Monday, March 28, 2011

singa atau kuda belang, mana satu kamu...??

kadang2 dalam hidup ni kita seperti hilang pedoman... ada ketika2nya kita rasa teramat sukar, dan kadang kita tak tahu pun apa yang kita perlu lakukan... segala yang kita buat tak menjadi, malah mungkin menambahkan kesukaran kita...

kita mungkin mempunyai perancangan yang sangat rapi, tapi sampai ketikanya kita tetap akan berada dalam keadaan tersepit... kanan, kiri, atas, bawah, depan dan belakang, semuanya buntu... tinggallah pada kita untuk bertawakal dan berikhtiar dalam ruang yang sempit buat menerobos diri ke daerah lebih baik...

dalam hidup, kalau kita tak tahu apa yang kita nak buat, apa yang kita betul nak, selalunya kita akan jadi mangsa... pergilah ke mana sahaja pun, kita tetap mangsa... tak kira lah dengan org yang kita kenak atau sebaliknya... kalau kita selamat di sini, belum tentu kita selamat di sana... kita akan boleh sentiasa mengelak, tapi tidak semestinya kita akan sentiasa selamat...

kalaulahh aku benar2 tahu apa yang aku inginkan...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Sunday, March 27, 2011

kebahagiaan dalam kekeringan...

kadang terasa hidup ini sangat kelakar... banyak kata2 yang dibuat hanya untuk menaikkan semangat sendiri... walaupun kita tahu menda tu tak betul, kita tetap mengharapkan ianya betul...

kelakar juga bila kita selalu dengar kata2 seperti wang ringgit tak dapat membeli kegembiraan... kekayaan tak dapat jamin kebahagiaan... macam selalu dengar kan... bertambah kelakar apabila kita sering rasa tak gembira bila duit takde... dan kelakar juga bila kita selalu tak bahagia kerana kita tak mampu beli apa yang kita mahu... sebetulnya wang ringgit mmg tidak dapat membeli kegembiraan, tapi tanpa wang ringgit kita tak mampu nak beli apa2 pun... harta mmg tak mampu menjamin kebahagiaan, tapi kemiskinan juga tak mampu menjamin kebahagiaan tersebut...

senang kata dipendekkan cerita, dalam hidup terutamanya pada zaman sekarang, semua menda memerlukan harta, semua menda memerlukan duit... bukan setakat makan, nak buang apa yang di makan pun memerlukan duit... apa lagi kalau macam aku ni... ada hutang pinjaman belajar, hutang bank, hutang kereta, bayar astro, hantar ke kg utk mak guna dan mcm2 lagi... banyak sungguh kegunaannya duit tuu... sebab tu bila takde duit, rasa macam nak mati jee...


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Thursday, March 24, 2011

indahnya perancangan...

aku selalu tgk crita leverage ni...
kisah bagaimana sekumpulan penyangak di ketuai oleh nathan ford membantu org lain daripada menjadi mangsa org yang berharta dan berkuasa...
bermacam2 cara mereka menyelamatkan mereka ini...
setiap satunya dirancang dengan teliti...
dan selalunya semuanya mengikut perancangan mereka termasuk bagaimana mangsa mereka bereaksi terhadap apa yang berlaku...
sekiranya tidak mengikut perancangan, selalunya mereka ada plan B...
dan akhirnya segalanya akan berjalan mengikut kehendak mereka...


aku jugak selalu tengok cerita burn notice...
skrg dah masuk season ke-4...
best ceritanya...
kisah micheal western yang sebelumnya adalah ejen cia...
dan dia di pecat semasa sedang bertugas di nigeria...
dipecat bermakna tiada siapa yang mengenali anda, tiada sejarah kerja dan tiada segala2nya...
akhirnya selepas dicampak ke miami, dia berusaha mencari org yang menyebabkannya dipecat...
semasa pencarian ini, pelbagai kerja yang dia lakukan untuk menyara diri...
kebanyakannya adalah menolong org yang ditipu...
dan semasa menolong ini, kebanyakan prosesnya berjalan seperti yang dirancang...


*alangkah indahnya kalau hidup aku juga berjalan seperti yang aku rancang... tapi apakan daya, kita merancang, hanya Tuhan yang menentukan... tiada siapa yang tahu walau sekelumit pun kisah masa depan melainkan kita merancang, berusaha dan bertawakal... dan akhirnya, kita tetap terpaksa terima apa yang akan datang dalam hidup kita... semoga kehidupan bertambah baik, walaupun bukan seperti yang dirancang...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

sesekali di persimpangan...

result spm baru je keluar...
mesti ada yang happy, mesti ada yang sedih...
biasalahh tu, aku dah ada pengalaman pasal semua tuu...

satu menda yang sakit hati bila dapat result exam ni ialah bila ada yang kata result tu tak bermakna apa2...
aku masih ingat masa upsr, cikgu2 semua suruh blajar sungguh2...
sbb keputusan tu akan tentukan masa depan kita...
bila dah dapat result, cikgu yang sama jugak kata result tu bukan apa2...
ada lagi pmr, ada lagi spm...
masa pmr pon macam tuu...
spm pon sama...

dah dapat result ni mesti macam2 perancangan yang dorang ada...
bagi yang dapat result ok, ok laa kan...
banyak sikit pilihan kalau nak ke mana2...
yang dapat tak elok, pon ada pilihan skrg nii...
belaja kemahiran dan lain2...
paling tidak pon masuk tingkatan 6, habiskan lagi 2 tahun sebelum masuk u...

kalau tanya aku, result tu tak tentukan apa2 pun untuk hidup masa depan...
masuk u atau tidak, kita tetap kena berusaha untuk hidup masa depan...
segalanya bergantung pada apa yang kita buat masa tuu...
kalau masuk u, dapat result bagus, dapat keje, tapi masa keje kita tak bagus pon sama jugak...
takde ape yang berubah...
kalau kita keje sungguh2 pon, tapi org tak bayar gaji pon sama jugak...
kita tetap takde duit, kita tetap merempat, dan makan kita tetap bercatu...

jadi apa pun keputusannya, kita kena terima...
baik atau buruk, usaha tetap kemestian...
yang dapat keputusan cemerlang tak semestinya cemerlang dalam hidup...
dan yang dapat keputusan buruk, tak semestinya merempat sepanjang masa...

semuanya aku sudah lalui...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Wednesday, March 23, 2011

semangat poket...

dulu, masa aku belajar aku selalu kekurangan duit...
walaupun aku dapat pinjaman, selalunya tak cukup...
sebab aku tak duk asrama, sewa rumah kena bayar dan sara hidup agak tinggi..
kerana itu pada kebanyakan cuti aku akan kerja...
ada antara kawan2 aku yang dapat duit belanja rm200 sebulan daripada ibubapa...
aku rasa itu agak mewah...
kalau lahh aku dapat macam tuu...:-)

mak dan arwah ayah aku selalu pesan, kalau takde duit mintak...
kata mak aku, poket kosong pon tak bagus jugak...
semangat poket takde...
tapi selepas dapat pinjaman, aku tak pernah mintak dgn dorang...
sbb aku pon tak tahu dorang ada duit atau tak...
aku takut bila aku mintak, dorang pon terpaksa pinjam duit dengan org utk bagi aku...
jadi daripada dorang yang pinjam, baiklahh aku yang pinjam...
sekurang2nya pinjaman tu jadi tanggungjawab aku...

kemudian, bila dah besar2 ni, bila dah keje...
aku teringat balik pesan mak aku tuu...
betul ke ada semangat poket...
aku tak tahulaa ada ke tak, tapi kalau poket kosong, mmg kita tak semangat...
semua menda kita nak buat akan jadi malas...
jadi bila tibanya masa2 takde duit, aku akan jadi sangat lemah...

harap2 semangat poket aku tu akan datang semula...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Monday, March 21, 2011

letih wehhh...

letih wehhh...
aku letihhh...
dokkang dok reti sebab ape letihhh...
letih dohh ningg letihhh...
letih koho letihhh...
malas buat menda satu pon rasanya sebab letihhh...
letihhhh wehhh sangat2 letihhhhhh...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Sunday, March 20, 2011

ghost town chernobyl...






this is what happen to chernobyl after radiation leaks... and its 25 years ago... still nobody dare to live in here... imagine what will happen to tokyo next if the radiation leaks is true...

pictures credit to: http://acidcow.com/pics/16330-chernobyl-today-52-pics.html

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

semarak perjuangan...



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

sate ikan...

sate ikan...
mintak maaf cakap, aku tak pernah jumpa kat tmpat lain kecuali terengganu...
mungkin kat tempat lain ada, tapi aku tak penah jumpa...

tengok sate ni nostalgia nihh...
dulu masa sekolah rendah, ade je org jual kat depan sekolah...
time balik skolah mesti beli...
tak ingat dah harga, maybe 10 sen satu or 10 sen dapat 2...
selalunya beli tak banyak laa, dapat selidi dua pon dah kira ok...
lepas tu boleh pilih plak nak kuah manis ke kuah pedas...
selalunya aku campur je dua2...
sedapp...

gambar atas tu plak aku ambik masa balik kg baru ni...
sebab dah lama tak makan, teringinlaa jugak...
sekarang seringgit dapat 5...
maknanya dah 20 sen satu...
org yang jual pon dah upgrade...
kalau dulu jual dengan moto buruk je...
sekarang dah jual dengan van...
beli, makan kat tepi pantai plak tuu...
fuhhh, besttt...

ehhh, nak balik kg boleh takk...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Saturday, March 19, 2011

tololisme sebuah bandaraya...

dalam hidup ni kita selalu jumpa orang bangang...
tak susah pon nak detect orang bangang ni...
tak perlu soal siasat, sbb dengan relanya dorang akan tunjuk kadar kebangangan dorang tu...

orang tua2 selalu kata, kalau dah bodoh tu, mmg bodohlaa sangat2...
ibaratnya bodoh tak bleh nak ajar, cerdik tak boleh nak tumpang...
dan selalunya bodoh ni ditunjukkan melalui sikap...


gambar2 ni menunjukkan salah satu bangangnye seorang manusia...
aku ambik gambar ni kat pantai batu buruk masa balik kg hari tu...
punya lahh susah payah org buat menara tinjau ni...
tapi dia senang2 je pegi kotorkan...
susah ke nak buang sampah sendiri...
beli boleh, makan boleh, takkan buang nak suruh org...
bukannya kena berjalan jauh pon nak jumpa tong sampah...
kat bawah tu je ada...
bila naik kat situ, nak balik confirm kena turun jugak...
apa laa salahnya bawak turun sampah tu skali...
tapi dah kata kan awal2 tadi, bodo tak bleh nak ajar...


gambar ni pulak aku ambik kat pantai teluk ketapang, pun masa balik kampung hari tuu...
punya laaa cantik pantai...
org gi pantai dia nak gi jugak...
org beli sate ikan dia nak beli jugak...
tapi da makan jadi bodo, sampah pun tak reti nak buang...
nampak tak objek warna biru kat belakang tu...
itu namanya tong sampah...
besar, cantik dan dekat...
buang sajalah ke situ, bukan susah...

tapi apakan daya...
inilah dia tololisme sebuah bandaraya...:-)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

ada banyak bezanya...

dulu masa kecik dan bersekolah rendah aku banyak gunakan basikal...
pegi sekolah, balik sekolah, jalan2, merayap dan macam2 lagi...
pernah juga pergi pertandingan takraw kat sekolah lain naik basikal...
jauh jugak, tapi still sampai, boleh main dan menang pulak tuu...

masa raya lagi best...
dengan basikal je merayap ke sana ke mari...
habis rumah kitorang jarah...
jauh jangan cerita laa...
sampai ke mana2 kampung ntah...
duit raya punya pasal, gagah je kami kayuh basikal...
apa lagi beramai2 time tuu...
ada pulak tu kadang2 kena bonceng org...
lagi parah, berat tuu...

tapi yang anehnya, masa tu langsung tak rasa penat...
setakat kayuh basikal ke sana ke mari, biasa jee...
takde effect langsung...

beza sangat dengan skrg...
kayuh basikal taklaa sejauh mana, tapi penatnya macam berlumba dengan azizulhasni...
lenguh peha dan keting...
mungkin sbb lama tak mengayuh kot...
jauh sungguh bezanya dulu dan skrg...

betulla kata org2 tua...
alah bisa tegal biasa...
kalau dah biasa takde hal punya lahh...:-)



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Wednesday, March 16, 2011

air dan pokok...

kadang2 aku jadi sangat hairan...
kita selalu buat menda2 yang tak sepatutnya...
kalau tempat tu bersih, kita cenderung untuk mengotorkannya...

sama jugak macam air...
bila kita duduk tepi tasik atau parit, kita tak boleh tgk kalau air tu tenang je...
mesti kita gatal tangan, ambik batu baling ke air...
kalau boleh lagi besar batu lagi bagus...
biar bergelora terus...
tak boleh ke kita biarkan air tu terus tenang...
dan biar je air tu macam tu, tak perlu usik dengan menda2 yang tak sepatutnyaa...

begitu jugak dengan pokok...
kalau boleh biarlahh pokok tu bergoyang hanya kerana angin...
bila pokok tu berdiri tanpa angin, janganlahhh kita gatal2 tangan nak gi goncang...
janganlaa duk kacau keharmonian pokok tuu...
bukan apa, takut nanti ada musibah pulak pada diri kita...
mana laa tahu kat pokok tu ada kerengga ke, tebuan ke...
tak ke kita yang susah nanti...



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Monday, March 14, 2011

mana lagi bahaya...

selalunya aku malas nak ambik tahu hal org...
apa lagi kalau org tu tak suka bila aku ambik tahu...
tapi dalam seetengah perkara kadang2 aku tertanya2...
dan bila aku tertanya2 aku jadi nak ambik tahu...

mmg kita manusia dilahirkan tidak sempurna...
malah keputusan yang kita buat selalunya mngikut keperluan kita, bukan kesejahteraan sejagat...
kerana itu aku hairan bila dengar berita radio hari ini...
umum tahu, jepun dilanda tsunami baru2 ini dan banyak kerosakan yang berlaku...
antara kerosakan yang ketara adalah pada loji nuklear mereka walaupun berita ini tidak menjadi tumpuan di tv dan jugak suratkhabar...
tapi pihak jepun sendiri sudah mengesahkan bangunan konkrit nuklear mereka tumbang...
tapi berita yang aku dengar pagi tadi, kerajaan blm berhasrat membawa pulang rakyat malaysia dari jepun...

hairan kan, bila pergolakan berlaku di dunia arab, banyak sahaja mulut2 yang mencadangkan supaya rakyat malaysia dibawa pulang...
untuk tujuan keselamatan kata mereka...
tapi, bila tiba bab yang kat jepun ni, semua senyap...
selamat kah rakyat kita kalau loji nuklear dah pecah...
malah kesannya akan terasa selama berpuluh tahun, sama seperti yang berlaku di chernobyl...
maka kalau betul mereka mementingkan keselamatan warga malaysia, maka mereka2 yang berada di jepun harus dibawa pulang dengan segera...
sebabnya nuklear lagi bahaya drpd tunjuk perasaan di medan tahrir, di libya, di tunisia dan sebagainya...
lainlah kalau mereka dibawa pulang supaya mereka tidak dapat belajar cara menunjuk perasaan...:-)

ehhh, dengar kata malaysia nak buat loji nuklear kan...
anda setuju ke...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Saturday, March 12, 2011

jurujual...

tengah sedap2 makan, tiba2 ada salesman datang...
nak jual buku...
bla bla blaa blaaa...
semua menda dia cerita pasal buku tuu...
walaupun kita taknaka tahu...

aku rasa kebanyakan daripada kita pernah kene menda ni...
tak kira laa jual apa pun...
buku, ayat suci, kerepek...
macam2 yang org jual untuk teruskan hidup...

sekali fikir, menda2 macam ni sangat merimaskan...
biasanya kita taknak diganggu ketika makan...
kerana itu kita tgk macam2 pandangan yang dilempar pada salesman...
kebanyakannya pandangan yang tidak suka atau mengejek...

tapi bila fikir2 balik, aku sebenarnya kagum dengan dorang...
usaha dorang ke sana ke mari sangat meletihkan sebenarnya...
10 org dorg cerita pasal produk, blm tentu ada sorg yang nak beli...
apa lagi dorang kena berjumpa dengan org...
berapa org antara kita yang sanggup jumpa org yang kita tak kenal langsung, then cuba jual barang kat org tuu...
sangat sedikit yang berani rasanya...

jadi, kalaupun kita tak suka ada salesman yang datang dekat dengan kita, layanlaa mereka sebaiknya...
kalau tak mahu, tolak selembut mungkin...
kerana mereka juga manusia...
yang berhak dilayan sebagaimana kita mahu kita dilayan...:-)





TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Friday, March 11, 2011

hikayat merong mahawangsa...

aku jarang2 skali nak puji cerita melayu nihh...
sebab bagi aku cerita melayu cukup tipikal...
ceritanya boleh dikatakan semuanya sama...
cerita cinta dengan dialog yang berlendir2...
kalau duduk dlm wayang, walaupun sorang2, geli geleman rasanya dengan dialog yang hero atau heroin duk cakap...
buat laa cerita apa pon...
hantu ke, rempit ke...
yang jadi asas penceritaan adalah kisah cinta...
jarang sekali kisah cinta dijadikan cerita sampingan sahaja...

tapi sampai bab cerita merong mahawangsa ni, aku rasa aku boleh puji...
malah aku rasa mcm tgk cerita hollywood pulak...
keterlaluan kan pujian aku...
tapi aku rasa mereka layak...
dengan watak dan dialog yang kuat, jalan cerita dan sudut kamera, aku rasa cerita ni cukup bagus...
malah effect dan muzik latar juga cukup kena dengan cerita...
cuma bila masuk scene pergaduhan, kdg2 ia jadi agak slow...
terutamanya bila scene melibatkan pergaduhan secara beramai2...
mungkin ada antara pelakon tambahan ini yang bersambil lewa, menjadikan pergerakan mereka agak kaku...

bagi penggemar2 wayang, terutamanya cerita melayu, aku syorkan pegi tgk cerita nii...
apalagi kalau anda semua mahu lihat kelainan dalam cerita melayu...

selamat menonton...:-)



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

cuaca...

aku tak tahu samada aku sorang yang rasa, atau org lain pon rasa...
tapi aku rasa skrg ini cuaca btl2 berubah...
kalau masa panas, rasanya sangat panas...
sampaikan rasa macam nak terbakar kulit...
kalau hujan pulak, gelap semacam je...
macam gelap masa nak maghrib pon ada...
kalau malam pulak, sejuknya sampai cucuk ke tulang...

aku rasa cuaca dunia skrg ni btl2 dah berubah...
rasanya sejak tsunami besar hari tuu...
gegaran plat bumi tu mngkin dah ubah struktur bumi...
jadi aku rasa tak mustahil suatu hari nanti katmalaysia ni boleh turun salji...

mungkin jugak ini tandanya dunia akhir zaman kan...:-)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

barang baru...

walaupun duit dah berkurangan, ada lagi barang2 baru yang aku beli...
aku kongsi bukan untuk menjakikan orang lain...
aku kong sbb aku nak kongsi laa...:-)


nak joging mcm malas sangat...
segan pon ada...
jadi aku beli basikal...
untuk bersenam mengempiskan perut yang semakin gendut...:-)

mungkin jugak sebagai persediaan untuk berubah...
menyahut seruan kerajaan...
kerajaan kata, kita kena berubah...
aku kata, kepala hotak pak hang laa...
ko tak pernah ssh, cakap mcm bagus...
kalau org dah hidup sempit gila, nak berubah camana lagi...
kerajaan pon kena berubah jugak...
buat apa yang perlu dulu, bukannya buat apa yang korang boleh buat...
karang tak pasal2 berubah kerajaan nanti...
bongokkk...



yang ni pembelian tanpa kewarasan fikiran...
secara tak pasal2nya aku beli kasut futsal baru...
yang lama ada, tapi dah koyak...
bukan aku taknak jahit...
dulu aku dah pernak jahit dah...
bila jahit, muncung depan tuu jadi sedikit sempit...
jadi bila pakai masa main futsal, dia makan kaki...
aku ingat pak menteri je 'kebulorr'...
rupanya kasut pon lapar...
masa pakai ni, abis kuku ibujari kaki aku rosak...
sampai skrg duk tunggu tumbuh yang baru nii...

skali fikir waras kan aku beli nii...
yang buat tak warasnya sbb skrg ni duit tak berapa ada...
hehehhh...
daaa laa regenya rm 200 tuu...
tapi takpelaa, sekurang2nya msti boleh pakai sampai 3 or 4 tahun...
berbaloii baloiii baloiiiii laa kan...:-)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA