Sunday, November 28, 2010

spm...

sijil pelajaran malaysia (spm) pada kebiasaannya akan dinilai sebagai penghabisan zaman persekolahan. setelah tamat spm, maka secara totalnya orang tersebut sudah dewasa... maka kerana itu, ada yang tidak sabar menunggu spm, dan ada pula yang risau kalau2 tidak mendapat keputusan yang baik...

aku sendiri pernah menguji diri dengan spm ini... dan bagi aku, mengatakan bahawa spm itu adalah kunci kejayaan masa depan adalah bohong semata2... pada zaman sekarang, tiada yang boleh hidup senang hanya dengan spm... bagi aku, spm hanyalah pembuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik. mungkin dengan kejayaan dalam spm, maka laluan untuk berjaya pada masa depan akan lebih mudah... akan tetapi, bagi yang tidak berjaya, bukanlah bermakna pintu sudah tertutup... kalau pun ada pintu yang tertutup, maka akan ada pintu2 lain yang terbuka... janganlah merenung pintu yang tertutup itu terlalu lama sehingga anda tidak sedar ada pintu lain yang sudah terbuka luas untuk anda... sekiranya anda gagal dalam spm, anda boleh berusaha di jalan lain untuk berjaya dalam hidup... pendek kata, berjaya spm bukan berjaya dalam hidup, dan gagal spm bukan bermakna hidup anda berakhir... berjaya atau gagal, hidup anda sebenarnya baru bermula...

dalam kehidupan, pilihan sentiasa ditangan anda... apa yang anda lakukan, apa yang anda inginkan perlu anda usahakan sedaya mungkin... belajar, kerja dan sebagainya semua bergantung pada anda... kalau belajar anda perlu bersungguh2, maka kerja juga anda perlu bersungguh2...

kepada calon yang menduduki spm, saya ucapkan selamat berjaya... semoga dengan peperiksaan ini, masa depan anda akan bersinar terang, samada anda berjaya, atau gagal...

2 comments:

  1. Do u remember our time?
    What we went thru?
    What we've done?
    What we've achieved?

    Do u still remember?

    ReplyDelete
  2. still remember, will always remember...
    sometimes i feel like i want to be there...
    once again...:-)

    ReplyDelete