sejak 4-5 tahun kebelakangan ini, aku banyak terlibat dalam bisnes... bermakna aku sudah ada pengalaman, sekurang2nya sedikit untuk bercakap mengenai perniagaan... walaupun bukanlah perniagaan besar, dan aku hanya terlibat sebagai side-kick, tapi pandangan aku mengenai perniagaan ni sudah cukup terbuka...
bagi aku, perkara pertama yang terpenting untuk berniaga adalah produk... apa produk yang mahu kita jual, bagaimana kita mempersembahkan produk tu, apa pula produk2 sampingan di samping kepandaian kita mempelbagaikan bentuk dan persembahan produk... selepas itu barulah datang perkara2 lain seperti promosi, iklan, servis dan sebagainya...
tiada salahnya kalau kita menjual produk yang sama dengan orang lain... berapa ramai orang yang menjual pisang goreng... berapa ramai juga orang yang menjual cendol, dan berapa ramai pula org yang menjual nasi campur... tapi setiap apa yang kita jual, kita seharusnya memiliki jenama kita sendiri... kalau boleh biarlah setiap kali org terfikir akan pisang goreng, maka jenama kita yang akan terbayang dalam kepala mereka... begitu jugalah kalau cendol atau nasi campur...
lihat gambar di atas... perkara pertama yang terlintas adalah kfc, sebuah jenama yang cukup gah dalam malaysia ni... menumpang jenama lain tidak akan membuatkan kita maju... letaklah apa saja ayat penyedap rasa, pasti org akan lebih teringatkan jenama yang sudah gah... dalam gambar ini, ayat penyedap rasanya ialah 'resepi orang kita, rasa macam dia'... sia2 saja kita mempromosikan mereka kepada orang lain... malah sepatutnya kita menekankan perbezaan rasa, bukan secara terang2an menyatakan rasa produk kita sama macam produk orang lain... carilah jenama sendiri walaupun produknya adalah sama... promosikan dengan cara yang hebat, pasti orang kenal jenama kita... bukannya kita mempromosikan jenama orang, dengan harapan untuk kita tumpang namanya...
sebelum berniaga, berfikirlah sedalamnya apa yang kita mahu jual, kemudian cipta jenama sendiri, bina jenama sendiri, dan seterusnya perkuatkanlah jenama itu agar kita boleh mengalahkan jenama2 lain yang menjual produk yang sama seperti kita...