Sunday, August 30, 2009

selamat hari merdeka...

selamat hari merdeka...
selamat hidup dalam kemerdekaan...
merdeka jiwa, merdeka minda, merdeka laku...

selamat hari merdeka...
selamat mempertahankan erti merdeka...
erti merdeka pada jiwa...
erti merdeka pada minda...
erti merdeka pada laku...

selamat hari merdeka...
selamat merdeka hari-hari...

Tuesday, August 25, 2009

selamat berbuka puasa...

selamat berbuka puasa...
dingin petang yang mendamaikan...
bersama keluarga, rakan dan saudara...
atau hanya berteman diri sendiri...

selamat berbuka puasa...
segugus air tersedia mengujakan...
terhilang dahaga dengan sekali sedutan...
dan lebihnya untuk hidangan sinki...

selamat berbuka puasa...
hidangan kuih aneka ragam...
semuanya bagai mahu ditelan...
walau perut cumalah satu...

selamat berbuka puasa...
tersedia makanan bermacam rupa...
singgahnya di mulut hanya sedikit...
akhirnya tong sampah sendawa kekenyangan...

selamat berbuka puasa...
selamat menjamu selera...
ingatilah mereka yang terdesak dalam payah...
kenangkanlah mereka yang lapar tanpa puasa...
fikirkanlah azab mereka menadah tangan...
hanya untuk sesuap nasi...
sedang kita terdampar senyum...
bak raja tanpa singgahsana...

selamat berbuka puasa...
syukurilah jua nikmat Tuhan pada kita...

alahai kurma...

pejam celik hari ni dah hari ke-4 kita semua puasa...
bagi aku biasa2 aje...
aku pun sebenarnya jarang makan berat2 wktu siang ni...
so takde masalah sangat laa...
lagipon dah besar panjang, takkan ada masalah jugak...
lainlahh kalau orang ada penyakit gastrik...
tu yang tiap2 tahun ada yang kena tangkap sebab tak puasa tuu...
kesian dorang, dah laa ada gastrik, kena tangkap pulak tuu...
hahaa...

aku nak cerita pasal kurma sebenarnya...
semalam sempat laa aku pegi pasar ramadhan tempat aku nii...
dan aku sempat beli satu tupperware kurma...
tak sampai 20 bijik aku rasa kat dalam tuu...
tapi rega dia dah rm10...
mintak maaflaa tapi aku rasa punyalahh mahal walaupun at last aku beli jugak...

aku tak faham kenapa harga kurma tersangatlaa mahalnya...
betul ke tu harganya...
atau aku yang kena tipu...
kalau aku kena tipu semua pengunjung pasar ramadhan tu laa kena tipu agaknya...

memanglaa, untuk harga yang macam tu aku mampu lagi beli...
lagipun setahun sekali jee...
cuma aku duk fikir2 macamana agaknya orang yang berapa mampu...
kat rumah banyak pulak mulut yang nak diisi...
jawapnya sampai ke sudah puasa laa tak dapat makan kurma...

yang aku duk heran kenapa harga jadi mahal tahap tuu...
adakah sebab ada company yang buat packing lawa2, lepas tu jual mahal...
tapi yang aku beli takde packing lawa pun...
maybe packing2 tu telah menaikkan standard kurma...
aku rasa tak mustahil suatu hari nanti kurma ni jadi makanan orang2 kaya jee...
ni semua samalah macam panadol...
kat kedai sikit punya mahal...
padahal kalau beli paracetamol kat farmasi tak mahal mana pun...

dan yang aku lagi heran tuu...
limau mandarin akan jadi teramat murah pada musimnya...
sekotak RM8 pun boleh dapat dan aku rasa semua orang mampu makan...
kalau musim kurma harga tak turun2 jugak...
kenapa agak2nya jadi gitu yee...???
pada aku senang je...
kuasa ekonomi limau mandarin terlalu amat hebat kalau nak dibandingkan dengan kuasa ekonomi kurma...
dan limau mandarin lebih berkuasa mengawal harga berbanding kurma...
faham kann...:-)



Kurma yang aku beli dengan harga RM10...Cubala kira ada brapa bijik...aku baru makan sebijik tuu...Syukurlaa aku masih mampu makan kurma...



