terima kasih kerana menaikkan harga minyak...
sesungguhnya kepala hotak tuan-tuan...
sangat pandai mencari untung...
elok jadi kapitalis, jangan jadi menteri...
terima kasih tuan-tuan yang bijak pandai...
otak tuan-tuan melimpah hingga ke luar tengkorak...
betapa busuk akal tuan-tuan yang bijak pandai...
hingga tengkorak pun tak mahu menampung...
eloklah dibungkus otak tuan-tuan yang bijak pandai...
takut nanti bernanah berulat terus mampus...
terima kasih tuan-tuan yang bijak pandai...
terima kasih kerana menaikkan harga minyak...
minyak yang dah mahal ada penggantinya...
sebagai buktinya tuan-tuan orang yang pandai...
pandai menipu pandai memutar pandai membelit...
jangan dihirau susahnya rakyat...
asal kenyang tembolok sendiri...
terima kasih tuan-tuan yang bijak pandai...
terima kasih atas kemuliaan tuan-tuan yang bijak pandai...
sunguh halus tali gantung mu itu...
sungguh licik tali gantung mu itu...
untuk kami rakyat yang kerdil...

No comments:
Post a Comment