Saturday, March 12, 2011

jurujual...

tengah sedap2 makan, tiba2 ada salesman datang...
nak jual buku...
bla bla blaa blaaa...
semua menda dia cerita pasal buku tuu...
walaupun kita taknaka tahu...

aku rasa kebanyakan daripada kita pernah kene menda ni...
tak kira laa jual apa pun...
buku, ayat suci, kerepek...
macam2 yang org jual untuk teruskan hidup...

sekali fikir, menda2 macam ni sangat merimaskan...
biasanya kita taknak diganggu ketika makan...
kerana itu kita tgk macam2 pandangan yang dilempar pada salesman...
kebanyakannya pandangan yang tidak suka atau mengejek...

tapi bila fikir2 balik, aku sebenarnya kagum dengan dorang...
usaha dorang ke sana ke mari sangat meletihkan sebenarnya...
10 org dorg cerita pasal produk, blm tentu ada sorg yang nak beli...
apa lagi dorang kena berjumpa dengan org...
berapa org antara kita yang sanggup jumpa org yang kita tak kenal langsung, then cuba jual barang kat org tuu...
sangat sedikit yang berani rasanya...

jadi, kalaupun kita tak suka ada salesman yang datang dekat dengan kita, layanlaa mereka sebaiknya...
kalau tak mahu, tolak selembut mungkin...
kerana mereka juga manusia...
yang berhak dilayan sebagaimana kita mahu kita dilayan...:-)





TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment