Saturday, February 18, 2012

rasuah bolasepak...


Gua dengan bolasepak dah lama dah berkenalan. Gua rasa sejak gua kecik lagi gua dengan bolasepak ni macam dah ada chemistry. Masa sekolah rendah dulu mak gua tak bagi sangat main bola ni, tapi bila gua dah bawak balik jersi wakil sekolah, dia terpaksa sign jugak surat kebenaran. Walaupun gua bukan laa pandai sangat main bola, tapi setakat nak tendang penalti tu senang2 je gua kasi masuk. Lagi laa kalau takde keeper...

Setakat yang gua ingat masa tahun 90an dulu bola Malaysia ni ada maju sikit. Masa tu masih lagi liga semi-pro. Seingat gua yang power masa tu negeri Kedah rasanya. Player2 pun ramai jugak gua kenal. Ahmad Sobri, Ahmad Yusuf, Matlan Marjan, Feriza dengan Farouk Ismail, Ismail Ibrahim dan macam2 lagi. Belum lagi gua sebut legend tu, Zainal Abidin, Dollah Salleh dengan Azman Adnan.

Tapi bila dah maju sikit, mula laa macam2 masalah. Tolak tepi la masalah ramai orang politik nak menyendeng tumpang glamer tu. Tolak tepi jugak la pegawai FAM yang tak buat keje tapi cakap je lebih. Yang gua kisah masa zaman tu gua mula tahu pasal rasuah dalam bolasepak. Gua tak tahu la berapa banyak rasuah bayar, tapi bila sebut je rasuah, 10 sen pun dah jadi salah. Masa tu ramai pemain yang kena tindakan. Pegawai pun ramai. Ada yang kena tindakan buang daerah, ada yang tak boleh main bola seumur hidup, ada yang tak boleh langsung dah terlibat dengan bolasepak walaupun di peringkat rendah.

Kadang2 gua rasa tak berbaloi jugak ambik rasuah kalau kena tindakan macam gitu. Gua main bola sampai peringkat daerah je. Sampai sekarang pun gua masih main lagi. Sebagai orang yang tak berapa terrer main bola ni, kalau gua tak dapat main bola gua rasa mati kutu gua. Tak dapat terlibat dengan bola lagi mati kutu. Apa lagi kalau kena buang daerah yang gua tak kenal, lepas tu tak dapat pulak tu main bola. Nak berkenalan dengan penduduk setempat pun gua rasa payah.

Kalau dulu gua rasa gua boleh paham kenapa dorang ni ambik rasuah. Nama pun semi-pro, main bola separuh masa. Gaji pun kecik. Tapi masalah ni sampai sekarang pun tak abis lagi. Malah banyak pulak pasukan yang kena siasat sekarang pasal rasuah. Seingat gua gaji budak2 sekarang bukannya kecik sangat. Paling kurang 3 ribu. Ada yang sampai 5-7 ribu. Tu nilai gaji yang biasa bagi player bola sekarang. yang lebih lagi pun ada. Pendek kata gaji engineer pun kalah. Tu pun lagi nak rasuah. Itu yang gua tak paham.

Yang buat gua lagi tak paham, dari dulu sampai sekarang dah ramaipegawai dan pemain yang kena tindakan. Tapi gua tak pernah dengar pulak rasanya orang yang bagi rasuah kena tindakan. Apa kesss...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

4 comments:

  1. Risuah game, bkn kerana gaji tak cukup.
    Game setting /match fixing adalah kerana perjudian.

    Bila taruhan suda besar, risiko makin tinggi.
    Untuk kompem dpt wang besar, kena la buat fix match.

    Dlm akhbar mmg baca pegawai dgn pemain je yg kena tindakan. Sbnr nye yg bg risuah pun kena juga.

    Hidup sengsara, hati tak tenang, jd buruan, makan tak kenyang.

    Lu kalu dah takleh main bola padang, lu main la bola lapan atau dlm bahasa jawa disebut 'eight ball'.

    Har har har! Atau lu nk main lucky ball?

    ReplyDelete
  2. itu yg pelik...
    match fixing sbb gamble...
    yg pegawai dgn pemain gi layan tu kenapa...
    musti mau dapat wang besar juga...

    gua tak main eight ball...
    lucky ball pun gua tak main...
    gua cuma minat main ball pen saja...
    kehh...

    ReplyDelete
  3. Ballpen.. bongek!
    Gua kena baca berulang kali nak pastikan gua tak silap baca.

    Ballpen!
    Gua sirius ingat lu tulis paintball.

    Arrghh! Kena tuko kacamata lain nih.

    ReplyDelete
  4. tukor, jangan tak tukor...
    tak cukup kacamata, lu ambik kaca botol...
    kehhhh...

    ReplyDelete