Thursday, April 21, 2011

cikgu vs murid...


"ajarlaa, kalau dia degil pukul lah... jangan sampai patah riuk cukup lahh..."

itu ayat mak aku masa pertama kali anta aku mengaji... gurunya seorang perempuan dekat rumah... kalau dengar ngeri juga, boleh buat aku cabut balik... tapi begitu lah dahulu, anak diserahkan sepenuhnya kepada cikgu... buat lah apa saja... asal budak itu jadi pandai, boleh menjadi cerdik, maka perlakuan seperti memukul tetap halal...

berbeza dengan skrg, cikgu langsung tak dibenarkan buat apa2... pegang rotan pon tak boleh... aku tak pasti pulak ada tak peraturan yang budak sekolah pon tak bleh bawak rotan...

secara peribadi, aku sangat tidak bersetuju apabila pelajar berkonfrontasi dengan guru... pernah dulu di sekolah kg aku, murid2 tunggu cikgu kat luar sekolah sbb nak pukul cikgu tu... ntah apa kes, tapi walau apa pun kes aku masih percaya bahawa guru wajar dihormati... bukan kerana aku menyokong cikgu, tapi kerana cikgu itu adalah cikgu...

"saya tgk muka awak mcm bangsat laa..." serentak, tangan yang sebesar muka aku jatuh ke pipi aku...

ini kisah benar, kisah yang aku tak tahu mana silapnya, tiba2 aku kena tampar... mmg aku rasa cikgu tu selalu cari hal dengan aku, tapi aku ttp percaya cikgu wajar dihormati...

baik... skrg aku mahu memberi pendapat kenapa hubungan cikgu dan pelajar sangat teruk pada masa ini...

1)
ibubapa skrg merasakan mereka pandai, kerana itu setiap apa yang cikgu lakukan pada anak mereka hatta sekecil kuman pun akan menjadi salah... ini sangat berbeza dengan keadaan dulu... dulu, kebanyakan mak ayah tidak habis sekolah, maka mereka menyerahkan segalanya pada cikgu... bagi mereka, di kalangan mereka, cikgulah yang paling pandai, dan cikgu akan tahu apa yang mahu dilakukan utk mengajar anak mereka...

2)
ibubapa dahulu tidak mahu anak2 mereka menurut jejak mereka... tidak habis sekolah, bekerja kampung, kais pagi makan pagi adalah perkara yang menakutkan mereka... takut sekiranya hal ini diwarisi oleh anak2 mereka... kerana itu, walau apa pun yang jadi, anak mereka mesti bersekolah, tidak kira macam mana cara cikgu melayan mereka...sedang sekarang, mak bapa tidak kisah kalau anak2 menjadi seperti mereka, konon mereka itu org berjaya...

3)
murid2 skarang sgt mewah... carikan aku seorang murid sekolah menengah yang tiada henpon... payah nak jumpa aku rasa... dengan kemudahan2 ini, belajar bukan sesuatu yang sangat perlu bagi mereka... sekurang2nya itu yang mereka rasakan...

4)
cikgu juga ada salahnya... kebanyakan cikgu skrg menjadi cikgu kerana tiada kerja... kpli, dpli cthnya, adalah satu peluang bagi mereka yang tidak bekerja untuk menjadi cikgu... maka, kerana itu, tiadalah semangat keguruan dalam diri mereka,... maka tugas pun dijalankan sambil lewa, apa lagi banyak perlakuan murid yang tidak kena pada mereka... kemahiran menasihati tiada, kemahiran berhadapan dengan murid juga tiada, maka terjadilah perkara2 yang tak sepatutnya...

5)
banyak tekanan pada cikgu selain urusan di sekolah... kementerian juga salah satu sebab tekanan pada cikgu... ekonomi juga memberi kesan... bayangkan, kalau dulu menjadi cikgu adalah satu pekerjaan yang mewah... tidak lagi skrg, bebanan belanja, keluarga dan sebagainya menyebabkan amarah mereka mendatang dengan lebih mudah... iye betul, urusan peribadi tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan urusan kerja... cuba katakan itu pada diri kamu, dan cubalah kamu mengasingkannya, semoga kamu berjaya...


apa pun, aku sangat percaya bahawa cikgu wajar dihormati... kalau cikgu pun kamu tidak hormat, nescaya ilmu yang kamu dapat tiada berkatnya... dan kalau pun nanti kamu berjawatan besar, perlu juga kamu ingat bahawa kerja itu kamu dapat dari ilmu yang tidak berkat...



*** ramai yang bertanya kenapa aku tak ambil kpli... maklum lah, hubungan aku dan kerja selalu tak menjadi... jawapan aku cukup mudah... "aku takut aku jadi cikgu sbb takde kerja... nak jadi cikgu kena ikhlas... aku rasa aku blm ikhlas...:-)"


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

2 comments:

  1. mungkin sekarang banyak yang jadi cikgu kerana takde keja. bukan kerana nak mendidik.

    ReplyDelete
  2. itu laa maksud aku...
    jadi keikhlasan nak mengajar tu takde...
    bila takde, mengajar pun tak tentu hala laa...:-)

    ReplyDelete