Wednesday, November 3, 2010

demam...

agak lama jugak tak jengah ke blog ni... sebenarnya di landa musibah, demam yang agak teruk... payah pulak tuu nak baiknya... tapi selalunya mmg macam tu... jarang2 dapat sakit, tapi kalau dah kena pakai payah laa nak baiknya...

bila dah demam2 macam ni, nak buat semua menda pon takde mood... makan pon takde selera... maka betul laa, kalau Tuhan nak tarik nikmat tu sekejap je... pagi elok2 boleh makan, petang dah takde selera dah... dah la takde selera, mulut pon rasa pahit semacam jee...

ni pon tak berapa nak elok lagi, ada lagi batuk2 tuu... tapi kerja ttp kena kerja... dedikasi laa katakan... hehhh... harap2 baik laa secepat mungkin, boleh la bergerak bebas dan aktif semula...:-)

2 comments:

  1. Dalam kesempitan ada kesempatan.

    Maksud Surah Al-Insyirah:

    1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

    2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

    3. yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?

    4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

    5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

    6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

    7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

    8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa yang Engkau gemar dan ingini).

    ReplyDelete