Thursday, May 28, 2009

fa cup final...

selepas selesai final ucl, 30hb ni final fa cup pulak. chelsea vs everton. kalau mengikut atas kertas, pasti kelebihan berpihak pda chelsea...tapi stadium wembley telah menyaksikan banyak kejutan berlaku di mana pasukan dianggap kerdil mampu mengalahhkan 'gergasi'. bagi chelsea, piala fa ini adalah satu2nya piala bagi menebus kehampaan mereka untuk mara ke final ucl. dengan pengendali genius yang mereka miliki, pastinya kekuatan taktikal terletak pada mereka. di tambah pula dengan pemain bertaraf bintang, mereka tampak selesa untuk menjuarai piala fa ini. kalau adea pon perkara yang menggoyahkan mereka, pasti ianya datang daripada penjaga gol petr cech yang beraksi agak mengecewakan dalam perlawanan terakhir liga perdana inggeris menentang sunderland. dengan aksi goyah penjaga fol, mereka pastinya mengharapkan benteng diketuai john terry untuk mengekang asakan everton yang terkenal dengan gaya permainan pantas. bahagian tengah sekali lagi akan dijana oleh lampard yang mungkin akan berganding dengan ballack dan obi mickel untuk mengumpan kepada bahagian serangan. anelka yang baru sahaja memenangi kasut emas hampir pasti akan berganding dengan drogba di abhagian serangan sambil dibantu oleh kalou atau malouda...satu lagi motivasi penting bagi pemain chelsea, kemenangan di final ini pasti menjadi hadiah yang paling baik untuk diberikan kepada pengendali sementara, guus hiddink yang akan kembali melatih skuad russia selepas ini...
bagi everton pula, inilah perlawanan terpenting mereka setelah sekian lama. walaupun pasuka mereka dianggap underdog, mereka juga memiliki kelebihan tersendiri. paling penting, david moyes telah lama menerajui kelab ini dan pastinya beliau mat fhm kan corak permainan yang mereka inginkan. para pemain yang telah lama bermain bersama juga menambahkan lagi keserasian mereka untuk mengancam kubu chelsea. leon lescott pastinya menjadi watak penting bagi membantu howard dibahagian bawah. pemain penuh pengalaman, phil neville pula dijangka akan bergandingan dengan cahill mengemudi serangan dari bahagian tengah. pienaar pula pastinya bertindak sebagai sokongan kepada bahagian depan yang mungkin akan diketuai oleh jo dan juga anichebe. louis saha juga pasti dapat membantu skuad ini dalam merealisasikan impian mereka mengucup piala fa.
harapan, impian dan juga keinginan pastinya memenuhi segenap ruang perancangan kedua2 pasukan. bagaimana kesudahannya? hanya 30 mei ini akan menjadi penentu. selamat menonton...


p/s: ni saja je tulis stail macam wartawan(macam je). test cara dan gaya penulisan...heh hehh...

1 comment:

  1. habis panjang berjela-jela.
    org nk bace pn malas jer. try lah wat byk prenggan sikit. baru org ade mood nk bace. heheheh

    ReplyDelete