Saturday, August 22, 2009

sesudah sehari...

sesudah sehari berpuasa...
waktu tetap berjalan...

sesudah sehari berpuasa...
tiada yang istimewa bagi aku...

sesudah sehari berpuasa...
suasana tetap sama bagi aku...

sesudah sehari berpuasa...
aku tetap aku...

Friday, August 21, 2009

fadilat solat terawih...

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Maamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar


*Sekadar berkongsi walaupun ramai yang dah tahu. Semoga sama-sama mendapat menfaat...

Thursday, August 20, 2009

selamat datang ramadhan...

selamat datang ramadhan...
kita bertemu lagi...
syukur pada-MU yang memanjangkan usia...
ini bukan ramadhan pertamaku...
hendaknya ini bukan yang terakhir...

selamat datang ramadhan...
datangmu membawa keberkatan...
tibamu dinanti penuh keinsafan...
penghulu segala bulan...
penggerak amalan kebaikan...

selamat datang ramadhan...
selamat tiba dalam hidupku...
padamu terkandung rahmat Allah...
padamu terletak kemuliaan amalan...

semoga kedatanganmu ramadhan...
merubah aku ke arah kebaikan...
membawa aku menjauhi batil...

semoga kedatanganmu ramadhan...
membawa aku ke dalam redha Allah...
mengulit aku di dalam lena iman...
amin...

*selamat menyambut ramadhan kepada semua...
semoga mendapat keberkatan darinya...

Monday, August 17, 2009

teleponku ilang...

jumaat, 14/08/09 lebih kurang pukul 11 malam...
telepon aku ilang....
no maxis...
ilang depan mata aku pulak tuu...
aku silap langkah buat kali pertama...
tak pernah2 aku letak telepon atas meja...
boleh pulak malam tu aku terletak atas meja...

tension betul aku...
mmg no tu buleh dapat balik...
telepon pon buleh beli balik...
tapi no tu nostalgia tuu...
aku guna dari tahun 2000...
punyalahh banyak contact no dalam tuu...
dulu simcard tu penah ilang...
tapi jumpa balik atas tanah kat umah member aku...
skarang ni ilang terus laa nampaknyaa...
celaka punya pencurikk...

memang aku yang cuai...
tapi pencuri tu tetap celaka...
semoga dia dapat balasannya...
sama2 laa kita doakan...
aminnn...

Saturday, August 15, 2009

new season begins...

football season is back...
its a late review from me...
just a little preview and my personal prediction...
as last year, there will be no big different in this bpl season...
top 4 will be MU, Chelsea, Liverpool and Arsenal...
but i have a little doubt about Arsenal strenght...
they lost a lot of key player such as toure n adebayor...
and maybe 1 or 2 team will rise up...
in my opinion, maybe it manchester city due to their spent n maybe west ham united...

this is my personal prediction for today n tomorrow match...

Chelsea vs Hull City 2-0
Aston villa vs Wigan 2-1
Blackburn vs Man. City 0-0
Bolton vs Sunderland 1-3
Portsmouth vs Fulham 1-1
Stoke City vs Burnley 1-2
Wolves vs West Ham 0-1
Everton vs Arsenal 1-3
Man United vs Birmigham 3-2
Tottenham vs Liverpool 2-2


no heart feeling, just a prediction...
hehhh....

Friday, August 14, 2009

kenduri kahwin ahmad shukri & dewi afrianti...

macam yang dah aku cerita, salah satu sebab aku ke medan adalah untuk menghadiri kenduri kahwin membe aku...jadi tak lengkap rasanya kalau aku tak crita n upload gambar untuk tatapan umum...lagipun aku dah dapat green light dari tuan yang empunya badan untuk aku paparkan dalam blog aku nihh...

sedikit pengenalan, nih kiranya member masa sekolah laa ni...sekolah menengah sains dungun, tempat lahir para pemimpin, pendidik termasuklah jua para penyangak... geng2 spm 96 mesti kenal nihh...nilah kenduri kawin paling jauh aku penah pegi...jadi, secara peribadi daripada aku, aku ucap tahniah laa pada pengantin, ahmad shukri abdullah dan dewi afrianti...

jadi macam biasa laa...aku bukannya pandai nak melipur lara panjang2, kita layan gambar jee laa... gambar yang aku ambik dari awal sampai akhir majlis...amik dengan kamera digital je nihh...so kalau ada gambar yang tak berkenan dimata, diam2kan je laa...kamera aku takde lens yang mahai2...hehhh...



bersungguh betul dorang menghias... dari pagi sampai ke malam...



orang kuat majlis, adik pengantin perempuan, lisa monica... dari majlis belum mula sampai la majlis dah abis tak berenti2 buat keje...


pelamin bawah khemah kat luar rumah... nampak cermin yang kat tepi tuu...siap ada air terjun mengalir tu kat cermin...dari mula majlis sampai laa abis...


aku dan pengantin... bergambar kat umah kotai kami sebelum majlis akad nikah...


pengantin cuba2 senyum dalam debar, tunggu tuan kadi nii...



tuan kadi kedaun...punya laa susah nak senyum...nasib baik pengantin laki cooll...kalau tak mau tergagap masa nak menjawab tuu...


bapak pengantin perempuan, merangkap jurunikah malam tuu...tok kadi duk perati je...


papehal sign dulu apa yang patut...nanti kalau ilang senang nak carikk...


maharnya dibagi dulu ya bang...1 juta rupiah tunai...aku nampak tok kadi tu macam geram je tengok duit tuu...hahaa...


mengucap dua kalimah syahadah...pengantin dan berpeluh dah masa nii...bukan sebab tak reti mengucap, tapi sebab suluhan lampu stesen tv yang buat siaran...


pengantin perempuan pulak mengucap...dua2 pengantin pun lancar... apa daa tok kadi... suruhlaa yang susah2 sikit...resepi bakso ke, jalan pintas nak ke jakarta kee...heh hehh...


aku terima nikahnya bla bla blaa...2 kali menjawablaa, tapi bukan salah pengantin... tukang nikah pulak yang lagi berdebar dari pengantin rupanyaa...pengantin cool jee...


aminnn...selamat dah jadi laki orang...makin besarlaa tu tanggungjawabnyaa...nampak dia punya khusyuk tuu...sampai pejam2 mata...hehh, khusyuk ke legaa...


saksi bisu pada malam tuu...heh hehh, saja aku snap ni sebab aku rasa lawoo...


sign buku nikah pulak...macam sijil nikah laa tu kott...bawak tu pegi mana2, kan saja je kena tangkap basah dengan bini sendiri...


lepas majlis akad nikah macam biasalaa, ada salam2...habih satu keluarga kena salam...ramai pulak tuu...nih isteri salam suami...


menantu salam pak mentua pulak...


menantu salam mak mentua pulakk...


macam eksyen jee tunjuk buku nikah...tau laa dah kawin...heh hehhh...


delegasi dari malaysia bergambar dengan pengantin...dari kiri, pak sedara penganti lelaki, aku dengan sepupu pengantin lelaki...nampak kamera kat tangan dia tuu...tu yang buat aku rasa kerdil tuu...


jarang aku dapat bergambar...maklumlee kan aku yang tukang amik gambar tuu...


sedara mara semua nak amik gambar, tapi sorang pun takde kamera...nasib baik delegasi dari malaysia menyelamatkan keadaan...


perhatian, yang baju pink tu bukan bini aku walaupun nampak seolah2 sebuah keluarga amik gambar dengan pengantin...dia tu kakak ipar pengantin perempuan...sekali lagi, bukan bini aku...hahaa..


ni sepupu pengantin perempuan kot...tia kot nama dia...punyalaa banyak mulut dia ni...orang cakap serius pon dibantainya main2...mengongg...


bergambar kat umah kotai lagii...sebelum majlis sanding pada hari ahad, 09/08/2009...


janur...kat sini kira macam bunga manggar laa ni...dibuat dengan pucuk kelapa...


pengantin sedia nak di bawa ke tempat sanding...di iring oleh mak2 menakan...delegasi malaysia sorang pun yelekkk...masing2 sibuk amik gambar...maklumlaa, kamera sorang satu...


kompang takde, gendang besar adalaa...gagah betul aku tengok dorang nii...


tari gelombang menyambut ketibaan pengantin lelaki...tapi hampeh, aku tak nampak pon kat mana gelombangnya...letak nama ikut sedap mulut je kott...:-)


pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki bersama mak, mak sedara dan......seorang budak...


korang nampak dia punya mahkota tuu...punya laa besar...kalau naik lrt mesti sangkut nii...


pengantin diikat dengan kain batik dan diheret serta diseret ke pelamin oleh ibubapa pengantin perempuan...


macam biasalaa, mesti ada bergambar dengan mak ayah kannn...tak silap aku baju yang dorang pakai ni baju style orang padang laaa...


aku pon turut sama tepung tawar pengantin, tapi tak nampak laa pulak mana tepungnyaa...takpe, yang penting tabur...


sambil2 tepung tawar tu ada team yang berzanji laa...ntah apa ntah nama group ni...abis je berzanji dorang terus bantai nasik...lapar sangat agaknya...


ada pulut kuning, daging kat atas tuu dengan bunga telur letak kat sebelah pelamin...ni laa satu2nya bunga telur yang aku nampak dalam majlis nii...


rajin pulak dorang susun air aqua tuu...dah jadi rupa bunga dah...lauk pauk pon tak banyak jenis, kira standard je laa...bila tetamu dah ramai baru klua air ijau tuu...ntah macamana dorang buat, air timun pon jadi sedap...



menda ni famous kat sana...ada kenduri dapat, ada orang mati bagi,bukak kedai baru antar...tapi ada laa yang menempahnya tuuu...



dorang ni tak payah linda jasmin ajar menari...memang dah mahir dah...dengar je muzik badan terus goyang...nak2 lagi yang pakai baju itam tuu...huhhh


ni pun baju padang jugak kot...tapi sanggul dia tu kurangla besarnyaa...


aku berkenan betul tengok but budak ni...tak nampak pulak dia parking kuda dia kat mana...


dua orang penyanyi yang diundang khas...takat budak2 AF senang2 dorang pukul...tu pon kalau pakai juri profesinal laa...kalau juri sms hampeh jugak kott...


baju jawa pulak dah...punyalahh lama tunggu dorang salin pakai baju nii...


patut la lama...tunggu rambut tumbuh kat dahi pengantin perempuan tuu...hahaa...


ni baju apa ntah pulak...tapi aku tengok baju ni mmg cun laa...kemas dan segak...


tabung duit sumbangan dan buku tamu...nanti aku tunjuk gambar orang yang jaga ni... heh hehh...


dah malam, pakai baju akad nikah balik dah...doarang tak sempat nak bergaya dengan baju western...banyak sangat ganti2 baju...heh hehh...


ni kira makan beradap laaa nii, walaupun atas kerusi jee...bersuap lagi tuuu...


sepupu pengantin lelaki, aku dengan adik pengantin perempuan menunjukkan tanda peace pada pengantin yang tengah makan bersuap...ni masa orang2 tua kampung mengumpul duit sumbangan...


setiap sumbangan diumumkan daripada siapa dan brapa sumbangan oleh pengacara yang pakai kot itam tu...cakap minang yang banyaknya...nasib baik laa aku faham jugak sikit2...


duit yang dikumpul disusun dengan bangganya atas meja tu jugak...tak silap aku jumlah yang terkumpul malam tu 20 juta rupiah, termasuk sumbangan yng siang tu kott...


hadiah semua dibantai bukak malam tu jugak...lantak, orang bagi, dah kira korang punya tuu...


ni salah sorang yang jaga tabung sumbangan dengan buku tamu tuu...heh hehh...putri kot namanya,baru 16 tahun...comey budak ni, tapi pendiam sangat...sepatah tanya sepatah dia jawab...dengan aku sepatah haram pon dia tak bercakap, sebab sepatah pon aku tak tanya...hahaa..



sekianlahh gambarnya...kalau aku tak masukkan pon tinggal saki baki je tuu...kira best jugaklaa dapat pegi nii...boleh tengok adat dan budaya tempat orang...meriah memang meriah laa...macam2 ada...tak tau bila boleh pegi lagi...apa2pun tahniah kepada pengantin dan ribuan terima kasih kepada keluarga pengantin di sana...siap sediakan rumah lagi untuk delegasi dari malaysia...layanan tahap hotel, pagi2 mata belum bukak air dah sampai depan pintu...semoga ketemu lagi, dan semoga berbahagia kepada pengantin...