musim hujan...
kebiasannya akan berlaku pada bula 11 atau 12, terutamanya di halaman asal aku, terengganu...
suatu masa dahulu ketika aku masih kecil, musim hujan adalah sesuatu yang dinanti...
hujan adalah sesuatu yang mengembirakan, sekurang2nya bagi kami yang masih kecil...
berlari dalam hujan, bermain rakit, mandi dari cucuran atap dan bermacam aktiviti yang kami lakukan...
malah pada masa ini lah kedapatan banyak ikan2 dalam, parit, tali air hatta di sawah terbiar di belakang rumah aku...
maka kerja aku sehari2an adalah menangkap ikan menggunakan bakul, kebanyakannya adalah ikan laga...
ikan2 ini kemudiannya akan kami lagakan sesama sendiri, mencari ikan siapa yang paling walaupun akhirnya tiada hadiah untuk pemenang...
terdapat banyak kenangan setiap kali musim hujan menjengah, apatah lagi sekiranya pada masa tersebut aku berada di kampung...
satu darinya ialah aku akan ingat bagaimana setiap kali hujan, maka rumah kami juga akan dicerobohi air...
walaupun berbumbung, ianya tetap bocor menumpahkan air dari lubang2 yang berselerakan...
entah kenapa, dari atap nipah, hinggalah ke atap zink, ia tetap bocor...
mungkin kerana atapnya sudah lama maka ia tak lagi mampu bertahan...
bocornya tidak lagi mampu di tadah dengan baldi atau bekas kerana terlalu banyak...
maka setiap kali hujan kami akan kekurangan tempat tidur...
manakan tidak, sangat sedikit bahagian lantai rumah yang kering...
dan kami akan mencari tempat tidur masing2 apabila malam, mengerekot dalam kesejukan dan cuba mengelak daripada air yang semakin menakung...
kenangan yang sentiasa abadi, aku kehilangan datuk sebelah ibu juga gara2 atap yang bocor...
atas tujuan mengurangkan kebocoran atap, datuk memanjat tangga untuk mencapat bahagian yang tinggi...
dan dengan takdir Tuhan, tangga yang beliau naiki tergelincir, dan terjatuhlah beliau dari tempat tinggi...
bermula dari itu beliau mulai sakit dan tak dapat bangun, sehingga akhirnya membawa beliau kepada nafas yang akhir...
ajal maut memang di tangan Tuhan, tapi bagi aku penyebabnya adalah atap yang bocor...
musim hujan juga bermakna catuan makanan kepada kami semua adik beradik...
dengan harga ikan yang mahal, apatah lagi lauk2 lain, maka lauk bagi kami hanyalah ikan kering kalaupun tidak pekasam ikan yang sudah awal2 dibuat untuk simpanan musim hujan...
mujur juga beras bagi kami tidak susah, kerana kami usahakan sendiri pada musimnya...
sekali sekala aku atau ibu akan membantu jiran sebelah rumah yang mengusahakan perniagaan memproses ayam...
maka sesudah balik kerja, maka dapatlah kami membawa balik hati atau pedal ayam buat kami jadikan lauk...
sekarang, apabila musim hujan menjelma, semua itu akan jadi kenangan yang indah...
bagi aku, tidak semua org akan melalui pengalaman sebegitu...
mungkin ada yang lebih senang, dan mungkin juga ada yang lebih susah...
kenangan masa2 susah, yang membuatkan masa2 senang aku lebih terpelihara dan berhati2...
walaupun sekarang musim hujannya sudah tak menentu, mungkin kerana pengaruh tsunami tempoh hari, aku harap kenangan2 ini akan sentiasa memandu aku ke arah yang benar, walaupun suatu hari nanti aku tidak lagi susah...:-)

Hujan - Sudirman
ReplyDeleteHujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
~~~ Hujan... nikmat kan?
teringat dulu mase kecik-kecik, bila waktu hujan turun, masing-masing duduk dekat anjung sebab nak tadah air hujan kat tapak tangan..
kadang-kadang terus meloncat turun ke laman nak main hujan... mase dulu-dulu,air hujan ni tak berape nak bahaya sebab tak ada asid.. tak macam air hujan zaman sekarang ni, kandungan asid, mangai... tak terkire banyak nya dan jenisnya...
masa main hujan dulu, punye lah nikmat...
sebab tak ade sape pun nak larang...
teringat jugak mase hari hujan waktu kecik-kecik dulu... Bila hujan je, mak akan suruh cabut ubi yang ditanam kat belakang rumah sebab mak nak buat ubi rebus... waktu makan ubi rebus dengan sambal tumis dan ikan kering tu yang paling seronok sebab masing-masing akan berebut nak makan... makan beramai-ramai, mestilah seronok kan...?
Sekarang ni, bila tiba musim hujan, duduk pulak kat kawasan apartmen, hati memang terase menjeruk je nak lalui pengalaman manis macam dulu-dulu tu....
rindu nak bergurau-senda dan bergelak tawa dalam hujan yang mencurah...
rase rindu pulak pada kenangan lalu...
rase rindu nak balik ke sawah bendang yang dah pun menjadi ladang tu...
rase nak pulang semula ke daerah yang usang itu...
entah apa khabarnya daerah itu...
moga semua kenangan yang kita pernah lalui tu, menjadi titik arah kita untuk menjadi seorang manusia yang lebih bersyukur... :)
^_^ ~~~
kenangan...
ReplyDeletewalau manis atau pahit, tetap indah untuk dikenang...
dan tanpa sedar, sebenarnya kenangan itu, yang menjadi pengalaman masa lalu membentuk diri menjadi kita pada hari ini...
walau ke mana kita pergi, kenangan itu pasti kekal...
begitu juga dengan daerah usang yang kita tinggalkan...
sesekali pasti rasa uja menjengah untuk kita melawati semula daerah itu...
dan seterusnya membawa kita melewati kenangan2 lalu...
dan pastinya kenangan2 itu takkan mampu kita ulangi semula walau dibayar dengan harga yang mahal...
simpan saja kenangan itu, singkap ia ketika perlu, dan rasalah kemanisannya dalam sangkar fikir...:-)
:)
ReplyDeleteteerima kasih kerana memahami....