Wednesday, December 21, 2011

serba salah...

Gua sekarang betul2 tengah serba salah...

Ibarat ditelan mati mak...
Diluah mati bapak...
Dikemam mati pucuk...

Gua nak buat apa pun gua tak tau. Gua gi makan nasik la dulu...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Friday, December 16, 2011

kena sound...

Lu orang pernah kena sound. Seumur hidup mesti lu orang pernah kena sound kan. Tapi jarang orang je yang pernah merasa kena sound dengan polis.

Baru kejap tadi gua kena sound dengan polis. Time gua nak keluar simpang kat depan nuu. Time orang balik kerja beb, takkan nak tunggu jalan kosong baru nak keluar simpang. Kalau gitu pukul 12 tghmalam belum tentu gua lepas. Tapi kebetulan pulak time gua keluar tu ada satu kereta polis tengah lalu. Laju ntah kejar apa ntah. Dah la kawasan tu sibuk, patut tunjuk la contoh baik mandu perlahan. Nak kata cemas tak la pulak bunyi siren. Mat motor bawak laju sibuk pulak kau nak bising.

Dan2 gua keluar polis tu sound guna speaker.

"Hahh, keluar la keluarr... Aku lanyak ko baru tahu..."

Gua dengan rendah hati pun berkata dalam hati...

"Nak lanyak lanyak lah cik. Encik kan polis, memang boleh lanyak orang..."



****************************************


Budi bahasa amalan kita. Tapi budi bahasa bukanlah untuk orang bangang, tak kira la polis ke, menteri ke atau pengamal rasuah...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Thursday, December 15, 2011

songlap...

Dulu masa budak Sam ni tak femes lagi, gua suka tengok dia berlakon. Masa dia berlakon secara runcit pun gua dah minat. Gua rasa dia ni salah seorang yang berlakon dengan gaya natural yang amat. Selain dia yang gua boleh tengok dan ingat budak Rusdi Ramli dengan budak Benjy tu. Budak Rosyam Nor tu pun tak natural macam dia ni...

Tapi tu dulu...

Sekarang maaf cakap laa. Gua macam dah merajuk dengan budak Sam ni. Sejak dua menjak dia berlakon secara supermarket ni, banyak benor pilem dia yang gua tak berkenan. Hairan gua, budak Sam ni langsung tak memilih pilem dan jalan cerita. Gua tahu budak Sam ni pikir selagi ada orang nak ambik berlakon, balun je. Tapi kalau tanya gua, pilih2 pilem ni bagus jugak memandangkan dia tengah market.

Semua cerita dia sebat. Sudahnya gua tengok banyak pilem dia yang tak berapa pergi. Cuma nak guna nama dia yang hangat tu saja. Ngangkung, Kongsi, Bini2ku Gangster, Aku Bukan Tomboy - gua rasa semua cerita ni barai. Tak tahu nak arah ke mana. Pendek kata, budak2 sekarang akan kata "cerita tu ntah pape bro.."

Jadi yang cerita Songlap ni pun gua macam dah tawar hati nak pergi tengok. Gua rasa budak Sam ni patut memilih jugak. Wataknya biarla lain2, macam dia berlakon Sekali Lagi tu. Gua tengok cerita tu bukan sebab Lisa Surihani tu cun semata2, tapi sebab dia berlakon macam lain sikit.

Memilih la sikit brader, baru versatile. Kalau tak versatile gua rasa lu payah dah nak menang title pelakon pilem paling popular. Pelakon paling banyak berlakon pilem gua rasa lu boleh menang. Kehhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, December 12, 2011

ujian...

Gua selalu dengar orang kata bahawa hidup ini adalah satu ujian. Dan Tuhan takkan uji kita pada tahap yang kita tak mampu. Iye, gua selalu dengar orang kata, tak kiralah orang itu bijak pandai atau bijak yang tak pandai.

Lu orang juga, gua rasa pernah dengar. Sebabnya untuk berkata memang mudah. Lebih mudah dari makan nasik. Lancar je keluar, tak perlu nak kunyah2. Tapi sesekali diuji, memang meraban jugak lah jawabnya. Lu orang mesti pernah merasa hidup terumbang ambing,pegang tu tak kena, pegang ni tak kena. Konon pada masa tu lu orang betul2 diuji dan lu orang kena sentiasa tabah. Tapi ingatla, ujian selalunya akan buat lu orang hilang pertimbangan kecuali pada orang2 yang sabar.

Sekali lagi bercakap memang mudah. Tapi bagi orang2 yang sudah dan sedang diuji, maka tahulah dia bagaimana rasanya. Dan bagi gua, gua tak berani nak komen panjang lebar sebab gua takut gua tersalah ayat, tersilap perkataan. Baik mana pun niat kita, kita masih boleh tersilap hanya dengan satu perkataan. Lagi pula gua tak pernah berada dalam situasi yang benar2 menguji, apa lagi ke tahap yang gua tak mampu.

Dalam hal ni gua kagum dengan sorang abang brader ni. Gua dari dulu lagi dah selalu baca dia punya blog. Dan bila keluar cerita hal berkait anak dia, gua jadi lagi kagum walaupun kagum gua tu tak mampu bagi dia makan nasik. Cuma baru2 ni saja dia lancarkan kempen hope 2 walk, tujuan nak minta bantuan untuk anak2 beliau. Kalau lu orang nak tahu, bacalah personal blog dia denga fb tu. Gua takkan suruh dia banyakkan bersabar, gua takkan suruh dia tabah, gua takkan suruh dia doa banyak2. Dah lebih 10 tahun dia hadapi tu semua, dia lebih tahu. Lauknya dah cukup masin, jadi tak perlu lah gua tambah garam. Sementelah lagi gua sendiri belum pernah ada anak. Gua cuma harap kempen ni dapat capai sasaran, dan segala yang diusahakan akan berjaya.

Untuk lu orang semua, gua promote ni sebagai salah satu cara gua nak tolong. Sumpah, abang brader tu bukan sedara, bukan kawan gua. Kalau ada kaitan pun, abang brader tu Islam dan gua oun Islam. Kalau mampu bantulah mana yang perlu. Kalau terlebih mampu, sebarkan lah pada kawan2 agar usaha abang brader ni jadi lebih mudah. Jangan nak senget2kan kepala, jangan nak angkat kening, jangan nak cebik2 bibir. Nak tolong, tolong, taknak tolong duk diam2. Belum giliran lu orang kan...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Thursday, December 8, 2011

baham tanah...

Tadi masa gua minum, ada satu kutu sudah singgah dekat itu warung. Duduk sebelah meja gua. Muka memang kerek sampai gua rasa nak tambah air. Gua jeling lebih kurang je. Gua dengan2 cerita kutu ni memang sombong sikit. Tapi dalam sombong2 pun ramai yang duk sokong dia. Gua sendiri pun tak pasti kenapa ramai sangat penyokong dia, yang gua tahu semuanya kerek macam dia.

"Makan apa..." tanya brader warung tu takut2. Gaya muka memang macam orang risau kena pelempang.

"Ermmm, bagi tanah je la..." sambut kutu tu sambil buat muka sedih gaya orang kalah judi.

"Minum...?"

"Minum tak payah la, minum air ludah sendiri je..." Gua dengar je kutu tu cakap. Pelik betul, tapi akhirnya gua senyum je. Sampai gua balik rumah, sampai sekarang pun gua masih senyum.





******************************************



Kepada Manchester United dan penyokong2nya, tahniah sebab kalah malam tadi. Sekali sekala baham tanah dengan jilat ludah sendiri best jugak kan. Padan muka, kah kahhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, December 7, 2011

kaki...

Sekarang gua betul2 harap gua ada kaki sendiri... Gua rasa senang sikit kalau gua ada kaki sendiri ni.

Lu orang faham...???
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, December 5, 2011

incredible...

Hari ni gua rasa gua betul2 incredible. Tak pasal2 gua rasa gua hebat arinie. Jenis rasa yang macam ni bukan senang nak masuk dalam diri gua. Selalu yang masuk rasa2 yang tak senonoh je terutama pagi2 macam ni. Gua ingat gua boleh tulis dalam diari la...

Incredible.... Gua rasa incredible.... Sebab gua pergi jogging hari ni... Gua memang incredible...:-)


Lebih kurang macam ni la gua punya joging tadi... Cuma muka gua takde la tak senonoh macam ni... Muka gua masih steady...

LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Saturday, December 3, 2011

EURO 2012...

Ini tahun depan punya cerita. Tapi tahun depan pun sudah tak berapa lama kan. Sekarang sudah bulan terakhir tahun ni. Hal atas ni tak silap gua akan berlaku dalam bulan 6 tahun depan.

Kalau ikut2kan, gua kecewa juga sebab nama Malaysia takde dalam kumpulan kat atas tu. Tapi gua faham, mungkin sebab group dia sampai D saja, tu yang Malaysia tak lepas. Gua ingat kalau sampai group V mungkin la ada nama Malaysia. Dengar2 Malaysia power sangat main bola, takkan hal2 kecik anak macam ni boleh cicir kan. FAM mesti ada ikhtiar nak kasi lepas kan. Paling tidak pecat presiden tu...

Apa2hal pun gua gud luck awal2 kat Jerman laa walaupun ada kawan gua yang dah cakap Sepanyol akan jadi juara. Gua tak takut sebab gua tahu kawan gua tu takde degree dalam hal2 kenujuman ni.

Nak tahu sape menang kena tengokla tahun depan ni. Dalam tv mesti ada tayang banyak, tak perlu pergi Poland atau Ukraine pun...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Thursday, December 1, 2011

power...

Tak payah la gua cakap banyak. Lu orang fikir la sendiri. Bukan calang2 orang boleh duduk atas C4 ni. Sudah lah negara Malaysia ni ada sejarah yang panjang bila sebut pasal C4 ni. Jadi lu orang jangan cuba2 cari pasal dengan gua. Atas C4 pun selamba gua duduk, apalagi atas lu orang...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Tuesday, November 29, 2011

baik lawan jahat...

Gua baru lepas tengok satu drama kat tv3. Kalau tak silap gua tajuk drama tu setitis hidayah. Sekali sekala tengok cerita bukan2 ni layan jugak. Tajuk bukan main lagi tu. Gua tengok tajuk je terus meresap angin insaf dalam diri gua.

Gua bukan sengaja nak komen2 ni. Sikit2 nak komplen, sikit nak kutuk. Tapi gua tengok ramai betul orang buat drama pakai kaki sekarang. Drama takde roh langsung. Takde seni dan takde nilai estetika. Itu yang payah nak kekal lama tu. Buat la pakai tangan, baru la drama tu jadi cantik sikit. Setakat kuis2 pakai kaki, mana la nak jadi hasil yang baik.

Sebenarnya ceritanya boleh tahan juga. Tambah pula dengan heroin cun yang pakai tudung. Yang slack sikit sebab hero dia ada tahi lalat, tak senonoh betul tahi letak kat muka. Dekat dengan bibir pulak tu. Yang gua nampak tak kena tu dekat dia punya ending. Lu orang bayangkan dekat dengan ending baru gua rasa drama tu tak kena. Kalau gua tahu tak kena awal2, dah lama gua tukar chanel lain.

Dalam drama, biasa laa ada orang baik dengan ada orang jahat. Orang jahat ni memang terang2 la jahatnya kan. Yang orang baik ni pulak baik je memanjang, cuma bapak dia je yang terpesong sikit2 dari landasan kebaikan. Drama, macam biasa la...orang jahat jadi insaf, orang baik yang terpesong pun jadi insaf. Yang baik tu pulak terus je baik, siap boleh maafkan lagi orang jahat tu. Tapi last2 orang jahat tu selamat, tapi yang baik tu pulak mati sebab dapat balasan dari perbuatan bapak dia.

Tak paham betul gua kenapa yang baik tu dapat balasan. Kenapa tak yang jahat tu dapat balasan. Mati accident ke, jatuh lombong, kena berak dengan burung ke. Orang baik jugak yang mati. Orang baik jugak yang dapat balasan. Tak senonoh betul cerita macam tu.

Dan lagi, gua tengok sekarang ni banyak betul drama yang tunjukkan pak lebai tu jahat, dan kaki prempuan tu baik. Politik ke...?????
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, November 28, 2011

harimau malaya...



Gua baru je rasa bangga dengan lu orang sebab dapat menang pingat mas masa sukan sea itu hari. Gua baru je puji2 lu orang sebab main bagus masa lawan indonesia, walaupun lu orang main kat tempat mereka. Gua baru je nak respect lu orang sebab lu orang punya semangat masa main, betul2 kental. Gua baru nak puji lu orang sebab lu orang dapat kawal mental lu orang masa dalam padang. Gua tengok mental lu orang betul2 kuat.

Tapi bila lu orang balik kampung sndiri lu orang kalah pulak dua kali berturut2. Gua bukan kejam, gua paham juga lawan kat kampung sendiri ni jenis international punya team. Gua tak bising la masa lu orang kalah dengan syria. Sebab lu orang main bagus, sebab lu orang penat lagi. Tapi gua macam tak boleh terima la lu orang kalah dengan bahrain tadi.Leading 2-0, lepas tu player dia kena buang padang sorang, lagi lu orang bagi mereka score sampai 3 bijik dalam masa tak sampai 10 minit. Gua betul2 hampa, macam gua hampa tgk siti kawin dengan datuk k. Bukan sbb gua nak dia, tapi sebab tak padan. Rugi betul lu orang tak menang malam tadi, padahal peluang dah depan mata.

Gua harap lepas ni lu orang jangan cepat puas hati. Gua tahu lu orang leading, tapi kalau main macam main lawan syria aritu gua rasa lu orang boleh menang. Ini gua tengok lu orang main macam dah kompem menang. Belajar la dari kesilapan, lu orang muda lagi. Team lu orang ni ada harapan. Gua tengok lu orang punya main ada cara la. Takde la menonong passing bola tak tau ke mana.

Apa2 hal pun gua respek lu orang. Gua sokong lu orang. Walaupun gua hampa, selagi lu orang tunjukkan aksi yang bagus, gua takkan kutuk. Sebab gua paham bola malaysia ni kat tahap mana. Selagi lu orang main bagus, sungguh2 kejar bola, gua janji, gua takkan kutuk.

Selamat maju jaya harimau malaya...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA