Monday, January 31, 2011

warak...


apabila bercakap mengenai perihal agama, aku kadang kala jadi takut...
bukan kerana badan terasa panas, tapi kerana pengetahuan aku yang kurang...
paling aku takut kalau2 aku tersalah bagi fakta...
dan fakta tersebut pulak digunapakai oleh orang lain...
dan sememangnya jujur aku akui, aku cetek ilmu agama...
cuma sekali sekala aku rasa terpanggil untuk menyentuh soal ini...
apatah lagi kalau ada sesuatu yang aku nampak dan melibatkan masyarakat kita...

umum tahu, Islam adalah dianggap sebagai agama yang ekstremis....
sebut saja pengganas, maka semua akan menuding jari kepada org Islam...
walhal banyak lagi penganut2 agama lain yang juga berperangai ganas...
kenapa ia jadi begitu, banyaklah penyebabnya...
dan aku tak mahu sentuh soal itu...

memetik satu kata2 dari filem my name is khan...
"baik atau jahatnya seseorang itu bukanlah terletak pada agamanya...
sebaliknya ia terletak pada individu itu sendiri..."

lebih kurang begitulah kata2nya...
dan aku bersetuju dengannya...
agama hanya melatih dan menuntut seseorang untuk mengikut segala ajarannya...
dan tiada satu agama pun dalam dunia ini yang mengajar penganutnya kepada kejahatan...
kalau ada seseorang yang berbuat kejahatan, maka itu bukan salah agamanya...
ia mungkin kerana penganutnya itu sudah pun terpesong dari ajaran yang dianutinya...
tetapi aku perlu tegaskan, pada pendapat aku, mempertahankan agama sendiri bukanlah satu bentuk keganasan...
samalah halnya seseorang yang membunuh kerana mempertahankan diri...

satu hal yang aku sangat tidak bersetuju dengan org Islam, kita sendiri sebenarnya yang memperlekehkan agama kita...
tak perlu melihat jauh, tak perlu menyalahkan org lain...
lihat saja pada rancangan di tv kita...
drama2 dan filem2...
betapa banyak org2 Islam yang warak digambarkan sebagai org jahat...
pendek kata mereka digambarkan sebagai syaitan bertopeng manusia...
berapa banyak dalam drama tempatan kita org yang memakai serban, kerap ke surau, menjadi org kepercayaan di kampung: mereka diberi watak sebagai org yang busuk hati, penuh iri, melakukan perkara keji dalam diam, berdendam dan sebagainya...
tidak cukup dengan itu, mereka digambarkan pula sebagai seorang yang tidak amanah, malah mengganggu gugat rumahtangga org lain serta sanggup berbuat apa saja walaupun salah demi untuk mendapatkan apa yang dia mahu...

kenapa drama2 kita banyak yang sebegitu, aku tidak tahu...
harapnya bukanlah atas sebab politik...
tetapi walau apapun penyebabnya, ia tidak harus dibiarkan sebegitu...
bimbang nanti kalau2 ia menjadi makanan minda yang berterusan, akhirnya ia akan menjadi seolah satu pegangan kepada kita...
kalau baik, gambarkan saja sebagai baik...
kita tahu, ada org yang berlagak baik demi memenangi hati org lain...
tapi usahlah watak2 sebegitu diberi kepada org yang berperwatakan warak...
cipta saja satu watak yang sesuai dengannya...
baik, disenangi org dan dipercayai sudah memadai untuk membawa watak ini...
tidak perlu mewarakkan seseorang untuk memegang watak jahat...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Sunday, January 30, 2011

kenduri...

musim cuti dah pun bermula...
mengiringi musim hujan yang dah lama menjelang...
dan bila tiba masa cuti, maka banyakla kenduri kawin yang diadakan...

dan sebetulnya aku baru saja balik dari berkenduri...
ok, secara jujurnya aku langsung tak kenal tuan punya kenduri...
tapi sebab dia dah jemput, pakai kad, pakai mulut lagi...
maka aku rasa sangatlah sombong kalau aku tak pegi...
apatah lagi org yang buat kenduri tu org depan rumah...
khemah dia pon termasuk ke bahagian depan rumah aku...
jadi walaupun berat hati, aku pergilah jugak...
sekurang2nya dapat makan kan...
bukan lah berat hati pasal apa...
aku dah laa tak berapa kenal tuan rumah...
org2 kat situ pon aku tak kenal...
maka aku takutlah jadi macam rusa masuk kampung...
tak kenal sape2...
termalu sendiri nanti...

mujur jugak bagi aku, hujan dari ptg semalam tak berenti2...
maka time aku pergi tu tak lah ramai sangat org...
lagipun aku pergi awal...
makan lebih kurang, minum segelas, salam kaut, dah tu balik...
selamat...
at least aku dah pegi...
jadi aku tak laa sombong sangat...
sbb sebelum2 ni aku takde tegur2 org kat sekeliling tu...
bukan apa, aku segan...
dah laa semuanya dah berkeluarga...
takde cerita sangat yang aku boleh jadikan bahan cakap...

tapi lepak2 masa makan, ramai laa pulok org cakap terengganu...
rupa2nya tuan rumah org terengganu...
wat kenduri adik dia kat sini...
sebabnya taknak pihak perempuan dari yong peng ssh2 gi terengganu...
bagus jugak tu kan...
jimat pon jimat...
yang penting semua keluarga ada...
tu yang semua duk cakap terengganu tuu...

makan kenduri masa hujan2 gini...
keliling pulak org cakap terengganu...
fuhhh, aku rasa aku dah kat terengganu dahh...
dah teringat kat kampung dah nii...

tiba2 aku rasa nak balik kampung...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Thursday, January 27, 2011

alahai tmnet...

makin haru laa pulak tmnet...
dan hampir 4 bulan dah, servis tak mcm yang sepatutnya...
aku tak tahu apa yang dorg buat...
maybe tgh upgrade...
maybe ada tmpat yang problem...
atau mungkin jgk dorg mmg bodo...
tapi 4 bulan adalah tempoh masa yang sangat lama...
internet putus tiba2...
bayar 2 line, tapi 1 line je yang boleh pakai...
telefon pulak banyak tak boleh guna dari boleh...
nada dering pon takde lgsg...
dan mcm aku cabut wayar pulak, tapi tak...
ntah dah berapa banyak org call tapi aku tak angkat...
sbb telepon tak berdering pon...
telefon tak berdering sbb korang bodo...
tolonglaa jangan yahudi sangat...
bayar tak pernah miss...
dah langgan 7-8 tahun...
takkan macam ni cara layanannya...
kecuali laa kalau korang mmg bodo bangang punya syarikat...





TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Thursday, January 20, 2011

milo tarik roti telur...

sikit saja nak cerita...
roti telur + milo tarik...
makan kat mamak...
sebenarnya dah banyak kali sangat dah makan kat sini...
cuma tak pernah terkira...
dua2 tu aku makan jadi rm 3.80...
aku cuma terfikir...
brape agaknya harga segelas milo tarik...
berapa pulak harga sekeping roti telur...
kalau pikir2 agak mahal rasanya...
lagipun aritu makan menda sama...
kat tempat yang sama...
harga rm 2.80 je...
ke dia salah kira...
kalau dia salah kira, maknanya banyak kali la dia salah...
sbb dah banyak kali harga dia rm 3.80...:-)






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Wednesday, January 12, 2011

interlok...


interlok...
entah kenapa aku merasa terpanggil untuk menulis hal ini...
secara jujur, aku bukanlah berpengetahuan tinggi untuk menulis isu ini...
mungkin kerana tindakan goblok sesetengah daripada kita yang membuat aku berkeinginan untuk menulisnya...
jadi biarlah aku tulis dengan paras ilmu dan pengetahuan yang aku ada...
biarpun cetek, ini adalah pendapat dari sudut pandangan aku...

sebenar-benar kenyataannya aku tidak tahu menahu langsung mengenai buku ini sebelum ia menjadi isu...
malah penulisnya, walaupun seorang sasterawan negara, tidak langsung aku kenali...
dan selepas menjadi isu, melalui pembacaan2 aku di laman siber ini, aku tahu serba sedikit mengenai penulis...
betapa dia banyak terlibat dalam kewartawanan, banyak terlibat dalam meredakan kisah2 tegang antara wartawan dan artis termasuk semasa zaman p ramlee dahulu...
dan aku yakin, banyak lagi yang aku tidak ketahui mengenai beliau...
malah mereka2 yang mengenali beliau menyifatkan beliau sebagai seorang yang cukup rendah diri, bercakap dengan nada yang amat disenangi, malah tidak pula pernah menyombong diri dalam mengongsi ilmu...
itu melalui pembacaan aku, kalau tersilap aku mintak maaf...

ok, sekarang kita kembali kepada hal yang sebenarnya yang aku mahu tuliskan...
hal mengenai tindakan mereka2 yang goblok sehingga sanggup membakar buku tersebut...
jika dikaji dalam bentuk atau segi apa sekalipun, membakar buku bukanlah satu tindakan yang bijak...
malah tindakan tersebut tersangatlah bodoh serta menunjukkan tahap intelek si pelakunya...
buku seharusnya dibaca, difahami, dikaji isi kandungnya serta menjadi sumber rujukan ilmu ditahap paling ulung...
maka kerana itu, aku yakin pelaku2 musnah yang membakar buku ini tidak langsung cuba membaca buku ini, memahaminya, apalagi mengkaji tentang susur galur jalan ceritanya...

baiklahh...
biar aku sebutkan di sini tentang apa yang menjadi kemarahan mereka tentang buku ini...
setakat pengetahuan aku, apa yang menjadia kemarahan pada mereka ialah buku ini ada menyebut golongan india di malaysia sebagai pariah...
bagi mereka2 yang belum berpengetahuan, pariah adalah kasta paling rendah dalam masyarakat india, mungkin lebih hina dari hamba...
aku sangat mengetahui bahawa perkataan ini sangat sensitif bagi mereka...
ini kerana semasa sekolah dahulu, seorang rakan pernah dikejar dengan parang hanya kerana memanggil seorang india pariah...
mungkin juga perkataan tersebut tidak sesuai untuk india di malaysia pada hari ini...
tapi apa yang perlu diperhatikan ialah apakah konteks yang disebut dalam buku itu, bagaimana ia diceritakan, malah pada zaman bila keadaan itu diceritakan...
perkataan keling misalnya, ia sudah dikarang tulis dalam buku sejarah melayu, sulalatus sulatis sejak 600 tahun dahulu, dan ia tidak pernah menjadi isu...
tapi, apabila kepala sudah baghal, menyebut saja perkataan itu sudah menjadi kesalahan...

seperti aku katakan tadi, buku seharusnya menjadi sumber rujukan utama...
baca dan fahami ia, kemudian fikirkan sebaiknya apa yang benar, apa yang tidak...
imam al ghazali juga pernah tidak sependapat dengan alfarabi dan ibn sina...
tapi beliau tidak pernah membakar buku2 yang pernah ditulis oleh alfarabi...
gedung keilmuan seharusnya ditambah...
debat keilmuan seperlunya diperbanyakkan agar fikiran bercambah...
kerana itu beliau tidak membakar segala buku yang ditulis oleh alfarabi...
sebaliknya, apa yang dilakukan beliau ialah menulis buku lain mengenai pendapat beliau, malah menyanggah pendapat alfarabi dengan penuh ilmiah melalui bukunya...
maka dengan itu, debat keilmuan menjadi lebih hebat, mencerna minda, malah perbezaan pendapat mereka itu menjadi perbincangan kita hingga ke hari ini...

tapi zaman berubah, sikap manusia juga berubah...
fikiran jangka pendek mereka memusnahkan keilmuan...
tapi dari dulu sehingga sekarang, penyakit bodoh mmg tiada ubatnya...
kerana itu, biarkan saja mereka dengan tindakan mereka...
bak kata seorang kawan, kalau ada 100 orang yang membakar buku itu, aku percaya ada 1000 orang yang teringin membacanya, malah lebih...

dan bagi aku sendiri, aku ingin sekali memiliki buku ini walaupun tingkatan 5 telah jauh aku tinggalkan...:-)

Sunday, January 9, 2011

getah...

getah...
satu bahan busuk yang kadang2 org tak sanggup nak hidu...
malah kalau lalu tepi kilang getah, pasti ramai yang menyumpah seranah...
maklum, baunya saja sudah cukup menyesakkan hidung dan menghentikan nafas...

tapi siapa sangka, kerjaya penoreh getah sekarang cukup lumayan...
begitu menurut berita tv3 yang aku lihat sebentar tadi...
jangan salah faham, aku sudah keluarkan berita tv3 dari senarai berita yang aku boleh percaya...
cuma tadi tertonton semasa menunggu bungkusan makanan yang dibeli...

dari statistik, memang kerjayanya cukup lumayan sekarang...
rm15 lebih untuk 1 kg...
sangat tinggi sebenarnya nilai itu...
malah ketika aku membantu ibubapa mengutip sekerap dahulu, harga paling tinggi pon cuma rm6 sekilogram...
ye, aku berani mengatakan bahawa aku membesar hasil dari getah sekerap...
dengannya juga aku dapat belajar dan menikmati hidup...
walaupun tidak mewah, cukup untuk kami kesemua beradik membesar dan mendapat pendidikan sempurna...

cuma kadang2 aku terfikir...
dalam negara yang penuh komoditi seperti malaysia ini...
dengan harga komoditi yang melonjak naik seperti getah ini...
bagaimana agaknya perbelanjaan negara kita ini boleh berada dalam keadaan defisit...
lebih penting, bagaimana agaknya org di atas sana membelanjakan duit negara...:-)

Saturday, January 8, 2011

musim kerja...

aku masih ingat ketika aku bersekolah rendah, aku tidak sabar utk ke sekolah menengah...
kononnya memakai seluar hijau lebih cool dan hebat berbanding seluar biru...
dan kemudian, selepas bersekolah menengah aku tak sabar2 untuk habis sekolah...
maklum saja, mungkin kerana kongkongan peraturan yang ketat, maka aku mahu segera tamat persekolahan...
apatah lagi aku bersekolah di sekolah asrama penuh, maka serbanya tak boleh, serbinya kena mintak izin...
dan setelah berada di universiti pula, aku tak sabar2 mahu habis kerana mahu bekerja...
kononnya apabila kerja, hidup akan jadi lebih senang, tak seperti di universiti yang makan pun sentiasa bercatu...

tapi, apa yang kita impikan kadang2 tak seindah realiti...
malah aku berani mengatakan ia selalunya tak seindah realiti...
lihat saja, betapa tersiksanya aku di sekolah menengah walaupun pada mulanya itu yang aku mahukan...
dan setelah kerja pula, ianya lebih menyeksakan berbanding belajar...
selepas kerja, segalanya perlu difikirkan...
segalanya terpikul atas bahu kita...
malah aku pernah menganggur hampir setahun ketika berada di kl...
bayangkan setahun tak bekerja, di kl pulak tu...
hidup adalah sesuatu yang azab...
berusaha sedaya mungkin, tapi kadang2 masih tak cukup untuk makan...
makan bukan saja perlu bercatu, malah selalu juga perut terbiar kosong...

apabila difikirkan, tiada gunanya kita terlalu mengimpi masa depan...
kerana ianya belum pasti...
apa yang kita sedang hadapi sekarang adalah pasti, dan ianya satu realiti...
ia mungkin sukar utk kita pada masa ini, tapi masa depan juga tidak menjamin sebarang kesenangan...
apa yang kita buat pada masa ini lah yang akan membawa hidup masa depan yang lebih baik...

jadi hadapilah masa sekarang anda dengan tabah, dan usahalah sedaya mungkin...
bergembiralah dengan setiap saat yang anda ada kerana ia mungkin masa yang paling menyenangkan dalam hidup anda...:-)

Thursday, January 6, 2011

musim hujan...

musim hujan...
kebiasannya akan berlaku pada bula 11 atau 12, terutamanya di halaman asal aku, terengganu...
suatu masa dahulu ketika aku masih kecil, musim hujan adalah sesuatu yang dinanti...
hujan adalah sesuatu yang mengembirakan, sekurang2nya bagi kami yang masih kecil...
berlari dalam hujan, bermain rakit, mandi dari cucuran atap dan bermacam aktiviti yang kami lakukan...
malah pada masa ini lah kedapatan banyak ikan2 dalam, parit, tali air hatta di sawah terbiar di belakang rumah aku...
maka kerja aku sehari2an adalah menangkap ikan menggunakan bakul, kebanyakannya adalah ikan laga...
ikan2 ini kemudiannya akan kami lagakan sesama sendiri, mencari ikan siapa yang paling walaupun akhirnya tiada hadiah untuk pemenang...

terdapat banyak kenangan setiap kali musim hujan menjengah, apatah lagi sekiranya pada masa tersebut aku berada di kampung...
satu darinya ialah aku akan ingat bagaimana setiap kali hujan, maka rumah kami juga akan dicerobohi air...
walaupun berbumbung, ianya tetap bocor menumpahkan air dari lubang2 yang berselerakan...
entah kenapa, dari atap nipah, hinggalah ke atap zink, ia tetap bocor...
mungkin kerana atapnya sudah lama maka ia tak lagi mampu bertahan...
bocornya tidak lagi mampu di tadah dengan baldi atau bekas kerana terlalu banyak...
maka setiap kali hujan kami akan kekurangan tempat tidur...
manakan tidak, sangat sedikit bahagian lantai rumah yang kering...
dan kami akan mencari tempat tidur masing2 apabila malam, mengerekot dalam kesejukan dan cuba mengelak daripada air yang semakin menakung...

kenangan yang sentiasa abadi, aku kehilangan datuk sebelah ibu juga gara2 atap yang bocor...
atas tujuan mengurangkan kebocoran atap, datuk memanjat tangga untuk mencapat bahagian yang tinggi...
dan dengan takdir Tuhan, tangga yang beliau naiki tergelincir, dan terjatuhlah beliau dari tempat tinggi...
bermula dari itu beliau mulai sakit dan tak dapat bangun, sehingga akhirnya membawa beliau kepada nafas yang akhir...
ajal maut memang di tangan Tuhan, tapi bagi aku penyebabnya adalah atap yang bocor...

musim hujan juga bermakna catuan makanan kepada kami semua adik beradik...
dengan harga ikan yang mahal, apatah lagi lauk2 lain, maka lauk bagi kami hanyalah ikan kering kalaupun tidak pekasam ikan yang sudah awal2 dibuat untuk simpanan musim hujan...
mujur juga beras bagi kami tidak susah, kerana kami usahakan sendiri pada musimnya...
sekali sekala aku atau ibu akan membantu jiran sebelah rumah yang mengusahakan perniagaan memproses ayam...
maka sesudah balik kerja, maka dapatlah kami membawa balik hati atau pedal ayam buat kami jadikan lauk...

sekarang, apabila musim hujan menjelma, semua itu akan jadi kenangan yang indah...
bagi aku, tidak semua org akan melalui pengalaman sebegitu...
mungkin ada yang lebih senang, dan mungkin juga ada yang lebih susah...
kenangan masa2 susah, yang membuatkan masa2 senang aku lebih terpelihara dan berhati2...
walaupun sekarang musim hujannya sudah tak menentu, mungkin kerana pengaruh tsunami tempoh hari, aku harap kenangan2 ini akan sentiasa memandu aku ke arah yang benar, walaupun suatu hari nanti aku tidak lagi susah...:-)

Tuesday, January 4, 2011

katakan tidak...

untuk perkara2 yang kita biasa katakan ya...
adalah sangat susah untuk mengatakan tidak...
pada sesetengah masa, mungkin jawapannya adalah ya...
tapi ya itu tidak terguna pakai untuk semua keadaan dan sepanjang masa...
tapi oleh kerana biasanya kita mengatakan ya...
maka untuk mengatakan tidak pada sesetengah keadaan dan juga pada masa2 tertentu adalah sangat sukar...
malah ianya hampir mustahil...

sementelah pula bagi mereka2 yang meminta tidak memahami keadaan dengan sebetulnya...
kerana itu bagi mereka sekiranya ya sekarang, maka sepanjang masa jawapannya akan ya...
dan sekiranya kita mengatakan tidak pada mereka...
sepastinya perkara itu menjadi kesalahan kita yana besar pada mereka...
seolah2 mengatakan ya adalah sesuatu yang wajib bagi perkara tersebut...

susah bukan...???
walaupun jalannya hanya satu...
katakan saja tidak...:-)

Monday, January 3, 2011

1st day school...

hari pertama persekolahan untuk penggal baru...
ada yang happy, ada yang tak suka...
maklum saja, dah kena bangun awal balik untuk ke sekolah...

rasanya semua punya pengalaman hari pertama di sekolah...
menarik untuk di kenang rasanya...

sebelum menjejak kaki ke darjah 1, aku tak pernah ada pendidikan formal...
dengan kata lain aku tak pernah ke tadika...
sedang ada sesetengah daripada kita yang sekolah tadika sampai 3 tahun...
gila penat sekolah, tadika saja dah 3 tahun...
dan semasa aku sepatutnya bertadika, aku tak mampu untuknya...
bukan dari segi kewangan, tapi keadaan fizikal yang tak mengizinkan...
dan cemburulah aku melihat kwn2 berulang alik ke tadika...
terasa kaki nak melangkah sama, tapi apakan daya...
mungkin kerana itu juga aku tak sabar2 nak bersekolah semasa darjah 1...

anehnya, walaupun keadaan fizikal masih sama, aku tetap dihantar ke sekolah...
mujur juga, kalau tidak bodohlah aku seumur hayat...
lebih aneh, walaupun tak bersekolah tadika, aku di tempatkan dalam kelas 1A...
kelas mereka2 yang pandai...
bagaimana mereka menilai aku pandai sedangkan minda aku tak pernah teruji...???
entah, aku sendiri tak tahu...
mungkin kerana campurtangan kroni atau mungkin juga rupa wajah yang comel, maka aku ditempatkan di kelas A...
melihat sesetengah org, ada yang menangis dan ada pula tak boleh berenggang dengan mak ayah...
haru juga melihatnya, sedangkan semuanya dah ada pengalaman di sekolah tadika...
aku juga yang cool, mungkin kerana keinginan yang membuak untuk sekolah yang membuatkan keadaan sekeliling langsung tak mempengaruhi aku...
dan selepas masuk ke kelas, ada juga aku terlihat kelibat mak aku di luar sambil memegang bekas air dan bekalan makanan...
walaupun sebenarnya dia tak perlu berada di situ...
kerana aku boleh menghadapi kelas bersendirian ketika itu...
tidak seperti mereka2 yang tak tahu malu menangis tersedu sedan...
menangissss konoooonnnn...:-)

dan bersekolah lah aku sehingga tamat darjah 6 di sekolah tersebut, sekolah kebangsaan kesom...
walaupun sudah banyak perubahan, sekolah ini masih lagi tersergam seadanya...
dan aku masih lagi melawat sekolah ini setiap kali balik kg...
walaupun tak melintasi ke dalam pagar, cukup sekadar melihat dari luar...
buat bukti bahawa aku masih lagi ingat...
masih lagi menghargai...
dan masih lagi terkenang sekolah ini...
sebagai tempat pertama aku menimba ilmu...
dan ilmu itu, aku junjung dan aku guna sehingga sekarang...

buat semua yang terlibat...
khasnya guru2 yang mengajar aku...
walaupun sudah ramai antaranya bersara...
ramai juga yang sudah menghadap Ilahi...
dan kebanyakan antara mereka sudah aku lupa namanya...
hanya sekalung penghargaan...
segala budi kalian pasti tak terbalas...
bawa saja ke alam sana...
semoga Tuhan membalasnya dengan setimpal...
atas apa saja ilmu yang dicurahkan kepada aku...

semoga segala ilmu yang tercurah, aku gunakan ke jalan kebaikan...:-)

kerja baru...

sebulan dua ni aku jadi sangat sibuk...
dan rasanya dah lama aku tak mengupdate menda2 yang berfaedah kat blog ni...
supaya blog ni tak bersawang, maka aku cuba jugak post apa2 yang patut kat sini...

sebulan dua ni aku jarang2 skali mengadap pc...
kalau hadap pon, tak lama...
sekejap saja...
kalau dulu buleh kata 14 jam aku depan internet nii...

sebenarnya, aku dah ada kerja baru...
jaga kedai makan pulak...
kalau sebelum ni jaga kedai internet je...
apa yang lebih menarik, aku ada sumbangan modal utk kedai baru ni...
walaupun sumbangan aku teramatlah ciput, sekurang2nya ia adalah sesuatu bagi aku...
sebarang idea, walaupun ada tak pernah aku sumbangkan...
sebabnya tak diminta dan tuan punyanye sahaja yang membuat keputusan...

sebenarnya untuk berniaga ni aku kurang keyakinan...
sentiasa takut apa yang aku buat tak jadi...
sentiasa takut rugi dan akhirnya menanggung beban yang tak tergalas...
tapi oleh kerana ada tempat berpaut, maka aku beranikan jugak diri...
sementelah lagi org yang aku pautkan itu punya pengalaman...
jadi untuk menyumbang sedikit modal, aku sanggup walaupun aku terpaksa berhabis...:-)

dan lagi, aku mungkin bukan orang yang berani untuk perkara2 sebegini...
aku jugak tak punya kemahiran2 tertentu buat menampung kehidupan...
tapi kalau org sudah galaskan aku dengan kepercayaan...
apatah lagi kalau diberi tanggungjawab yang sebegini...
aku buat sedaya mungkin...
walau keadaan tak selalunya indah, tetap aku buat demi kepercayaan org...

dan aku harap, apa yang aku usahakan ini berbaloi...
kerana hanya ini yang aku ada...
selebihnya aku hanya ada kudrat...
yang aku rasa semakin mengecil...:-)

azam tahun baru...


azam...
aku pun tak paham...
apsal setiap kali tahun baru org sibuk dengan azam...
apa kaitan tahun baru dengan azam aku tak tahu...
dan sejak bila azam dikaitkan dengan tahun baru pun aku tak tahu...

mungkin jangkamasa setahun adalah penentuukur bagi pencapaian sesetengah org...
maka kerana itu, setiap habis setahun maka akan ada review terhadap pencapaian diri sendiri...
maka akan ada sesetengah org yang akan tidak berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri...
maka dengan itu dia menetapkan sasaran baru untuk dirinya untuk tahun berikutnya... maka secara tak langsung sasaran baru itu akan jadi azam bagi dirinya...
walaupun selepas seminggu tahun baru, sasaran itu hilang entah ke mana...

aku...??
aku dah lama tak berazam setiap kali tahun baru...
pendapat aku, azam untuk setahun terlalu panjang...
malah sasarannya terlalu jauh...
kalau apa yang perlu aku buat untuk bukan depan pun aku boleh lupa...
apa lagi nak mengingat untuk yang setahun...
jadi aku lebih senang buat sasaran jangka pendek...
senang dan mudah...
kalau boleh buat, tercapailah...
kalau tak boleh pun, cuba lagi sampai berjaya...
sasaran paling pendek, 'to do list of the day'...
senang kan...:-)

baru2 ni aku ke melaka dengan family...
masuk satu kedai jual baju, nyonya tu pandang aku...
dia kata aku org baik...
sorry, bukan nak riak atau berlagak...
tapi dia cakap aku org baik...
dia tgk dari hidung katanya...
mungkin jugak sbb dia tgk aku bergurau2 ala2 manja dengan anak buah aku...
dan lagi dia kata tahun 2010 adalah tahun yang baik buat aku...
kalau buat apa pun mesti jdi, kata dia laa...
dia siap bukak buku untuk pastikan aku lahir tahun kambing...
percaya...???
aku percaya semuanya kerja Tuhan...
tapi kalau 2010 tahun terbaik aku...
dan macam gitu aku lalui tahun tersebut...
maka tak tahulaa macamana agaknya tahun 2011 nii...
walaupun bukan tahun yang baik, harap2nya ia bukanlah tahun yang buruk...:-)

Saturday, January 1, 2011

selamat tahun baru 2011...

selamat berpergian 2010...
membawa bersama suka dan duka...
selamat tinggal 2010...
yang tinggal hanya kenangan abadi...
selamat menjauh 2010...
kita takkan bersua lagi...

selamat bertandang 2011...
hadirlah bersama seribu harapan...
selamat datang 2011...
bawalah bersama seribu kerahmatan...
selamat mendekat 2011...
dakaplah erat seluruh kehidupan...
semoga bertemu seluruh keinginan...

*selamat tahun baru buat semua... semoga kehidupan bertambah baik pada 2011...:-)