duduk kat tmpat kerja ni...
kdg2 ramai org datang mintak tolong...
mungkin dia rasa kita boleh tolong buat kerja dia...
atau dia rasa kita org yang paling layak utk tolong dia...
dan mmg dalam dunia ni kita akan jumpa macam2 jenis org...
pernah sekali ada org datang mintak aku download something...
alasan dia sbb kat rumah downloadnya lambat...
terus terang aku kata aku tak boleh nak tolong...
1, sebab aku pun tak berapa reti download mendownload ni...
2, aku sorang dan aku mmg ada keje masa tu...
apatah lagi dia datang hari ahad...
jadi aku cakapla aku tak boleh tolong...
lagipon setahu aku download kat mana2 pin akan lembab...
sbb tmnet yang hadkan menda tu...
yang jadi masalahnya bila aku tak boleh nak tolong dia tarik muka pulak...
buat muka dengan aku pulak...
lps tu guna ayat2 yang buat hati aku terbakar...
soalnya skrg kalau kita mintak tolong org...
and orang tu tak boleh nak tolong...
boleh ke kita nak marah2...
bukan ke kita yang nak mintak tolong...
kalau org tak boleh nak tolong nak buat macamana...
tak kira laa apa alasan sekali pun yang dia ada...
perkara yang pnting ialah kita mintak dan dia tak boleh nak bagi...
khalasss...
end of story...
cariklaa orang lain untuk tolong ataupun cuba2 buat sndiri...
dah aku kata tadi kat dunia ni ada macam2 orang...
walaupun tak semua, dah ramai jugak jenis orang yang aku jumpa atas muka bumi ni...
samala jugak halnya dengan org yang mintak tolong kita...
macam2 pesen...
tapi yang paling ramai, bila nak mintak tolong kita bercakap dengan penuh lembut...
segala macam insentif dan jugak ayat yang lunak2 digunakan...
malah kalau sebelum tu jumpa kita pon dia sekadar jeling, tak pernah bertegur...
maka tanpa diminta kita akan dengar suara dari dia...
mungkin suara yang paling merdu yang dia boleh keluarkan...
dan yang paling berkesan apabila mereka menggunakan kelemahan kita untuk mintak tolong kita...
kemudian apabila dia merasakan pertolongan kita tidak lagi perlu...
apabila mereka sudah stabil dan mampu melakukan segala2nya sendiri...
segala bantuan kita tidak lagi akan dipandang...
malah jika boleh mungkin mereka mahu singkirkan kita tanpa kita sedar...
dan apabila ini terjadi, maka kembalilah mereka kepada sifat asal...
mereka takkan menegur kita, takkan bercakap dengan kita, jauh sekali berterima kasih...
kerana mereka adalah mereka...
dan mereka adalah org2 yang hanya tahu mementingkan diri sendiri tanpa sedar dan ingat betapa banyak pertolongan yang telah diberikan pada mereka...
dan seandainya kebaikan yang aku buat itu ada nilainya, semoga aku berada dalam rahmat Tuhan...
dan kepada yang berperangai demikian, semoga juga mendapat rahmat Tuhan...
dan mungkin dengan rahmat Tuhan mereka boleh mengubah perangai yang memualkan itu dan menjadi insan yang lebih baik...
Tuesday, July 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment