aku bukan jenis org suka jawab telepon...
walaupon ada 2 hanset, bergayut kat hanset bukanlaa salah satu kemahiran aku...
bagi aku, hanset tu bertujuan supaya org senang cari aku...
dan aku pun tak perlu buku telepon besar untuk simpan no org lain...
dah aku kata, aku bukan jenis gayut punya org...
apatah lagi kalau unwanted person yang call, then ajak gayut...
siapa...???
selalunya org bank laa...
org insurans pun ada...
dan sebagainya lahh sedangkan semuanya tak berkait langsung dengan hidup aku...
petang tadi ada lagi org bank telefon aku...
dari cimb pulak...
apa yang dia nak aku tak tahu...
yang aku jelas dengar nak bagitau pasal produk dia...
dan aku sungguh2 tak minat kalau tiba bab2 macam ni...
mmglaa, tu tugas dorang...
nak perkenalkan produk, bila boleh jual dapatlaa untung...
malah ada pekerja yang banyak bergantung komisen pada hasil jualan produk mereka...
yang lagi tak tahan, ada yang macam memaksa2 kita dengar dia membebel...
sudah dikata kita tgh kerja, lagi nak ambik masa kita sikit...
masa untuk diri sndiri pon tak cukup, nak bagi dia pulak masa kita...
jotoss betul...
itu yang aku tak gemar dan sangat2 tak suka...
sebab...???
tak payah laa ganggu gugat hidup aku dengan panggilan telefon...
aku pelanggan bank korang...
makanya aku tau apa yang korang tawarkan...
dan kalau aku rasa aku nak, aku yang akan pegi pada korang...
macam bank jugak...
ada macam2 jenis bank...
apsal aku pilih bank korang...
sebab aku nak yang tu...
kalau ada produk yang aku tak tau tu...
mmg aku taknak ambik tau la tu maknanya...
dahlaa simpan duit kat bank dia kena cas perkhidmatan...
kalau kat atm pulak 5 kali je keluarkan free...
lepas pada tu setiap kali keluarkan mesti ada cas 0.50 sen...
yang ni pon aku rasa ramai yang tak sedar...
ada jugak kadang2 panggilan dari mana ntah nak perkenalkan produk...
jual insurans la...
direct selling laa...
mana dorang dapat no telefon...???
yang ni aku dah sedia maklum...
sedar atau tidak, masa kita isi apa2 borang sekalipun...
ada declaration kat bawah tu bahawa...
segala maklumat yang kita bagi boleh mereka gunakan dan mereka beri pada org lain sekiranya dirasakan perlu...
hampehhh...
tapi nak buat macamana...
kalau nak bukak akaun kat bank...
mmgla kena isi borang...
so, rela atau paksa kita tetap kena isi borang tu...
dan lepas tu bersedia je laa terima panggilan ntah dari sape2 yang tak berkenaan dengan hidup kita...
Tuesday, July 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
naseb baek xdak lg yg call cheq kata lagu cm tu.
ReplyDeletetp btul ka lpeh kluark kn duit 5 kali kene chaz 0.50 sen?
acc cheq sama ja.
da byk kali cheq kluark kn duit.
hangpa ni btui ka dak?
cheq cnfuse lar.