Sunday, April 29, 2012

gigih...

Gua seronok betul tengok fb sejak semalam. Gigih betul gua tengok orang2 fb ni post gambar dengan video pasal Bersih 3.0. Yang atas post, yang bawah pun post. Masing2 nak menunjukkan pihak masing2 betul. Memang gitu la selayaknya kalau dah bergelar penyokong...

Cuma pendapat gua, gua rasa fb ni ialah medium yang adil la. Tidak la macam tv atau suratkhabar. At least dengan gambar dan video tu, gua boleh tengok apa yang berlaku, dari kedua2 pihak...

Maka berbalik la kepada apa yang gua kata dalam post sebelum ni. Yang betul tetap betul, dan yang salah tetap lah salah. Biar la gua nilai sendiri, dan kalau lu orang mahu, lu tengok dan nilai jugak sendiri. Jangan bagitahu orang, simpan sendiri2 saja...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Saturday, April 28, 2012

politik Bersih 3.0...

Hari ini gua mahu bercerita mengenai politik. Ye, kalau ada yang belum jelas, maka gua tekankan bahawa post kali ini adalah cerita mengenai politik. Tidak kira samada lu orang kerajaan atau lu orang pembangkang, lu boleh teruskan baca, tapi kalau lu adalah orang yang tak mahu ambil tahu hal politik, elok saja lu orang berhenti baca kat sini saja...

Bagi gua tak boleh tidak, hidup adalah berkait dengan soal politik. Maka tidak boleh tidak, untuk hidup maka gua perlu ambil tahu hal2 politik. Mungkin ramai yang mengaitkan tulisan gua ini dengan Perhimpunan Bersih 3.0. Gua takkan nafikan, kerana perhimpunan ini yang menimbulkan komen2 yang memberi idea kepada gua untuk menulis hal ini. Gua pasti, tulisan gua takkan merangkumi semua yang berlaku, atau semua keterlibatan politik itu. tapi cukuplah kalau gua menulis mengikut kefahaman yang gua miliki melalui pembacaan, pemerhatian dan juga pendapat orang lain.

Dalam berpolitik, satu perkara yang perlu diambil kira ialah kita merasakan bahawa pendapat kita, dan apa yang kita katakan betul. Maka dengan itu, semua orang yang bertentangan pendapat dengan kita secara tak langsung akan menjadi musuh kita. Musuh dalam erti kata sebenar, ataupun hanya musuh berlawan kata. Akan tetapi, untuk diri gua sendiri, gua sangat berharap agar gua tidak menjadi orang yang seperti itu. Gua harap gua akan sentiasa menjadi orang yang separuh cawan kosong, bukannya separuh cawan penuh. Maka suka gua tekankan bahawa walau apa pun pendapat kita, perkara yang benar tetap benar dan perkara yang salah tetap lah salah. Siapa yang menentukan salah atau benar ini, tepuk dada dan tanya lubuk hati anda yang paling dalam, pasti lu orang akan tahu.

Bersih 3.0 baru saja berlangsung petang tadi. Secara jujur gua tidak begitu mengambil tahu akan perkembangan himpunan ini. Malah gua tidur daripada lepas subuh hinggalah ke pukul 3 petang. Cuma melalui pembacaan2 sebelum ini, dapatlah gua mengetahui serba sedikit. 

Gua dapat perhatikan terdapat perbezaan antara Bersih 2.0 dengan yang terbaru ini. Dulu, semasa Bersih 2.0 mahu diadakan, maka hebohlah daripada pihak kerajaan berkata itu dan ini. Semua polis diarah bersiap siaga, amaran demi amaran dikeluarkan dan begitu juga ugutan yang saban hari tersiar dalam tv dan suratkhabar. Tidak cukup dengan itu, maka ada alim agama yang bercakap dengan lunak perihal agama, ketuhanan dan juga hal2 yang haram jika menyertai Bersih. Tanpa sedar, sebenarnya dengan melakukan hal2 sebegini, pihak kerajaan sebenarnya memberi publisiti secara tidak langsung kepada himpunan ini. Makcik pakcik diceruk kampung yang tiada internet akhirnya tahu adanya himpunan ini hanya kerana larangan yang disiarkan ditv1. Maka setelah mengetahui, orang yang mahu menyertai akan tetap turut serta dan orang yang tidak mahu akan tetaplah diam di rumah...

Mungkin mendapat pengajaran daripada himpunan terdahulu, maka untuk Bersih 3.0 ini kerajaan berubah laku. Tiada lagi larangan2 secara langsung, tiada lagi pak menteri yang berkomen itu ini di tv. Kaedah mendiam diri dan buat tak tahu ini terus digunakan hinggalah kepada hari akhir. Cuma kali ini, DBKL dilihat bekerja keras mengekang himpunan ini. Buat pertama kali. sejak 2 minggu lalu DBKL dilihat berkuasa untuk menahan dan menggari orang yang berhimpun dan membawa mereka ke lokap. Seingat pengetahuan gua, sebelum ini hanyalah kerusi meja dan alatan peniaga haram sahaja yang pernah dilokap oleh DBKL...

Satu perkara yang sering dibangkitkan sejak Bersih dilancarkan ialah pengerusinya yang berbangsa India dan pernah menjadi peguam dalam hal memurtadkan orang Islam. Ambiga yang menjadi pengerusi terus diserang dengan hal ini, dan orang2 yang  mengikut himpunan ini adalah orang2 yang menyokong Ambiga. Maka suka gua ingatkan bahawa Bersih tidak menyangkut hal2 keagamaan. Bersih hanya dan hanyalah bertujuan untuk memulih sistem pengundian. Menyokong Ambiga untuk Bersih adalah menyokong pemulihan sistem undian. 8 tuntutan yang diutarakan langsung tidak terusik, termasuk penggunaan dakwat kekal. Kadang2 gua sangat hairan kenapa begitu susah bagi SPR dan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini. Pengerusi SPR pernah mengatakan bahawa tiada sebarang tipu muslihat dalam sistem undian di Malaysia. Mengambil kira kata2 ini adalah benar, maka gua tidak nampak sebarang halangan untuk memenuhi tuntutan yang 8 itu. Penuhi saja tuntutan mereka, guna saja dakwat kekal, kerana undian tidak pernah tipu muslihat, kerajaan pasti akan menang. Tiada apa yang perlu ditakutkan...

Menyalahkan Ambiga kerana menjadi peguam dalam memurtadkan orang Islam samalah mengatakan bahawa Barcelona kalah kepada Chelsea kerana Beckham cedera. Tidak kena pada tempatnya, dan adalah tidak logik. Ambiga itu seorang yang bukan Islam, maka sebagai orang Islam kita seharusnya tahu bahawa orang bukan Islam mahu kita mengikuti agama mereka. Ini bukan rahsia. Soalnya sekarang, kenapa kita membuka ruang untuk mereka memurtadkan orang Islam melalui lunas perundangan. Gua tidak bersetuju tindakan Ambiga memurtadkan orang Islam, tapi apa yang Ambiga lakukan adalah mengikut lunas undang2. Hairan juga, kenapa dalam negara Malaysia yang Islam ini ada undang2 sebegitu. Si geliga mana pula yang meluluskan undang2 sebegitu. Samalah juga seperti marahnya kita apabila Karpal Singh mencabar salah seorang sultan kita. Apa yang dibuat memang kurang ajar, tapi apa yang beliau lakukan kalau diteliti sah dari segi undang2. Bijak pandai mana yang melonggarkan undang2 penghormatan pada raja sehingga ada yang sanggup berkurang ajar. Jika kita yang memberi ruang kepada orang lain untuk memurtadkan dan berkurang ajar dengan kita, siapa lagi yang boleh kita salahkan kecuali diri kita sendiri.

Sebaik mungkin kita perlu memahami diri kita sendiri. Kita juga perlu berfikir, apakah murtad jika kita ikut serta Bersih. Malah bersih itu sendiri disertai oleh bijak pandai agama. Apakah kita ini lebih pandai daripada mereka. Apakah sembahyang kita lebih banyak daripada mereka sehingga mahu mengata mereka murtad. Apakah helaian Quran yang kita baca lebih banyak dari mereka. Apakah kita lebih memahami Quran berbanding mereka. Kalau dibandingkan dengan diri gua, sudah pastilah diri gua yang kalah. Siapa pun peserta Besih ini, mereka tahu apa yang mereka lakukan dan mereka tidak bodoh untuk murtad sebegitu saja. Bagi gua, mereka2 yang memainkan isu murtad ini hanyalah mereka yang ketandusan idea. 

Gua tidak pernah melihat Ambiga menayang rantai salib, tapi ketika menonton bolasepak antarabangsa, seringkali pemainnya menyalib badan setelah menjaring gol. Ada juga rancangan masakan yang mempopularkan apa yang mereka panggil sebagai 'finger cross' dalam rancangan mereka. Bukankah kedua-dua hal ini lebih bahaya dan akan menjadi ikutan anak2 dan orang muda kita. Jika ini menjadi ikutan, gua bimbang secara perbuatan mereka telah pun murtad kerana murtad itu bukan saja melaui lidah, tapi juga melalui perbuatan.

Banyakkan membaca, fikir secara ilmiah. Apa saja yang disuapkan pada lu orang tidak semestinya betul. Dan apa yang lu tak pernah jumpa tak semestinya salah. Orang yang betul itu tidak akan sentiasa betul, dan orang yang pernah salah itu juga boleh berbuat kebaikan. Maka apa saja yang anda buat dan fikir, ia menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya. Semoga apa pun yang kita buat, kita beroleh manfaat daripadanya, sekarang atau pun akan datang.

Akhir sekali gua ingin memohon maaf andai ada yang tersinggung dengan tulisan ini. Ini adalah pendapat gua, dan pendapat gua semata2. Dan untuk mengutarakan pendapat gua, hanya ini ruang yang gua ada. Sekali lagi, maafkan gua...

LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Friday, April 27, 2012

Hujan...

Sampai saja kat Beborak Bistro gua terus duduk. Lama gua duduk, takde pun yang datang nak ambil order. Gua tendang satu kerusi bagi jatuh, baru dorang perasan gua ada kat situ. 2-3 pelayan memandang sama sendiri sebelum datang seorang bertanyakan order gua...

"Carrot susu satu, char kwey tiaw satu" order gua tanpa ragu....

5 minit lepas tu gua sudah dapat gua punya order. Bagus juga kedai ni, walaupun ramai orang, servis laju macam servis kuda pasukan Thailand. Gua makan hidangan gua sesempurna mungkin, penuh kenikmatan tanpa ada tinggal sikit pun kesan. Yang gua tinggal cuma ekor udang, itu pun kerana ekor tu takde isi. Kalau ada gua ratah juga...

Habis je makan, tiba2 angin kuat menderu. Entah apa bahana, tanpa amaran, tanpa tanda tiba2 saja angin menerjah. Bergoyang daun kelapa kat depan kedai. Bidai pun terbuai2 laju. Kain lapik meja ada yang jadi mantel Superman. Gua perhatikan apa yang ada atas kaunter habis terbang termasuk kertas order untuk cashier kira kemudian nanti. Tanpa buang masa, gua terus bangun dan bayar...

"Enam ringgit..." kata brader penjaga kaunter. Tanpa banyak cerita gua bayar, sesen pun gua tak mintak kurang. Bagus betul gua, anak sapa la gua ni...

Masa gua bayar hujan dah mula turun. 4-5 orang brader yang bayar dulu dari gua dah berdiri kat tepi kedai. Masing2 sibuk berlari ke motor ambik helmet, kemudian masuk balik dalam kedai. Adat laa, student memang macam tu. Lagi sayang helmet yang puluh2 ringgit dari moto yang beribu tu. Kalau gua, gua ambik moto bawak masuk dalam kedai, helmet tinggal kat luar pun tak apa...

Tanpa peduli manusia yang tak reti nak menilai tu, gua berjalan ke motor macam takde pape. Hujan renyai gua buat tak tau, lantas gua start enjin. Brader2 helmet tadi gua tengok dah mula berbisik sesama sendiri, semacam mengutuk gua. Gua angkat kening, gua senyum pada mereka sebagai sedekah. Nampak gaya pun macam miskin tu...

Biarlah mereka nak kutuk pun, budak2 mentah mana laa dia tahu gua ada ilmu mengelak hujan. Dan dalam pekat malam, gua mengelak titik2 hujan yang turun untuk sampai ke rumah tanpa basah...

Hehhh...


 LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Thursday, April 26, 2012

Bayern...

Gua cuma mampu ucapkan tahniah pada Bayern Munich, sambil perhati penyokong Real Madrid yang menitik airmata...Kah kahhh... 

##Jumpa 19/5 ni la ye... 

 LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, April 25, 2012

Fan...

Status kawan gua kat fb: "Yang menang Chelsea, yang kalah Barcelona, yang tak puas hati fan Man United..."


Kawan gua la yang kata, bukan gua. Keh kehhh...   LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

UCL...

Seri 2-2 lawan Barcelona. Agregate menang 3-2. Takde la asyik MENANGgung kekalahan je kan. Tahniah...
Tengok bola ni kadang2 boleh jadi emosi tak tentu pasal. Kadang2 boleh jadi kaki tergerak sendiri, konon2 kita duk sepak bola yang dalam tv tu...Kalau dah team selalu kalah je, lagi la kita jadi hangat...


Sepanjang tahun ni, gua rasa segan sungguh jadi penyokong Chelsea. Mudah sangat kalah. Tiba2 malam ni gua jadi bangga. Boleh menang pulak dengan Barcelona. Maka dapat la main kat final, ada la lagi game yang boleh disokong...

Yang gua tak sangka, Chelsea boleh pandang rendah pulak kat Barcelona. Sebabnya:

1) Chelsea main taktik bertahan. Macam tak selera nak jaringkan gol. Bayangkan la, main defensive pun buleh menang, cuba tgk kalau main attacking, mau lagi banyak gol tu.

2) Chelsea main 10 orang je. Pun boleh menang. Cuba main 11 orang, bukan saja menang, malah menang banyak gua rasa. Keh kehhh...

3) Chelsea masukkan Torres yang jarang2 score tu. Pandang rendah sampai macam tu sekali. Hehhh...


##Pape pun tunggu main kat final la. Lawan Real Madrid ke Bayern Munich tak kisah laa kan... LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

BSN...

Ada masa-masanya gua rindu sangat dengan Pak Lah. Ye, Pak Lah bekas perdana menteri tu la. Sebab masa zaman Pak Lah, dia banyak baiki dan upgrade sistem khidmat pelanggan. Banyak tempat yang berubah. Bank, TNB, Pejabat Pos, SSM dan banyak lagi. Masa dia jadi perdana menteri, banyak servis yang jadi cekap, contohnya kalau nak daftar syarikat. Dulu 3 hari baru siap, tapi lepas Pak Lah upgrade, buat pagi, petang dah siap. Menda bukan susah sangat, cuma kerenah je yang banyak. Menda senang pun jadi susah.

Petang tadi gua singgah BSN untuk update buku. Percaya ke tidak, dengan ramai pelanggan macam gitu, ada 1 kaunter je yang buat keje. 2 kaunter takde pekerja, 1 kaunter ada pekerja yang entah duk buat apa pun gua tak tahu, tapi dari mula gua masuk sampai gua keluar, satu pelanggan pun dia tak serve. Gua rasa baik dia duk belakang, buat keje tu kat belakang. Sudahnya untuk tunggu 10 orang customer depan gua, gua kena habiskan 50 minit menunggu. Dan gua guna khidmat kaunter tu tak sampai 30 saat untuk update buku gua. Tabah betul gua tunggu...

Kalau dah orang ramai macam gitu, kena pandai-pandai la untuk cepatkan servis. Tapi tak apa laa kot, itu kan BSN je. Yang guna pun orang kampung. Makcik-makcik, pakcik-pakcik, orang-orang tua yang tak reti nak komplen. Bukannya ada peguam ke, doktor ke yang guna kan. Orang miskin memang berhak dapat layanan macam tu. Lain la kalau orang kaya...


Gua masuk pukul 2.34pm dengan nombor 1166... Patut tak lama sangat, tapi kena tunggu 50 minit baru gua boleh berurusan...

Kalau lu orang perasan, hanya kaunter 1 yang beri khidmat. Kaunter lain yillekk, samada kosong atau buat keje lain, tak hirau pelanggan...

Kesian pakcik sebelah gua. Sampai tertido dia. Tak tau bila la sampai giliran dia, dah la dia sampai lambat dari gua. Nampak buku BSN kat tangan tu??? Sabar ye pokcik...LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Tuesday, April 24, 2012

Wanita...

Tiba-tiba gua rasa dalam hati gua tumbuh taman. Bukan kecik anak punya taman, siap ada pokok redwood lagi. Jadi gua tuju la lagu ni pada wanita yang tahu sape diri dia tu. Semoga moga-moga la kita ye...


LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, April 23, 2012

Jahanam...

Jahanam betul... Blog tiba-tiba tukar layout tanpa amaran dan menimbulkan amarah aku. Dah gua nak kena belajar banyak menda baru. Gua risau sikit belajar menda banyak-banyak ni, takut jadi isim...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

kemajuan...

