Sampai saja kat Beborak Bistro gua terus duduk. Lama gua duduk, takde pun yang datang nak ambil order. Gua tendang satu kerusi bagi jatuh, baru dorang perasan gua ada kat situ. 2-3 pelayan memandang sama sendiri sebelum datang seorang bertanyakan order gua...
"Carrot susu satu, char kwey tiaw satu" order gua tanpa ragu....
5 minit lepas tu gua sudah dapat gua punya order. Bagus juga kedai ni, walaupun ramai orang, servis laju macam servis kuda pasukan Thailand. Gua makan hidangan gua sesempurna mungkin, penuh kenikmatan tanpa ada tinggal sikit pun kesan. Yang gua tinggal cuma ekor udang, itu pun kerana ekor tu takde isi. Kalau ada gua ratah juga...
Habis je makan, tiba2 angin kuat menderu. Entah apa bahana, tanpa amaran, tanpa tanda tiba2 saja angin menerjah. Bergoyang daun kelapa kat depan kedai. Bidai pun terbuai2 laju. Kain lapik meja ada yang jadi mantel Superman. Gua perhatikan apa yang ada atas kaunter habis terbang termasuk kertas order untuk cashier kira kemudian nanti. Tanpa buang masa, gua terus bangun dan bayar...
"Enam ringgit..." kata brader penjaga kaunter. Tanpa banyak cerita gua bayar, sesen pun gua tak mintak kurang. Bagus betul gua, anak sapa la gua ni...
Masa gua bayar hujan dah mula turun. 4-5 orang brader yang bayar dulu dari gua dah berdiri kat tepi kedai. Masing2 sibuk berlari ke motor ambik helmet, kemudian masuk balik dalam kedai. Adat laa, student memang macam tu. Lagi sayang helmet yang puluh2 ringgit dari moto yang beribu tu. Kalau gua, gua ambik moto bawak masuk dalam kedai, helmet tinggal kat luar pun tak apa...
Tanpa peduli manusia yang tak reti nak menilai tu, gua berjalan ke motor macam takde pape. Hujan renyai gua buat tak tau, lantas gua start enjin. Brader2 helmet tadi gua tengok dah mula berbisik sesama sendiri, semacam mengutuk gua. Gua angkat kening, gua senyum pada mereka sebagai sedekah. Nampak gaya pun macam miskin tu...
Biarlah mereka nak kutuk pun, budak2 mentah mana laa dia tahu gua ada ilmu mengelak hujan. Dan dalam pekat malam, gua mengelak titik2 hujan yang turun untuk sampai ke rumah tanpa basah...
No comments:
Post a Comment