Saturday, April 30, 2011

telur sparuh masak roti bakar...


pukul 9.30, siap jemur baju aku keluar... bajet mmg nak sarapan dulu... kerja2 sarapan ni dah jadi rutin dah skrg... sbb biasanya tghari steady tak makan... pukul 9.40 sampai kedai mamak yang aku tuju...

"makan ape..." brader mamak tu tanya sambil pegang kertas dengan pen... slalu tak tulis, ari ni pandai pulak dia menulis...

"roti bakar 1 set, telur sparuh masak 2 bijik..." steady aku jawab... kerja makan roti bakat dengan telur separuh masak pun dah lama aku tak buat...

saje aku order mcm tu, supaya cepat dapat... aku tgk org agak ramai. order yang goreng2 nanti lambat pulak... nak order roti canai dari subuh tadi dah tekak aku cakap taknak...

....
...
..
.

5 minit...
rilekss...

....
...
..
.

10 minit...
sabarrrrrr...

....
...
..
.

15 minit...
hrmmmm...

....
...
..
.

15.28 minit...
"ane, mananya..." aku dah mula nak marah... kerja2 marah ni mmg aku slalu buat...

lama dah tunggu, roti bakar tak sampai2... yang sampai air dengan telur je... bukan stakat tak sampai, tapi dorg tak buat pun... aku tahu sbb tmpat bakar roti tu depan mata... semua roti bakar yang keluar utk org lain...

"makan ape..." boleh pulak mamak tu tanya balik... tadi dia jugak yang amik order... apa pekdahnya dia tulis order aku tadi lgsung aku tak tahu...

lepas aku cakap, dengan pantas dia buat...

tapi ttp hampehh... sbb bajet nak cepat, jadi lambat jugak... baik order mee goreng je tadi...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Friday, April 29, 2011

tengok wayang secara 3D...

pukul 8.00 malam, sudah semayang maghrib dengan baca yaasin aku relax2... sambil2 baca novel ramlee awang murshid, aku dengar best 104... radio keroncong... tapi tu mula kul 10 malam... time2 gini lagu sedap2 lagi, hingga kadang2 rasa nak jilat jari kaki...

kul 8.30 aku bersiap... malam ni aku tak keje... atau aku dah malas keje pagi sampai malam... pakai biasa2 je, lagipun kluar sorang2... malam ni rancangannya nak tgk wayang... siang tadi dah check jadual wayang kat internet... kul 9.15 malam ada tayangan crita yang aku nak tgk... keje2 tgk wayang ni dah lama jugak aku tak buat... biasa kalau tak keje duk umah je tgk tv... pegi tu aku tawakal je laa, sbb bigcinema kat sini selalunya takleh caye... kat internet cakap ada, tapi bila pegi takde... mmg patut mcm tu laa, bigcinema ni lotus punya... lotus tu india punya... india ni paham2 laa, dia punya belit lain mcm sikit... bak kata samy vellu... pos laju sangat bagus, ari ni pos, smalam suda sampai...

pukul 9.00 malam aku dah depan kaunter tiket... sambil2 duk tgk waktu tayangan, mmg btl kul 9.15 ada tayangan... kali ni dorang berkata benarr...

"crita thor kul 9.15 ada lagi..." aku tanya awek jaga kaunter yang tgh sibuk duk urut rambut tuu...

"ada..." aku tahu dah tu jawapan dia... mustahil sangat laa wayang kat batu pahat ni boleh penuh, ari khamis pulak tuu...

"tapi yang 3D je, yang biasanya punya takde..." dia sambung, sambil2 urut mouse komputer pulak... suka mengurut rupanya minah ni...

pulak dahh, ni yang tak gemar ni... aku bukan suka sgt tgk 3D, ramai yg kata sakit kepala... aku naik atas kaunter, baring sambil tangan kat dahi... berfikir kejap nak tgk ke tak... alaa, alang2 dah datang takkan tak tgk... takkan nak balik gitu je macam org yang tewas...

"ok, bagi 1..." akhirnya dengan mantap aku bagitahu awek tuu...

"17 inggit bang..." hallamak... tadi ternampak kat komputer dia mcm 12 inggit... ni dah jadi 17 inggit... cepat sungguh harga barang naik... ni kerajaan punya pasal laa nii... tapi takkan nak kansel pulak... tak hero laa gitu... last2 bayo je laa...

kul 9.15 dah masuk wayang, sambil2 aku belek cermin mata 3D yang dia bagi tu... boleh tahan besar dia punya bingkai... tiba2 aku teringat betty... aku try pakai, cilakak, mcm besar... aku terpaksa mancungkan idung dengan capangkan telinga, baru nak lekat...

maka wayang pun bermula lahh... boleh tahan juga tgk 3D nii... sekali skala aku mengelak ke kiri dan kanan, elak dari pedang yang pelakon tu hunus... bahaya, kan kena mata, buta... sambil2 tu rasa muka aku sejuk je pasal kena salji... debu2 jalan pun banyak melekat kat muka... mata pun boleh tahan juga berair, fokus dekat sangat laa pulak... 3D sangat kononnya... tgk wayang biasa2 dah laa patutnya...

pengalaman pertama kira ok laa tgk 3D... kira untuk pengalaman, ini perlu... tapi untuk nak tgk lepas2 ni, tak de maknanya aku nak bayar harga mahal utk sewa spek besar tuu... baik tgk yang biasa, mata pun tak berair sangat...

cuma, tokey wayang ni pun boleh tahan jugak bergeliga... crita yang laku, yang ramai org nak tgk ada dalam 3D je... banyak sikit boleh buat duit kan...

sungguh kapitaliss...


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

terima kasih...

aku sangat berterima kasih kerana kerajaan sentiasa mengambil berat perihal rakyat kebanyakan... segala tindakan mereka menunjukkan betapa perihatinnya mereka... aku juga berterima kasih kepada kerajaan kerana sudi menyediakan email kepada aku... bukan senang sesebuah kerajaan mahu menghabiskan bajet hanya utk menyediakan email kepada rakyatnya... malah aku rasa kerajaan malaysia lah satu2nya kerajaan yang sangat bertanggungjawab dalam hal tersebut... aku sangat berharap agar dengan adanya email ini, beban harga barang, harga minyak dan segala beban yang aku tanggung selama ini akan berkurangan... terima kasih kerajaan...


...............
...............
...............
...............
...............
..........................
........................
.....................
..................
...............
.............
...........
..........
........
.......
......
.....
....
...
..
.


bangang punya idea.... pangkeh betul...


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Thursday, April 28, 2011

kita rela ditipu...

kita selalu terdengar atau terbaca kisah2 penipuan... banyak juga yang dijadikan bahan drama atau filem... dan kadang2 kita jadi sangat marah apabila yangmenjadi mangsa tipu adalah kita sendiri...

aku pernah terbaca dalam paper yang mana seorang isteri mengamuk sakan bila tahu suaminya berkahwin lagi satu... dalan hal ini, bukan lah soal kawin lebih yang saya mahu sentuh, tapi kita dapat lihat betapa marahnya si isteri apabila di tipu...

aku juga pernah terbaca kemarahan org ramai apabila skim yang mereka sertai tidak membuahkan hasil... malah wang yang mereka laburkan juga lesap... orang yang menjanjikan kekayaan kepada mereka lesap entah ke mana... mungkin sedang bergembira dengan wang hasil penipuan mereka...

dalam satu kes yang lain, aku terbaca kisah seorang peniaga yang telah ditipu oleh rakan niaganya... katanya dia telah melaburkan berpuluh ribu, tapi akhirnya rakan niaganya hilang entah ke mana... kalau tidak hilang pun, duit yang dilaburkan itu sudah ke mana perginya... kita selalu juga terbaca kisah2 sebegini di kalangan artis...

sebenarnya ramai di antara kita yang mengaku sebagai cerdik pandai... malah kit amenjadi sangat marah kalau kita di gelar bodoh... seperti org gila, orang bodoh juga marah kalau di kata bodoh... tapi hakikat yang sebenarnya ialah setiap hari kita merelakan diri kita ditipu...

kita selalu malihat cara untuk menjadikan rambut cantik di tv... bagaimana setelah menggunakan syampu2 tertentu rambut kita akan menjadi sangat terurus, panjang dan bersinar2... maka kita tersenyum dengan idea untuk membeli syampu itu keesokan harinya... kita juga selalu melihat bagaimana sabun dapat membasuh baju sehingga bersinar2... malah warnanya akan menjadi lebih terang jika dibandingkan dengan baju baru... hal yang sama boleh kita lihat pada ubat gigi, pencuci muka dan sebagainya...

kita selalunya menjadi sangat terpengaruh setelah melihat iklan di tv... dan apabila sudah menggunakannya, kita tertunggu2 apakah hasilnya sama seperti di tv... dan apabila tidak, kita menjadi sangat hampa, tetapi jarang pula kita menjadi marah yang teramat... akhirnya kita biarkan saja, dan kalau kita tidak berpuas hati, kita tidak lagi akan membeli barang tersebut...

nahh, benar bukan... kita sentiasa membiarkan diri kita di tipu... sama juga apabila kita mendengar kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga minyak... kita sentiasa mahu percaya akan hal itu, tetapi kita tidak sedar, semenjak setahun yang lepas harga sudah naik berkali2... kita juga selalu ditipu untuk percaya bahawa kerajaan sentiasa memantau harga barangan, terutamanya barang keperluan... tapi sedar atau tidak, harga barang sentiasa mencanak naik, kadangkala tanpa kita sedar pun bila... dan ramai antara kita yang masih belum sedar, walaupun harga barang masih sama, kuantiti isinya sudah berkurangan... perhatikan isi kandungan pada setiap bungkusan yang kamu beli, pasti kamu berjumpa dengan apa yang aku katakan...

hakikatnya, samada kitamah percaya atau tisak, kita sentiasa hidup salam penipuan... kita di tipu, dan kebanyakan darinya kita memang merelakan diri kita ditipu... dan hal ini akan berterusan sehinggalah kita menutup mata...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Tuesday, April 26, 2011

saman oh saman...

percaya atau tidak, sekiranya anda berniaga, hidup anda dikelilingi oleh peraturan... tak kira apa jenis perniagaan pun... apa lagi kalau lesen perniagaan anda terletak di bawah lesen hiburan... anda buatlah apa saja, berusaha lah untuk ikut apa saja peraturan yang ditetapkan, kesudahannya anda akan tetap disaman sekiranya ada pemeriksaan...

ini pengalaman aku... ini apa yang aku alami selama bekerja di tempat ni... sekiranya ada pemeriksaan, pasti akan ada saman... mungkin ada yang terlepas, tapi pasti ada hulur kat bawah meja... jangan laa kata menipu, pegawai2 pemeriksa ni mmg suka kalau ada hulur bawah meja...

berniaga cc, tapi lesen ttp bawah lesen hiburan... senang cerita, kalau anda bukak cc, maka peraturannya samalah seperti anda membuka kedai karaoke, kedai kelab malam, atau apa2 kedai kelab yang ada gro di dalamnya... tak tahu apa itu gro...?? anda mmg malang...

berdasar pengalaman, bermacam cara untuk mereka menyaman... yang pasti mereka akan berjaya menyaman, kerana ada peraturan yang dibuat yang akan membolehkan mereka menyaman tak kira apa keadaan pun... cth bagi cc adalah bagi pelanggan berumur 18 tahun ke bawah, mesti ditemani oleh ibubapa... nampak macam sng nak ikut, tapi kalau anak besar gajah dah, mak bapak pun taknak ikut... aku teringin nak tanya pegawai yang menyaman, dia pernah atau tidak temankan anak dia yang 18 tahun ke bawah pegi cc...

dalam kes kedai ni, masa mula2 dulu pegawai yang check mintak kalau takde mak bapak, perlu ada surat kebenaran dari mak bapak... konon2 nak ikut peraturan, suruhlaa budak2 bawak surat, simpan dan failkan... lepas tu dia dtg lagi, tunjuk surat tu, ttp kena saman... katanya pulak tak bleh macam tu, kena buat buku log... bila mak bapak dtg hantar, tulis nama dan no telefon... buat jugak, setiap kali budak nak main komputer, suruh tulis nama... tapi bila dia datang lagi, pun kena saman jugak... kali ni alasannya setiap kali dtg, setiap kali tu jugak kena bawak surat...

pegawai2 penguatkuasa mpbp, lu orang mmg setan... suka sangat nak menyusahkan org... kalau aku dah buat apa yang lu orang mintak, apahal ko nak saman lagi... ke ko nak tunggu aku bagi duit rasuah, baru nak kasi lepas... apa tak cukup ke ko dapat dari org lain... nak bagi perut tu lagi buncit ke...

perangai yahudi, ajaran setann... baik jadi lembu dari jadi org... ada jugak faedahnya...


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

25/04/2011 - sebuah perjalanan...

bangun tido pukul 9 pagi... tersasar dari waktu perancangan asal... gini lah jadinya kalau tido balik lepas subuh...lewat sikit takpe, yang penting perjalanan kena mula... langkah pertama bangun, mandi dan bersiap lebih kurang... lepas dah siap, aku keluar, parking kete kat tempat keje, jalan kaki ke jalan besar gi tunggu bas...

"pegi bandar brape bang..." aku tanye drebar bas tu... maklum laa, keje2 naik bas ni dah lama aku tak buat...

"2.50..." kate brader drebar tuu... nasib baik aku dah ready duit syiling awal2... tau dahh, kalau naik bas tabung, tak sediakan syiling jawabnya terbayar lebih laa... tu kalau letak 3 inggit jgn harap dapat balance balik tuu... telan duit je kejenya...



lama sangat dah aku tak buat keje naik bas nii... yang bagusnya skrg ada banyak cmpany yang provide bas kat sini... bila dah bersaing tuu, penawaran jadi baguslaa kan... jadinya bas yang aku naik ni kira cantik laa... sempurna ekon dan smpurna kerusinya... tak macam dulu, basnya uzur bukan main lagi, sekali pandang nampak mcm nak roboh... kerusinya pulak compang camping dah rupa baju peminta sedekah... kadang2 terduduk atas span yang basah... dah nampak macam kencing dalam sluar je... ekon pulak jgn cerita laa, guna angin asli je... kadang2 bila sampai bandar dah tebal muka, hasil pengumpulan debu sepanjang jalan...



yang bagusnya bila naik bas ni kita tak payah ssh2 tgk jalan... drebar dah ada... jadi mata boleh la melilau ke kiri kanan jalan... banyak jugak aku terperasan kedai2 yang tak penah aku prasan sblm ni... lagi satu boleh nampak dengan jelas divider yang dah makan tahun pun tak siap2... tapi tak siap takpe lahh, janji kroni boleh dapat duit... banganggg...

sampai bandar atau lebih tepat lagi stesyen bas, aku terus tuju ke kaunter transnasional... beli tiket bas ekspres pulak... bas ekspres takde laa uzur kan, mesti mantap tuu...

"tiket seremban ada lagi bang..." belum sampai kaunter aku dah tanya dah...

"bila..." brader kaunter tanya, tangan duk sibuk pegang henset...

"arini punya..." kalau blh masa tu jugak aku nak ada bas...

"ada, kul 10.30..." brader kompem dgn aku ada bas...

"boleh la 1... bas dah sampai blom..." takut jugak kot2 tertinggal bas lagi...

"blom..." jawab brader tu.. aku jeling jam kat blakang dia... 10.35... gitu lah janji syarikat bas... tak pernahnya nak tepat... kalau duit insurans lindungan mesra selalu tu tak pulak dia lupa nak kutip...

aku rileks, marah pun tak guna... dah jadi kebiasaan bagi dorang... aku penah tunggu bas dtg 2 jam lambat... tak ke haru, dah laa masa tu tunggu sbb nak balik raya... ingat kena tipu dah, mau meleleh airmata kalau kena beraya kat tmpat org...



tak lama tunggu, bas pun sampai... tak sempat beli air pon... jadi dorg mungkir sikit2 je laa... bukan lama sangat bas dia nak sampai... tapi kesian, ada 4 orang penumpang je... balik modal ke ni... tapi sebagai pengguna, kita boleh cakap peduli apa aku je laa... lagipun tambang bas bukan murah... jalan je aku bukak novel yang aku bawak... konon nak baca laa tu, tak buang masa... tapi abis 2 muka baca, aku tutup balik... tido sampai seremban... dan mmg ternyata, tido lagi sredap dari baca buku... yang hairannya, sampai seremban ramai pulak dalam bas... adala dalam 10 org kot... mana dia kutip...??? aku syak dia berenti muar amik org... haram aku tak sedar pon...

"bang, stesen komuter kat mana..." aku tanya brader drebar tu sebelum turun... nasib baik dalam mamai2 tu aku teringat nak tanya...

aku bukan tak tahu sebenarnya, cuma nak kompemkan je... dulu dah penah naik komuter dari seremban, tapi sebelum tu melilau laa aku cari stesennya tuu... tapi skarang dah senang... dah ada laluan pejalan kaki kat bawah jalan, terus ke stesen komuter... risiko kena langgar pun takde, cuma ada risiko kena rompak laa... laluan tu agak sunyi aku rasa, maybe sbb hari org keje... tu yg lagi risau tuu... buatnya perompak keje aritu, tak ke naya aku...



"kak, stesen yang dekat dgn ukm stesen ape...?" aku tanya akak yang jaga kaunter...

"stesen ukm laa..." sengih2 akak tu jawab...

hallamak aiii, nampak sangat kampungnye aku... ye laa, aku nak kompemkan... lagi pun kalau malu bertanya sesat jalan... lama wehh, tak naik menatang ni, last naik tahun 2004 kot... pape pun aku berjaya gak dapat sekeping tiket... 4.20, mahal tuu... lagi mahal drpd tiket bas pagi tadi... padahal tmpat duduk bas brape je... yang ni banyak tmpat duduk pun mahal jgk ke... patut boleh kurang lagi tu...



sambil menunggu komuter yang lambat, aku duk perati sekeliling... kawasan ni sama macam dulu... panas, kurang tmpat duduk, ada jugak kotoran2 walaupun aku tgk berlambak org yang pakai baju pekerja... tgh tunggu2 tu ada pengumuman, aku tak ambik pot sgt... tapi tiba2 semua org bergerak... oooo, kena pindah platform rupanya... nasib baik ada ramai, kalau aku sorg msti aku duk tunggu je kat platform tuu... tak lama tunggu, komuter pon sampai... nasib baik aku tak masuk je pintu yang terbuka kat depan aku... lady's coach rupanya... nasib baik terbaca... kalau main redah je maunya aku jadi perhatian kat dalam tu nanti... kalau jadi mcm tu, lagi skali nampak sgtlaa kampungnya nanti...

sepanjang jalan aku duk tgk je interior design komuter tuu... berubah dah dari dulu, tapi tak la selawa mana... ada tanda amaran, ada break glass yg dah pecah, tmpat duduk smpit, ada pulak tampal jokes kat dalam tuu... yang sedihnya, kalau nak tampal, tampal la betul2... ini terkopak dah, punye laa huduh kalau nampak...dari baca jokes tu baik la tgk keliling... boleh jugak tgk rumah2 daif kat tepi landasan tu... tiada miskin tegar, kata kerajaan... iye ke, kata aku pulak...



tak lama dalam komuter, aku sampai kat tmpat tuju... turun, berjalan aku rasa pelik... dah tak payah slot tiket dah... tadi masa nak naik tak payah slot jgk... jadi rugi je laa aku beli tiket... takde sape check, boleh kluar masuk dengan bebas ke landasan... tak silap aku dulu sblm naik dan selepas turun, tiket kena slot kan ke dlm mesin, baru pagar terbuka, baru lepas masuk atau kluar... owhh, ni style baru kot... style malas nak selenggara mesin... aku tgk mesin ada je, tapi dia bukak laluan tepi... aku tgk mamat sorg depan aku masukkan tiket salam kotak air mineral, aku ikut laa... mmg dorg sediakan kot kotak tu, kalau aku simpan tiket tu pon takpe kan...

stesen ukm pun masih mcm dulu, panas, takde tmpat duduk dan sistem parking yang paling bangang aku pnh jumpa kat mana2 stesen komuter atau lrt... parking dah laa sempit yang amat, dengan moto yang banyak lagi... dah tu ada pulak kereta yang memandai2 parking kat atas tu jugak... bengong sungguh... aku rasa eloklaa kereta tu tak payah bagi naik, suh parking kat bawah je... moto saje pun dah cukup menyesakkan dah, jangan laa tambah dengan kereta lagi... kok ye pun pegawai tinggi, jalan kaki laa sikit... kaki tu Tuhan bagi utk guna, bukan simpan dalam frame...

sambil tunggu dia datang ambik, aku duk tgk sekeliling... mmg sama mcm dulu, kecuali kat bawah nun... lain dah, takde gerai makan dah... dulu aku rasa bersusun kedai makan kat situ... ni nak minum air sambil menunggu pun tak bleh dahh... yang ada org jual pisang goreng... berjalan jauh macam ni, mana la lalu tekak nak makan pisang goreng... kurang2 nasik... bila dia sampai, terus ajak gi makan nasik... kedai azura katanye... tmpat dia slalu makan laa tuu... tapi ok jugak, makanannya sedap laa jugak... kira ok laa tu, pegi pukul 3 lebih makanan sedap lagi... kebanyakan kedai kalau pegi pukul 3, lauk pun dah rasa mcm makanan kucing... kalau sua kat kucing pun aku rasa pucat lesi kucing tuu...

makan lebih kurang, sembang lebih kurang, dah kenyang aku antar dia balik... tgh bawak tu moto pulak rasa tak sedap... pecut ke blow... pecut je blow... terus aku singgah kedai moto...

"bang, moto sesak napas laa..." berkerut aku tgk dahi abg india tuu...

sebenarnya aku tak reti nak cakap camana, aku suh dia test, baru laaa dia tau... setting angin salah rupanya... patut laa semput semacam je... dah setel tu, bayar 3 inggit... gila, tak buat apa pun, setting angin je dah 3 inggit... komunis betul punya kedai...



dah siap moto, aku anta dia balik... pukul 4.30, aku terus kembara, balik ke johor semula... naik moto, dulu dah pernah buat dah ni... dulu hampir2 moto mati kat hiway sbb abih minyak... yakin sangat... jadi yang ni aku taknak laa yakin sangat... aku isi minyak penuh, kat hentian seremban, ayer keroh, kat pagoh... berenti 3-4 kali, aku sampai lbh kurang kul 8.30 malam... ho hoo, sampai dengan selamat tanpa banyak dugaan... moto pun steady je, maklum laa scooter... rileks je laa... cuma banyak kali jugak kena hembus dengan angin lori, mujur ada pengalaman... bas pun banyak yang bawak laju mcm pelesit... aku rasa kalau pelesit ada dalam bas tu, dia pun takut... cuaca pun membantu, mendung tanpa langsung turun hujan...

sampai sini, aku beli bubur nasik dengan roti boom, balik umah makan sambil tgk tv... tak lama tido... syok jgk tido time badan lenguh2 nii... layan sampai pagi, langsung tak terjaga...

ye, mmg aku gi tu semata2 nak bawak balik moto tu... sbb aku dah janji, dan aku janji sbb aku taknak dia bawak sndiri... aku tahu itu bahaya, tambah lagi pada org yang takde pengalaman... lagi 1, aku nak jugak merasa jadi org yang berguna... apa yang penting, moto tu dah sampai sini, walaupun dia tak puas ati aku pegi semata2 nak amik moto tuu...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Sunday, April 24, 2011

aku kutuk aku...

kadang kadang aku rasa diri aku sangat tak guna...
dan buat masa skrg mmg aku rasa aku sungguh tak guna...

apa guna aku jadi orang kalau hidup sendiri pun tak terurus...
apa guna aku jadi adik kalau kakak sndiri aku tak boleh tolong...
apa guna aku jadi abang kalau perihal adik aku buat tak tahu...
apa guna aku jadi pakwe kalau hati makwe aku tak boleh jaga...
apa guna aku jadi blajar tinggi kalau selalu org bodoh2kan...
apa guna aku jadi pekerja kalau duit pun aku tak dapat...
apa guna aku jadi anak kalau mak sndiri aku tak boleh bantu...
apa lagi masa ayah dah takde ni...

kalau org benci aku skrg pun aku macam dah tak kisah...
sebab sebenarnya buat masa skrg...
aku sndiri dah benci kat diri sndiri...

aku marah diri aku sbb buat aku jadi macam ni...
aku marah diri aku sbb aku hidup macam ni...
aku marah diri aku sbb tak boleh buat aku senang...
aku marah diri aku sbb tak usaha dengan lebih sungguh2...
aku marah diri aku sbb tak jadi org yang baik...
aku marah diri aku sbb aku tak pandai jaga hati org...
aku marah diri aku sbb tak tahu menghargai...
aku marah diri aku sbb aku susah...
aku marah diri aku,aku marah diri aku...

aku benci diri aku skrg...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Thursday, April 21, 2011

cikgu vs murid...


"ajarlaa, kalau dia degil pukul lah... jangan sampai patah riuk cukup lahh..."

itu ayat mak aku masa pertama kali anta aku mengaji... gurunya seorang perempuan dekat rumah... kalau dengar ngeri juga, boleh buat aku cabut balik... tapi begitu lah dahulu, anak diserahkan sepenuhnya kepada cikgu... buat lah apa saja... asal budak itu jadi pandai, boleh menjadi cerdik, maka perlakuan seperti memukul tetap halal...

berbeza dengan skrg, cikgu langsung tak dibenarkan buat apa2... pegang rotan pon tak boleh... aku tak pasti pulak ada tak peraturan yang budak sekolah pon tak bleh bawak rotan...

secara peribadi, aku sangat tidak bersetuju apabila pelajar berkonfrontasi dengan guru... pernah dulu di sekolah kg aku, murid2 tunggu cikgu kat luar sekolah sbb nak pukul cikgu tu... ntah apa kes, tapi walau apa pun kes aku masih percaya bahawa guru wajar dihormati... bukan kerana aku menyokong cikgu, tapi kerana cikgu itu adalah cikgu...

"saya tgk muka awak mcm bangsat laa..." serentak, tangan yang sebesar muka aku jatuh ke pipi aku...

ini kisah benar, kisah yang aku tak tahu mana silapnya, tiba2 aku kena tampar... mmg aku rasa cikgu tu selalu cari hal dengan aku, tapi aku ttp percaya cikgu wajar dihormati...

baik... skrg aku mahu memberi pendapat kenapa hubungan cikgu dan pelajar sangat teruk pada masa ini...

1)
ibubapa skrg merasakan mereka pandai, kerana itu setiap apa yang cikgu lakukan pada anak mereka hatta sekecil kuman pun akan menjadi salah... ini sangat berbeza dengan keadaan dulu... dulu, kebanyakan mak ayah tidak habis sekolah, maka mereka menyerahkan segalanya pada cikgu... bagi mereka, di kalangan mereka, cikgulah yang paling pandai, dan cikgu akan tahu apa yang mahu dilakukan utk mengajar anak mereka...

2)
ibubapa dahulu tidak mahu anak2 mereka menurut jejak mereka... tidak habis sekolah, bekerja kampung, kais pagi makan pagi adalah perkara yang menakutkan mereka... takut sekiranya hal ini diwarisi oleh anak2 mereka... kerana itu, walau apa pun yang jadi, anak mereka mesti bersekolah, tidak kira macam mana cara cikgu melayan mereka...sedang sekarang, mak bapa tidak kisah kalau anak2 menjadi seperti mereka, konon mereka itu org berjaya...

3)
murid2 skarang sgt mewah... carikan aku seorang murid sekolah menengah yang tiada henpon... payah nak jumpa aku rasa... dengan kemudahan2 ini, belajar bukan sesuatu yang sangat perlu bagi mereka... sekurang2nya itu yang mereka rasakan...

4)
cikgu juga ada salahnya... kebanyakan cikgu skrg menjadi cikgu kerana tiada kerja... kpli, dpli cthnya, adalah satu peluang bagi mereka yang tidak bekerja untuk menjadi cikgu... maka, kerana itu, tiadalah semangat keguruan dalam diri mereka,... maka tugas pun dijalankan sambil lewa, apa lagi banyak perlakuan murid yang tidak kena pada mereka... kemahiran menasihati tiada, kemahiran berhadapan dengan murid juga tiada, maka terjadilah perkara2 yang tak sepatutnya...

5)
banyak tekanan pada cikgu selain urusan di sekolah... kementerian juga salah satu sebab tekanan pada cikgu... ekonomi juga memberi kesan... bayangkan, kalau dulu menjadi cikgu adalah satu pekerjaan yang mewah... tidak lagi skrg, bebanan belanja, keluarga dan sebagainya menyebabkan amarah mereka mendatang dengan lebih mudah... iye betul, urusan peribadi tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan urusan kerja... cuba katakan itu pada diri kamu, dan cubalah kamu mengasingkannya, semoga kamu berjaya...


apa pun, aku sangat percaya bahawa cikgu wajar dihormati... kalau cikgu pun kamu tidak hormat, nescaya ilmu yang kamu dapat tiada berkatnya... dan kalau pun nanti kamu berjawatan besar, perlu juga kamu ingat bahawa kerja itu kamu dapat dari ilmu yang tidak berkat...



*** ramai yang bertanya kenapa aku tak ambil kpli... maklum lah, hubungan aku dan kerja selalu tak menjadi... jawapan aku cukup mudah... "aku takut aku jadi cikgu sbb takde kerja... nak jadi cikgu kena ikhlas... aku rasa aku blm ikhlas...:-)"


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Wednesday, April 20, 2011

nasi lemak vs nuklear...

masa kecik2 dulu aku suka makan nasik lemak... malah kalu kena caranya, sampai skrg pun aku masih penggemar nasik lemak... betul, dari dulu aku dah dengar org cakap, nasik lemak ni tak berapa bagus utk kesihatan... tapi aku tetap makan dan setakat ni aku masih ok...

mungkin kerana nasik lemak ni berbahaya, maka baru2 ni pihak bijak pandai telah melarang kantin sekolah dari jual menda ni... yang jadi lagi best tu sbb berkuatkuasa serta merta, nak elak obesiti kata dorang... kesian pulak org kantin... ye laa, mana laa tahu dorg beli stok ikan bilis banyak ke... stok cili kering banyak ke... tak sempat dorang nak prepare... kalau cakap awal2, merasa jugak budak2 makan nasik lemak bilis banyak kan sbb bak abih kan stok... maka mulai skrg anak2 sekolah tak boleh laa lagi makan nasi lemak kat kantin skolah...

aku setuju atau tidak..?? itu tak penting... tapi aku sangat hairan, tak sangka pulak nasi lemak ni lagi bahaya dari najis nuklear... itu pasal kat gebeng dorang buat nuklear plant, tak mendatangkan bahaya kata dorang... takpe, nuklear ok... yang tak ok nasi lemak...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Tuesday, April 19, 2011

apa yang perlu...

kadang2 kita lupa pada apa yang kita perlu... kita tumpukan pada menda lain, yang kebanyakannya adalah bukan menda perlu... kita tumpukan pada menda yang kita boleh buat... sedangkan apa yang kita boleh buat tu tak membantu pada akhirnya...

macam kerja... pada bila2 masa kita boleh bekerja dengan org... kita akan kerja sebagus mungkin... tapi kita lupa, kita juga perlu kerja untuk diri sendiri... kalau akhinya nanti takde apa2 yang tinggal utk kita, sekurang2nya kita dah buat kerja utk diri sndiri...

kita boleh juga merungut tentang apa saja yang tidak kena dalam kehidupan kita... tapi apa yang perlu ialah kita ubah apa yang kita rungutkan itu... apa yang perlu kita buat utk merubah apa yang tidak kena itu...

kita boleh saja bercakap tentang itu dan ini, tentang berbuat apa saja dalam kehidupan kita... tapi kita kadang2 tidak sedar bahawa utk berbuat sesuatu itu, kita perlu ada kekuatan yang bukan sedikit...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Monday, April 18, 2011

kawan2 pinjam duit...

ptg tadi, masa balik rumah, aku dapat msg ni... lama dah dia ni senyap... selalu pun mmg dia senyap... dia akan msg aku time dia nak pinjam duit... dan selalunya kalau dia nak pinjam. mmg aku tak penah menghampakan...

selalunya time pinjam dia akan terus cakap bila dia nak bayar, mungkin supaya aku tak risau dan aku senang nak bagi pinjam... lagipun rate pinjam dia tak de la tinggi... mcm kali ni dia nak pinjam 50 je... selalu dia mintak 100... yang paling tinggi pun dia penah mintak 200 je... dan selalunya mmg dia akan bayar ikut masa yang dia cakap tu laa... cuma penah sekali dia buat gila, time dia kata nak bayar tu dia senyap... aku msg banyak kali pon senyap jugak... bila aku dah mcm putus asa, dia msg mintak no. akaun, hari tu jugak dia bayar... dia ada masalah duit sikit katanya, sbb tu lambat... aku kata ok, tapi aku sound supaya lain kali apa2hal pun jgn senyap terus, panik aku nanti... sbb tu jgk tiap kali nak pinjam aku tak berat nak bagi... sbb dia sentiasa bayar... lagipun aku tahu kalau dia mintak dengan aku tu, maknanya dia dah terdesak sangat laa tuu...

....
...
..
.


imbas kembali:
tahun 2005, aku nekad berenti keje kfc... walaupun aku suka keje tu, aku nekad sbb aku taknak kerja aku terus menerus dalam bidang f & b... lagi pula pada masa sama aku dapat keje kat tempat baru, MINT masa tu... maka berulang alik laa aku dari damansara ke bangi, jauhnya yang amat apatah lagi aku secara bengongnya menggunakan jalan jauh... jalan dekat tak tahu sbb aku mmg buta jalan2 kl ni... balik kayu ara aku tahu laa...

sambil2 keje, aku tanya jgk kwn2 kalau2 ada umah dekat bangi... kebetulan member yg keje dekat hitachi bangi kata ade... maka aku pun tgk rumah tu dan akhirnya setujulaa nak pindah ke situ... 3 bilik, dah ada 2 org kat dalam tu, maknanya sorang sebilik laa... maka menetapla aku kat situ, dengan salah seorang yang dah ada kat umah tu ialah khairil, kawan yang msg aku ptg tadi...

tapi nasib aku malang agaknya, keje sekejap dah kene benti... masalah teknikal... pelik kan, manusia tak penah bermasalah... teknikal aje yg kena pikul tanggunjawab... dan selepas kene berenti maka bermula la hidup perit aku di kl... dengan tak de pendapatan, aku macam org sasau... makan minum aku jadi sangat berkira, duit dalam poket tak penah banyak, dan lagi macam2 masalah timbul... sewa rumah, minyak moto, makan dan segala2nya jadi sangat susah... lama jugak keadaan macam tu, hinggalaa aku dapat keje kilang dekat2 situ... dan sepanjang tempoh aku perit tu, orang yang tolong aku tak lain tak bukan, si khairil inilah... sewa rumah dia tolong dulukan, roti dia pun dia bagi aku makan, kdg2 dia belikan aku nasik... dan kadangkala ketika aku betul2 takde duit, dia bagi pinjam... walau tak banyak, cukup juga utk aku menyambung nyawa...

....
...
..
.

aku bukan jenis org yang tak kenang budi... kerana itu, setiap kali dia nak pinjam aku akan bagi... dia dah banyak tolong aku, jadi setakat nak bagi pinjam duit, bukan masalah bagi aku... dia baik dengan aku, jadi dia berhak dapat layanan yang baik juga drpd aku...

tapi ptg tadi, masa dia mintak nak pinjam duit tu, aku jadi btl2 malu... nak susun ayat dalam msg pun jadi tak tentu arah... sshnya aku nak cakap yang aku tak dapat nak bagi pinjam kali ni... dan aku terfikir, bila tak dapat dari aku, agaknya pada sapelaa dia nak mintak tolong... aku tak dapat bagi sbb aku pun tengah kekeringan skrg ni... mungkin aku tengah sasau mcm dulu... nak makan pun berkira, apa lagi kalau nak isi minyak kereta... aku cakap kat dia dah nak masuk 6 bulan aku tak dapat gaji... aku tak tipu, itu cerita betul... berkali2 aku mintak maaf kat dia, aku cakap maybe lain kali boleh, dan aku harap dia faham...

dia orang baik... dia tak pernah berkira... jadi aku harap Tuhan akan hantar seseorang yang lain utk tolong dia... dari aku, aku cuma boleh mintak maaf saje drpd en. khairil...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

hidup kucar kacir...

kebelakangan ni hidup sangat tidak menentu... kucar kacir, libang libu, huru hara... ntah tak tahu kenapa, macam baru belajar uruskan hidup pulak... maybe terbawak2 dengan masalah... tido pon dah jadi menda yang sangat ssh...

buat masa skrg aku tak tahu nak buat apa, tak tahu nak uruskan hidup... jadi, aku sangat kucar kacir... harap2 tak lama, sbb kalau terus macam ni, banyak menda yang akan jadi susah... susah aku, dan mungkin susahkan org lain...

buat masa skrg aku cuma ingin nak buat sesuatu yang berguna... buat masa skrg aku rasa aku ni mcm org yang tak guna...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Sunday, April 17, 2011

nostalgia 97' - sebuah bilik...

kali pertama keluar daripada terengganu, ini lah tempat tuju aku... sebuah bilik yang terletak di kolej tun hussein onn, di sebuah universiti bernama universiti teknologi malaysia di dalam negeri johor... humang aiii, panjang sungguh...

aku mendaftar secara yang sungguh koboi... dengan mak dan arwah ayah aku tak ikut, yang ada kakak dgn abang aku je... dengan muka yang hitam legam sbb baru berenti keje petronas paloh, dengan pakai baju t shirt yang amat besar masa tu, siap masuk dalam lagi, dengan rambut panjang tumbuh tak tentu hala dan macam2 lagi... segala macam menda tu menjadikan gambar untuk kad matrik aku sempurna huduh...

mendaftar dengan berbekalkan semangat dan jugak baldi serta hanger baru, aku ikut je ape yang org lain buat... sudahnya aku tercampak kat bilik ni, blok L30 bilik 211, betul2 depan tandas... nasib takde kes air toilet melimpah... rumate aku pulak org sabah, mendaftar lambat 2 minggu... kapal terbang dia abihh minyak, terpakda dorg pakai dayung je, tu yang lambat... lepas tu 1st time sampai duk cakap sabah dengan member dia, aku ingat org asli mana laa... aku try jugak intai2 sumpit dalam almari, tapi takde...

hari pertama aku kat sini, malam time balik dari minggu suaikenal yang tak brape sesuai, aku dah sesat dah... tak hero langsung, cari bilik sndiri pun tak jumpa... terpaksa aku berjalan jauh, sambil bersiul2 konon2 tgh bersiar2 laa... takkan nak tanya org kat mana blok sndiri, nampak sgt laa komannya... nasib baik jumpa, lps2 dari tu landmark dia pokok besar depan blok...:-)

setahun duk kat situ, banyak hal jgk yang jadi kenangan... tersimpan la dalam pale otak ni selagi aku tak nyanyuk... macam2 org, macam2 ragam yang jumpa... semuanya jadi panduan utk hidup lepas tu... dan di sini laa bertambahnya kawan2 selain dari kawan skolah...

genap setahun aku pindah duk umah sewa... apa barang duk kolej, tak bujang langsung...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

tak bleh tido...

org2 bijak pandai panggil insomnia... insomnia ialah sejenis penyakit tak bleh tido, bukan kak in anak mak som niah... aku tak tahu kenape dorg panggil insomnia... buat ssh2 je, makcik kat kg bukan paham... cakap tak bleh tido sudah laa kan... ngade2...

