Tuesday, March 6, 2012

terima kasih...




Zaman gua sekolah, gua bukan lah jenis yang pandai sangat. 10 butir cikgu ajar, kadang2 1-2 butir je yang gua dapat tangkap. Sebab gua duk asrama, jadi lompat pagar tu jadi perkara biasa. Tapi sumpah, gua tak pernah lompat pagar sebab beli rokok. Gua lompat sebab bak beki keropok dengan pisang goreng je. Itu pun sebab bak memenuhi keperluan kawan2...

Tapi macamana pun gua dekat sekolah, gua tetap respek sama cikgu. Bukan sekali dua gua kena lempang tanpa sebab, tapi gua tak pernah nak melawan. Tak pernah gua calar kereta cikgu, tak pernah gua simbah cat merah kat pintu bilik warden, tak pernah gua baling batu kat tingkap bilik warden, apatah lagi kat kepala cikgu. Gua rasa, sampai sekarang respek gua pada cikgu cukup tinggi, apatah lagi sekarang ramai kawan2 yang dah jadi cikgu. Err, sebab takde kerja kot, tu yang mereka ambik KPLI...

Sebab tu gua kadang2 cukup bengang kalau dengar ada murid pukul cikgu, ada mak bapak serang cikgu kat sekolah. Bagi gua, kalau sekali lu derhaka kat cikgu, ilmu tak berkat. Lu mungkin boleh jadi kaya dengan ilmu tu, tapi lu bayang la kalau lu bawak ilmu yang tak berkat. Dapat ke redha tu...

Jadi, walau mengajar hanya dengan sebutir huruf, atau hanya dengan secebis pengalaman, gua ucapkan terima kasih pada guru2 gua. Samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

8 comments:

  1. Bagus la lu.
    Ingatan pada guru bkn di Hari Guru sahaja.

    Gua pun sama, takde sesekali nk melawan cikgu.
    Kat asrama, cikgu tu la dh jd mak bapak kita.

    Respect!

    ReplyDelete
  2. ehh, skrg bukan hari guru ke...
    cilakak, gua ingat gua tulis ni pada hari guru...
    keh kehhhh...

    ReplyDelete
  3. Mei la...
    Mei.

    16 May to be exact.
    Kalu 13 Mei, itu hari cari pasal.

    Lu mmg nk cari pasal ek?
    Keh!

    ReplyDelete
  4. Mac dengan May tak sama ke...
    Gua ingat sama...
    Sudah tukar kaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. May dgn Mei pun gua tatau sama ke tidak.
      Maybe yes, maybe not.

      Mei Hua...

      Delete
  5. Meingongggg...
    itu pun lu tak tau...
    haha...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. may ke mac...
      kat atas tu lu kata skrg ni baru mac...
      lu jgn macam2...

      Delete