Thursday, December 31, 2009

ulasan 2009...

sejam lebih lagi tahun baru masihi 2010 akan sampai...
aku sebenarnya takde mood sangat nak memblog malam ni...
tapi sebab nak tahun baru, aku gagahkan jugaklaa menulis...
mungkin tajuk paling sesuai adalah review aku untuk tahun 2009...
tak banyak sangat yang aku nak review...
cuma ia berkaitan pendapat aku mengenai keseluruhan tahun 2009...
tapi adalah diingatkan review ini dibuat oleh penulis yang cetek ilmu pengetahuannya dan amat terhad sumber informasinya...
antara review yang aku nak buat...:


1) sukan...
sukan di malaysia masih lagi ditahap yang biasa... kejayaan yang paling bermakna mungkin kejayaan bolasepak mendapat pingat emas sukan sea selepas 20 tahun... namun sukan yang masih berjaya menjulang nama negara di peringkat dunia masih lagi badminton dan juga squash... tapi dua sukan ini pun kita hanya bergantung kepada 1-2 nama sahaja... tiada bakat baru yang mungkin boleh menggantikan mereka... sukan basikal juga mula mendapat tempat di pertandingan peringkat dunia... kehadiran jurulatih john beasley aku rasa memberi impak yang cukup besar terhadap sukan basikal negara... sukan hoki, seperti yang aku jangka daripada awal semakin merosot... pertukaran pucuk pimpinan tidak merubah apa2, apatah lagi pucuk pimpinan yang baru ini merupakan orang yang sama yang tidak mampu menaikkan imej bolasepak... apa yang beliau dapat lakukan untuk hoki, sama2 kena tunggu tahun 2010 nanti... pencapaian bowling juga agak sederhana walaupun terdapat pemain malaysia yang sudah beralih ke peringkat profesional... satu perkembangan yang baik... sukan2 lain, usaha perlu digandakan untuk lebih berjaya pada tahun 2010 dan tahun2 mendatang...


2) ekonomi...
kalau tanya pada aku, aku rasa ekonomi malaysia pada tahap yang tenat... malah ekonomi malaysia langsung tidak mampu memberi kesenangan pada warganya... pelbagai pelan ekonomi diperkenalkan, tapi kebanyakan warga masih berada pada tahap yang sama... malah mungkin ramai warga kerdil yang semakin tertekan... kenaikan harga minyak menyebabkan banyak barangan yang dinaikkan harganya, sedang pendapatan warga masih pada takuk yang sama... dan petang tadi, harga gula akan naik mulai tahun baru... 20 sen sekilogram... dan aku percaya kenaikan harga gula ini akan menyebabkan kesan berantai... sudah pasti ada harga makanan yang akan naik... mahu atau tidak, warga terpaksa juga makan, dan kesan langsung pasti diterima hasil kenaikan harga gula ini... alasan kenaikan ini adalah kerana kenaikan harga diperingkat dunia...benarkah... carilah sendiri jawapannya... harga minyak juga hampir pasti akan naik lagi pada tahun hadapan... ini kerana petronas akan terlibat dengan 2 pasukan F1 pada tahun hadapan, lotus 1malaysia dan menjadi penaja utama pada pasukan mclaren... ye, mereka2 ini lebih penting berbanding warga... tidak lama lagi kerajaan akan memperkenalkan pula cukai barangan dan perkhidmatan(GST)... ini bermakna barangan akan dikenakan cukai... kalau dah kena cukai semestinyalah barangan akan semakin mahal... konon di asia tenggara hanya malaysia, brunei dan myanmar sahaja yang tidak mengamalkan cukai ini... konon cukai ini akan menempatkan malasyia setaraf negara maju... benarkahh... persetan, kalau negara lain mahu menyusahkan warga, kenapa kita mahu ikut... apa guna negara maju kalau rakyat terpaksa mengikat perut... buatlah apa pelan ekonomi pun, gunalah apa sahaja alasan, selagi warga kebanyakan tidak terbela, maka aku takkan rasa ekonomi negara berada pada tahap yang baik... dan tahun 2010 takkan banyak yang berubah...


3) politik...
bab ni aku tak reti sangat laa nak komen, komen banyak2 pun bahaya jugak... tapi banyak jugak yang aku boleh perhati dan baca... politik adalah kuasa, dan demi survival kuasa, kadang2 apa sahaja sanggup kita lakukan... dan bagi aku, politik malaysia tahun 2009 cukup haru biru, kucar kacir dan tunggang langgang... paling aku tak boleh lupa ialah apa yang berlaku di sidang dun perak pada 7 mei 2009, yang mana aksi2 mereka yang mahu berkuasa dapat ditonton diseluruh dunia melalui youtube... bagaimana sebuah negara yang mengaku mengamalkan demokrasi boleh berlaku perkara seumpama itu... bagi aku bila bercakap mengenai orang politik, yang penting bagi mereka kuasa, warga kemudian cerita... betul selepas berkuasa barulah mereka boleh mempedulikan warga, tapi ramaikah yang sebegitu sikapnya... noktahh...


4) hiburan...
bab2 ni aku jarang sangat nak baca sebab kadang2 aku menyampah... cerita dalam kain kadang2 lebih banyak mengisi suratkhabar dan majalah berbanding cerita kerjaya... isu nikah kawin, cerai berai seolah dah jadi perkara biasa dan menjadi tonik jualan untuk majalah dan stesen tv... secara keseluruhan, aku rasa takde apa yang berubah... apa yang lainnya kalau rancangan hiburan bersambung2 mengikut musim... cuma dipawagam, tahun ni cerita2 hantu dah kurang... banyak bercambah cerita2 lawak santai yang tidak membodohkan pelakon dan penonton... cerita setem umpamanya cukup simple, tapi berjaya membuat aku ketawa tanpa berkerut muka... nagi penyanyi pulak, tak ramai sangat yang menonjol, maklum semua keluar daripada rancangan realiti, yang mana jari menjadi juri... jari menjadi juri yee, bukan akal pikiran... maka lahirlah penyanyi yang tak cukup sifat, yang rasa diri mereka dah cukup hebat... maka sebab itulah, jarang album penuh dapat dikeluarkan... apa yang ada, hanyalah single album yang menggabungkan penyanyi... bagi kau kalau betul2 nak jadi penyanyi, biarlah orang yang ada ilmu pengetahuan yang nilai, bukannya jari... jari hanya sesuai untuk makan, kerja dan basuh berak sahaja...


5) aku...
aku pada tahun 2009 masih lagi seorang yang biasa... belum berkemampuan untuk menjadi orang yang hebat... malah, walaupun umur dah semakin banyak, perancangan masa depan masih lagi kabur... semoga aku akan lebih berdaya dan bermaya untuk tahun 2010... dan untuk blog ni, pada tahun depan aku akan cuba nak cerita perjalanan hidup aku dari kecik sampailah sekarang... sebab aku rasa mengingat cerita2 lalu memberi aku sedikit ketenangan dan kadang2 boleh membuat aku tersenyum walaupun aku dalam kesulitan yang amat... bagi aku, untuk maju kehadapan, aku harus menoleh kebelakang, agar jalan yang aku lalui sentiasa lurus... andai ada laluan yang telah bengkok, maka aku masih berpeluang untuk memperbaikinya pada masa hadapan...


*aku rasa cukuplaa dulu ulasan aku dan mungkin merangkap entry aku yang terakhir untuk tahun ni... perlu aku ingatkan sekali lagi ulasan ni datangnya daripada aku yang cetek ilmu pengetahuan dan terhad sumber maklumatnya... kalau ada sebarang kesilapan dari segi fakta dan auta tu, aku mintak maaf... semoga mendapat manfaat walaupun sezarah cuma...



Thursday, December 24, 2009

kisah benar...

malam tadi aku balik rumah kul 12.15 malam...
kawasan umah aku dah sunyi sepi...
selalunya macam tu lahh...
kadang2 ada anjing menyalak...

sampai je depan pagar rumah...
aku tengok lampu luar rumah jiran depan tu masih menyala...
selalunya tak macam tu...
aku tengok takde sape2 pun kat depan tu...
aku pandang keliling...
gelap...
sunyi sepi...
aku toleh belakang...
pun takde sape2...

aku pandang balik ke rumah jiran aku tu...
pintu pagar tak kunci...
pintu rumah pun tertutup, macam semua dah tido...
aku terpandang kereta citra dia kat depan...
aku tengok ke dalam kereta...
pun kosong jugak...
bonet depan kereta dia tu terbuka...
aku cuba tinjau kat depan kereta kot2 ade orang...
tapi takde sape2 jugak...
yang ada cuma kereta tu dan kesunyian...

tiba2 aku mula rasa x sedap ati...
aku pandang keliling...
senyap...
sunyi...
bulu roma dah meremang...
macam ada menda nak jadi...
aku mula rasa takut...
tapi aku rasa tuan kereta tu yang patut lebih takut...
sebabnya...

malam2 hari gi bukak bonet depan buat apa...
enjin jet pun boleh ilang, ni pulak enjin kereta...
kah kahhh kahhhh...

Sunday, December 20, 2009

hadapi dengan senyuman...

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


p/s: lagu dari dewa, sekadar pesanan untuk diri sendiri...:-)

juara kelab dunia...

cuba bandingkan berita kat sini....
dengan yang kat sini...
dalam masa satu hari, dua pasukan bermain...
dua2 menang...
abis tuu sape yang kalah...
pengadil...???
kah kah kahhh...

dulu ada member aku kata kat suratkhabar tu ada satu berita je yang boleh percaya...
bahagian no. ekor tu...
haa, yang tu je betul katanya...

tiba2 aku rasa cakap dia tu ada betulnya...

Friday, December 18, 2009

salam ma'al hijrah...

salam ma'al pada semua...
selamat menyambut tahun baru 1431...
apapun yang kita lakukan...
semoga kita menuju ke arah yang lebih baik...
sebolehnya biarlah hari ini lebih baik daripada semalam...
dan esok juga akan lebih baik daripada hari ini...
doakanlah semoga kita semua sama2 beroleh keberkatan...

tahniah...

tahniah untuk team malaysia...
selepas 20 tahun, akhirnya dapat emas semula...
jangan tunggu 20 tahun lagi untuk dapat emas lagi...
malas nak puji lebih2 sebab lepas ni banyak lagi kejohanan...
kalau tak menjadi sure korang kena kutuknye...
macam biasa laa, kalau korang menang puji bukan main...
kalau kalah, boleh mati kena kutuk bebb...
puji lebih tak, cuma tahniah je yang aku buleh bagi...
hehh...

Monday, December 14, 2009

malaysia go to final...

tahniah team bola malaysia...
dapat masuk final, menang dengan laos 3-1...
ramai yang tengok kot live kat tv2 tadi...
target asal ke semi final jee...
tapi alang2 ke final, apa salahnya menang terus kan...

cuma lawan kat final bukan calang2 laa...
vietnam, walaupun tu bukan lawan sebenar...
malaysia kalah dalam 4 perlawanan terakhir dengan vietnam...
apa lagi vietnam baham singapore kat semi final 4-1...

so kepada team malaysia, keep it up...
gud luck 4 final...
bila ntah, belum check...
thee heee...

masa untuk diri sendiri...


bowling n wayang... ini laa menda yang aku selalu buat... hanya 2 menda ni aje lahh yang aku dapat lakukan untuk diri sendiri... yang lain2 nak buat, sorry... xde masa sangat... dua menda ni jugaklaa yang aku lakukan untuk diri sendiri... lain2 masa, lain2 menda banyak yang aku kena peruntukkan untuk org lain, buat menda untuk orang lain... nak pergi makan kat tempat yang best2 sikit pun tak sempat... ade takde order je laa kuey tiaw hong kong kat sebelah nii... sebab tu kadang2 aku tengok wayang 2 crita dalam masa 1 malam... sebab tu je laa masa yang ada untuk diri aku, dan aku nak gunakan sepenuhnya, aku nak nikmati sepenuhnya... bagi aku, 2 aktiviti ni je skrg yang mengembirakan aku dan buat aku lupa pada perkara2 lain, pada perkara2 yang menyerabutkan kepala...

bil air...

saja nak tunjuk aku punya bil air... jimat rasanya... tiap2 bulan macam ginilaa, paling banyak pun RM6... mungkin sebab aku jarang guna... duk umah pun jarang2, camana nak guna banyak... kat tempat keje saje dari 11-7,8-12 kan, masa bila aku nak abiskan air... jadi lepas kumpul 3-4 bulan, baru aku bayar...

tapi crita yang lagi best pasal air tuu... aku tak tahula camana SAJ buat, tapi air yang kluar dari paip tu kadang2 macam air susu, kadang2 macam air zappel... hebat betul dorang nii... pada SAJ, lepas ni buatlaa pulak macam air oren ke, air kopi kee... best sikit, banyak pilihan... hehh...

Saturday, December 12, 2009

tahniah...

tahniah untuk team bolasepak malaysia...
they beat thailand 2-1 to go through semi final...
maybe thailand is not our "real opponent", but its an achievement...
congrates and good luck for semi finals...

Thursday, December 10, 2009

aku letih...

pada ketika ini...
pada masa ini, aku rasa teramat2 letih...
aku cuba untuk gagahkan diri, tapi rasa letih ni makin lama makin kuat...
aku tahu sehari dua lagi aku mesti tak tahan...
mesti letih yang amat letih...

sejak seminggu lepas, aku keje tak berenti2...
11-7,8-12 setiap hari...
letih aku makin meletihkan...

aku tak salahkan sape2...
aku tahu ni kerja aku...
aku pun tak tahu bos aku baca ke tak...
kalau dia baca pun aku tak harap dia faham apa2...
sebab kadang2 aku tak rasa dia jenis yang faham orang...

tapi apa2 pun aku aku cuma ada satu pesanan...
seteruk mana pun aku...
seteruk mana pun dia rasa aku kerja...
aku rasa aku tak selayaknya dilayan semacamana sekarang...
bukan layanan pasal kerja, sebab aku tak kisah pun kerja lama macam ni...
tapi kalau layan aku macam ni, sungguh aku rasa tak berbaloi...
bukan banyak sangat yang aku mintak...
tapi aku cukup2 tak suka kalau org manis mulut masa nak mintak tolong, lepas tu bila dah senang, dah takde menda nak mintak tolong, layan org lain macam sampah...

bagi orang yang jaga company 24 jam...
bagi orang yang jaga kedai ni sepanjang masa...
bagi orang yang dah bagi komitmen sepenuhnya...
dan lebih penting, bagi orang yang dah bagi seluruh kehidupan pada kedai ni walaupun hidup aku sendiri belum sempurna...
aku rasa aku tak selayaknya dilayan macam nii...
sebab aku tak pernah rasa macam ni, walaupun aku kerja dengan orang yang langsung aku tak kenal...

tapi sape peduli, kalau aku tak ada sekalipun, kedai ni akan tetap beroperasi...
dan aku pun tak harap orang faham...
sebab ramai orang yang akan baik pada kita masa dia perlukan pertolongan kita...
lepas pada tu, aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku...
moga2 berbahagia laa dengan perangai yang macam tuu...

bila fikir bab2 macam ni...
aku rasa malas nak keje...
tak guna keje sungguh2..
dan aku rasa makin letih...

dialog kedai makan...

*arini aku pegi beli nasi lemak kat kedai yang aku dah biasa pegi...
cuma hari ni aku tak sempat makan kat sana...

kak, bungkus nasi lemak satu...

tak makan sini ke, air nak tak...

tak sempatla kak, jap lagi nak bukak kedai... air tak payah laa...

awak blaja kat uthm ke...

eh, takde lahh kak... saya dah tua laa, dah keje dahh...

owhh, yeke... ingat blaja lagi... keje kat mana...

kat belakang public bank... saya dah 30 tahun laa kak...

sama dengan saya laa... asal mana...

saya asal terengganu, tahun 79 kan...

ha'ah...

*nasik lemak pun siap, aku ambik, bayar n balik...
*kesimpulan yang aku dapat buat, aku rasa muka aku mmg nampak muda dari usia laa... babyface... hahahaaa....

Tuesday, December 8, 2009

surface...

arini macam malas sket nak taip entry... macam takde cerita sangat... lagipun arini duk abiskan masa tengok crita ni... sambil kerja sambil tengok... dulu penah tayang kat tv3 kot... baru layan sampai episod 8, tak sabar nak sambung... heh hehh... padahal biasa2 je critanya...

Monday, December 7, 2009

wayang...

mari mewayang... heh hehh... 3 crita, 3 hari...

bolasepak yang kesian...

aku bukanlah puas ati sangat dengan team bola malaysia ni, sebab ranking makin lama makin jatuh... tapi bila dah ada kambing2 buat lawak macam ni, terasa laa jugak nak komen sikit...

kat atas ni dua lawak yang kambing pasal bolasepak malaysia... kenapa aku kata kambing...
sebab kambing yang pertama adalah muka dua ekor ni mmg dah macam kambing... yang tukang lukis aku tak tau laa... maybe lebih kurang jee...

sebab kambing yang kedua adalah kerana ia menunjukkan betapa kambingnya mentaliti dua ekor kambing ni (mentaliti pelukis/penulis kot)... dan mungkin jugak ia menggambarkan mentaliti sesetengah anggota dalam masyarakat kita... sape2 yang berfikiran macam ni, maka samala kambingnya dengan kambing2 dua ekor ni...

lawak kambing yang pertama tu, betapa pasukan bolasepak kita diperlekehkan walaupun baru lepas menang 11-0... 11-0 pun kene lekeh bebb, gila babi betul... timor leste digambarkan sebagai bukan lawan sebenar... mmg bukan lawan sebenar, budak wakil sekolah rendah pun tahu... tapi sebelum ni pun kita pernah lawan timor leste, tapi tak pernah pulak menang sebesar tu... bukankah mereka layak menerima ucapan tahniah, bukan diperlekehkan sebagaimana lawak kambing2 ni... susah sangat ke nak ucap tahniah, bukan kena bayar cukai pun... takdenya orang nak mintak kambing dengan kau kalau ucap tahniah... dah tu sape pulak lawan sebenar kita... england...?? brazil...?? sepanyol...?? masa kalah dengan brazil dulu pandai pulak korang puji... bangga sangat kalah dengan brazil, mentang2 brazil hebat...

lawak kambing yang kedua tu pulak toksah cerita laa... confirm2 kena kutuk sebab kalah... vietnam ni pun aku rasa bukan lawan sebenar team malaysia... sebab kalau kalah dengan lawan sebenar, kambing2 dua ekor ni mesti puji... macam dengan brazil, lawan sebenar kita tuu... ini tak, dorang kutuk, maknanya bukan lawan sebenarlaa tuu...

bodoh piang punya lawak, lain takde, nak menjatuhkan semangat orang jee... cuba kalau anak2 kau yang duk tengah wakil malaysia tu... kambing punya kambing...

*lawak2 yang kambing lagi mengambingkan ini aku kambingkan secara direct tanpa sebarang kambing daripada tuan punya yang membela dan menjaga kambing2 ni, utusan malaysia...

sarapan...

dah lama jugak aku tak sarapan... sebabnya selalu tido balik, then bangun lambat, terus pegi keje... hari ni pun sama jugak, tak sempat sarapan... tapi sempat pegi pasar pagi... beli satay pakcik untuk buat sarapan... 1st time try, ok laa... best jugak... jarang orang orang jual satay pagi2 kan...

Sunday, December 6, 2009

donat big apple...


donat big apple... aku suka makan nii... donat lembut, n banyak pilihan... sorry to say, aku rasa donat ni lagi best drpd dunkin donat... cuma big apple ni aku rasa tak banyak cawangan lagi... yang ni aku makan semalam, dibelanja oleh seseorang... kira rezeki laa nii sebab dah lama jugak aku tak makan... sedap bertambah sedap sebab orang belanja... hehh

anak-anak kita...

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu


* kalau tanya aku aku akan kata m. nasir mmg terrer buat lagu... kombinasi dengan arwah loloq mmg power... cuma lagu ni rasanya lagu/lirik semua m. nasir tulis... aku suka dengar sebab aku rasa mmg kena lagu ni dengan keadaan sekarang... cuma yang tak kena tu bab permainan tuu... anak2 sekarang duk sibuk main game jee... hehhh...

Saturday, December 5, 2009

world cup 2010 group table...

nih aku kongsikan world cup 2010 punya table...
sama2 lah pilih team tahun depan...
yang mana nak betting tu, kena bersedia dari awal...
analisis team2 anda... tapi ingat, judi... walau apapun tetap haram...
heh hehhh...


Group A
France
Mexico
South Africa
Uruguay


Group B
Argentina
Greece
Nigeria
South Korea


Group C
Algeria
England
Slovenia
USA


Group D
Australia
Germany
Ghana
Serbia


Group E
Cameroon
Denmark
Netherlands
Japan


Group F
Italy
New Zealand
Paraguay
Slovakia


Group G
Brazil
Ivory Coast
Korea DPR
Portugal


Group H
Chile
Honduras
Spain
Switzerland



*nota kaki: malaysia mana...? takpe, tahun 2018 nanti akan ada nama malaysia dalam table ni... aku ingat FAM punya janji aritu... tahun 2018 malaysia masuk world cup... tukar kepimpinan pun, dasar tetap dasar kan... kata kena kota jugak... cuma kalau tanya pendapat aku, berdasarkan keadaan sekarang, hanya ada satu cara malaysia dapat masuk world cup nihh... jadik tuan rumah...tapi untuk tahun 2018, malaysia takde offer jadi tuan rumah rasanya... amacam...?


pemandangan...

aku suka tengok pemandangan2 yang macam ni... macam best jee... macam damai jee... ni pun aku snap masa aku tengah drive... dulu masa sekolah selalu nampak pemandangan macam ni... tapi masa tu matahari naik laa... yang ni matahari tengah nak masuk beradu nii... nampak macam ade menda terbakar belah sana pun ye kann...2012 ke...:-)

meter kereta...

sempat jugak aku snap meter kereta aku... nombor cantik tuhh, tu yang snap tu... padahal tengah bawak kereta... snap between segamat to yong peng, time balik dari kg arituhh... dah banyak kilo dah dia berkhidmat... teruskan khidmat cemerlang anda... heh hehh...

gambar kahwin sazlin + nurlina...

aku postkan gambar sekitar perkahwinan sazlin dan nurlina...
saja nak kongsi2 apa yang aku sempat snap dengan kamera aku...
lagipun tuan punya badan dah bagi izin...
semoga berbahagia lah hendaknya...


pengantin lelaki...


keluarga pengantin lelaki... ramai jugak yang datang... kafe sensasi ni taja tempat untuk pengantin lelaki di andam... heh hehh...


sebelum akad nikah... kebanyakan pengantin lelaki sama je... mesti muka semacam, pastu berdebar2... padahal dah tau kan soalan apa dari tok kadi tu... apadaa, soalan dah bocor pun takut lagi kee... mesti tak study ni... ha haaa...


pengantin lelaki cuba2 bergaya macam jamal abdillah... tapi dia ni aku yakin, clean punya... kalau ada pun isap rokok je kuat... dengan coke pun kuat dia ni... hehhh...


pengantin perempuan menyambut lakinya... secara jujur, aku tak kenal sangat pengantin perempuan ni, sebab jarang2 jumpa... dulu pun kalau keluar pengantin lelaki bukan nak bawak... dia cakap kat aku, pengantin perempuan ni daripada golongan anak2 terpelihara, tak boleh sembarang2 ajak keluar... hehh... gambar bawah tu apsal... aku teka pengantin lelaki tengah bersihkan idung, sebab tiba2 sesak napas bila pengantin perempuan tenung camtu... apasal sesak napas... hanya mereka yang tahu apa yang mereka duk pikir... khehh...


anak kawan2, aina safiyah... dulu nak pegang tak boleh, mesti menangis... skarang dah ok dah... masa mak bapak dia kawin, akulah yang jadi pengapit... :-)


anak kawan2 jugak... hakim, dulu boleh pegang, boleh bergurau dia nii... skarang nak dekat pun tak boleh... maybe dia tengok aku dah macam asing sket pasal aku duk jauh n jarang jumpa... dengan geng2 lain ok je dia... mak dia selalu kutuk aku dulu sebab aku guna kamera yang pakai kodak masa org lain semua dah maju... untuk pengetahuan beliau, aku snap gambar anak dia ni guna kamera digital dah yee... hehhh...

Friday, December 4, 2009

anugerah skrin...

anugerah skrin malam ni... ada aku peduli... hehh hehhh... lagi penting ada orang peduli kalau aku tak peduli pun... hehh hehhh lagi...
tema arabian night... maybe dorang nak mengislamkan anugerah ni... biar nampak suci, biar nampak mulia... arab kan sinonim dengan Islamnya... tambah lagi buat hari jumaat, hari yang mulia jugak... selalunya bukan dorang buat hari sabtu atau ahad ke... kehhh...

kerja pertama...

petronas paloh...tempat pertama aku kerja...dalam hidup aku ni dah banyak tempat aku keje... malah masa belajar pun aku selalu keje bila cuti sem...tapi tempat ni lahh yang mula2 ajar aku cari duit sendiri... takde sape suruh, aku sendiri yang nak... lepas spm aku kerja kat sini dengan sorang member aku... kat sini jugaklahh aku rasa susahnya cari duit sendiri... pagi2 pukul 6 dah bangun... kalau sebelum ni bangun sebab nak gi sekolah, sekarang bangun sebab nak gi kerja... dalam sejuk subuh aku redah, dengan motor kapcai yang dah tahap sakit... TG 1429, dengan roadtax takde, lesen takde, lampu depan malap, lampu belakang takde, signal jauh sekali, bawak pun bergegar satu badan... sekarang motor tu pun dah lama arwah...

tapi aku tengok petronas ni dari dulu sampai sekarang duk macam tu jugak laa... sesuai laa dengan bos dia yang berkira sangat... setau aku bos dia masih sama dari dulu sampai sekarang... sebab kadang2 balik kampung aku ada gak nampak dia... kat sini laa macam2 hal jadi... sebab baru kerja, selalu terlupa nak tutup balik tank customer... pernah satu masa aku terlupa tutup tank van kesihatan... 3-4 hari lepas tu dia datang balik, mintak gantirugi... sebab dia kata air dah masuk dalam tank, banyak menda nak kena servis... aku tak tahulaa bos aku bayar ke tidak... yang aku heran dia takleh claim ke sebab tu harta kerajaan... yang lagi best bukan aku yang kena... member aku yang kena, abih kena bantai dengan boss... yang member aku ni pon ngong jugak sebab dia buat muka blurr, dah tu gi mengaku pulakk... aku biarkan je sebab aku mmg kurang gemar dengan member aku ni... selalu tak datang, datang selalu lambat, nak bangun layan customer punya la berat punggung, time makan dia aje yang dulu... gasaklahh ko, padan muka... he hehh...

aku kerja kat sini lama jugak, sampai masa gi ambik result spm... geng2 semua kata aku dah gelap... mana taknya, berjemur je kat petronas tu... berkejar ke sana sini... staff tak penahnya nak cukup... bos kedekut nak tambah staff, nanti kena bayar gaji...

pape pun, pengalaman tu sangatlahh berguna... sebab tu dalam hidup kita, semua menda mesti ada yang pertama... tak kiralah seronok ataupun tidak yang pertama tuu... bersyukurlah seadanya...

Thursday, December 3, 2009

pandang-pandang...

saja nak kongsi2 apa yang aku sempat snap masa balik kg aritu...
sebelum aku balik sini, 2 hari ujan tak berenti...
dah musim nak buat macamana...
pada yang kena banjir...
sabar dan doalah banyak2...
ujian datang dalam pelbagai bentuk...
adakalanya kesusahan...
lagi susah kalau kita diuji dengan kesenangan...
sebab kita cepat lupa...
termasuklaa pada Maha Pencipta...




aku cukup2 hairan, macamana pantai teluk mak nik buleh jadi monica bay... adakah mak nik tukar nama selepas berhijrah ke hollywood... atau kita yang tukar nama sebab nak bagi orang hollywood cepat paham... perlu kee... tertera gagah lagi signboard venue sukma 12 tu, walaupun stadium utama tempat sukma tu dah cedera parah...



jam sebelum sampai bandar kemaman... punyalaa boring aku, 1 jam aku sangkut kat sini... ingat accident ke apa ke... rupa2nya kat depan traffic light, lepas traffic light jambatan... yang menambah lembab sebab jalan atas jambatan semua rosak, so kereta slow... aku rasa rosak sebab banjir... takde ke bahan buat jalan yang tak rosak masa banjir... kalau ada tolong cari dan guna... wang ehsan nak buat apa kalau tak bagi balik pada rakyat kan... kann... kann... dan kangkanggg...



pantai dungun, betul2 kat belakang sekolah aku dulu... sekadar singgah nak mengimbau kenangan... kat pantai ni laa aku penah joging... kat sini laa aku pernah gi study dengan cikgu fizik aku dan 2-3 orang member... kat pantai ni laa aku pernah gi tangkap ketam masa spm... kat pantai ni laa dulu aku selalu dapat tengok matahari naik... dari bangunan asrama pun boleh tengok... tapi masa snap ni laut bergelora... maklum, musim tengkujuh...



yang ni nostalgia sikit... ni kedai goreng pisang kegemaran budak2 sekolah aku... ada pisang, ada keropok, sukun, sotong tepung, ikan celup tepung dan air jagung yang best... lebih kurang 200m dari belakang skolah aku dulu... masa sekolah dulu buleh kata tiap2 petang aku pegi... lepas main bola, orang semayang kat surau tapi aku lompat pagar pegi beli pisang dgn keropok, semayang kat dorm... sorrylaa cikgu, cikgu tak pernah tangkap saya... hehh... akak2 kat sini best, kalau cikgu pegi tanya, sure dorang kata takde budak sekolah yang datang... pernah member aku menyorok bawah kaunter bila ada cikgu datang dari depan, selamat sebab akak tu kata takde budak datang... selalunya skali aku beli 13-15 ringgit... jadi ejen pulak dah, member2 pesan... kalau aku taknak pegi pun dorang suh pegi... aku takyah beli, pow dorang punya jee... pernah nak kantoi sebab ada warden basuh motor kat kolah mandi, nasib baik aku sempat praktik ilmu menginvisiblekan diri... kalau kantoi mampus aku kena tumbuk dengan arwah K.A... hehh...
*betul2 punya nostalgia bila pegi tempat2 macam nii... cuma akak2 kat sini dah tak cam aku... aku pun tak berapa cam dah, dorang ni yang dulu ke atau yang baru...




sehari di kl-21/09/09

entry ni sepatutnya dah lama aku buat...
cuma biasalah, tak berkesempatan...
kalau ada kesempatan pun aku macam tak berapa rajin nak menaip...

sebelum balik raya aji aritu sempatla aku gi kenduri kawin sorang member...
kat shah alam...
nak kata kenal lama tak jugak...
tapi kira rapat laa sebab dulu pernah tumpang rumah dia...
dah la tumpang, tak bayar pape pulak tu...
masa tu betul punya sengkek laa geng...

crita pasal majlis kawin ni tak payah panjang lebar kot...
semua majlis pun lebih kurang jee...
aku gerak dari sini kul 7 pagi...
awal jugak laa sebab aku nak kejar time dia akad nikah...
katanya kul 9.30pagi, terpaksalaa keluar awal kann...
kejar punya kejar sempatlaa aku sampai time dia akad nikah...
sebab dia punya majlis akad nikah pun terlambat sikit...
kebanyakan member pun pegi, jadi dapatlaa jumpa member2 lama...
ramai yang datang dengan anak2 laa, termasuklaa anak yang masih dalam perut...

aku...?
hehhh...
masa member aku ni bagi kad kawin dia tu...
kat depan tu dia tulis pijang+pasangan...
jadi paham2 la kan...
sebab aku taknak menghampakan tuan rumah...
kalau tak selalunya gi mana2 pun aku redah sorang jee...
khehhh...

abis majlis akad nikah, tibai mee goreng, balik lepak umah member kat shah alam gak...
tengahari pegi lagi, balun nasik pulak...
terima kasihlaa pada tuan rumah sebab makanan dia sedap2...


:sazlin & nurlina:
selamat pengantin baru... moga berkekalan selamanya...cilakak, lagi muda drpd aku pon dah kawin...gataiii...


petehfc...


petang pulak aku luangkan masa gi tengok member2 main bola...
dorang buat team ni masa aku dah tercampak kat sini...
petehfc namanya...

apsal petehfc...?
sebab mula asalnya team ni semua geng trganu...
tak silap aku ada sorang budak kl, tapi study kat dungun...
kira dah kacuk dengan traganu laa tu...
tapi skarang banyak dah tukar orang...
ada yang injured, ada yang komitmen lain...
ada jugak yang merajuk katanya(ape da punya sensitip)...
macam2 hal laa...

so dorang ni dah masuk liga laa sekarang ni...
liga kecik2 je, yang dorang masuk ni liga ape ntah...
liga kota ke apa ntah, tapi adelaa perkataan kota tu...
(yang aku pasti bukan liga roda2 kotaraya...hehh...)
lawan dorang aritu offshore mana ntah...

kalau tanya aku aku akan kata team ni power gila...
sebab...?
korang tengok gambar kat atas tuu...
ada 10 orang player jee...
dengan 10 orang tu laa dorang start game, lawan 11 orang...
apa punya gila dorang ni...
mana ada team bola dalam dunia ni yang main 10 orang dengan rela hati, habaq maii...
tapi orang ke-11 datang jugakla, 10 minit lepas game start...
dorang bantai la main sampai abis...
substitute?
sorry, cukup 11 orang pun syukur...
kehhh, nasib baik menang...
tahniah...

kul 6 lebih tolak balik dalam ujan lebat yang amat pulak tu...
kul 9 malam sampai, dapatlaa lepak sambil tengok chelsea belasah wolves...
huhuuuuuuuuu...
begitulah cerita lawatan saya ke kuala lumpur selama sehari...
hehhh...




Wednesday, December 2, 2009

hello...

just coming back from kg for raya aji...
relax dan rehat serehat2nya lebih kurang seminggu...
makan daging sepuas2nya...
yang org kg korbankan...
bukan yang YB bagi yee...
yang tu bukan korban, tu bagi org ramai makan daging...

tapi belum sampai sini dah letih balik...
jalan rosak, tempat yang tak jam pon jadi jam...
patut 7 jam jadi 9-10 jam...

harap2 LPT cepat siap...
buleh exit terus dekat dengan kg...
jangan duk sibuk dengan monsun cup je...
takdok pekdoh mana ke orang ramai...
wat jalan tu lagi bagus...
tapi mana boleh kan...
nanti kalau buat cepat orang ramai selesa pulok...
kalau dah selesa susah jugak...
nanti dorang cepat lupa...
org trganu dah la ramai melayu...
melayu kan mudah lupa...

hehhh...