skrg ni musim aku tak bleh tido... tiap2 malam tido lambat... kadang2 tido dah pagi... ssh btl nak tido... mungkin dibantu oleh tv, tu yang mata tegak je tuu... bila time2 mata layu tu, keluar cerita best pulak... kuat btl pengaruh tv... jangan salahkan aku yang terpengaruh, salahkan dulu org yang buat tv tuu... dia yang mempengaruhi, lagi jahat...:-)

apa2 pun, dua tiga malam ni ada projek baik sket, tu yang buat lagi payah nak tido tuu... nanti kalau dah setel semua, boleh rasanya kalau nak tido cepat skt... baru laa pagi segar dan bugar, macam sayur kat kedai lai lek...cuma yang tension tu bila tido awal pon aku bangun lewat jgk... baik tido lmbat kalu gitu...

esok kena bangun awal kot, gi main bowling... lama dah tak membaling, tido pon lengan terangkat2 dah... tu pon kalo jadi... tak jadi kalu, tido aje lahh... hahhh...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Saturday, April 16, 2011

gula, kencing manis & kerajaan...

salah satu tanda penyakit kencing manis ialah sentiasa berasa dahaga...

sejak malam tadi, aku rasa selalu dahaga... apakah kerana aku hampir dihinggapi penyakit kencing manis... aku tak tahu...

aku sangat2 berharap kerajaan akan menaikkan lagi harga gula agar aku tak terkena penyakit kencing manis... bukankah menurut mereka peningkatan harga gula noleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis...

aku tak yakin peningkatan harga gula boleh mengurangkan penyakit kencing manis... yang aku yakin, kita mmg selalu kena kencing dengan kerajaan...:-)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

kito ingak ko dio, dio mari laa...

aku teringat dialog pawang dari kelantan dari filem hantu kak limah balik rumah...

"kito ingak ko dio, dio mari laa kat kito..."

malam tadi aku teringat kepada arwah ayah aku... aku sndiri tak tahu kenapa, tapi aku jadi sangat ingat kepada arwah sehingga ia menyucuk dan menyedihkan sanubari...

mungkinkah dia datang kepada aku bila aku teringatkan dia... entah, itu Tuhan punya kuasa... tapi kalau betul dia datang melihat aku, aku pasti jadi malu sendiri... dengan kehidupan yang seperti aku alami sekarang, aku jadi malu pada sesiapa saja apatah lagi pada arwah...

semoga roh arwah bahagia di sana, dan semoga Tuhan mengasihaninya dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

aminn...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Friday, April 15, 2011

nostalgia 92' - mari merapatkan saf...

tahun 92 merupakan tahun yang agak penting pada aku... tahun perubahan, tahun yang menjadi titik tolak kepada ketahanan diri aku untuk menghadapi segalanya secara sendirian... tahun aku mendaftar sebagai murid, dan tinggal di asrama sepenuhnya... maka segala rutin hidup bertukar... salah satu darinya ialah sembahyang berjemaah di surau... sembahyang di dalam dorm adalah satu kesalahan walau sekhusyuk mana pun kita bersembahyang...

tazkirah adala perkara biasa, terutama pada budah baru macam kami... usrah juga diwajibkan... aku pun tak paham usrah ni apa, tapi sebab wajib, terpaksalaa pegi walaupun tido lagi best... skurang2 boleh dengan ilmu agama...

"kita kalau solat, kita mesti rapatkan saf..." kata sorang naqib...

tak tahu naqib tu ape... tu laa, sape suh tak masuk asrama... padan muka...

"kenapa bang..." tanya member kat sebelah aku tuu...

konon dia minat sangat la tuu nak tahu, padahal baru jap tadi cakap kat aku tak sabar nak balik baca gila2...

"sebab kalau jarak, nanti ruang2 antaranya akan diisi oleh setan2..." abang naqib tu tenang jawab, senyum sampai ternaik misai...

"abang penah nampak ke..." aku tanya... tapi cuma dalam hati...:-)

"sbb tu kalau semayang, saf mesti rapat... kalau boleh biar bersentuh bahu, baru setan tu terpenyek kat situ..." ok, yang terpenyek tu aku tambah sendiri...

itu antara yang aku belajar... walau main camana pun, walau malas camana pun, ada jugak yang akan masuk menyerap ke kepala... dan mmg masa kat asrama tu, kalau time semayang mmg saf akan rapat... lurus pun lurus... dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5, semua tahu nak rapatkan saf... kadang2 sampai nak duk tahiyat akhir pun ssh, terduduk atas kaki org... mmg btl2 penyek laa kalau setan ada kat celah2 tuu...


....
...
..
.


15/04/2011...
aku keluar masjid lepas semayang jumaat dengan 1 pendapat... aku rasa jemaah2 hari ni semuu tak penah duk asrama... tak tahu lgsung nak rapatkan saf... bukan setakat setan boleh duk kat celah tuu, bapak setan pon boleh... setan....
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Thursday, April 14, 2011

malas dan tidur serta tak semangat...


"aku tahu kalau aku boleh jual ni mesti boleh buat duit..." kata aku serius...

aku tgk je kawan aku kat depan. dia pun serius... bisnes juta2, mana boleh main2 ye tak...

"mmglaa, tapi masalah jugak nak cari buyer..." jawab kawan aku...

tangan dia sibuk duk main lighter cricket... nyala, terbakar rambut baru tauu... dahlaa rambut macam hapis...

"alaa, kau tolonglaa cari buyer, kau kan terrer bab2 macam ni..." aku buat muka sedih... mintak2 dia setuju nak cari...

"ok, tgk dulu mcamana... aku try laa... nihh, rm500, untung yang hari tuu" akhirnya kawan aku tu setuju sambil hulur duit... aku letak dulu kat tepi...

titittt... titittt...

berbunyi pulak telefon... tapi aku raba2 cari tak jumpa laa pulak...


....
...
..
.


aku bukak mata... jam dah pukul 1 ptg... waktu yang mmg akan kena simbah dnegan air kalau bangun waktu tu time kat kampung... agak tak senonoh bangun tido waktu tu... dan sejak dua menjak ni mmg gaya itu laa aku tak senonoh... sbbnya aku sangat2 malas skrg... segala menda nak buat aku tak semangat...

aku teringat duit yang kawan aku bagi tadi... rm500, banyak jugak tuu... takde... melilau cari, akhirnya teringat... ceh, mimpi rupanya...

mimpi sedap, patut laa tido tak sedar apa... kalau sungguh best jgk tuu. tiba2 dapat lima ratus... tapi dalam keadaan skrg nak dapat 100 pun payah... tu yang tak semangat je tuu... tu yang tido membawa ke tahap kronik tuu... mintak2 tak kekal la penyakit nii... haru, rugi time kalau bangun lambat2... banyak menda boleh buat pagi tuu... contohnya baring2 je...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Wednesday, April 13, 2011

jangan sokong membuta babi...

kalau nak tgk lawak2 bangang yang tak masuk dek akal, bolehlaa tgk senario dulu2... tambah lagi buleh tgk mimik muka azli yang ntah apa2 ntah tuu... sampai skrg pun dia gitu, tak padan dgn tua...


"aku suka la tgk senario skrg..." kata aku sikit masa dulu...

masa tuu aku tgh2 lepak minum dengan kawan2... pada sape2 yg belum tahu, senario adalah sejenis rancangan yang paling bangang pada peringkat permulaannya...

"cehhh, dulu ko kutuk..." kata kawan aku yg paling huduhh...

"tu dulu..." aku senyum...

"skrg kenape pulak..." kawan aku tak puas hati...

"aku rasa sejak apek dgn yasin masuk ni baru ada kick sikit..." kata aku sambil tendang2 meja...terpelanting kawan aku masuk longkang...


beberapa tahun lepas tu, aku menyampah balik kat rancangan ni... sbbnya apek dgn yasin bukan model yg baik bagi aku... main barang rupanya, patutla masa show high je... kalau sekali kena mungkin la kene penaya, tapi kalau dan banyak kali, pakcik balai pun dah malas nak ambik statement...


******************************


siti masa tahun 1997, masa ni harga dia cuma 36.90 je... bila dah femes, mahal la kan...


"apsal ko minat gila dgn siti..." aku tanya kawan aku yang lain pulak beberapa tahun lepas tu...

"entah, aku rasa macam dia jodoh aku..." aku ketawa terguling2 bila kawan aku tu buat2 muka cute...

dan selepas siti kawin, muka cutenya hilang entah ke mana... minat pun dah tak jadi minat... mengutuk2 adala... kata siti kena bomoh laa, tak sesuai laa, patut siti dpt yg lagi bagus laa... ntah pape lagi melalut meraban... dah jodoh dia, macamana cara dia dapat skali pun, kena hormatlaa...


******************************

gitu lahh... kadang2 aku suka satu menda tuu, tapi tak bermakna aku sokong membuta babi... kalau yang salah tetaplaa salah... walaupun dia side kita, kawan kita, kalau salah kena tegur... bukan main angguk kepala je, lepas tu sama2 dapat masalah...

jadi kat sini, aku ingin mengutuk sekeras2nya team chelsea... kalau main mcm gitu, jgnlaa berangan nak menang piala... passing terhegeh2 cam penagih, lari terkedek2 cam itik, defend terkial2 cam sial... lastnya main ntah pape, macam budak skolah rendah...

sokong, sokong jugak... tapi kalau main cam gampang takkan aku nak diam diri... letih kena kutuk tau takk...??


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Tuesday, April 12, 2011

aku masih baran...

panas baran adalah sejenis penyakit... penyakit ni akan berjangkit pada sape2 yang cari pasal dengan org yang panas baran... penyakit ini boleh berjangkit dalam bentuk bengkak2, luka2 atau hilang gigi pada org tersebut...

ok... aku rasa aku ni antara org yang panas baran... kdg2 panas tak tentu pasal... penah aku marah driver bas sbb berenti jauh dari tempat sepatutnya... kucing rumah aku pun penah kena tempeleng lemak sbb kuat mengiau... ayam umah aku pulak penah jadi lauk makan tengahari sbb banyak berkokok waktu pagi... nasib jadi lauk, kalau jadi bangkai kan rugi... hehh...

baran aku ni jadi kurang sikit bila aku keje kfc... tu pun hampir2 budak perempuan nak kena lempang dengan aku... ada ke ajar budak baru gi campak2 barang... aku takleh tgk menda2 gitu, mula la rasa nak jadi hero... ye laa, insan yang lemah diperkotak katik kan, kena laa tolong... bila dah hero tu, tak yah spender kat luar, dan2 tu jugak aku tengking... melawan pulak tuu... tu yang nyaris nak kena tuu... nasib ada sekelumit iman, tak jadi nak tampar... maki je...

bila dah jadi manager, baran aku makin terkawal... bos marah angguk... bos kepada bos marah angguk... customer marah lagi laa kena angguk... yang penting angguk, lepas tu kutuk belakang pun takpe... ada ke patut tulang ayam hitam nak ngadu, nak tukar lain... daging dah abih, tinggal tulang je... nak tukar abahhhh kauu... slalu jumpa taktik nii... ok satu ilmu, kalau ayam frozen, drumstick atau thigh msti hitam tulangnya... jangan tanya aku, tanya laa ayam sblm dia kena smbelih kenapa... time tu kalau aku baran pon dengan staff vietnam je... dah laa muka macam komunis, org cakap taknak dengar... buat terrer2 dia jee... macam laa dia tuan kfc... pape aku yang tanggung... tu yang asyik kena maki je tu... tapi dengan syarat aku maki dengan perkataan yang dorg tak faham... kalau dorg faham, silap2 aku yang kena maki balik...

skrg2 ni, bila dah tua2 ni, kononnya kurang laa barannya... konon laa... tapi aku rasa baran aku tu ada lagi... kadang2 nak marah saje... tambah2 pulak kalau terpressure dengan menda yang tak sepatutnya... jadi aku harap sape2 je yang nak presure aku kena hati2... kan tak pasal2 jadi menda yang tak diingini... err, skrg tgh pressure niiii...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

telur tiruan..

semenjak dua menjak ni duk heboh pasal cerita telur tiruan... telur palsu... ini telur ayam ye, bukan telur orang... katanya telur ni datang dari negara china... dan menurut sorg member yang pernah berkelana ke uk, dulu kat sana dah heboh pasal ni... aku jeles 2 menda je laa... pertama sbb dia tahu dulu pasal menda ni... kedua, sampai skrg aku tak penah sampai uk... cilakatoiii...

aku pun pelik sungguhlaa dengan org dari tanah cina ni... semua menda nak ditirunya... asal boleh je... skrg telur ayam, esok2 ntak telur org pon dia tiru... bukan tak bleh tiru, tapi pada2 laa... kan bahayakan org tuu... lagi satu yang aku peli camana dorg buleh buat... apa bahan2nya, apa mesinnya... kesian laa kat ayam lepas ni, dah takde keje... kalau takde keje jawabnya jadi makanan laa... ayam2 yang kat reban tu buleh laa start nak pucat lesi muka tu...

jadi pada semua, bergurau2 jugak, tapi hati2 kena lebih laa... aku tak tahu sangat ape mudaratnya telur ni, tapi dengar khabar bahaya nihh... elak2kanlaa, kalau terbagi makan anak bini, takut bahana pulak kemudian hari... tapi apa2 pun aku yakin, makan telur ni lebih elok dari makan rasuah...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA