Wednesday, March 23, 2011

semangat poket...

dulu, masa aku belajar aku selalu kekurangan duit...
walaupun aku dapat pinjaman, selalunya tak cukup...
sebab aku tak duk asrama, sewa rumah kena bayar dan sara hidup agak tinggi..
kerana itu pada kebanyakan cuti aku akan kerja...
ada antara kawan2 aku yang dapat duit belanja rm200 sebulan daripada ibubapa...
aku rasa itu agak mewah...
kalau lahh aku dapat macam tuu...:-)

mak dan arwah ayah aku selalu pesan, kalau takde duit mintak...
kata mak aku, poket kosong pon tak bagus jugak...
semangat poket takde...
tapi selepas dapat pinjaman, aku tak pernah mintak dgn dorang...
sbb aku pon tak tahu dorang ada duit atau tak...
aku takut bila aku mintak, dorang pon terpaksa pinjam duit dengan org utk bagi aku...
jadi daripada dorang yang pinjam, baiklahh aku yang pinjam...
sekurang2nya pinjaman tu jadi tanggungjawab aku...

kemudian, bila dah besar2 ni, bila dah keje...
aku teringat balik pesan mak aku tuu...
betul ke ada semangat poket...
aku tak tahulaa ada ke tak, tapi kalau poket kosong, mmg kita tak semangat...
semua menda kita nak buat akan jadi malas...
jadi bila tibanya masa2 takde duit, aku akan jadi sangat lemah...

harap2 semangat poket aku tu akan datang semula...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

2 comments:

  1. Di sana sini beri terima
    Tangan ke tangan dan beralih tuan punya
    Berubah-ubah nilai berbeza
    Menjadi impian setiap penggunanya
    Raja kertas

    Yang kaya raya senyum bibirnya
    Yang tak berpunya terus menjadi merana
    Tiada dia keringlah kita
    Banyak sangat pun membikin pusing kepala
    Raja kertas

    Raja kertas di mana-mana
    Nusantara memerlunya
    Raja kertas yang berkuasa
    Menakluki manusia


    Raja Kertas

    ReplyDelete