Monday, April 18, 2011

kawan2 pinjam duit...

ptg tadi, masa balik rumah, aku dapat msg ni... lama dah dia ni senyap... selalu pun mmg dia senyap... dia akan msg aku time dia nak pinjam duit... dan selalunya kalau dia nak pinjam. mmg aku tak penah menghampakan...

selalunya time pinjam dia akan terus cakap bila dia nak bayar, mungkin supaya aku tak risau dan aku senang nak bagi pinjam... lagipun rate pinjam dia tak de la tinggi... mcm kali ni dia nak pinjam 50 je... selalu dia mintak 100... yang paling tinggi pun dia penah mintak 200 je... dan selalunya mmg dia akan bayar ikut masa yang dia cakap tu laa... cuma penah sekali dia buat gila, time dia kata nak bayar tu dia senyap... aku msg banyak kali pon senyap jugak... bila aku dah mcm putus asa, dia msg mintak no. akaun, hari tu jugak dia bayar... dia ada masalah duit sikit katanya, sbb tu lambat... aku kata ok, tapi aku sound supaya lain kali apa2hal pun jgn senyap terus, panik aku nanti... sbb tu jgk tiap kali nak pinjam aku tak berat nak bagi... sbb dia sentiasa bayar... lagipun aku tahu kalau dia mintak dengan aku tu, maknanya dia dah terdesak sangat laa tuu...

....
...
..
.


imbas kembali:
tahun 2005, aku nekad berenti keje kfc... walaupun aku suka keje tu, aku nekad sbb aku taknak kerja aku terus menerus dalam bidang f & b... lagi pula pada masa sama aku dapat keje kat tempat baru, MINT masa tu... maka berulang alik laa aku dari damansara ke bangi, jauhnya yang amat apatah lagi aku secara bengongnya menggunakan jalan jauh... jalan dekat tak tahu sbb aku mmg buta jalan2 kl ni... balik kayu ara aku tahu laa...

sambil2 keje, aku tanya jgk kwn2 kalau2 ada umah dekat bangi... kebetulan member yg keje dekat hitachi bangi kata ade... maka aku pun tgk rumah tu dan akhirnya setujulaa nak pindah ke situ... 3 bilik, dah ada 2 org kat dalam tu, maknanya sorang sebilik laa... maka menetapla aku kat situ, dengan salah seorang yang dah ada kat umah tu ialah khairil, kawan yang msg aku ptg tadi...

tapi nasib aku malang agaknya, keje sekejap dah kene benti... masalah teknikal... pelik kan, manusia tak penah bermasalah... teknikal aje yg kena pikul tanggunjawab... dan selepas kene berenti maka bermula la hidup perit aku di kl... dengan tak de pendapatan, aku macam org sasau... makan minum aku jadi sangat berkira, duit dalam poket tak penah banyak, dan lagi macam2 masalah timbul... sewa rumah, minyak moto, makan dan segala2nya jadi sangat susah... lama jugak keadaan macam tu, hinggalaa aku dapat keje kilang dekat2 situ... dan sepanjang tempoh aku perit tu, orang yang tolong aku tak lain tak bukan, si khairil inilah... sewa rumah dia tolong dulukan, roti dia pun dia bagi aku makan, kdg2 dia belikan aku nasik... dan kadangkala ketika aku betul2 takde duit, dia bagi pinjam... walau tak banyak, cukup juga utk aku menyambung nyawa...

....
...
..
.

aku bukan jenis org yang tak kenang budi... kerana itu, setiap kali dia nak pinjam aku akan bagi... dia dah banyak tolong aku, jadi setakat nak bagi pinjam duit, bukan masalah bagi aku... dia baik dengan aku, jadi dia berhak dapat layanan yang baik juga drpd aku...

tapi ptg tadi, masa dia mintak nak pinjam duit tu, aku jadi btl2 malu... nak susun ayat dalam msg pun jadi tak tentu arah... sshnya aku nak cakap yang aku tak dapat nak bagi pinjam kali ni... dan aku terfikir, bila tak dapat dari aku, agaknya pada sapelaa dia nak mintak tolong... aku tak dapat bagi sbb aku pun tengah kekeringan skrg ni... mungkin aku tengah sasau mcm dulu... nak makan pun berkira, apa lagi kalau nak isi minyak kereta... aku cakap kat dia dah nak masuk 6 bulan aku tak dapat gaji... aku tak tipu, itu cerita betul... berkali2 aku mintak maaf kat dia, aku cakap maybe lain kali boleh, dan aku harap dia faham...

dia orang baik... dia tak pernah berkira... jadi aku harap Tuhan akan hantar seseorang yang lain utk tolong dia... dari aku, aku cuma boleh mintak maaf saje drpd en. khairil...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment