak lagi akan mendengar suaranya...
tiada lagi nasihatnya kepadaku...
aku tidak lagi akan melihat senyumannya...
malah, wajah itu juga tidak akan ku lihat lagi...
tapi aku bersyukur kerana aku sempat berada di situ, menatap wajahnya buat kali terakhir...
dan ketika mencium dahinya buat kali terakhir, kesejukan badannya menjalar padaku, melemahkan urat dan sendi, dan aku tahu ketika itu aku kehilangan bapa buat selama2nya...
dia pergi meninggalkan kami meneruskan hidup pada masa hadapan bersama kenangan2 bersamanya...
aku menghantarnya ke persemadiannya yang terakhir, menyambut jenazahnya dari dalam lahad dan menalkinkannya bersama2 yang lain...
hanya itu jasaku yang terakhir padanya...

blog ini mungkin tidak ramai pembaca...
tapi jika anda membaca cerita ini, ada sesuatu yang ingin aku pinta...
untuk pengetahuan anda, aku bukanlah org yang suka meminta2...
malah dalam kehidupan, aku lebih suka berusaha sendiri...
cuma sekali ini, aku pinta pada kalian semua, sedekahkanlah alfatihah padanya...
pada org yang membesarkan aku, yang merasa jerih payahnya memiliki aku...
semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yang beriman...


di sinilah bersemadinya arwah bapa, membawa bersama separuh hidup aku, dan dia hanya akan hidup dalam ingatan dan kenangan aku selepas ini...


menatap wajahnya buat kali terakhir, maka aku tahu aku kehilangan dia buat selama2nya...

bersemadilah bapa di sana, semoga Allah mengasihaninya, dan semoga dia ditempatkan bersama org2 yang beriman...


kami kesemua beradik di kubur bapa, hanya alfatihah dan yaasin yang mampu kami sedekahkan padanya...


kotoran dari kubur bapa, aku cuba menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak lelaki sebaiknya...


sebelum kembali semula ke johor dan bekerja, aku singgah di kuburnya, membacakan yaasin dan mengucapkan selamat tinggal... aku akan datang lagi apabila aku balik ke kg...


pengesahan kematian bapa... meninggal di rumah ketika duduk di kerusi... semoga dia bahagia di sana...


*al-fatihah buatnya, bapa yang tak mampu ku balas jasanya, walau dia hidup 100 tahun lagi...*


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Tuesday, February 1, 2011

torres & luiz

both fernando torres and david luiz have joined chelsea on 5 and a half year contract...
hopefully this signing will give a new strenght to chelsea's back and forward...
now chelsea have a best striker in the world, plus a new potential defender...
should be good for chelsea...
and please, be good...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA