kita ialah apa yang kita fikirkan...
apa2 yang kita fikirkan...
samada positif atau negatif...
akhirnya ia akan menjadi kita sendiri...
pening ke...
meh nak kongsi satu cerita...
cerita yang aku dapat semasa tahun2 akhir pengajian aku kat utm dulu...
sebuah syarikat kasut yang beroperasi dalam negara bercadang mengembangkan perniagaan ke luar negara. negara yang dipilih adalah sebuah negara di benua afrika. sebelum keputusan di buat, syarikat tersebut menghantar seorang pekerja untuk melihat keadaan pasaran di sana. pekerja tersebut diberi tempoh seminggu untuk menjalankan kajian pasaran dan seterusnya membuat keputusan samada perlu atau tidak menghantar bekalan kasut ke sana. belum pun sehari berada di sana, pekerja tersebut telah memaklumkan kepada syarikatnya bahawa negara tersebut tidak sesuai untuk pasaran kasut mereka.
tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut, syarikat tersebut menghantar seorang lagi pekerja untuk tujuan yang sama. seperti pekerja pertama tadi, belumpun sampai sehari berada di sana, pekerja kedua ini juga telah menghubungi syarikatnya. tetapi kali ini, pekerja tersebut meminta syarikatnya supaya menghantar 5 kontena kasut ke negara itu.
apa yang berlaku...???
dan apakah perbezaan yang dilihat di negara afrika itu oleh kedua2 pekerja tadi...???
apa yang berlaku adalah kedua2 pekerja tadi mendapati semua orang di negara tersebut berkaki ayam...
bagi pekerja pertama, keadaan itu tidak memungkinkan mereka menjual kasut di sana memandangkan rakyatnya telah biasa berkaki ayam...
baginya amat payah untuk menjalankan proses pemasaran...
pekerja kedua pula melihat ia sebagai peluang untuk menjual banyak kasut...
caranya, hadiahkan sepasang kasut kepada ketua2 puak di sana dengan harapan orang lain akan mengikut cara baru ketua2 mereka...
kerana itu dia yakin dan memesan 5 kontena kasut daripada syarikatnya...
**abis cerita...
maka kita semua apalah apa yang kita fikirkan...
mungkin mustahil, tapi kalau kita fikir boleh lakukan, insyaAllah kita boleh lakukan...
dalam kesempitan ada kesempatan...
dalam setiap ancaman, ada peluang...
dan dalam setiap kesusahan pasti ada kesengangan...
***dan lebih penting lagi, cerita ini sebagai ingatan kepada diri sendiri agar sentiasa bersabar...
sentiasa bersemangat untuk maju...:-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good story.
ReplyDeleteThink optimist to become +ve person.
So, nx time, u too thinx more positive about urself.
Peace and smile.
insyaAllah...
ReplyDelete