Sunday, February 26, 2012

pesanan...


Ni macamana punya cerita ni. Gua dah pening kepala pikir nak pahamkan ayat ni. Lu orang boleh tolong pahamkan gua ke...

Mungkin kat depan kaunter dia ni ada tulis Kaunter Penghilang Kunci. Wallahu'alam...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

menunjuk rasa...


Gua cuma mampu mengucapkan selamat menunjuk perasaan kepada orang2 Kuantan. Juga kepada orang2 dari daerah lain yang turut sama2 bersemangat untuk menunjuk rasa. Apa pun kesannya, gua tahu lu orang pasti sudah bersedia...

Satu saja bagi gua, gua salute pada yang berani...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

macam betul...


Dah lama gua perati. Dah lama gua diam je. Gua malas nak kecoh2, nanti ramai pulak yang kondem gua. Tapi bila ada kutu yang buat analisis, gua sokong je...

Dan gua rasa apa yang kutu ni kata macam betul. Eh, ke memang betul. Lu orang rasa camana...??
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Saturday, February 25, 2012

ceramah...


Dulu masa gua belajar, selalu jugak gua pegi dengar orang ceramah. Selalunya yang gua pegi ceramah politik pembangkang laa. Bukan nak kata gua sokong sangat pembangkang ni, tapi ceramah lah salah satu cara gua nak tahu agenda pembangkang, perancangan mereka dan juga janji masa depan mereka. Nak harap dorang bagitau ikut tv, ikut radio, mana maunya. Tak mampu deme nak bayor sewa on air. Ye laa, nak memilih, kena la tahu agenda dua2 pihak kan. Kalau dengar sebelah pihak je kut tv dan tadio, kita jadi tak adil pulak nanti...:-)

Semalam ni pun yang gua pegi ni bukan laa ceramah sangat. Cuma sembang2, saja gua nak gi tengok. Artis tu yang ceramah. Sham Kamikaze dengan Bob Lokman. Lu orang tak kenal ke. Malang betul lu orang. Malas gua nak bagitau sape tu. Femes gitu pun tak kenal, buang dakwat je gua tulis...

Apa pun, bagus lah kalau berhijrah ke arah kebaikan. Perkara yang lepas tu jadikan lah pengajaran. Orang lain tu jangan lahh kutuk2 bila orang nak berhijrah. Yang berhijrah pulak jangan laa duk sibuk sangat kutuk pasal dunia mereka yang dulu. Doakan saja mereka juga dapat berubah, atau berbuat kebaikan dengan cara mereka...:-)
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Friday, February 24, 2012

masak...



Memang gua jarang2 masak. Tapi sesekali gua masak, gua rasa terancam juga kedudukan chef2 selebriti. Bukan calang2 orang bujang rajin nak masak ni. Chef2 tu semua pun ramai yang dah tak bujang...

Gua cuma harap dorang jemput gua jadi juri untuk rancangan Masterchef Malaysia akan datang. Gua tahu, komen2 tu semua dorang dah bagi dialog. Yang penting bagi gua, gua dapat rasa makanan tu semua... Kehhh
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Thursday, February 23, 2012

hantaran...


Kadang2 gua hairan jugak kalau ada orang bagi hantaran SK-II ni... Ada skin treatment la, facial treatment la, skin care la, cleanser laa, dan macam2 jenis lagi...

Seolah-olah pengantin lelaki cakap "Gua saja ambik lu jadi bini walaupun muka dengan kulit lu tak lawa..."

Kehh kehhhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, February 22, 2012

ajaran...


Sumpah, gua tak suruh pun anak buah gua sokong Chelsea. Gua cuma cakap, jangan sokong Manchester United...

Amacam, solid tak gua punya nasihat... Kehh kehhhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Saturday, February 18, 2012

rasuah bolasepak...


Gua dengan bolasepak dah lama dah berkenalan. Gua rasa sejak gua kecik lagi gua dengan bolasepak ni macam dah ada chemistry. Masa sekolah rendah dulu mak gua tak bagi sangat main bola ni, tapi bila gua dah bawak balik jersi wakil sekolah, dia terpaksa sign jugak surat kebenaran. Walaupun gua bukan laa pandai sangat main bola, tapi setakat nak tendang penalti tu senang2 je gua kasi masuk. Lagi laa kalau takde keeper...

Setakat yang gua ingat masa tahun 90an dulu bola Malaysia ni ada maju sikit. Masa tu masih lagi liga semi-pro. Seingat gua yang power masa tu negeri Kedah rasanya. Player2 pun ramai jugak gua kenal. Ahmad Sobri, Ahmad Yusuf, Matlan Marjan, Feriza dengan Farouk Ismail, Ismail Ibrahim dan macam2 lagi. Belum lagi gua sebut legend tu, Zainal Abidin, Dollah Salleh dengan Azman Adnan.

Tapi bila dah maju sikit, mula laa macam2 masalah. Tolak tepi la masalah ramai orang politik nak menyendeng tumpang glamer tu. Tolak tepi jugak la pegawai FAM yang tak buat keje tapi cakap je lebih. Yang gua kisah masa zaman tu gua mula tahu pasal rasuah dalam bolasepak. Gua tak tahu la berapa banyak rasuah bayar, tapi bila sebut je rasuah, 10 sen pun dah jadi salah. Masa tu ramai pemain yang kena tindakan. Pegawai pun ramai. Ada yang kena tindakan buang daerah, ada yang tak boleh main bola seumur hidup, ada yang tak boleh langsung dah terlibat dengan bolasepak walaupun di peringkat rendah.

Kadang2 gua rasa tak berbaloi jugak ambik rasuah kalau kena tindakan macam gitu. Gua main bola sampai peringkat daerah je. Sampai sekarang pun gua masih main lagi. Sebagai orang yang tak berapa terrer main bola ni, kalau gua tak dapat main bola gua rasa mati kutu gua. Tak dapat terlibat dengan bola lagi mati kutu. Apa lagi kalau kena buang daerah yang gua tak kenal, lepas tu tak dapat pulak tu main bola. Nak berkenalan dengan penduduk setempat pun gua rasa payah.

Kalau dulu gua rasa gua boleh paham kenapa dorang ni ambik rasuah. Nama pun semi-pro, main bola separuh masa. Gaji pun kecik. Tapi masalah ni sampai sekarang pun tak abis lagi. Malah banyak pulak pasukan yang kena siasat sekarang pasal rasuah. Seingat gua gaji budak2 sekarang bukannya kecik sangat. Paling kurang 3 ribu. Ada yang sampai 5-7 ribu. Tu nilai gaji yang biasa bagi player bola sekarang. yang lebih lagi pun ada. Pendek kata gaji engineer pun kalah. Tu pun lagi nak rasuah. Itu yang gua tak paham.

Yang buat gua lagi tak paham, dari dulu sampai sekarang dah ramaipegawai dan pemain yang kena tindakan. Tapi gua tak pernah dengar pulak rasanya orang yang bagi rasuah kena tindakan. Apa kesss...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Thursday, February 9, 2012

hari ini, setahun yang lalu...

hari ini, setahun yang lalu...
mulanya seperti hari2 gua yang biasa...
subuh, mandi, bersiap dan bekerja...

hari ini, setahun yang lalu...
gua masih lagi di cyber cafe...
bekerja penuh ikhlas, mencari rezeki yang halal...
untuk diri, untuk keluarga...

hari ini, setahun yang lalu...
gua terima panggilan kala tengahari...
panggilan yang menghentikan ketawa...
panggilan yang menderukan sebak...

hari ini, setahun yang lalu...
gua bergegas meredah jalan...
tanpa hirau selamat atau aturan...
gua hasilkan rekod terpantas balik kampung...

hari ini, setahun yang lalu...
gua tiba di kampung berlatar sunyi...
berteman gundah, berbekal hiba...
bersambut gua dengan ramai...
berkumpul segala sanak saudara...

hari ini, setahun yang lalu...
gua sempat melihat dia dimandi...
terkaku dia dijirus air...
tenang dia terbujur di situ...
dan gua, menahan tangis seiring beradik...

hari ini, setahun yang lalu...
dia pergi meninggalkan kami...
tanpa pesan, tanpa kisah, tanpa susah...
perginya dia untuk selamanya...
meninggalkan segala resmi dunia...

hari ini, setahun yang lalu...
gua rasmi menjadi yatim...
kehilangan ayah yang banyak berkorban...
dan gua, meski belum puas berbakti...
janji Tuhan tetap tiba...
mengambil pulang akan milikNya...

dan hari ini, pada tahun ini...
genap setahun dia berpergian...
al-fatihah untuk beliau di alam sana...
semoga bahagia mengadap Tuhan...



**Al-Fatihah untuk ayahanda gua, Wan Ngah bin Salleh... semoga dia sentiasa tenang di sana...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Tuesday, February 7, 2012

bertapa...

Gua tahu gua memang dah lama tak menulis kat blog ni. Bukan apa, gua sekarang tengah sibuk bertapa. Bukan calang2 punya tempat gua bertapa ni. Atas puncak gunung, dalam gua yang kelam. Kalau biasa2 punya orang memang tak jumpa laa tempat ni...

Ni pun gua belum abis bertapa lagi. Gua curi2 guna internet dalam bilik master sifu gua ni. Gua pun tak tahu mana dia pegi, cuma pagi2 macam ni gua syak dia duk pegi mengintai anak dara kat kaki gunung tu. Waktu2 cam gini ni memang ramai anak dara duk basuh kain kat bawah tu. Kalau rezeki lebih, dapat juga tengok anak orang bunian. Silap gaya kena cekup dengan polis bunian tak jumpa jalan balik la jawabnya...

Jadi lepas ni kalau gua nak tulis kat sini gua kena curi2 la masuk dalam bilik master sifu ni. Nasib baik gua punya skill McGuyver ada lagi, boleh jugak bukak pintu bilik tu tadi...

Apa2 pun bila gua dah abis belajar ilmu nanti, gua turun la jalani kehidupan seperti rakyat biasa. Gua harap paling tidak pun gua akan ada ilmu kebal...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA