Thursday, September 30, 2010

pemain import...

ada ura2 pemain import akan dibenarkan semula beraksi dalam liga malaysia... itu berita yang aku tengok masa balik rumah petang tadi...

kalau sebut pasal bolasepak malaysia, banyak menda yang nak dikata sebenarnya... dan kadang2 rasa macam malas dah nak ambik tahu... tapi kerana bolasepak dah jadi macam darah daging dalam diri aku, mahu atau tidak aku terambik tahu juga...

kisah pasal pemain import ni bagi aku adalah wayang lama.. sejak kita mengisytiharkan liga kita sebagai pro, sudah beberapa kali kita larang dan kemudian benarkan semula pemain import beraksi... dulu, pernah di beritahu secara terus terang bahawa banyak pasukan negeri yang menghadapi masalah kewangan kalau ada pemain import... maka pemain import tidak dibenarkan lagi... kemudian kita benarkan semula sebelum kita haramkan semula 2 tahun lepas... alasan kali ini, untuk memberi peluang beraksi untuk pemain muda... alasan bodoh... dan kini, fam tanpa diketahui apa alasannya berura2 membenarkan semula pemain import...

apa yang aku dapat lihat dengan jelas, pendirian lalang sebenarnya lebih tetap berbanding dengan fam... beginilaa jadinya kalau orang yang kononnya berkemampuan untuk pimpin persatuan, tidak mampu mencambahkan idea untuk kemajuan bolasepak... perihal pemain import pun tidak tetap pendirian, apatah lagi untuk menstrukturkan perancangan pembangunan bolasepak negara...

kepada tuan2 yang kononnya berkemampuan, kurangkanlah politik dalam fam tu... kalau ada idea yang bernas dari mana2 pihak sekali pun, timbangkanlahh, bincangkanlahh, dan kalau boleh digunapakai, buatlah perancangan mengenainya... jangan kerana idea itu datang dari orang yang tidak kamu suka, maka kamu terus mencampak idea tersebut walaupun ianya amat bagus untuk kemajuan bolasepak kita...

p/s: al fatihah buat arwah datuk basri akil, yang bagi aku punya idea sangat baik untuk kemajuan bolasepak malaysia... tapi kerana dia tidak disukai oleh pimpinan fam, maka segala ideanya dipandang sepi... malah dia digantung oleh fam hanya kerana menyuarakan pendapat terhadap fam... al-fatihah...

No comments:

Post a Comment