Friday, March 30, 2012

20,000


Gua bukan tak reti nak bersyukur. Tapi gua bengang betul dengan bank ni. Gua mintak pinjam 50,000, apasal dapat 20,000 saja. Gua punya CCRIS bukan ada masalah pun. Projek gua kurang2 mau makan 40,000. Sekarang lu cakap dengan gua mana gua nak cekau lagi 40,000. Kalau gua ada sedara mara yang kaya tak pe laa. Kalau ada yang keje gomen pun ok, buleh mintak tolong buat pinjaman. Ini semua keje toreh getah. Hamlau punya bank...

Itu hari gua ada dengar orang dapat 250juta untuk projek bela lembu. Rilek2 je dapat juta2. Ada jugak gua dengar sorang mamat ni punya hutang 589juta lupus gitu2 je. Apa sangat laa yang gua mintak 50,000 tu. Tak luak pun...

Hamlau punya bank...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, March 26, 2012

buntang...

Gua merenung skrin komputer dengan mata membuntang. Kiri dan kanan gua hanya berteman sepi. Sesekali ada angin yang menghembus, mengirim rasa sejuk menyelimuti kulit yang nipis. Nun jauh diufuk barat, matahari kian rendah, menyerah diri pada mulut bumi dan dari langit sebelah timur, cahaya kegelapan semakin mendekat. Sebagai tanda, sekejap lagi malam bakal berlabuh, menghalau siang dan kepanasan mentari.

Dan gua, dengan buntang mata dan akal yang kian menumpul, masih tak tahu nak menulis apa...

Keh kehhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, March 21, 2012

kucing...

Sekarang setiap kali gua nak keluar rumah gua betul2 rasa nak marah. Ada satu benda yang sudah buat gua panas hati. Bumbung kereta gua sudah jadi tempat lepak sang kucing. Tiap2 hari gua keluar mesti ada je kucing yang duk melepak, bertenggek kat atas bumbung kereta. Kadang2 dua ekor lagi, apa dia ingat itu katil ke. Halau lari la dia, tapi esok jadi lagi. Yang buat gua panas, kalau nak lepak pun lepak je la. Ini siap dengan kencing lagi atas bumbung kereta gua. Kejadah apa gua nak kena cuci kencing kucing tiap2 hari. Banyak lagi kerja lain gua boleh buat. Siram pokok bunga contohnya...

Gua pening dah nak buat macam mana. Gua langsung takde idea camana tak nak bagi kucing melepak atas kereta gua. Cuma gua ingat gua nak bela anjing la atas bumbung kereta gua. Gua dengar2 cerita kucing takut pada anjing. Biar kena kekah macam gambar bawah ni, baru dia tau. Amacam...?


LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, March 19, 2012

projek...

Setelah gua membuat penelitian yang rapi, gua rasa gua sudah faham bagaimana sesuatu projek dijalankan di dalam negara Malaysia ni. Tak kira la projek bangunan tinggi ke, projek jalanraya ke, projek buat empangan ke, susun cara dan tata kerja untuk projek2 ini adalah lebih kurang sama. Gua bagi contoh projek membesarkan jalanraya dari bandar Baru Pahat ke Parit Raja:


Projek 1
Nama Projek: Buat Jalanraya
Tarikh: 20/03/2004
Kawasan: Batu Pahat - Parit Raja
Kos: RM 50 Juta untuk kerja-kerja:
-Sodok jalan lama, merata dan melebarkan jalan termasuk buat garisan.


Projek 2
Nama Projek: Buat Divider
Tarikh: 12/07/2008
Kawasan: Batu Pahat - Parit Raja
Kos: RM 100 Juta untuk kerja-kerja:
-Sodok balik tengah jalan
-Tar tepi jalan bagi lebar untuk divider tengah dan tepi
-Buat divider.


Projek 3
Nama Projek: Ganti Paip
Tarikh: 15/05/2011
Kawasan: Batu Pahat - Parit Raja
Kos: RM 200 Juta untuk kerja-kerja:
-Buang divider tepi jalan.
-Sodok jalan untuk tanam paip baru.
-Tanam/ganti paip
-Tar jalan baru lepas tanam paip


*Kan ke senang kalau tanam paip dulu. Tak pun buat jalan terus dengan divider ke. Makan sekali cukup laaa. Ni nak makan berkali2, kaya sangat nanti brader...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Tuesday, March 13, 2012

tamat...


Gua dengan ini mengumumkan bahawa gua telah menamatkan khidmat maxis broadband dalam hidup gua. Selepas dari ini, gua tidak lagi akan terseksa dengan servis yang macam jahanam serta bayaran bil yang macam celaka. Semoga tido gua lebih tenang selepas ini. Selamat tinggal berukk...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

selamat...


Gua tak tahu sangat cerita pasal Nadirah ni. Gua cuma dengar gitu2 je. Tengok dalam berita pun gitu2 saja. Maklum la, berita bukanlah salah satu rancangan kegemaran gua. Jadi tak la gua tahu sangat. Kalau ada terbaca pun dekat fb je. Dah lama menghilang, dah lama dicari oleh macam2 pihak. Dan akhirnya bertemulah kita dengan beliau, dalam keadaan beliau telah rentung dalam ladang kelapa sawit. Hilang nyawa ditangan entah siapa, mungkin kerana silap kita yang lambat mencari. Maka, matilah seorang kanak2 atas muka bumi Malaysia yang telah banyak menyaksikan cerita serupa...

Gua cuma nak maklumkan bahawa baru2 ni ada satu kajian telah dibuat yang mana Malaysia ialah negara yang ke-19 paling selamat dalam dunia. Juga negara yang paling selamat dalam seantero Asia Tenggara. Sambil2 gua kata butoh dan disertai oleh caci maki, gua terfikir macamanalah agaknya keadaan negara yang ke-47 paling selamat dalam dunia...

Al-Fatihah buat arwah, semoga dia tenang di sana...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, March 12, 2012

ufo...


Sembang banyak pun tak guna laa. Lu orang percaya tak UFO ni ada. Lu percaya ke tak percaya ke, ni gua dah tangkap sebijik dia punya kapal. Macamana ntah dia boleh menampakkan diri kat situ. Gua syak mereka tumpang wifi kat kedai mamak tu. Gua paham juga, kalau dah terbang lama2 dari kampung halaman, rindu juga nak main pesbuk dengan anak bini kat rumah.

Apa pun gua harap brader makhluk asing ni selamat pergi dan selamat kembali. Pergi dengan harapan, kembali dengan kejayaan. Semoga berjaya melaksanakan misi dengan jaya. Kalau tak berjaya silap2 kena pancung dengan perdana menteri makhluk asing kat planet sana...:-)
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, March 7, 2012

UTHM...


Masa gua sarapan pagi tadi, gua tengok ramai betul budak2 UTHM ni makan. Sarapan ramai2, lepas tu cerita2, ketawa kuat2. Nampak ceria betul muka masing2...

Gua teringin nak tanya 1 soalan je. Duit loan PTPTPN korang dah masuk ke... Kehhh...

LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Tuesday, March 6, 2012

terima kasih...




Zaman gua sekolah, gua bukan lah jenis yang pandai sangat. 10 butir cikgu ajar, kadang2 1-2 butir je yang gua dapat tangkap. Sebab gua duk asrama, jadi lompat pagar tu jadi perkara biasa. Tapi sumpah, gua tak pernah lompat pagar sebab beli rokok. Gua lompat sebab bak beki keropok dengan pisang goreng je. Itu pun sebab bak memenuhi keperluan kawan2...

Tapi macamana pun gua dekat sekolah, gua tetap respek sama cikgu. Bukan sekali dua gua kena lempang tanpa sebab, tapi gua tak pernah nak melawan. Tak pernah gua calar kereta cikgu, tak pernah gua simbah cat merah kat pintu bilik warden, tak pernah gua baling batu kat tingkap bilik warden, apatah lagi kat kepala cikgu. Gua rasa, sampai sekarang respek gua pada cikgu cukup tinggi, apatah lagi sekarang ramai kawan2 yang dah jadi cikgu. Err, sebab takde kerja kot, tu yang mereka ambik KPLI...

Sebab tu gua kadang2 cukup bengang kalau dengar ada murid pukul cikgu, ada mak bapak serang cikgu kat sekolah. Bagi gua, kalau sekali lu derhaka kat cikgu, ilmu tak berkat. Lu mungkin boleh jadi kaya dengan ilmu tu, tapi lu bayang la kalau lu bawak ilmu yang tak berkat. Dapat ke redha tu...

Jadi, walau mengajar hanya dengan sebutir huruf, atau hanya dengan secebis pengalaman, gua ucapkan terima kasih pada guru2 gua. Samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, March 5, 2012

manager...

Pukul 12 tghmalam tadi gua sudah dapat 1 call. Gua sebenarnya tak gemar sangat dapat call tengah2 malam macam gitu. Tak manis kalau orang tua tahu. Tapi bila orang tu cakap call dari England, mata gua terus bulat. Gua tiba2 rasa berdebar2 sampai mencucuk jantung...


Tepat macam yang gua jangka, manager gua kena pecat lagi. Gua dah agak dah hal ni, lagi la semalam kalah dengan team ayam. Bayangkanlah, kalah dengan team ayam, kita nak panggil apa team ni. Takkan nak panggil team dedak. Tobat tak sedap bunyinya...



Ini haa manager yang baru kena pecat tu. Andre Villa-Boas nama dia, atau kalau orang surat khabar malas nak tulis panjang2, dorang letak AVB je. Muda lagi dia ni, baru 34 tahun. Panjang lagi masa depan. Tapi dalam gambar dia, gua tengok dia senyum pun gua pilu. Bayangkan baru handle 38 games dah kena pecat. Kalau gua sendiri pun gua pilu, tapi result takde nak buat camana kan. Lu bukan handle team dedak ni. Ini team singa lidah terjelir, lapar punya singa. Tak caya tengok logo kat atas tu.


Sejarahnya dalam masa 8 tahun ni dah banyak sangat dah manager team gua ni bertukar. Kerusi panas, mana tahan nak duduk lama2. Terbakar bontot mana nak cari spare part. Yang paling lama dalam masa 8 tahun ialah Jose Maurinho. Dia ni memang star la, special one orang panggil dia. Lepas dia semua hancur, semua bungkus. Mula dari avram grant sebagai caretaker, lepas tu lantik Luiz Felipe Scolari. Yang ni jurulatih Brazil masa jadi juara piala dunia tahun 2002, pun bungkus. Lepas dia kena buang lepas 36 game, bagi kat Roy Wilkins untuk 1 game sebagai caretaker sebelum Guus Hiddink datang sampai abis musim 2008/2009. Masuk musim baru, Carlo Ancelotti pulak jadi manager. Ni pun star jugak, dan betapa starnya dia tu sampai dia pun kena buang jugak macam orang lain. Perform la, tapi dah bos tak kenal erti puas, tu yang kena buang. Lepas dia ni kena buang la si AVB ni masuk. Sian, tak habis semusim dah kena kuis jugak. Semua manager star kena pecat, rosak resume bila masuk latih team ni...



Sekarang ni dia ni pulak yang jadi caretaker, sebelum ni penolong kepada AVB. Gua tengok dia punya ketawa tu pun gua dah tahu macam tak lama. Tapi paling tidak sampai abis musim la kot. Masuk manager baru mesti dia nak penolong baru kan, yang serasi dengan dia. Roberto di Matteo ni dulu bekas player jugak. Masa Ruud Gullit jadi manager dulu2 dia ni pemain hebat la. Pernah jugak latih West Brom, team ayam yang kalahkan Chelsea ni semalam. Dengan team ayam pun kena pecat, gua tak tau la dengan team dedak ni macaman nanti. Apa2 pun gua harap team ni mampu bertahan, dan kalau boleh biar la dapat 4 tempat teratas supaya boleh main dalam Champions League...


Kadang2 gua fikir jugak. Manager2 hebat datang dan pergi. Manager2 hebat semua tak jadi latih team ni. Semua surrender, semua pening kepala, semua kena pecat. Mungkin masalahnya bukan manager kot, tapi pemain. Mungkin jugak pemilik yang bermasalah. Apa pun masalahnya, jangan la asyik kalah je. Malu gua sebagai penyokong. Pangkehhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Sunday, March 4, 2012

pandai...

Bila orang sedih, kita pandai nasihatkan orang. Jangan ikut perasaan, konon itu semua ujian. Kena kuatkan diri...

Bila orang dapat banyak duit banyak, kita pandai nak nasihatkan orang. Jangan boros, kena beringat masa takde duit nanti. Beli barang yang perlu, jangan belanja banyak2...

Bila orang ada masalah, kita pandai nasihat itu ini. Konon kita dah jadi macam pakar kaunseling. Tak putus kita bagi nasihat. Semua menda kita bagi cadangan...

Bila orang marah, kita pandai suruh dia sabar. Suruh dia mengucap banyak2, ingat Tuhan. Bila panas dia tak ilang, kita pandai ajak dia berbual, sampai dia sejuk...

Tapi gua nak tanya, kalau tu semua jadi kat lu, boleh ke lu buat apa yang lu nasihat tuuu...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Friday, March 2, 2012

teringat...


Kadang2 gua teringat dengan kerja gua dulu2. Kadang2 jiwa lembut gua merindu dengan kerja yang satu ni. Malu betul gua nak mengaku ada jiwa lembut ni. Haha. Lama gua bergelumang dengan kerja ni. Dah jadi macam ada keserasian. Sibuk, penat, tak ada masa nak duduk kadang2. Bila gua tukar kerja, kerja yang duduk kat meja dan mengadap fail, gua dah tak reti nak buat. Duduk 10 minit gua dah tengok jam, sambil harap jam dah pukul 5. Kuat betul pengaruh kerja ni...

Kerja... Penat, letih, bengang tu biasa laa. Yang penting, masa gua kerja kat sini gua rasa cukup seronok. Tambah lagi, setiap usaha yang gua curahkan kat sini dihargai sepanjang masa, walau sekecil mana pun usaha itu. Dan ada juga yang kata ini syarikat yahudi.

Itu kata orang. Kata gua, kalau syarikat yahudi pun pandai nak hargai orang, takkan la syarikat yang tak yahudi tak reti kan. Kehhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

gua setuju...


Tanpa segan silu dan tanpa malu2, gua terpaksa bersetuju dengan brader serba kuning ni. Sesungguhnya dia benar, dan tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka...


I rest my case... Kah kahhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA