Monday, December 7, 2009

bolasepak yang kesian...

aku bukanlah puas ati sangat dengan team bola malaysia ni, sebab ranking makin lama makin jatuh... tapi bila dah ada kambing2 buat lawak macam ni, terasa laa jugak nak komen sikit...

kat atas ni dua lawak yang kambing pasal bolasepak malaysia... kenapa aku kata kambing...
sebab kambing yang pertama adalah muka dua ekor ni mmg dah macam kambing... yang tukang lukis aku tak tau laa... maybe lebih kurang jee...

sebab kambing yang kedua adalah kerana ia menunjukkan betapa kambingnya mentaliti dua ekor kambing ni (mentaliti pelukis/penulis kot)... dan mungkin jugak ia menggambarkan mentaliti sesetengah anggota dalam masyarakat kita... sape2 yang berfikiran macam ni, maka samala kambingnya dengan kambing2 dua ekor ni...

lawak kambing yang pertama tu, betapa pasukan bolasepak kita diperlekehkan walaupun baru lepas menang 11-0... 11-0 pun kene lekeh bebb, gila babi betul... timor leste digambarkan sebagai bukan lawan sebenar... mmg bukan lawan sebenar, budak wakil sekolah rendah pun tahu... tapi sebelum ni pun kita pernah lawan timor leste, tapi tak pernah pulak menang sebesar tu... bukankah mereka layak menerima ucapan tahniah, bukan diperlekehkan sebagaimana lawak kambing2 ni... susah sangat ke nak ucap tahniah, bukan kena bayar cukai pun... takdenya orang nak mintak kambing dengan kau kalau ucap tahniah... dah tu sape pulak lawan sebenar kita... england...?? brazil...?? sepanyol...?? masa kalah dengan brazil dulu pandai pulak korang puji... bangga sangat kalah dengan brazil, mentang2 brazil hebat...

lawak kambing yang kedua tu pulak toksah cerita laa... confirm2 kena kutuk sebab kalah... vietnam ni pun aku rasa bukan lawan sebenar team malaysia... sebab kalau kalah dengan lawan sebenar, kambing2 dua ekor ni mesti puji... macam dengan brazil, lawan sebenar kita tuu... ini tak, dorang kutuk, maknanya bukan lawan sebenarlaa tuu...

bodoh piang punya lawak, lain takde, nak menjatuhkan semangat orang jee... cuba kalau anak2 kau yang duk tengah wakil malaysia tu... kambing punya kambing...

*lawak2 yang kambing lagi mengambingkan ini aku kambingkan secara direct tanpa sebarang kambing daripada tuan punya yang membela dan menjaga kambing2 ni, utusan malaysia...

2 comments:

  1. hang taw tak po.
    chek buan apo, depa ni taw lagu nak kutuk ajo.
    tak sedar hak yang depa kutuk tu dah mengharumkan nama negara biak pun tak sebesak mana.

    chek plik la kat owang M'sia mcm depa tu, dok ley ka nak bangga n puji sikit hak yang M'sia udoh menang tu?
    hesy,.. pelik aku... apa pun, aku nak ucap tahniah kat M'sia.

    ReplyDelete
  2. aku taw dohh...
    depa kambing, mana taw apo..

    ReplyDelete