Friday, July 1, 2011

bersih 2.0 - 9 julai...

aku rasa kita belum cukup bodoh untuk mengikut telunjuk sesiapa... dan kita juga masih belum begitu tolol untuk membenarkan sesiapa jua mempengaruhi perbuatan kita... kita juga belum begitu daif untuk menilai bahawa setiap perbuatan kita, baik atau buruk ada kesannya...

jadi, andai kamu memilih untuk menyertai demo bersih 2.0 nanti, itu adalah pilihan kamu... dan itu adalah pendirian kamu...

jika kamu memilih untuk menolak dan tidak menyertai, itu juga pilihan kamu... dan itu adalah pendirian kamu...

aku hormati apa jua pendirian kamu, kerana menjadi berpendirian walaupun menerima akibat yang buruk adalah lebih baik berbanding dengan orang yang tidak berpendirian...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA