Monday, January 3, 2011

kerja baru...

sebulan dua ni aku jadi sangat sibuk...
dan rasanya dah lama aku tak mengupdate menda2 yang berfaedah kat blog ni...
supaya blog ni tak bersawang, maka aku cuba jugak post apa2 yang patut kat sini...

sebulan dua ni aku jarang2 skali mengadap pc...
kalau hadap pon, tak lama...
sekejap saja...
kalau dulu buleh kata 14 jam aku depan internet nii...

sebenarnya, aku dah ada kerja baru...
jaga kedai makan pulak...
kalau sebelum ni jaga kedai internet je...
apa yang lebih menarik, aku ada sumbangan modal utk kedai baru ni...
walaupun sumbangan aku teramatlah ciput, sekurang2nya ia adalah sesuatu bagi aku...
sebarang idea, walaupun ada tak pernah aku sumbangkan...
sebabnya tak diminta dan tuan punyanye sahaja yang membuat keputusan...

sebenarnya untuk berniaga ni aku kurang keyakinan...
sentiasa takut apa yang aku buat tak jadi...
sentiasa takut rugi dan akhirnya menanggung beban yang tak tergalas...
tapi oleh kerana ada tempat berpaut, maka aku beranikan jugak diri...
sementelah lagi org yang aku pautkan itu punya pengalaman...
jadi untuk menyumbang sedikit modal, aku sanggup walaupun aku terpaksa berhabis...:-)

dan lagi, aku mungkin bukan orang yang berani untuk perkara2 sebegini...
aku jugak tak punya kemahiran2 tertentu buat menampung kehidupan...
tapi kalau org sudah galaskan aku dengan kepercayaan...
apatah lagi kalau diberi tanggungjawab yang sebegini...
aku buat sedaya mungkin...
walau keadaan tak selalunya indah, tetap aku buat demi kepercayaan org...

dan aku harap, apa yang aku usahakan ini berbaloi...
kerana hanya ini yang aku ada...
selebihnya aku hanya ada kudrat...
yang aku rasa semakin mengecil...:-)

4 comments:

  1. Tahniah atas pencapaian diri yang semakin membanggakan,, :)
    Kalau boleh dikongsikan, kat mane kedai makan tu..
    Mana lah tahu, kalau ada kelapangan, boleh kami membantu meningkatkan keuntungan kedai makan tu..
    Itu pun kalau sudi.. :)

    Apa pun, semoga apa yang dijalankan berjalan dengan baik... Good luck!!!

    ReplyDelete
  2. boleh saja untuk berkongsi...
    kedai di square 1, batu pahat, lot kedai bahagian luar...
    sebelah tangga naik ke wayang square 1...
    to be exact, GT14, ground floor, square 1...

    ReplyDelete
  3. owh, square 1...
    Insya-Allah.. Kalau ada kesempatan waktu cuti nanti, kami dan anak-anak akan ke sana.. :)

    thanx for sharing.. ;)

    ReplyDelete
  4. sila lahh...
    jemputlahh datang...:-)

    ReplyDelete