aku tahu dah lama sangat dah aku tak update blog nii...walaupun banyak menda yang aku nak tulis, kadang2 aku rasa malas yang amat...tapi kalau fikir2 ini je laa cara yang paling senang untuk aku menulis...suka hati laa nak tulis apa pun kan...dalam duk menulis ni sebenarnya aku malas sangat nak fikir apa yang patut dan apa yang tak patut aku tulis...kalau aku rasa nak tulis, aku tulis je...jaranglaa jugak aku duk mikir implikasi pada orang lain...lebih baik aku suk fikir implikasinya pada aku...jadi kalau ada apa2 yang aku tulis ni menganggu gugat dan membuatkan hati sape2 jadi kecik, aku mintak maaf banyak2...cumanya apa yang aku tulis ni adalah untuk menzahirkan apa yang aku rasa, untuk kepuasan diri sendiri dan melontarkan buah fikiran aku terhadap pelbagai perkara dan kebanyakannya adalah pendapat peribadi aku sahaja...dari dulu aku jarang kongsi apa2 masalah dengan sape2 pon, hatta dengan mak aku pun...jadi izinkanlah aku untuk jadikan blog ni sebagai medium untuk aku meluahkan apa yang aku rasa nak luah, waima muntah sekalipun...full stop...
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment