Sunday, June 27, 2010

kehidupan...

seringkali kehidupan berlaku tak seperti yang kita rancang...
banyak menda yang kita mahu kita takkan dapat...
dan banyak menda yng kita tak pernah terfikir untuk dapat, kita milikinya sekarang...

kehidupan itu sendiri adalah sebuah misteri...
kita takkan tahu walau secebis pun masa hadapan kita...
dan seringkali juga kehidupan itu memerlukan usaha yang bukan sedikit...

susah senang dalam kehidupan kita terletak dalam tangan kita sendiri...
kita perlu tekun berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu...
namun kadang kala usaha keras kita masih belum mencukupi...
dan kerana itu ada antara kita yang dihempap kecewa yang amat parah...

kadangkala juga kita terlupa...
kehidupan kita ini hanya sekali...
dan kita patut merasa gembira dengan kehidupan kita yang sekali ini...
memang tak semua yang kita rancang akan berlaku...
tapi kita masih berhak dan perlu merasa gembira dengan kehidupan kita...
alangkah ruginya jika kita sedih dalam kehidupan kita...
walaupun kita berada di dasar yang paling dalam...
kerana inilah satu2nya kehidupan yang kita ada...

maka itu...
walau apa yang berlaku pada anda, anda masih perlu gembira...
walau apa yang anda hadapi, anda masih perlu tersenyum...

dan walau apa pun yang menimpa aku...
aku akan cuba hidup dengan segembira mungkin...
dan aku akan cuba menikmati kehidupan ini seadanya...
semoga sentiasa diberi kekuatan olehNya...

No comments:

Post a Comment