Saturday, June 5, 2010

apa sumbangan anda...

dulu masa sekolah...
aku selalu dengar ungkapan...
jangan tanya apa yang negara bagi pada kita...
tapi tanyalah apa yang kita sumbangkan untuk negara...

aku membesar dalam lingkungan budaya yang cukup sederhana...
taraf hidup yang rendah juga membuatkan tidak banyak yang aku ketahui terutamanya perkembangan negara...
malah peti televisyen hanya kami peroleh semasa aku di darjah 6(kalau tak silap)...
itu pun tv hitam putih, tapi sudah cukup membuat aku duduk depan tv berjam2 lamanya...

dalam usia yang hijau, bukanlaa agenda negara yang menjadi keutamaan...
tapi sedikit sebanyak ada juga ilmu yang aku perolehi...
pernah satu masa aku terdengar cikgu2 berbincang...
bagaimana bimbangnya mereka apabila Dr. Mahathir mengkritik presiden Amerika ketika itu...
risau mereka kalau2 Amerika menyerang Malaysia...
dan berita2 ini aku dapat perhatikan melalui peti televisyen...

dulu dan kini telah banyak berubah...
malah taraf hidup juga semakin baik...
tapi aku tak pernah lupa asal-usul aku...
aku tak pernah lupa betapa susahnya aku dulu...
kerana itu aku selalu mencukupkan apa yang kurang di kg...

sekali fikir ada baiknya aku belum berkahwin...
ada baiknya aku masih belum punya tanggungan...
sekurang2nya aku boleh berbakti kepada org tua seberapa mampu yang aku boleh...

apabila dewasa seperti sekarang...
mahu atau tidak aku terfikir juga mengenai hal2 negara...
semua akan melibatkan aku sebagai rakyat kecil...
dan sememangnya daripada dulu aku tak pernah bertanya apa yang negara berikan pada aku...
kerana aku tahu, aku bukanlahh siapa2...
kerana aku tahu, banyak yang negara perlu fikirkan selain memberi sumbangan pada aku...

aku juga tak lupa apa yang aku boleh sumbangkan untuk negara...
entah, aku sendiri tak tahu apa yang dah aku sumbangkan untuk negara...
wang ringgit aku tak punya...
kudrat tenaga aku tak seberapa...
lalu apa yang boleh aku sumbangkan hanyalah buah fikiran dan pendapat seorang rakyat marhaen...
rakyat yang bercampur gaul dengan golongan terbanyak...
yang banyak mendengar keluh kesah rakyat kebanyakan...

lantas...
kalau aku katakan pelihara ekonomi, mahukah mereka mendengar...
kalau aku katakan jangan naikkan harga barang, sudikah mereka memasang telinga...
kalau aku katakan harga minyak telahpun mahal, berhentikah kenaikannya...
kalau aku katakan jangan halalkan judi, terfikirkah oleh mereka...
kalau aku katakan jangan cukai kami keterlaluan, singgahkah ditelinga mereka...

ini sahaja yang aku mampu sumbangkan untuk negara...
sedang ini jugalahh keluh kesah dan harapan rakyat terbanyak...

mahukah mereka mendengar...

No comments:

Post a Comment