Thursday, December 31, 2009

ulasan 2009...

sejam lebih lagi tahun baru masihi 2010 akan sampai...
aku sebenarnya takde mood sangat nak memblog malam ni...
tapi sebab nak tahun baru, aku gagahkan jugaklaa menulis...
mungkin tajuk paling sesuai adalah review aku untuk tahun 2009...
tak banyak sangat yang aku nak review...
cuma ia berkaitan pendapat aku mengenai keseluruhan tahun 2009...
tapi adalah diingatkan review ini dibuat oleh penulis yang cetek ilmu pengetahuannya dan amat terhad sumber informasinya...
antara review yang aku nak buat...:


1) sukan...
sukan di malaysia masih lagi ditahap yang biasa... kejayaan yang paling bermakna mungkin kejayaan bolasepak mendapat pingat emas sukan sea selepas 20 tahun... namun sukan yang masih berjaya menjulang nama negara di peringkat dunia masih lagi badminton dan juga squash... tapi dua sukan ini pun kita hanya bergantung kepada 1-2 nama sahaja... tiada bakat baru yang mungkin boleh menggantikan mereka... sukan basikal juga mula mendapat tempat di pertandingan peringkat dunia... kehadiran jurulatih john beasley aku rasa memberi impak yang cukup besar terhadap sukan basikal negara... sukan hoki, seperti yang aku jangka daripada awal semakin merosot... pertukaran pucuk pimpinan tidak merubah apa2, apatah lagi pucuk pimpinan yang baru ini merupakan orang yang sama yang tidak mampu menaikkan imej bolasepak... apa yang beliau dapat lakukan untuk hoki, sama2 kena tunggu tahun 2010 nanti... pencapaian bowling juga agak sederhana walaupun terdapat pemain malaysia yang sudah beralih ke peringkat profesional... satu perkembangan yang baik... sukan2 lain, usaha perlu digandakan untuk lebih berjaya pada tahun 2010 dan tahun2 mendatang...


2) ekonomi...
kalau tanya pada aku, aku rasa ekonomi malaysia pada tahap yang tenat... malah ekonomi malaysia langsung tidak mampu memberi kesenangan pada warganya... pelbagai pelan ekonomi diperkenalkan, tapi kebanyakan warga masih berada pada tahap yang sama... malah mungkin ramai warga kerdil yang semakin tertekan... kenaikan harga minyak menyebabkan banyak barangan yang dinaikkan harganya, sedang pendapatan warga masih pada takuk yang sama... dan petang tadi, harga gula akan naik mulai tahun baru... 20 sen sekilogram... dan aku percaya kenaikan harga gula ini akan menyebabkan kesan berantai... sudah pasti ada harga makanan yang akan naik... mahu atau tidak, warga terpaksa juga makan, dan kesan langsung pasti diterima hasil kenaikan harga gula ini... alasan kenaikan ini adalah kerana kenaikan harga diperingkat dunia...benarkah... carilah sendiri jawapannya... harga minyak juga hampir pasti akan naik lagi pada tahun hadapan... ini kerana petronas akan terlibat dengan 2 pasukan F1 pada tahun hadapan, lotus 1malaysia dan menjadi penaja utama pada pasukan mclaren... ye, mereka2 ini lebih penting berbanding warga... tidak lama lagi kerajaan akan memperkenalkan pula cukai barangan dan perkhidmatan(GST)... ini bermakna barangan akan dikenakan cukai... kalau dah kena cukai semestinyalah barangan akan semakin mahal... konon di asia tenggara hanya malaysia, brunei dan myanmar sahaja yang tidak mengamalkan cukai ini... konon cukai ini akan menempatkan malasyia setaraf negara maju... benarkahh... persetan, kalau negara lain mahu menyusahkan warga, kenapa kita mahu ikut... apa guna negara maju kalau rakyat terpaksa mengikat perut... buatlah apa pelan ekonomi pun, gunalah apa sahaja alasan, selagi warga kebanyakan tidak terbela, maka aku takkan rasa ekonomi negara berada pada tahap yang baik... dan tahun 2010 takkan banyak yang berubah...


3) politik...
bab ni aku tak reti sangat laa nak komen, komen banyak2 pun bahaya jugak... tapi banyak jugak yang aku boleh perhati dan baca... politik adalah kuasa, dan demi survival kuasa, kadang2 apa sahaja sanggup kita lakukan... dan bagi aku, politik malaysia tahun 2009 cukup haru biru, kucar kacir dan tunggang langgang... paling aku tak boleh lupa ialah apa yang berlaku di sidang dun perak pada 7 mei 2009, yang mana aksi2 mereka yang mahu berkuasa dapat ditonton diseluruh dunia melalui youtube... bagaimana sebuah negara yang mengaku mengamalkan demokrasi boleh berlaku perkara seumpama itu... bagi aku bila bercakap mengenai orang politik, yang penting bagi mereka kuasa, warga kemudian cerita... betul selepas berkuasa barulah mereka boleh mempedulikan warga, tapi ramaikah yang sebegitu sikapnya... noktahh...


4) hiburan...
bab2 ni aku jarang sangat nak baca sebab kadang2 aku menyampah... cerita dalam kain kadang2 lebih banyak mengisi suratkhabar dan majalah berbanding cerita kerjaya... isu nikah kawin, cerai berai seolah dah jadi perkara biasa dan menjadi tonik jualan untuk majalah dan stesen tv... secara keseluruhan, aku rasa takde apa yang berubah... apa yang lainnya kalau rancangan hiburan bersambung2 mengikut musim... cuma dipawagam, tahun ni cerita2 hantu dah kurang... banyak bercambah cerita2 lawak santai yang tidak membodohkan pelakon dan penonton... cerita setem umpamanya cukup simple, tapi berjaya membuat aku ketawa tanpa berkerut muka... nagi penyanyi pulak, tak ramai sangat yang menonjol, maklum semua keluar daripada rancangan realiti, yang mana jari menjadi juri... jari menjadi juri yee, bukan akal pikiran... maka lahirlah penyanyi yang tak cukup sifat, yang rasa diri mereka dah cukup hebat... maka sebab itulah, jarang album penuh dapat dikeluarkan... apa yang ada, hanyalah single album yang menggabungkan penyanyi... bagi kau kalau betul2 nak jadi penyanyi, biarlah orang yang ada ilmu pengetahuan yang nilai, bukannya jari... jari hanya sesuai untuk makan, kerja dan basuh berak sahaja...


5) aku...
aku pada tahun 2009 masih lagi seorang yang biasa... belum berkemampuan untuk menjadi orang yang hebat... malah, walaupun umur dah semakin banyak, perancangan masa depan masih lagi kabur... semoga aku akan lebih berdaya dan bermaya untuk tahun 2010... dan untuk blog ni, pada tahun depan aku akan cuba nak cerita perjalanan hidup aku dari kecik sampailah sekarang... sebab aku rasa mengingat cerita2 lalu memberi aku sedikit ketenangan dan kadang2 boleh membuat aku tersenyum walaupun aku dalam kesulitan yang amat... bagi aku, untuk maju kehadapan, aku harus menoleh kebelakang, agar jalan yang aku lalui sentiasa lurus... andai ada laluan yang telah bengkok, maka aku masih berpeluang untuk memperbaikinya pada masa hadapan...


*aku rasa cukuplaa dulu ulasan aku dan mungkin merangkap entry aku yang terakhir untuk tahun ni... perlu aku ingatkan sekali lagi ulasan ni datangnya daripada aku yang cetek ilmu pengetahuan dan terhad sumber maklumatnya... kalau ada sebarang kesilapan dari segi fakta dan auta tu, aku mintak maaf... semoga mendapat manfaat walaupun sezarah cuma...



Thursday, December 24, 2009

kisah benar...

malam tadi aku balik rumah kul 12.15 malam...
kawasan umah aku dah sunyi sepi...
selalunya macam tu lahh...
kadang2 ada anjing menyalak...

sampai je depan pagar rumah...
aku tengok lampu luar rumah jiran depan tu masih menyala...
selalunya tak macam tu...
aku tengok takde sape2 pun kat depan tu...
aku pandang keliling...
gelap...
sunyi sepi...
aku toleh belakang...
pun takde sape2...

aku pandang balik ke rumah jiran aku tu...
pintu pagar tak kunci...
pintu rumah pun tertutup, macam semua dah tido...
aku terpandang kereta citra dia kat depan...
aku tengok ke dalam kereta...
pun kosong jugak...
bonet depan kereta dia tu terbuka...
aku cuba tinjau kat depan kereta kot2 ade orang...
tapi takde sape2 jugak...
yang ada cuma kereta tu dan kesunyian...

tiba2 aku mula rasa x sedap ati...
aku pandang keliling...
senyap...
sunyi...
bulu roma dah meremang...
macam ada menda nak jadi...
aku mula rasa takut...
tapi aku rasa tuan kereta tu yang patut lebih takut...
sebabnya...

malam2 hari gi bukak bonet depan buat apa...
enjin jet pun boleh ilang, ni pulak enjin kereta...
kah kahhh kahhhh...

Sunday, December 20, 2009

hadapi dengan senyuman...

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


p/s: lagu dari dewa, sekadar pesanan untuk diri sendiri...:-)

juara kelab dunia...

cuba bandingkan berita kat sini....
dengan yang kat sini...
dalam masa satu hari, dua pasukan bermain...
dua2 menang...
abis tuu sape yang kalah...
pengadil...???
kah kah kahhh...

dulu ada member aku kata kat suratkhabar tu ada satu berita je yang boleh percaya...
bahagian no. ekor tu...
haa, yang tu je betul katanya...

tiba2 aku rasa cakap dia tu ada betulnya...

Friday, December 18, 2009

salam ma'al hijrah...

salam ma'al pada semua...
selamat menyambut tahun baru 1431...
apapun yang kita lakukan...
semoga kita menuju ke arah yang lebih baik...
sebolehnya biarlah hari ini lebih baik daripada semalam...
dan esok juga akan lebih baik daripada hari ini...
doakanlah semoga kita semua sama2 beroleh keberkatan...

tahniah...

tahniah untuk team malaysia...
selepas 20 tahun, akhirnya dapat emas semula...
jangan tunggu 20 tahun lagi untuk dapat emas lagi...
malas nak puji lebih2 sebab lepas ni banyak lagi kejohanan...
kalau tak menjadi sure korang kena kutuknye...
macam biasa laa, kalau korang menang puji bukan main...
kalau kalah, boleh mati kena kutuk bebb...
puji lebih tak, cuma tahniah je yang aku buleh bagi...
hehh...

Monday, December 14, 2009

malaysia go to final...

tahniah team bola malaysia...
dapat masuk final, menang dengan laos 3-1...
ramai yang tengok kot live kat tv2 tadi...
target asal ke semi final jee...
tapi alang2 ke final, apa salahnya menang terus kan...

cuma lawan kat final bukan calang2 laa...
vietnam, walaupun tu bukan lawan sebenar...
malaysia kalah dalam 4 perlawanan terakhir dengan vietnam...
apa lagi vietnam baham singapore kat semi final 4-1...

so kepada team malaysia, keep it up...
gud luck 4 final...
bila ntah, belum check...
thee heee...

masa untuk diri sendiri...


bowling n wayang... ini laa menda yang aku selalu buat... hanya 2 menda ni aje lahh yang aku dapat lakukan untuk diri sendiri... yang lain2 nak buat, sorry... xde masa sangat... dua menda ni jugaklaa yang aku lakukan untuk diri sendiri... lain2 masa, lain2 menda banyak yang aku kena peruntukkan untuk org lain, buat menda untuk orang lain... nak pergi makan kat tempat yang best2 sikit pun tak sempat... ade takde order je laa kuey tiaw hong kong kat sebelah nii... sebab tu kadang2 aku tengok wayang 2 crita dalam masa 1 malam... sebab tu je laa masa yang ada untuk diri aku, dan aku nak gunakan sepenuhnya, aku nak nikmati sepenuhnya... bagi aku, 2 aktiviti ni je skrg yang mengembirakan aku dan buat aku lupa pada perkara2 lain, pada perkara2 yang menyerabutkan kepala...

bil air...

saja nak tunjuk aku punya bil air... jimat rasanya... tiap2 bulan macam ginilaa, paling banyak pun RM6... mungkin sebab aku jarang guna... duk umah pun jarang2, camana nak guna banyak... kat tempat keje saje dari 11-7,8-12 kan, masa bila aku nak abiskan air... jadi lepas kumpul 3-4 bulan, baru aku bayar...

tapi crita yang lagi best pasal air tuu... aku tak tahula camana SAJ buat, tapi air yang kluar dari paip tu kadang2 macam air susu, kadang2 macam air zappel... hebat betul dorang nii... pada SAJ, lepas ni buatlaa pulak macam air oren ke, air kopi kee... best sikit, banyak pilihan... hehh...

Saturday, December 12, 2009

tahniah...

tahniah untuk team bolasepak malaysia...
they beat thailand 2-1 to go through semi final...
maybe thailand is not our "real opponent", but its an achievement...
congrates and good luck for semi finals...

Thursday, December 10, 2009

aku letih...

pada ketika ini...
pada masa ini, aku rasa teramat2 letih...
aku cuba untuk gagahkan diri, tapi rasa letih ni makin lama makin kuat...
aku tahu sehari dua lagi aku mesti tak tahan...
mesti letih yang amat letih...

sejak seminggu lepas, aku keje tak berenti2...
11-7,8-12 setiap hari...
letih aku makin meletihkan...

aku tak salahkan sape2...
aku tahu ni kerja aku...
aku pun tak tahu bos aku baca ke tak...
kalau dia baca pun aku tak harap dia faham apa2...
sebab kadang2 aku tak rasa dia jenis yang faham orang...

tapi apa2 pun aku aku cuma ada satu pesanan...
seteruk mana pun aku...
seteruk mana pun dia rasa aku kerja...
aku rasa aku tak selayaknya dilayan semacamana sekarang...
bukan layanan pasal kerja, sebab aku tak kisah pun kerja lama macam ni...
tapi kalau layan aku macam ni, sungguh aku rasa tak berbaloi...
bukan banyak sangat yang aku mintak...
tapi aku cukup2 tak suka kalau org manis mulut masa nak mintak tolong, lepas tu bila dah senang, dah takde menda nak mintak tolong, layan org lain macam sampah...

bagi orang yang jaga company 24 jam...
bagi orang yang jaga kedai ni sepanjang masa...
bagi orang yang dah bagi komitmen sepenuhnya...
dan lebih penting, bagi orang yang dah bagi seluruh kehidupan pada kedai ni walaupun hidup aku sendiri belum sempurna...
aku rasa aku tak selayaknya dilayan macam nii...
sebab aku tak pernah rasa macam ni, walaupun aku kerja dengan orang yang langsung aku tak kenal...

tapi sape peduli, kalau aku tak ada sekalipun, kedai ni akan tetap beroperasi...
dan aku pun tak harap orang faham...
sebab ramai orang yang akan baik pada kita masa dia perlukan pertolongan kita...
lepas pada tu, aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku...
moga2 berbahagia laa dengan perangai yang macam tuu...

bila fikir bab2 macam ni...
aku rasa malas nak keje...
tak guna keje sungguh2..
dan aku rasa makin letih...

dialog kedai makan...

*arini aku pegi beli nasi lemak kat kedai yang aku dah biasa pegi...
cuma hari ni aku tak sempat makan kat sana...

kak, bungkus nasi lemak satu...

tak makan sini ke, air nak tak...

tak sempatla kak, jap lagi nak bukak kedai... air tak payah laa...

awak blaja kat uthm ke...

eh, takde lahh kak... saya dah tua laa, dah keje dahh...

owhh, yeke... ingat blaja lagi... keje kat mana...

kat belakang public bank... saya dah 30 tahun laa kak...

sama dengan saya laa... asal mana...

saya asal terengganu, tahun 79 kan...

ha'ah...

*nasik lemak pun siap, aku ambik, bayar n balik...
*kesimpulan yang aku dapat buat, aku rasa muka aku mmg nampak muda dari usia laa... babyface... hahahaaa....

Tuesday, December 8, 2009

surface...

arini macam malas sket nak taip entry... macam takde cerita sangat... lagipun arini duk abiskan masa tengok crita ni... sambil kerja sambil tengok... dulu penah tayang kat tv3 kot... baru layan sampai episod 8, tak sabar nak sambung... heh hehh... padahal biasa2 je critanya...

Monday, December 7, 2009

wayang...

mari mewayang... heh hehh... 3 crita, 3 hari...

bolasepak yang kesian...

aku bukanlah puas ati sangat dengan team bola malaysia ni, sebab ranking makin lama makin jatuh... tapi bila dah ada kambing2 buat lawak macam ni, terasa laa jugak nak komen sikit...

kat atas ni dua lawak yang kambing pasal bolasepak malaysia... kenapa aku kata kambing...
sebab kambing yang pertama adalah muka dua ekor ni mmg dah macam kambing... yang tukang lukis aku tak tau laa... maybe lebih kurang jee...

sebab kambing yang kedua adalah kerana ia menunjukkan betapa kambingnya mentaliti dua ekor kambing ni (mentaliti pelukis/penulis kot)... dan mungkin jugak ia menggambarkan mentaliti sesetengah anggota dalam masyarakat kita... sape2 yang berfikiran macam ni, maka samala kambingnya dengan kambing2 dua ekor ni...

lawak kambing yang pertama tu, betapa pasukan bolasepak kita diperlekehkan walaupun baru lepas menang 11-0... 11-0 pun kene lekeh bebb, gila babi betul... timor leste digambarkan sebagai bukan lawan sebenar... mmg bukan lawan sebenar, budak wakil sekolah rendah pun tahu... tapi sebelum ni pun kita pernah lawan timor leste, tapi tak pernah pulak menang sebesar tu... bukankah mereka layak menerima ucapan tahniah, bukan diperlekehkan sebagaimana lawak kambing2 ni... susah sangat ke nak ucap tahniah, bukan kena bayar cukai pun... takdenya orang nak mintak kambing dengan kau kalau ucap tahniah... dah tu sape pulak lawan sebenar kita... england...?? brazil...?? sepanyol...?? masa kalah dengan brazil dulu pandai pulak korang puji... bangga sangat kalah dengan brazil, mentang2 brazil hebat...

lawak kambing yang kedua tu pulak toksah cerita laa... confirm2 kena kutuk sebab kalah... vietnam ni pun aku rasa bukan lawan sebenar team malaysia... sebab kalau kalah dengan lawan sebenar, kambing2 dua ekor ni mesti puji... macam dengan brazil, lawan sebenar kita tuu... ini tak, dorang kutuk, maknanya bukan lawan sebenarlaa tuu...

bodoh piang punya lawak, lain takde, nak menjatuhkan semangat orang jee... cuba kalau anak2 kau yang duk tengah wakil malaysia tu... kambing punya kambing...

*lawak2 yang kambing lagi mengambingkan ini aku kambingkan secara direct tanpa sebarang kambing daripada tuan punya yang membela dan menjaga kambing2 ni, utusan malaysia...

sarapan...

dah lama jugak aku tak sarapan... sebabnya selalu tido balik, then bangun lambat, terus pegi keje... hari ni pun sama jugak, tak sempat sarapan... tapi sempat pegi pasar pagi... beli satay pakcik untuk buat sarapan... 1st time try, ok laa... best jugak... jarang orang orang jual satay pagi2 kan...

Sunday, December 6, 2009

donat big apple...


donat big apple... aku suka makan nii... donat lembut, n banyak pilihan... sorry to say, aku rasa donat ni lagi best drpd dunkin donat... cuma big apple ni aku rasa tak banyak cawangan lagi... yang ni aku makan semalam, dibelanja oleh seseorang... kira rezeki laa nii sebab dah lama jugak aku tak makan... sedap bertambah sedap sebab orang belanja... hehh

anak-anak kita...

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu


* kalau tanya aku aku akan kata m. nasir mmg terrer buat lagu... kombinasi dengan arwah loloq mmg power... cuma lagu ni rasanya lagu/lirik semua m. nasir tulis... aku suka dengar sebab aku rasa mmg kena lagu ni dengan keadaan sekarang... cuma yang tak kena tu bab permainan tuu... anak2 sekarang duk sibuk main game jee... hehhh...

Saturday, December 5, 2009

world cup 2010 group table...

nih aku kongsikan world cup 2010 punya table...
sama2 lah pilih team tahun depan...
yang mana nak betting tu, kena bersedia dari awal...
analisis team2 anda... tapi ingat, judi... walau apapun tetap haram...
heh hehhh...


Group A
France
Mexico
South Africa
Uruguay


Group B
Argentina
Greece
Nigeria
South Korea


Group C
Algeria
England
Slovenia
USA


Group D
Australia
Germany
Ghana
Serbia


Group E
Cameroon
Denmark
Netherlands
Japan


Group F
Italy
New Zealand
Paraguay
Slovakia


Group G
Brazil
Ivory Coast
Korea DPR
Portugal


Group H
Chile
Honduras
Spain
Switzerland



*nota kaki: malaysia mana...? takpe, tahun 2018 nanti akan ada nama malaysia dalam table ni... aku ingat FAM punya janji aritu... tahun 2018 malaysia masuk world cup... tukar kepimpinan pun, dasar tetap dasar kan... kata kena kota jugak... cuma kalau tanya pendapat aku, berdasarkan keadaan sekarang, hanya ada satu cara malaysia dapat masuk world cup nihh... jadik tuan rumah...tapi untuk tahun 2018, malaysia takde offer jadi tuan rumah rasanya... amacam...?


pemandangan...

aku suka tengok pemandangan2 yang macam ni... macam best jee... macam damai jee... ni pun aku snap masa aku tengah drive... dulu masa sekolah selalu nampak pemandangan macam ni... tapi masa tu matahari naik laa... yang ni matahari tengah nak masuk beradu nii... nampak macam ade menda terbakar belah sana pun ye kann...2012 ke...:-)

meter kereta...

sempat jugak aku snap meter kereta aku... nombor cantik tuhh, tu yang snap tu... padahal tengah bawak kereta... snap between segamat to yong peng, time balik dari kg arituhh... dah banyak kilo dah dia berkhidmat... teruskan khidmat cemerlang anda... heh hehh...

gambar kahwin sazlin + nurlina...

aku postkan gambar sekitar perkahwinan sazlin dan nurlina...
saja nak kongsi2 apa yang aku sempat snap dengan kamera aku...
lagipun tuan punya badan dah bagi izin...
semoga berbahagia lah hendaknya...


pengantin lelaki...


keluarga pengantin lelaki... ramai jugak yang datang... kafe sensasi ni taja tempat untuk pengantin lelaki di andam... heh hehh...


sebelum akad nikah... kebanyakan pengantin lelaki sama je... mesti muka semacam, pastu berdebar2... padahal dah tau kan soalan apa dari tok kadi tu... apadaa, soalan dah bocor pun takut lagi kee... mesti tak study ni... ha haaa...


pengantin lelaki cuba2 bergaya macam jamal abdillah... tapi dia ni aku yakin, clean punya... kalau ada pun isap rokok je kuat... dengan coke pun kuat dia ni... hehhh...


pengantin perempuan menyambut lakinya... secara jujur, aku tak kenal sangat pengantin perempuan ni, sebab jarang2 jumpa... dulu pun kalau keluar pengantin lelaki bukan nak bawak... dia cakap kat aku, pengantin perempuan ni daripada golongan anak2 terpelihara, tak boleh sembarang2 ajak keluar... hehh... gambar bawah tu apsal... aku teka pengantin lelaki tengah bersihkan idung, sebab tiba2 sesak napas bila pengantin perempuan tenung camtu... apasal sesak napas... hanya mereka yang tahu apa yang mereka duk pikir... khehh...


anak kawan2, aina safiyah... dulu nak pegang tak boleh, mesti menangis... skarang dah ok dah... masa mak bapak dia kawin, akulah yang jadi pengapit... :-)


anak kawan2 jugak... hakim, dulu boleh pegang, boleh bergurau dia nii... skarang nak dekat pun tak boleh... maybe dia tengok aku dah macam asing sket pasal aku duk jauh n jarang jumpa... dengan geng2 lain ok je dia... mak dia selalu kutuk aku dulu sebab aku guna kamera yang pakai kodak masa org lain semua dah maju... untuk pengetahuan beliau, aku snap gambar anak dia ni guna kamera digital dah yee... hehhh...

Friday, December 4, 2009

anugerah skrin...

anugerah skrin malam ni... ada aku peduli... hehh hehhh... lagi penting ada orang peduli kalau aku tak peduli pun... hehh hehhh lagi...
tema arabian night... maybe dorang nak mengislamkan anugerah ni... biar nampak suci, biar nampak mulia... arab kan sinonim dengan Islamnya... tambah lagi buat hari jumaat, hari yang mulia jugak... selalunya bukan dorang buat hari sabtu atau ahad ke... kehhh...

kerja pertama...

petronas paloh...tempat pertama aku kerja...dalam hidup aku ni dah banyak tempat aku keje... malah masa belajar pun aku selalu keje bila cuti sem...tapi tempat ni lahh yang mula2 ajar aku cari duit sendiri... takde sape suruh, aku sendiri yang nak... lepas spm aku kerja kat sini dengan sorang member aku... kat sini jugaklahh aku rasa susahnya cari duit sendiri... pagi2 pukul 6 dah bangun... kalau sebelum ni bangun sebab nak gi sekolah, sekarang bangun sebab nak gi kerja... dalam sejuk subuh aku redah, dengan motor kapcai yang dah tahap sakit... TG 1429, dengan roadtax takde, lesen takde, lampu depan malap, lampu belakang takde, signal jauh sekali, bawak pun bergegar satu badan... sekarang motor tu pun dah lama arwah...

tapi aku tengok petronas ni dari dulu sampai sekarang duk macam tu jugak laa... sesuai laa dengan bos dia yang berkira sangat... setau aku bos dia masih sama dari dulu sampai sekarang... sebab kadang2 balik kampung aku ada gak nampak dia... kat sini laa macam2 hal jadi... sebab baru kerja, selalu terlupa nak tutup balik tank customer... pernah satu masa aku terlupa tutup tank van kesihatan... 3-4 hari lepas tu dia datang balik, mintak gantirugi... sebab dia kata air dah masuk dalam tank, banyak menda nak kena servis... aku tak tahulaa bos aku bayar ke tidak... yang aku heran dia takleh claim ke sebab tu harta kerajaan... yang lagi best bukan aku yang kena... member aku yang kena, abih kena bantai dengan boss... yang member aku ni pon ngong jugak sebab dia buat muka blurr, dah tu gi mengaku pulakk... aku biarkan je sebab aku mmg kurang gemar dengan member aku ni... selalu tak datang, datang selalu lambat, nak bangun layan customer punya la berat punggung, time makan dia aje yang dulu... gasaklahh ko, padan muka... he hehh...

aku kerja kat sini lama jugak, sampai masa gi ambik result spm... geng2 semua kata aku dah gelap... mana taknya, berjemur je kat petronas tu... berkejar ke sana sini... staff tak penahnya nak cukup... bos kedekut nak tambah staff, nanti kena bayar gaji...

pape pun, pengalaman tu sangatlahh berguna... sebab tu dalam hidup kita, semua menda mesti ada yang pertama... tak kiralah seronok ataupun tidak yang pertama tuu... bersyukurlah seadanya...

Thursday, December 3, 2009

pandang-pandang...

saja nak kongsi2 apa yang aku sempat snap masa balik kg aritu...
sebelum aku balik sini, 2 hari ujan tak berenti...
dah musim nak buat macamana...
pada yang kena banjir...
sabar dan doalah banyak2...
ujian datang dalam pelbagai bentuk...
adakalanya kesusahan...
lagi susah kalau kita diuji dengan kesenangan...
sebab kita cepat lupa...
termasuklaa pada Maha Pencipta...




aku cukup2 hairan, macamana pantai teluk mak nik buleh jadi monica bay... adakah mak nik tukar nama selepas berhijrah ke hollywood... atau kita yang tukar nama sebab nak bagi orang hollywood cepat paham... perlu kee... tertera gagah lagi signboard venue sukma 12 tu, walaupun stadium utama tempat sukma tu dah cedera parah...



jam sebelum sampai bandar kemaman... punyalaa boring aku, 1 jam aku sangkut kat sini... ingat accident ke apa ke... rupa2nya kat depan traffic light, lepas traffic light jambatan... yang menambah lembab sebab jalan atas jambatan semua rosak, so kereta slow... aku rasa rosak sebab banjir... takde ke bahan buat jalan yang tak rosak masa banjir... kalau ada tolong cari dan guna... wang ehsan nak buat apa kalau tak bagi balik pada rakyat kan... kann... kann... dan kangkanggg...



pantai dungun, betul2 kat belakang sekolah aku dulu... sekadar singgah nak mengimbau kenangan... kat pantai ni laa aku penah joging... kat sini laa aku pernah gi study dengan cikgu fizik aku dan 2-3 orang member... kat pantai ni laa aku pernah gi tangkap ketam masa spm... kat pantai ni laa dulu aku selalu dapat tengok matahari naik... dari bangunan asrama pun boleh tengok... tapi masa snap ni laut bergelora... maklum, musim tengkujuh...



yang ni nostalgia sikit... ni kedai goreng pisang kegemaran budak2 sekolah aku... ada pisang, ada keropok, sukun, sotong tepung, ikan celup tepung dan air jagung yang best... lebih kurang 200m dari belakang skolah aku dulu... masa sekolah dulu buleh kata tiap2 petang aku pegi... lepas main bola, orang semayang kat surau tapi aku lompat pagar pegi beli pisang dgn keropok, semayang kat dorm... sorrylaa cikgu, cikgu tak pernah tangkap saya... hehh... akak2 kat sini best, kalau cikgu pegi tanya, sure dorang kata takde budak sekolah yang datang... pernah member aku menyorok bawah kaunter bila ada cikgu datang dari depan, selamat sebab akak tu kata takde budak datang... selalunya skali aku beli 13-15 ringgit... jadi ejen pulak dah, member2 pesan... kalau aku taknak pegi pun dorang suh pegi... aku takyah beli, pow dorang punya jee... pernah nak kantoi sebab ada warden basuh motor kat kolah mandi, nasib baik aku sempat praktik ilmu menginvisiblekan diri... kalau kantoi mampus aku kena tumbuk dengan arwah K.A... hehh...
*betul2 punya nostalgia bila pegi tempat2 macam nii... cuma akak2 kat sini dah tak cam aku... aku pun tak berapa cam dah, dorang ni yang dulu ke atau yang baru...




sehari di kl-21/09/09

entry ni sepatutnya dah lama aku buat...
cuma biasalah, tak berkesempatan...
kalau ada kesempatan pun aku macam tak berapa rajin nak menaip...

sebelum balik raya aji aritu sempatla aku gi kenduri kawin sorang member...
kat shah alam...
nak kata kenal lama tak jugak...
tapi kira rapat laa sebab dulu pernah tumpang rumah dia...
dah la tumpang, tak bayar pape pulak tu...
masa tu betul punya sengkek laa geng...

crita pasal majlis kawin ni tak payah panjang lebar kot...
semua majlis pun lebih kurang jee...
aku gerak dari sini kul 7 pagi...
awal jugak laa sebab aku nak kejar time dia akad nikah...
katanya kul 9.30pagi, terpaksalaa keluar awal kann...
kejar punya kejar sempatlaa aku sampai time dia akad nikah...
sebab dia punya majlis akad nikah pun terlambat sikit...
kebanyakan member pun pegi, jadi dapatlaa jumpa member2 lama...
ramai yang datang dengan anak2 laa, termasuklaa anak yang masih dalam perut...

aku...?
hehhh...
masa member aku ni bagi kad kawin dia tu...
kat depan tu dia tulis pijang+pasangan...
jadi paham2 la kan...
sebab aku taknak menghampakan tuan rumah...
kalau tak selalunya gi mana2 pun aku redah sorang jee...
khehhh...

abis majlis akad nikah, tibai mee goreng, balik lepak umah member kat shah alam gak...
tengahari pegi lagi, balun nasik pulak...
terima kasihlaa pada tuan rumah sebab makanan dia sedap2...


:sazlin & nurlina:
selamat pengantin baru... moga berkekalan selamanya...cilakak, lagi muda drpd aku pon dah kawin...gataiii...


petehfc...


petang pulak aku luangkan masa gi tengok member2 main bola...
dorang buat team ni masa aku dah tercampak kat sini...
petehfc namanya...

apsal petehfc...?
sebab mula asalnya team ni semua geng trganu...
tak silap aku ada sorang budak kl, tapi study kat dungun...
kira dah kacuk dengan traganu laa tu...
tapi skarang banyak dah tukar orang...
ada yang injured, ada yang komitmen lain...
ada jugak yang merajuk katanya(ape da punya sensitip)...
macam2 hal laa...

so dorang ni dah masuk liga laa sekarang ni...
liga kecik2 je, yang dorang masuk ni liga ape ntah...
liga kota ke apa ntah, tapi adelaa perkataan kota tu...
(yang aku pasti bukan liga roda2 kotaraya...hehh...)
lawan dorang aritu offshore mana ntah...

kalau tanya aku aku akan kata team ni power gila...
sebab...?
korang tengok gambar kat atas tuu...
ada 10 orang player jee...
dengan 10 orang tu laa dorang start game, lawan 11 orang...
apa punya gila dorang ni...
mana ada team bola dalam dunia ni yang main 10 orang dengan rela hati, habaq maii...
tapi orang ke-11 datang jugakla, 10 minit lepas game start...
dorang bantai la main sampai abis...
substitute?
sorry, cukup 11 orang pun syukur...
kehhh, nasib baik menang...
tahniah...

kul 6 lebih tolak balik dalam ujan lebat yang amat pulak tu...
kul 9 malam sampai, dapatlaa lepak sambil tengok chelsea belasah wolves...
huhuuuuuuuuu...
begitulah cerita lawatan saya ke kuala lumpur selama sehari...
hehhh...




Wednesday, December 2, 2009

hello...

just coming back from kg for raya aji...
relax dan rehat serehat2nya lebih kurang seminggu...
makan daging sepuas2nya...
yang org kg korbankan...
bukan yang YB bagi yee...
yang tu bukan korban, tu bagi org ramai makan daging...

tapi belum sampai sini dah letih balik...
jalan rosak, tempat yang tak jam pon jadi jam...
patut 7 jam jadi 9-10 jam...

harap2 LPT cepat siap...
buleh exit terus dekat dengan kg...
jangan duk sibuk dengan monsun cup je...
takdok pekdoh mana ke orang ramai...
wat jalan tu lagi bagus...
tapi mana boleh kan...
nanti kalau buat cepat orang ramai selesa pulok...
kalau dah selesa susah jugak...
nanti dorang cepat lupa...
org trganu dah la ramai melayu...
melayu kan mudah lupa...

hehhh...

Thursday, November 19, 2009

ikan laga...

dulu masa kecik2 aku selalu tangkap ikan laga....
bila musim2 tengkujuh macam ni, senang sangat nak dapat ikan laga...
apa lagi kat belakang rumah aku ada baruh masa tu...
asal hujan je air bertakung...
maka tak lama lepas tu akan adalaa ikan laga...

nak tangkap ikan laga ni tak susah...
bawak je bakul, tangguk je dalam air...
dapat laa nanti...
tapi lagi senang kalau dah jumpa dia punya buih...
kat bawah tu mesti ada ikan laga...
konon2 kalau ikan laga yang ada buih ni kira kuat laa...
lawan boleh menang punya...
lepas tu pulak sibuk duk cari jentik2 nak bagi makan ikan nii...

jadi pagi2 tadi aku gi pasar...
nampak ada orang jual ikan laga...
aku pun beli laa dua ekor...
nampak pun macam cantik jee...
bila dah besar panjang macam ni...
selalu teringat masa kecik2...
nak gi tangkap sendiri tak boleh dah...
orang kata gila plak nanti...
jadi beli je laa senang...
heh hehh...


ikan laga yang aku beli, RM5 dua ekor... boleh laa wat teman aku memandangkan aku sewa umah sorang2...khehhh...

Saturday, November 14, 2009

tipu lagi kee...

ingat lagi tak post aku yang kat sini...
2-3 hari lepas aku pegi lagi...
aku tengok harga display tu sama lagi...
so betulla yang aku agak...
bila menda2 macam ni berlaku...
alasannya mesti promotion dah habis...
tapi kalau promotion dah habis apsal sampai sekarang tak ganti lagi harga display...
tak lain tak bukan nak tipu lagi laa tuu...
takkan 2 hari berenti dah start promotion balik...
kah kahh kahhhh...
korang...
ketawa, ketawa jugak...
tapi teruskan berhati2 dengan penipu2 di siang hari ni...
hehhh...


kerja...


kadang2 aku heran...
ramai orang yang dah tak pikir orang lain...
boleh pulak dia buat keje tengah2 jalan...
tak hirau langsung jalan yang sibuk...
janji dia boleh buat keje...
takde pulak pihak berkenaan nak larang2...
kalau orang meniaga tepi jalan tu ramai pulak yang kacau...
ini bukan tepi jalan wehh...
dah separuh jalan dia baham...
meniaga tepi jalan dengan buat keje tengah jalan banyak bezanya...
tapi biasalaa...
bab kata jkr, sedikit kesusahan untuk kesenangan masa depan...
tapi kesenangan sape yee...:-)

p/s: abaikan je yang kotak warna biru tuu..kang ramai pulak yang sakit ati..tgh power tuu..heh hehhh




ini lagi satu...
baguslahh kalau tar jalan tu...
tapi kalau jalan tak rosak pun pegi tar...
dah jadi keje sia2 laa...
lagi satu jalan ni taklaa bz...
tiap2 hari jalan ni duk depan mata aku, tau laa macamana...
tapi dah ada peruntukan ye takk...
nak buat macamana, kena laa tar jugak...
padahal banyak lagi menda yang boleh dibuat...
nuuu, jalan nak ke bandar batu pahat nuuu...
garisan putih pun takde...
bila nak buat...???

2012...

semalam layan gi tengok 2012...
bagi aku best laa crita ni...
dah lama rasanya tak tengok crita yang best macam ni...
rasa macam taknak crita tu abiss...
dengan effect dia yang wowww(nadanya sama macam usin lempoyang)...
heh hehh...
nak tau crita camana...??
gi tengok sendiri...:-)



Saturday, November 7, 2009

tipu siang2...

sebenarnya aku ada banyak dengar cerita...
malah banyak juga email2 berantai yang aku terima pasal menda ni...
biasanya aku akan baca sekali lalu, lepas tu delete...
bukan aku tak percaya...
cuma memang ada sesetengah menda yang berada diluar kawalan kita...
aku pulak jenis malas nak ambik pot, sebab aku jarang belanja2 nii...
tapi semua cerita dan email tu bolehlah dijadikan iktibar agar kita lebih berhati2...

banyak cerita yang terjadi bab2 tipu harga ni...
biasanya kedai2 kecik tak mampu nak tipu harga...
sebab barang2nya sikit dan maybe pengguna boleh kesan masa buat bayaran...
tapi bila melibatkan pasaraya besar, banyak cerita yang kurang enak terjadi...
pernah aku dapat email pasal carrefour wangsa maju...
juga crita pasal giant dan lain2...

hari jumaat lepas, 6/11/09 aku sendiri yang terkena...
bukan nak heboh, bukan nak kecoh tapi cerita ni agar kita lebih berhati2...
sebagai bukti aku simpan resit dan amik gambar resit bersama barang tuu...
aku beli barang ni dekat pacific mall batu pahat...
aku ulang, pacific mall batu pahat...
rasanya tak banyak cawangan pacific mall ni...
tapi kalau selalu tipu macam ni kira boleh cepat kaya jugak la kann...


perhatikan pada resit kat atas ni...
tengok pada yang aku hilight merah tuu...
masa kat rak aku tengok harga pada kotak dan harga yang dipamer adalah RM8.90...
tup2 bila bayar, scan barcode dah jadi RM9.90...
dah kira macam tol pulak...
ye laa kan, kita berjalan kat dalam pasaraya tuu kan jalan yang dorang buat...
heh hehhh...
memanglahh seringgit saja, tapi dari segi nilai dan etika tetaplahh salahnya...
malah kalau bawak ke tribunal pengguna pun boleh menang nii...
memanglahh harga pada kotak tu adalah harga suggestion daripada pengeluar...
tapi kalau dia nak up harga sepatutnya dorang tutup harga asal...
malah jangan sekali2 display harga yang asal...

yang itu nilai perbezaannya seringgit kan...
perhatikan pulak bulatan merah yang kat bawah tuu...
RM88.00 untuk coffee table tuu...
tapi untuk makluman, harga yang dorang pamerkan adalah RM69.90...
sumpah kalau pamer harga RM88.00 aku tak ambik...
yang ni aku tegurlaa dorang...
sebab jauh sangat perbezaan harganya...
yang atas tu aku saja je biarkan, sebagai bukti nak tunjuk kat korang semua...
macam biasa jawapan yang dorang bagi 'promotion dah abiss...'
hallloooo, kalau promotion dah abis tukarlaa harga display tu kawann...
yang aku herankan kalau promotion dah abis, apsal dorang senang2 pulak boleh tukar ke harga display...
takde langsung dorang rujuk ke pihak atasan...
panggil senior cashier, swipe card, cancel harga, tukar jadi harga display...
kalau tanya aku menda ni aku rasa macam terancang...
kalau orang tak komplen untunglah dorang...
kalau orang komplen, tukar jee...
brapa ramai yang dah kena agaknya...

dua barang sekali beli kena macam tu, aku kira aku amatlah beruntung...
aku tak tahulah pulak pada mereka2 yang tiap2 minggu gi belanja...
nasihat aku hati-hatilahh...
kalau barang yang korang rasa murahnya teramat sangat, perhatikanlaa masa bayar...
terutama pada yang bayar pakai kredit card...
walaupun kadang2 korang tak heran pun dengan menda2 macam nii...

sekadar untuk ingatan dan renungan...
yang baik itu dariNya jua...

Tuesday, November 3, 2009

sukarnya...

hidup adalah sesuatu yang sukar....
lebih sukar kalau semua benda kena hadap sorang2...
tanpa kawan, tanpa sesiapa...

Monday, October 26, 2009

sampah...

aku lebih rela orang baling sampah kat aku...
daripada orang buat aku macam sampah...

Saturday, October 24, 2009

tolongi aku...

Tuhan...
tolongi aku...
andai ini memang takdir ku...
kuatkan aku...

Tuhan...
bantui aku...
andai ini bukan akhir ku...
hindarkan aku dari sini...

Tuhan...
aku tak mahu memendam...
nanti terbakar tanpa sedar...

Tuhan...
aku tak mahu meluah...
nanti sengketa menjadi besar...
lalu terbakar tanpa ikhtiar...

Tuhan...
tolongi aku...
bantui aku...

rasa dan rasa...

keje...
dah lebih 3 tahun dah aku tak rasa macam ni...
aku tak kisah sangat kerja pape pun...
janji aku suka, aku akan buat...
malah mungkin lebih dari bos...

tapi bila rasa macam ni...
aku akan rasa malas semalas-malasnya...
dan aku akan rasa semua menda aku taknak buat...

rasa apa...?

aku kerja dengan orang...
lantak laa...
bukan syarikat aku pon...

tu yang aku rasa...
dan aku jadi makin malas...
malass...
malasss...
dan malassss...

Monday, October 19, 2009

al-fatihah 2...

kalau dah ajal mmg kita tak boleh nak lari...
duduklaa dikelilingi tembok yang tebal pon...
kalau dah sampai ajal, tetap akan sampai jugak...
tak bertangguh walaupun sesaat...

tapi yang berlaku ni aku anggap satu kebetulan...
mungkin dah janji mereka nak hidup bersama...
mati pun bersama2...

hari jumaat haritu tu pakcik aku meninggal...
macam yang aku post sebelum ni...
baru petang tadi aku terima berita, isteri dia pulak yang meninggal...
selang 3 hari jee...
dah janji mereka kan...
janji kita belum tahu bila lagi tibanya...

al-fatihah untuk kedua mereka...
semoga bersama orang2 yang dirahmati-Nya...
aminn...

Friday, October 16, 2009

al-fatihah...

hari ni adalah hari lahir aku...
sepatutnya hari lahir adalah hari yang mengembirakan...
tapi kita selalunya tak dapat nak jangka apa yang akan jadi pada masa depan...

jadi lepas balik semalam...
masa aku tido aku dapat msg dari abang aku...
pukul 3.20am aku received msg tu...

"pakcik mat meninggal dunia pukul 12.15 malam tadi..."

pagi ni, sambil mamai2 aku call mak aku nak confirmkan...
so betulla, dia dah kembali ke rahmatullah...

aku tak rapat sangat dengan dia...
tapi dulu dia banyak tolong aku...
masa aku nak masuk skolah sains, masa nak masuk utm...
banyak gak dia hulur...
dan setiap raya aku n family mesti pegi rumah dia...

dan aku heran kenapa raya hari baru ni...
aku rasa malas sangat nak ke rumah dia...
family aku pegi, tapi aku tak...
rupanya aku tak dapat jumpa dia untuk kali terakhir...

al-fatihah untuk dia...
semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman...
aminn...

Thursday, October 15, 2009

16/10/2009

selamat hari lahir ke-30...
selamat berusia setahun lagi...

30 tahun menghirup udara percuma...
30 tahun dibakar terik mentari...
30 tahun disiram sejuk hujan...
30 tahun dihembus angin semilir...
30 tahun jua lah mengharap ihsan Tuhan...

andai 30 tahun penuh bahagia...
bersyukurlah seadanya...
andai 30 tahun penuh derita...
tabahlah hendaknya...
andai 30 tahun penuh dugaan...
bertahanlah secekalnya...
hidup mesti terus...
selagi ada izin dari-Nya...

selamat hari lahir ke 30...
selamat merencanakan hidup...
semoga selari dijalan lurus...
selamat berjaya meneruskan hidup...
semoga ada limpah kurnia-Nya...

selamat hari lahir ke 30...
hanya ucapan yang terzahir...
untuk diri seorang aku...

Tuesday, October 13, 2009

sura gate...


baru ni aku tengok filem nii...
x-semesdian mesti gi tengok nii...
lama dulu kita dah jumpa ni...
tiap kali kluar bandar jumpa laa...
cuma dulu kita panggil sura gate...
heh hehhh...

p/s: sapa tak tau sura gate tanya lebai hj google yee...

Friday, October 9, 2009

suaraku (berharap)

Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu
Meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku s’lalu dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu
Aku menunggu


**best lagu ni...selalu jugak aku dengar...

Thursday, October 8, 2009

letih...

aku letih...
aku penat...

tapi sebenarnya letih ini yang menghidupkan aku...
penat inilah yang memberi aku makan saban hari...

walaupun kadang2 terhilang pertimbangan...
syukurlahh seadanya...
semoga kepenatan dan keletihan ini menguatkan aku di masa hadapan...

gambar2 raya...

tak banyak pun ambik gambar masa raya...
sebab semua sibuk beraya...
tak ingat nak ambik gambar...
heh hehhh...

ruang tamu rumah aku bersedia menerima tetamu...

dua orang anak buah aku, afiq wafri dan arif wajdi...

mak aku dengan sape ntah, tak ingat... tapi anak sedara2 jugak laa...

adik aku, sambil aku tenung btl2, takut dia jahanamkan kamera...haha...

adik dan kakak aku...ke'cun'an mereka selari dengan kehenseman aku...kah kahh...muntahhh...

dua gambar ni buat aku kagum...budak2 terengganu sekarang beraya naik kuda... perhhhh....
tapi aku tak sempat tengok kuda tu ada roadtax ke tak... abang jpj boleh check tak... hehhh...

cerita raya 3...

seperti tahun2 yang sudah, raya aku tidaklah seberapa...
hanyalah biasa2 saja...
malah tahun ni aku rasa meriahnya semakin kurang...

seperti biasa juga, hidangan nasi kunyit@pulut kuning adalah hidangan wajib pada pagi raya...
aku tak tahu sejak bila, tapi setiap kali raya, mesti ada...
tahun ni tambah sesuatu yang baru...
kakak aku sponsor satay pulak...
jadi seronoklaa sikit untuk membaham di pagi raya...
kuih2 lain dah aku sediakan lebih awal...
maksudnya aku dah beli laa, bukan aku buat...
teringat masa kecik2 dulu...
satu2nya kuih yang tak pernah miss kami buat adalah kuih siput...
tiap2 tahun mesti buat...
tapi dah lama tak buat sendiri sebab masing2 dah sibuk...
jadi beli je laa semua...
janji kalau orang datang ada kuih...
bukannya meja kosong...

tahun ni aku sempat gi semayang raya...
awal2 lagi kau dah pegi sebab aku taknak jadi macam tahun lepas...
tahun lepas punyalaa lawak...
dengan yakin aku pandu kereta ke masjid...
sampai kat masjid aku tengok orang dah ramai...
tengah tadah tangan doa pulak tuu...
parking, jalan tuju ke masjid, tiba2 aku dengar imam start khutbah...
alaaa, cilakak sungguh...
orang dah sudah semayang rupanya...
jadi terpaksalaa aku buat u turn, tuju ke kereta, blah ke rumahh...
kah kahhh...
abiss kantoi, bukan setakat aku...
adik aku, abang aku dengan mak aku pon kantoi sama...
tu laa, sape suh ikut aku...
tau dah aku penat sebab banyak ngecat...
tapi tahun alhamdulillah, sempat pegi...

abis semayang raya, raya aku pon turut sama abis...
secara tradisi, adala 2-3 rumah yang aku satu family akan pegi lawat...
lepas tu balik umah, lepak jee, tengok tv sambil tunggu orang datang...
tapi tak ramai laa, malah member2 aku jarang datang rumah aku...
teingat dulu2 masa nenek aku ada, ramai gak sedara mara yang datang...
skarang dah tak datang lagi laa, sebab nenek pon dah lama takde...

raya kedua lagi best...
lepak umah, makan, tengok tv, tido...
bangun, makan lagi, tengok tv lagi, tido lagi...
hampeh...
nak keluar malas gila...
lagipun aku tahu, mesti jam teruk...
so aku pilih nak bersenang lenang kat umah je laa...
lagipun takde tempat sangat yang aku nak pegi...

cuma raya ke 3 je aku gi umah member sekolah...
dia buat makan2, dapatlaa jumpa member2 yang dah lama tak jumpa...
satu hal jumpa member ni ada yang best, ada jugak yang tak syok...
best tu biasalaa, dapat jumpa, sembang2, gelak2, ketawa2...
tapi yang tak syoknya bila masing2 datang dah bawak anak isteri...
setakat bawak je takpelaa...
ni sibuk tanya aku bila lagi...
ni yang lomah nii...
soalan terlalu subjektif...
takde a,b,c...
payah wehh nak jawab soalan macam ni...
apa yang aku mampu buat, senyum je laa...
tapi pikir2 mungkin ada sebab aku masih macam nii...
ni semua kerja Tuhan, kalau Dia taknak bagi lagi adalaa sebabnya tuu...
mungkin aku masih lagi belum sedia, bukan kecik tanggungjawab tu kann...
mungkin jugak aku masih perlu memperbaiki diri...
mungkin jugak usaha aku belum cukup...
mungkin jugak Tuhan nak aku betul2 berbakti pada orang tua aku dulu...
ataupun mungkin umur aku pendek, dan Tuhan taknak aku meninggalkan balu dan anak yatim nanti...
ntah, aku tak tahu...
macam aku kata, semua ditangan Tuhan Yang Esa...
berusaha, berdoa dan bertawakal je laa yang aku mampu...

dan begitulaa berakhirnya raya aku...
takde yang istimewa, takde yang mengujakan...
seperti tahun2 lepas, ia hanyalah satu hari untuk berkumpul dengan semua family...
tapi mujurlahh ada hari raya...
dapat juga berkumpul dengan adik beradik yang lain...
kalau tak memang ssh nak jumpa...
masing2 kerja jauh, so ini laa saja harinya yang aku boleh jumpa dengan mereka semua...

tahun depan raya akan datang lagi...
tapi takde sape pun yang pasti dia akan dapat beraya lagi ke tak...
dan apa yang kita boleh buat hanyalah menjalani kehidupan seperti biasa...
semoga masih ada kesempatan untuk merayakan raya...
dan semoga masih ada kesempatan untuk bersama semua keluarga...
sekali lagi...

khamis...

ahhhh...
hari khamis adalah hari yang sentiasa menyenangkan...
hari khamis sentiasa melegakan...
hari khamis macam hilang semua beban...
hari khamis adalah hari untuk menikamati hidup...
ahhhh...

tak sabar nak tunggu khamis depan...

Friday, October 2, 2009

demam...

aku demam...
aku sakit kepala...
aku sakit tekak...
aku selsema...
aku tak larat wehhh...

komputer buat hal-celaka...
printer pun buat perangai-berok sungguh...
internet pun bengong-natang bewok...

apsal aku cakap...??

ada orang nak kisah...
lantakkk...

Thursday, October 1, 2009

celcom...

celcom aku bengong lagi...
ataupun celcom ni memang bebal sebenarnya...
msg yang 2-3 hari lepas buat apa kau antar lagi sekali...
bengong sungguh...

janganla bagi overload korang punya system...
kalau bilik boleh muat 20 orang, janganlaa isi sampai 40 orang...
mmglaa overload...
dah tu korang sibuk duk promote korang punya berukband yang terunggul...
padahal korang tak mampu tampung pon pengguna...
dulu bagi alasan raya, ramai pengguna...
ni dah over the raya baiii...
ape citerr...

padan2 patutla kalau nak cari ramai customer...
ke technician korang yang tak power...
cehhhh...

gempa...

sekalung takziah buat mereka yang ditimpa gempa di padang...
ujian Tuhan datang dalam pelbagai bentuk...
bencana mereka adalah peringatan bagi kita...

walaupun ada antara mereka yang duk sibuk nak ganyang malaysia...
atas dasar kemanusiaan, doakan kesejahteraan mereka...
semoga ditebalkan ketabahan mereka...
dan dilimpahkan kesabaran kepada mereka...

aminnn...

Tuesday, September 29, 2009

astro...

kenapa astro selalu menaikkan harga bil...

kerana mereka dalam proses menukar motto mereka...

motto asal : making your life richer...
motto baru: making the owner life richer...

hahaa...

Monday, September 28, 2009

filem...

dari dulu sampai sekarang...
salah satu aktiviti aku masa free adalah tengok wayang...
tak kira lah cerita apa...
pernah dulu kat damansara masa aku kerja kfc...
aku pernah tengok 3 cerita berturut2...
kira macam marathon laa...
masa tu one utama jadi port aku...
dan macam biasa aku tengok secara solo je...
sebab tu ikut suka aku je nak tengok crita apa...

macam biasa laa, ade yang best, ada yang tak best...
kadang2 crita yang aku rasa hampeh jadi sedap...
dan tak kurang jugak yang aku jangka akan best jadi macam hampeh...

aku faham, ssh memang untuk buat satu2 filem...
dengan kos lagi, nak pikir jalan cerita lagi...
kadang2 bila tengok filem...
dia punya tak logik tuu tahap gila babi dah...
tapi aku selalu cakap kat diri sendiri...
itu dalam filem, soal logik kena tolak tepi...
apatah lagi kalau cerita tu cerita animasi...

cuma heran yee...
kebanyakan kita rasa seronok bila tengok cerita hollywood...
dan bila tengok tu jarang2 kita terfikir soal logik...
tapi kalau tengok crita melayu, macam2 mulut kita membebel...
yang tu tak patut...
takkan dia boleh lompat sampai gitulaa...
mana boleh orang buat macam tu laa...
n macam2 lagi...

mungkin sebab yang omputih buat macam real, tu yang kita boleh terima kot...
teknologi dorang power, dengan dana besar...
tu yang semua buat macam gempak...
yang tak logik pon jadi betul...

cuma aku rasa...
pada sape2 yang gi tengok wayang...
nak tengok cerita pape pon...
soal logik tolak tepi...
kalau nak yang logik tengok dokumentari pasal binatang jee...
yang tu betul punya tuuu...
heh hehhh...

Sunday, September 27, 2009

untuk pelajaran sahaja...

Cibai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Cibai adalah kata makian yang wujud di dalam perbualan sehari-hari di kalangan rakyat Malaysia. Perkataan ini merupakan perkataan Hokkien (bahasa Cina: čŠå±„, POJ: chi-bai) yang bermaksud faraj namun telah digunakan oleh kebanyakan kaum lain di Malaysia melalui pergaulan antara berlainan etnik.

Selain membawa maksud "faraj", cibai juga bermaksud "sial". Ia bermaksud demikian ketika seorang merasa marah atau kecewa dengan sesuatu kejadian. Cibai juga turut digunakan untuk merujuk kepada perempuan di dalam perbualan pada kebiasaannya di kalangan kaum lelaki.

Cibai turut digunakan bersama perkataan Hokkien lain untuk menambah kemarahan mereka yang menerima makian. Berikut adalah gabungan antara perkataan cibai dengan perkataan lain:

* Chau cibai - bermaksud "faraj busuk"
* Cibai bin - bermaksud "muka faraj" atau bahasa kasarnya "muka puki"

**************************************************************************************************************

sumpah, entri ni aku aku tulis untuk pelajaran jee...
aku pon tak tahu apsal nak bagi pelajaran pasal ni...
mungkin sebab aku menyampah dengan budak2 sekeliling aku...
suka sangat guna perkataan ni...
kadang2 tu budak2 yang belum sunat pon...
ataupun yang dah sunat tapi tak berapa nak baik pon lagi...
ntah dia paham ke tidak aku tak tahulaa...

selalunya aku suh dorang balik, guna perkataan ni kat umah...
sebab kat umah dorang takde orang nak marah...
mak bapak dorang pon mungkin biasa guna...
apa yang aku tahu, lepas tengok wiki ni...
maka perkataan tersebut bukanlah sesuatu yang elok...
nak guna lantak korang, tapi kena fikir2 jugaklaa...
buatnya masa korang guna tu mak atau kakak korang ada...
haruuu...

Saturday, September 26, 2009

cerita raya 2

kadang2 aku tertanya2...
apa istimewanya raya...
kenapa pada hari raya kita semua duk pakat balik kg...
kenapa kita tak pakat2 dengan smua family balik kg time lain...
mesti lagi senang nak cuti kan...
pun sama jugak dapat berkumpul ramai...
kalau masa kecik2 dulu kita tahulaa kenapa seronok sangat nak raya...
dah besar2 ni bagi aku raya cuma biasa je...
malah tahun ni aku langsung tak beli pakaian baru...
semua pakai yang lama je dari baju melayu hinggalah persalinan lain...
bagi aku ape yang istimewa pasal raya ni adalah suasana tuu...
mmg takkan jumpa hari lain...
hari raya lahh smua duk sibuk nak pakai baju baru...
smua duk sibuk nak wat ketupat, rendang...
mana nak jumpa hari2 lain macam ni wehh...

aku sampai kg ari jumaat, waktu ptg dah...
sampai je aku bantai tido, bangun kul 6...
letih woo pusing smenanjung nii...
heh hehhh...

ari sabtu pagi2 aku dah gi banda...
adik aku yang ajak, follow je laa...
kakak aku pon ikut sekali...
punya laa ramai orang...
parking toksah cerita laa...
siap dapat surat cinta lagi dari mjlis bandaraya k. trengganu...
aku tengok je dia duk saman kete aku...
malas nak layan sebab dalam kepala aku duk tertanya2...
bandaraya ke kuala terengganu ni...
kah kahhh kahhhh...
sapela punya kepala yang bongok sangat...
bandar koboi macam ni pun buleh jadi bandaraya...
shopping complex sebelah stesen bas pon tak siap2...
dah berapa tahun dah, tak silap dari aku form 2 duk pecah tanah...
1993-2009 wehhh...
kira laa berapa tahun...
bangunan punyalaa besar, tapi yang meniaga kat situ Mc D jee...
bila nak bukak, apsal tak bukak...
kalau ada masalah dengan bangunan kenapa Mc D tu buleh operasi plak...
ade yang masyukkkk kee...
hahaaa, saje usik2....

balik cerita raya semula...
punyalah penat aku ikut dorang membeli...
biasala, pempuan...
heh hehhh...
milih kasut pon sikit punya ssh...
orang pulak punya laa ramai...
smua duk sibuk nak beli baju, kasut baru...
smua duk pakat happy sebab esok nak raya...
buatnye esok tak jadi raya...
tunda ke tahun depan...
mau ade yang pengsan 3 hari 3 malam...

dalam duk nengok orang memilih tu...
aku teringat masa kecik2 dulu...
ye lahh, aku bukan dari golongan yang senang...
kalau nak merasa baju baru pon hari raya ni lahh...
tu pun kalau dapat...
masa dekat2 raya msti bapak aku ambik ukuran untuk baju dan kasut...
selalunya baju pakai agak2 jee...
selalulaa dulu aku beraya pakai baju ninja turtle dengan fido dido...
nak pakai kemeja jangan harap, mahalll...

kalau nak belikan kasut bapak aku mesti ukur kaki pakai tali...
lepas tu bawak tali pegi banda...
bila balik dapat laa aku kasut baru...
tapi tak laa tiap2 tahun macam tuu...
seingat aku, aku tak pernah beraya pakai kasut lain selain dari kasut sekolah...
kira serampang dua matalaa ni...
beli kasut untuk raya, pastu boleh buat gi skolah trus...
bijak tak bapak aku...
hahaa...

dalam ramai2 tu macam2 kerenah orang aku boleh tengok...
yang kecik, yang besar, yang tua, yang muda, yang lelaki, yang perempuan...
masing2 ada cara dan gaya masing2...
apa2 cara dan gaya pun, jangan menyusahkan orang cukuplaa...

balik rumah aku tertanya2 lagi...
apa istimewanya raya...
lebih penting lagi, apa istimewanya raya bagi aku...
aku sendiri tak tahu sebenarnya...
tapi hari raya lah untuk aku melihat semua corak kehidupan manusia...
yang kaya dengan gelagat mereka, yang miskin dengan cara mereka...
mana yang rendah diri terus berwasatiah, mana yang merasa hebat dengan lagak mereka...
masa hari raya inilah semua golongan manusia akan keluar...
mereka bergembira merayakan raya...
dengan cara mereka yang tersendiri...
mungkin jelik dimata kita, tapi mereka tetap mereka...

lantas sambil tertanya aku berpaling ke cermin...
melihat di mana pula aku 'berdiri'...

Friday, September 25, 2009

cerita raya 1...

tanpa sempat mengucapkan selamat hari raya, aku dah balik kg...
kat kg ssh sikitlaa nak cari internet, tu yang lama tak update...
bukan sebab aku beraya sakan...

tahun ni tahun ketiga aku balik naik kereta, drive sendiri n balik sorang2...
ramai yang tanya aku balik mana...
macamlaa aku ada 2 kg...
cehhh, aku masih lagi ada 1 kg...

tapi tahun ni agak pelik sikit...
biasa aku balik terengganu ikut segamat-muadzam-kuantan-terengganu...
tapi route kali ni agak pelik...
aku balik ke terengganu ikut penang...
haha...
jauh gila...

bukan la aku saja buat gila...
aku gi ambik kakak aku dulu kat penang nuu...
nama je pegi ambik, tapi balik kg dia drive sendiri...
cumanya dia nak ada kawan dalam perjalanan kot...
biasalaa, jalan sorang2 bahaya jugak kot...
lagilaa perempuan...
kalau jantan kurang selera sikit orang nak ganggu gugat kot...
hahaaa...

dari bp kul 9.30pagi, sampai umah dia dalam kul 4 lebih...
macam2 hal aku tengok dalam perjalanan...
dengan cuaca pun macam maggi cukup rasa dahh...
smua ada...
panas, mendung, ujan, ujan panas...
complete set laa...
orang nak balik kg pon macam2 ragam...
ada jgk yang drive kete baru siap ada plastik lagi...
aku pon tak paham ape yang dia sayang sangat kat plastik tuu...
agaknya biar orang perasan kot...
takat tengok no plat mana laa nak perasan...
kecik bebenor yee...
hehhh...

sampai penang petang, pagi esok balik trganu...
penat wehhh...
takpe, yang penting raya dapat balik kg...
jadi sebelum terlebih lambat, aku ucapkan selamat hari raya pada semua...
semoga dah bergembira dan semoga dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas raya tanpa mengalami ketirisan poket yang amat sangat...
hah hahh...

Wednesday, September 16, 2009

gambar buka puasa smsd batch 96

upload sikit gambar...
untuk tatapan orang yang nak menatap...
buka puasa sama2 dengan geng skolah sains dungun, spm 96...
dah tua dah masing2 yee...
heh hehh...