Gua rasa sejak gua mendiami kawasan parit raja ni, sudah banyak kemajuan yang dialami oleh penduduk sekitar. Sejak 5 tahun terpendam kat sini, gua dapat lihat banyak betul perubahan, terima kasih kepada penduduk UTHM yang banyak membantu ekonomi kat sini.

Bila gua sebut pasal kemajuan, secara tak langsung ia menyangkut kepada siri penjahanaman poket orang-orang sini. Banyak betul kedai baru naik sekarang ni. Kedai yang naik ni pulak jenis yang ada banyak iklan kat tv, yang jenis kalau budak merengek mintak kena bagi pelempang baru reti nak diam. Dah tu esok mintak lagi, pelempang lagi. Kalau dah hari2 nak kena lempang, penat la juga. Nak tak nak, terpaksa la belikan jugak.

Paling awal yang bukak kat sini ialah KFC, yang secara langsung menjahanamkan perniagaan Marrybrown yang dah lama bertapak kat sini. Kesian kawan tu, sampai tutup kedai. Lepas KFC, maka datang lah pulak Mekdonald yang dibuka 24 jam. Bayangkanlah, dulu orang Parit Raja makan burger time malam je. Sekarang 24 jam dah boleh makan burger.

Sekarang le ni, ada pulak anasir terbaru yang datang. Gua ada dengar juga kedai yang ni pun boleh tahan jugak dia punya glamer. Mana2 pakwe Parit Raja gua rasa kena bersedia untuk belanja makwe dia kat sini lepas ni. Tak pun kalau time nak beli jiwa tu, boleh la hala motor tu ke sini. Boleh jadi cair, kalau lambat makan pun mendanya buleh cair jugop...

Ni kedai terbaru yang akan bukak tak lama lagi. Tutti Mutti la semua yee...


##Gua ada perasan CoolBlog pun dah ada bukak belakang Maybank tu. Cilakak, yang ni gua tak sempat nak pantau. Tiba-tiba je bukak. Makin maju la orang Parit Raja ye. Lepas ni banyak la dengar cerita orang Parit Raja kena sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan segala macam lagi. Mana tidaknya, makannya burger, ayam, air manis, aiskrim. Nasib la kan, janji maju...:-) LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Sunday, April 15, 2012

tv1...

Saje je lah gua nak kongsi. Menda ni gua tengok dah lama jadi. Selalu sangat janji lain, tayangnya menda lain. Mentang2 sekarang gua dah tak payah bayar lesen tv, suka2 dia je la nak buat apa. Itu belum lagi yang janji pukul 10, tapi tayang pukul 11. Belum lagi yang janji abis pukul 12, tapi melarat sampai ke pukul 1.30.

Gua pun agak hairan dengan makhluk yang nama tv1 ni. Payah sangat ke nak merancang siaran. Dengar kata dah ada pengalaman 66 tahun, dengan bangga duk tayang logo 66 tu tiap2 hari. Takkan selama 66 tahun bersiaran, sejak belum merdeka lagi pun payah nak plan. Tak belajar dari pengalaman ke. Tv yang setahun jagung pun dah pandai rancang betul2. 66 tahun tu beb, kalau orang kompem dah ada cucu...

Cukup2 la menipu time berita je. Takkan pasal siaran pun nak menipu jugak. Sape lagi yang korang nak kelirukan...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

kadang2...

Kadang-kadang, ada menda lepas yang berlaku yang kita nak lupakan. Kadang-kadang, kita suka ambik menda yang lepas sebagai pengajaran. Kadang-kadang kita taknak ingat apa yang kita buat, apa yang berlaku kat kita masa kita muda dulu...

Tapi kadang-kadang, kita akan rasa kita nak sangat jadi muda semula. Nak sangat...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Saturday, April 14, 2012

manusia...

manusia ni, bila tengah kuat, bila gagah duk kat atas, bukan setakat raja, Tuhan pun dia boleh lupa... tapi kalau dah rasa terancam, rambut seurat pun boleh jadi tempat berpaut... semoga selamat laa ye dengan cara hidup yang macam tuu...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, April 4, 2012

atlit...

Untuk lu orang semua yang tak kenal gua, dulu gua adalah seorang yang sangat atlit... Untuk bukti, gua ceritakan kat bawah ni kenapa gua sangat atlit suatu masa dahulu...

Masa gua sekolah rendah, gua wakil sekolah gua main bola. Berlawan bola dengan sekolah lain bukan kerja yang mudah, sementelah lagi ada sekolah2 yang menggunakan khidmat bomoh sebagai sokongan mereka. Gua sendiri pernah terjumpa limau nipis kat dalam gol gua semasa bermain di tempat lawan, hasilnya team gua menang. Mungkin kerana sampai sekarang kita masih menggunakan khidmat bomoh, tu yang payah sikit team Malaysia nak menang sekarang. Atlitnya gua, gua sampai ke pemilihan wakil negeri untuk bawah 12 tahun. Tapi kerana kerenah birokrasi dan sifat prejudis, gua tersingkir. Jurulatih yang memilih mendakwa muka gua agak cute2 hensem dan tidak sesuai untuk wakil negeri. Celaka...

Atlitnya gua lagi, semasa sekolah rendah gua juga mewakili sekolah dalam permainan badminton, sepak takraw, ping pong dan bola baling. Malah pasukan bola baling kami pernah menerima pelawaan pasukan bola jaring sekolah kami untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Selepas perlawanan, kami menang dan jurulatih bola jaring mempelawa gua untuk menyertai team mereka. Tapi syarat yang dikenakan menyebabkan gua tawar hati, gua kena pakai tudung sepanjang menyertai kejohanan. Apa gila gua yang jantan nak kena pakai tudung...

Kadar keatlitan gua bertambah selepas gua masuk sekolah menengah. Setakat main tarik tali, memang gua guna sebelah tangan je. Sebab gua jadi conduct untuk kawan2 gua. Dalam permainan tarik tali, tukang conduct adalah tugas paling penting, supaya tarikan yang dibuat seirama dan penuh berseni.

Semasa tingkatan 1, gua aktif bermain bola tampar. Bukan takde permainan bola masa tu, tapi disebabkan permainan itu dikuasai oleh orang2 besar, maka gua menahan diri dengan bermain bola tampar. Apatah lagi pada masa tu gelanggang bola tampar yang kami gunakan bersebelahan dengan aspuri, maka gua lebih cenderung ke situ. Tetapi semasa tingkatan 2, gua mula aktif berbolasepak. Gua wakil team bawah 14 hingga ke peringkat daerah. Gua masih ingat gua merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 2 gol. Sebab tu team gua balik awal, ada ke harap ke gua je nak skor. Dan gua, kerana team yang lemah tak terpilih untuk ke pemilihan peringkat negeri. Kalau tak merasa laa gua berlatih dengan Marco Bilic. Ini cuma dapat salam je. Walaupun begitu, aktiviti pembolaan dan pensepaktakrawan gua berterusan hingga tingkatan 5. Masa tingkatan 4, gua wakil team 4 x 100 meter rumah hijau dan walaupun gua cuma berlari2 anak je, gua menang pingat perak disebabkan oleh kawan2 gua yang berdesuuuuuup...

Sampai masuk ke universiti, gua masih lagi atlit walaupun di kalangan kawan2 gua sahaja. Setiap petang gua akan bermain bola ataupun takraw. Gua juga pernah wakil fakulti untuk kejohanan antara fakulti permainan bolasepak. Oleh kerana fakulti gua antara yang sayur, maka yang gua dapat hanya pengalaman. Namun begitu aktiviti2 pengatlitan gua tetap berterusan sehingga lah gua khatam di universiti...

Begitulah hebatnya kisah keatlitan gua. Tapi itu dulu....

Sekarang gua joging 2 kali keliling padang pun dah pancit. Mungkin dah lama gua tak beratlit-atlitan...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Sunday, April 1, 2012

sabar...

Masa gua tingkatan 5, ustazah gua ada cakap sabar itu takde batas. Gua tak paham sangat maksudnya, tapi orang sekarang selalu cakap sabar pun ada batasnya.

Gua pulak cakap, kalau dah lama sangat sabar boleh jadi haru. Boleh makan diri, boleh malatopp. Sabar ni kadang2 boleh buat kita jadi macam bangang je. Macam drama Indonesia, watak baiknya banyak sangat sabar, sampai nampak macam bodoh.

Gua tak pasti nak percaya cakap ustazah ke, cakap orang ke, atau cakap gua sendiri. Dan gua tak tahu nak ikut kata sape...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA