Thursday, December 30, 2010

tahniah malaysia...

sudah agak lama sejak kali terakhir aku menulis... tersangatlah sibuj sebenarnya, dan aku tak ada masa yang tenang untuk menulis... kali ini aku mengambil kesempatan untuk menulis sebagai penghargaan kepada team bola malaysia yang baru saja memenangi piala aff semalam...

mintak maaf, mereka takkan dapat sebarang pujian dari aku, hanya ucapan tahniah... bukan kerana apa yang mereka lakukan tidak bagus, tapi hanya kerana kepercayaan aku kepada bolasepak malaysia sudah agak memudar... seringkali mereka bagus pada satu2 pertandingan, kemudian pada pertandingan yang lainnya mereka agak layu... jadi aku hanya akan hulurkan ucapan tahniah dan bukan pujian, kerana aku tidak mempunyai apa2 kepentingan dalam hal ini...

aku pasti ramai yang bergembira dengan kejayaan ini... aku juga begitu... dan sudah tentu ramai pula yang ingin menumpang atas kejayaan ini sebagaimana lazimnya yang berlaku... selepas ini aku pasti ramailah yang akan bercakap mengenai bolasepak, yang seakan penuh pengetahuan tentang bolasepak... sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah untuk menjual diri, dan membuatkan diri terkenal dengan ayat2 manis memuji... kenapa aku katakan begitu, kerana ia sering berlaku dalam sukan di malaysia...

sekali lagi tahniah untuk pemain malaysia... mereka mungkin pemain terbaik yang kita ada buat masa ini... tapi 4-5 tahun akan datang, adakah mereka masih yang terbaik... apa perancangan kita kepada pelapis muda untuk menggalas cabaran di peringkat antarabangsa... pembangunan pemain muda dari peringkat junior sangat perlu... maksudnya pembangunan secara menyeluruh, bukan hanya menghantar 1 team berlatih di luar negara... untuk kekal bersaing dan terus memajukan bolasepak negara, kita bukan hanya perlu ada 1 team, tapi pembangunan menyeluruh untuk melahirkan pasukan yang benar2 berjiwa malaysia...

jelas sekali tulisan ini mungkin tidak akan dibaca dan didengari oleh sesiapa... tapi ini sekadar pandangan aku yang aku rasakan perlu dilakukan... jangan kita hanya berharap pada team yang ada ini tanpa memikirkan perancangan masa depan... jangan jadi seperti badminton, menggantung harap semua pertandingan pada lee chong wei, memerah keringatnya selagi boleh sedang ramai pemain pelapis berbakat yang boleh mereka hantar untuk pertandingan antarabangsa... apa jadi sekiranya lee chong wei sudah melepasi tahap terbaik... siapa yang akan kita harapkan...

sekali lagi tahniah kepada semua yang terlibat... semoga mereka bertambah maju dan dapat mengembalikan keyakinan aku pada bolasepak malaysia...

No comments:

Post a Comment