Monday, January 3, 2011

azam tahun baru...


azam...
aku pun tak paham...
apsal setiap kali tahun baru org sibuk dengan azam...
apa kaitan tahun baru dengan azam aku tak tahu...
dan sejak bila azam dikaitkan dengan tahun baru pun aku tak tahu...

mungkin jangkamasa setahun adalah penentuukur bagi pencapaian sesetengah org...
maka kerana itu, setiap habis setahun maka akan ada review terhadap pencapaian diri sendiri...
maka akan ada sesetengah org yang akan tidak berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri...
maka dengan itu dia menetapkan sasaran baru untuk dirinya untuk tahun berikutnya... maka secara tak langsung sasaran baru itu akan jadi azam bagi dirinya...
walaupun selepas seminggu tahun baru, sasaran itu hilang entah ke mana...

aku...??
aku dah lama tak berazam setiap kali tahun baru...
pendapat aku, azam untuk setahun terlalu panjang...
malah sasarannya terlalu jauh...
kalau apa yang perlu aku buat untuk bukan depan pun aku boleh lupa...
apa lagi nak mengingat untuk yang setahun...
jadi aku lebih senang buat sasaran jangka pendek...
senang dan mudah...
kalau boleh buat, tercapailah...
kalau tak boleh pun, cuba lagi sampai berjaya...
sasaran paling pendek, 'to do list of the day'...
senang kan...:-)

baru2 ni aku ke melaka dengan family...
masuk satu kedai jual baju, nyonya tu pandang aku...
dia kata aku org baik...
sorry, bukan nak riak atau berlagak...
tapi dia cakap aku org baik...
dia tgk dari hidung katanya...
mungkin jugak sbb dia tgk aku bergurau2 ala2 manja dengan anak buah aku...
dan lagi dia kata tahun 2010 adalah tahun yang baik buat aku...
kalau buat apa pun mesti jdi, kata dia laa...
dia siap bukak buku untuk pastikan aku lahir tahun kambing...
percaya...???
aku percaya semuanya kerja Tuhan...
tapi kalau 2010 tahun terbaik aku...
dan macam gitu aku lalui tahun tersebut...
maka tak tahulaa macamana agaknya tahun 2011 nii...
walaupun bukan tahun yang baik, harap2nya ia bukanlah tahun yang buruk...:-)

7 comments:

  1. Bila bersemadi warna cinta
    Pudarlah segalanya
    Tiada mentari lagi
    Yang mengiringi perjalanan

    Mestikah bersedih
    Pada hakikat
    Dikurniakan padamu
    Bukankah cita-citamu
    Memperjudikan kasih sayang

    Kita mampu merancang
    Hanya Tuhan menentukan
    Tak perlu dikisahkan...oh

    Kita mampu merancang
    Hanya Tuhan menentukan
    Tak perlu dikisahkan


    Janganlah memburu
    Angin yang berlalu
    Kelak kau terima
    Jawapan yang kecundang
    Pulang saja di mana
    Permulaan langkahmu
    Biar saja angin itu terus berlalu

    Kita mampu merancang
    Hanya Tuhan menentukan
    Tak perlu dikisahkan...oh

    Kita mampu merancang
    Hanya Tuhan menentukan
    Tak perlu dikisahkan

    Janganlah memburu
    Angin yang berlalu
    Kelak kau terima
    Jawapan yang kecundang
    Pulang saja di mana
    Permulaan langkahmu
    Biar saja angin itu terus berlalu
    Oh...

    Wings - Biarkan Berlalu

    ReplyDelete
  2. errr, wings ada lagu ketuhanan erkk...
    haha, tak tau pon...:-)

    ReplyDelete
  3. Rock.. rock jgk. Akhirat jgn lupa.

    Regards.

    ReplyDelete
  4. betuii tuu...
    semuanya akan ke sana...

    ReplyDelete
  5. Azam tahun baru...
    Hmmm,,, bile teringat post ni, teringat seorang kenalan...
    Dia mengajukan soalan, "Apa azam tahun baru kau?"
    dan perbualan pun berlangsung... (yang sebenarnya lebih kepada perdebatan, huhu)

    bagi dia, setiap azam baru untuk tahun baru yang dihajati olehnya adalah untuk jangka masa panjang...
    Macam tahun yang sudah, hajatnya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ph.D terlaksana sudah.. sebagai bonus, dia telah dilamar menjadi isteri orang...
    Dan untuk tahun ni, hajatnya lebih kepada untuk melangsungkan majlis perkahwinannya...
    Katanya: aku nak Eternal Hapiness...
    ringkas tapi padat dengan segala isi yang tersurat dalam jiwa dia...

    Dan bagi dia, setiap hari dia akan memperbaharui azamnya supaya hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya...

    mungkin kita tak nampak dari segi luarannya... tapi buat insan yang berjiwa besar macam kenalan saya tadi tu, bagi dia azam adalah penting... macam makanan rohaniah...

    dan peristiwa tu menjadi iktibar buat saya untuk jadi lebih baik dalam memperbaharui azam dan niat...
    Semoga ini menjadi sumber pengetahuan buat semua... :)

    ReplyDelete
  6. azam dan niat adalah bergantung pada diri masing2...
    sesiapa saja boleh memasang azam dan niat...
    tapi semuanya datang bersama disiplin yang sangat tinggi...
    dan kerana tingginya disiplin yang perlu diharungi, maka tak ramai antara kita yang mampu mencapai azam dan niat yang dipasang...
    maka bersyukurlah org2 seperti si polan itu yang mendapat phd melalui azamnya...
    ternyata dia mampu mendisiplinkan diri dan menempuhi cabaran dalam mencapai cita2nya...
    sekalung tahniah dari saya, walaupun saya langsung tidak mengenalinya...:-)

    ReplyDelete