Sunday, July 25, 2010

realiti dan fantasi...

memang lah dalam hidup ni kita hanya mampu merancang...
segala2nya telah ditentukan olehNya...
dan kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada...
tetapi jangan sekali2 rasa syukur itu menghalang kita daripada berusaha dengan lebih gigih...

aku selalu bayang aku mampu buat banyak menda...
tapi dalam tak sedar, kdg2 menda yang kita rasa senang...
sangat ssh kita nak buat...
kadang2 kita tahu menda tu yang harus kita buat...
tapi kita tak tahu macamana nak mula...
malah kadang2 kita hilang punca sebelum kita jumpa punca tu sendiri...

kadang2 kita rasa kita dah berusaha dengan sangat kuat...
tapi kita perolehi hasil yang tak seberapa...
malah hasilnya kadang2 melemahkan semangat...
selalu jugak aku rasa aku buat menda yang betul...
tapi ramai yang tak setuju, ramai yang tak suka dengan apa yang aku buat...
sudahnya apa yang aku buat akan jadi sia2...
malah ada yang terbengkalai...
dan kalau ada pun perancangan untuk buat yang lebih baik...
aku akan matikan saja perancangan tersebut...
sebab betul pada kita...
baik pada kita...
tak semestinya betul pada orang...
belum tentu baik pada org lain...

ramai yang kata jangan peduli dengan apa yang org kata...
buat saja asal kita tahu apa yang kita buat tu betul...
memang mudah kalau sekadar bercakap...
tapi kita hidup di kelilingi orang...
kita hidup berhubung dengan orang...
mahu atau tidak, kita kena dengar apa yang org kata...
rela atau paksa, kita kadang2 kena telan apa yang orang kata...

tapi...
adalah lebih baik kita berbuat sesuatu daripada kita tak berbuat apa2...
betul atau salah belakang cerita...
kerana setiap usaha itu akan menambah kekuatan kita...
samada hasilnya baik atau buruk...

berbalik kepada yang mula2 tadi...
sekuat mana pun usaha kita...
yang menentukan baik atau buruknya hanyalah Dia...
kita hanya merancang...
dan sebolehnya kita laksanakan apa yang kita rancang...
manakala orang2 keliling yang bercakap mengenai kita...
mereka hanyalah langau2 yang sering mengganggu gugat tumpuan kita...

No comments:

Post a Comment