Monday, December 10, 2012

fokus...

betul kata orang, kalau bisnes ni memang kena fokus betul2... tak boleh nak merileks2... gua dah rasa semua tu sekarang... walaupun gua ni kira masih peringkat permulaan laa, kalau lumba moto tu baru kira kategori novice je... berniaga ni memang susah... lagi susah daripada badul nak buat lawak dlm maharaja lawak mega... mampuihh orang tak gelak... 

semua kene fokus, semua kena sungguh2... yang paling penting, kalau letih pun gua kena buat2 tak letih... kalau nak demam pon gua kena buat2 sihat, berkejar ke sana, berkejar ke sini... kalau gua rasa gua nak tidur, gua kene bangun sebab gua ada keje kena buat... 

 letih, penat, takde masa... tu semua tolak tepi... yang penting skrg gua dah keje untuk diri sendiri... tak lagi keje untuk orang... dulu pun penat, dulu pun letih, masa pun tak berapa ada.. tapi semua untuk orang... insyaAllah kene usaha lebih sikit... kena up sikit2... kita bukan anak orang kaya yang bila bukak kedai semua lengkap... yang bila berniaga, satu dunia tahu... bak kata kawan gua, gua ni bukannya start meniaga dari zero, tapi gua mula dari negetif... nak capai ke tahap zero tu pun dah sakit, apa lagi nak capai yang positifnya... 

apa pun doakan gua suksess... suksess dengan segera, seksess dengan jayanya... gua nak kawin nii...:-)

Wednesday, December 5, 2012

tobat lahomm...

Sumpah pon, gua rasa lama gilakk gua tak menulis kat blog ni... Rasa macam dah terabai sangat dah blog ni... Dulu masa mula2 nak buat semangat kemain, konon at least sehari satu post. Sekarang ni tobat lahoommm gua rasa blog ni dah bersawang. Bersawang pun bersawang laa, janji gua jenguk jugak untuk menulis... Bukan takde ape nak tulis... Bukan takde cerita nak bagitau... Cuma asyik tak jadi je... Fokus ke bisnes ni rupanya bukan mudah... Selalu kita harap lain, jadinya akan lain... Sebab tu kena fokus, sebab tu kena struggle sepenuh hati... Sekian dulu untuk mengubat kerinduan semua... Kah kahh, bajett...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Tuesday, July 24, 2012

Gua sibuk...



Gua sedar dah lama gua tak post kat blog ni. Gua sendiri tak tahu sampai bila blog ni mampu bertahan. Gua rasa blog gua ni bukan ada pembaca pun. Gua cuma menulis apa yang gua mau luahkan. Takde pembaca pun tak mengapalah. Cuma sekarang gua macam sibuk sikit. Keinginan gua nak bukak bisnes sendiri akhirnye tercapai. Tu yang bizi sikit. Tu yang lama senyap. Bisnes kecil-kecilan je. Lu orang boleh la tengok bisnes gua punya blog dengan facebook nanti. Kalau ada kesempatan dan rezeki, lu orang datang lah, support gua yang baru nak meniaga ni...

http://www.facebook.com/heavenbuffet

 http://heavenbuffet.blogspot.com/

Cekidaut...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Saturday, May 26, 2012

pengalam ngeri di cimb....

Hari ini gua mau ceritakan pengalaman ngeri gua semasa gua pergi ke cimb bank lepas semayang jumaat tadi. Ceritanya begini...

Gua pandu kereta agak laju, sebab gua nak pegi beli kerepek yang kawan gua pesan dengan gua nak pegi Rengit cari barang. Gua sampai di cimb Parit Raja dengan jayanya lebih kurang pukul 2.50 ptg...

"Nak bukak akaun semasa..." segera gua order sebaik sampai depan kaunter khidmat pelanggan...

 Lepas check ic gua ada kebolehan biometrik yang power, awek yang rendang tu suruh gua tunggu sekejap. 45 minit kemudian gua dipanggil. Untuk main sign2 saja, borang dia tolong isikan. Selesai dalam masa 5 minit...

"Ambik no kat depan, tunggu kaunter 5 atau 6 panggil..." pesan pakwe dahi ada kesan hitam tu...

Gua pun ke depan, gua dapat no 7020, dan kaunter 6 tengah layan brader no 7019. Kaunter 5 takde pekerja, ntah mana pegi. 30 minit kemudian, giliran no gua di panggil oleh brader kaunter 6...

Zup zap zup zappp... Urusan selesai dalam masa 10 minit. Hari rabu boleh ambik buku cek. Gua keluar dengan senyum sebab gua boleh melupakan hal-hal gua yang lain...

Begitulah pengalaman ngeri gua di cimb Parit Raja pada petang tadi. Semoga jadi iktibar untuk semua terutama pihak bank...
  LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Sunday, May 20, 2012

gumbirer...

Malam tadi lu orang rasa tak hidup dalam ketakutan... 
Malam tadi lu orang rasa tak gundah gulana... 
Malam tadi lu orang rasa tak ngeri yang keterlaluan... 
Malam tadi lu orang rasa tak risau gila babeng...
Malam tadi lu orang rasa tak cemas yang amat sangat...



Gua rasa semua tu malam tadi...







Tapi yang lagi penting, malam tadi gua rasa gumbire akhirnya...
Team gua menang malam tadi weyhhh...
Gua gumbira sampai rasa macam nak kutuk2 je team lain...
Semua team ayam...
Kahh kahhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, May 9, 2012

Bunga raya...

Huhhh, tak sia-sia gua bertani. Tak berapa lama lepas tanam, dah nampak hasilnya. Orang kata berbudi pada tanah tak rugi. Walaupun daun baru 2-3 helai,, bunga raya yang gua tanam tiba-tiba berbunga dah. Agaknya berkat hujan sekejap malam tadi. Semoga terus subur,boleh la gua merasa makan bunga lepas nii... Hehhh...

Daun baru 2-3 helai, bunga dah kembang mekar. Respek betul gua...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Sunday, April 29, 2012

gigih...

Gua seronok betul tengok fb sejak semalam. Gigih betul gua tengok orang2 fb ni post gambar dengan video pasal Bersih 3.0. Yang atas post, yang bawah pun post. Masing2 nak menunjukkan pihak masing2 betul. Memang gitu la selayaknya kalau dah bergelar penyokong...

Cuma pendapat gua, gua rasa fb ni ialah medium yang adil la. Tidak la macam tv atau suratkhabar. At least dengan gambar dan video tu, gua boleh tengok apa yang berlaku, dari kedua2 pihak...

Maka berbalik la kepada apa yang gua kata dalam post sebelum ni. Yang betul tetap betul, dan yang salah tetap lah salah. Biar la gua nilai sendiri, dan kalau lu orang mahu, lu tengok dan nilai jugak sendiri. Jangan bagitahu orang, simpan sendiri2 saja...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Saturday, April 28, 2012

politik Bersih 3.0...

Hari ini gua mahu bercerita mengenai politik. Ye, kalau ada yang belum jelas, maka gua tekankan bahawa post kali ini adalah cerita mengenai politik. Tidak kira samada lu orang kerajaan atau lu orang pembangkang, lu boleh teruskan baca, tapi kalau lu adalah orang yang tak mahu ambil tahu hal politik, elok saja lu orang berhenti baca kat sini saja...

Bagi gua tak boleh tidak, hidup adalah berkait dengan soal politik. Maka tidak boleh tidak, untuk hidup maka gua perlu ambil tahu hal2 politik. Mungkin ramai yang mengaitkan tulisan gua ini dengan Perhimpunan Bersih 3.0. Gua takkan nafikan, kerana perhimpunan ini yang menimbulkan komen2 yang memberi idea kepada gua untuk menulis hal ini. Gua pasti, tulisan gua takkan merangkumi semua yang berlaku, atau semua keterlibatan politik itu. tapi cukuplah kalau gua menulis mengikut kefahaman yang gua miliki melalui pembacaan, pemerhatian dan juga pendapat orang lain.

Dalam berpolitik, satu perkara yang perlu diambil kira ialah kita merasakan bahawa pendapat kita, dan apa yang kita katakan betul. Maka dengan itu, semua orang yang bertentangan pendapat dengan kita secara tak langsung akan menjadi musuh kita. Musuh dalam erti kata sebenar, ataupun hanya musuh berlawan kata. Akan tetapi, untuk diri gua sendiri, gua sangat berharap agar gua tidak menjadi orang yang seperti itu. Gua harap gua akan sentiasa menjadi orang yang separuh cawan kosong, bukannya separuh cawan penuh. Maka suka gua tekankan bahawa walau apa pun pendapat kita, perkara yang benar tetap benar dan perkara yang salah tetap lah salah. Siapa yang menentukan salah atau benar ini, tepuk dada dan tanya lubuk hati anda yang paling dalam, pasti lu orang akan tahu.

Bersih 3.0 baru saja berlangsung petang tadi. Secara jujur gua tidak begitu mengambil tahu akan perkembangan himpunan ini. Malah gua tidur daripada lepas subuh hinggalah ke pukul 3 petang. Cuma melalui pembacaan2 sebelum ini, dapatlah gua mengetahui serba sedikit. 

Gua dapat perhatikan terdapat perbezaan antara Bersih 2.0 dengan yang terbaru ini. Dulu, semasa Bersih 2.0 mahu diadakan, maka hebohlah daripada pihak kerajaan berkata itu dan ini. Semua polis diarah bersiap siaga, amaran demi amaran dikeluarkan dan begitu juga ugutan yang saban hari tersiar dalam tv dan suratkhabar. Tidak cukup dengan itu, maka ada alim agama yang bercakap dengan lunak perihal agama, ketuhanan dan juga hal2 yang haram jika menyertai Bersih. Tanpa sedar, sebenarnya dengan melakukan hal2 sebegini, pihak kerajaan sebenarnya memberi publisiti secara tidak langsung kepada himpunan ini. Makcik pakcik diceruk kampung yang tiada internet akhirnya tahu adanya himpunan ini hanya kerana larangan yang disiarkan ditv1. Maka setelah mengetahui, orang yang mahu menyertai akan tetap turut serta dan orang yang tidak mahu akan tetaplah diam di rumah...

Mungkin mendapat pengajaran daripada himpunan terdahulu, maka untuk Bersih 3.0 ini kerajaan berubah laku. Tiada lagi larangan2 secara langsung, tiada lagi pak menteri yang berkomen itu ini di tv. Kaedah mendiam diri dan buat tak tahu ini terus digunakan hinggalah kepada hari akhir. Cuma kali ini, DBKL dilihat bekerja keras mengekang himpunan ini. Buat pertama kali. sejak 2 minggu lalu DBKL dilihat berkuasa untuk menahan dan menggari orang yang berhimpun dan membawa mereka ke lokap. Seingat pengetahuan gua, sebelum ini hanyalah kerusi meja dan alatan peniaga haram sahaja yang pernah dilokap oleh DBKL...

Satu perkara yang sering dibangkitkan sejak Bersih dilancarkan ialah pengerusinya yang berbangsa India dan pernah menjadi peguam dalam hal memurtadkan orang Islam. Ambiga yang menjadi pengerusi terus diserang dengan hal ini, dan orang2 yang  mengikut himpunan ini adalah orang2 yang menyokong Ambiga. Maka suka gua ingatkan bahawa Bersih tidak menyangkut hal2 keagamaan. Bersih hanya dan hanyalah bertujuan untuk memulih sistem pengundian. Menyokong Ambiga untuk Bersih adalah menyokong pemulihan sistem undian. 8 tuntutan yang diutarakan langsung tidak terusik, termasuk penggunaan dakwat kekal. Kadang2 gua sangat hairan kenapa begitu susah bagi SPR dan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini. Pengerusi SPR pernah mengatakan bahawa tiada sebarang tipu muslihat dalam sistem undian di Malaysia. Mengambil kira kata2 ini adalah benar, maka gua tidak nampak sebarang halangan untuk memenuhi tuntutan yang 8 itu. Penuhi saja tuntutan mereka, guna saja dakwat kekal, kerana undian tidak pernah tipu muslihat, kerajaan pasti akan menang. Tiada apa yang perlu ditakutkan...

Menyalahkan Ambiga kerana menjadi peguam dalam memurtadkan orang Islam samalah mengatakan bahawa Barcelona kalah kepada Chelsea kerana Beckham cedera. Tidak kena pada tempatnya, dan adalah tidak logik. Ambiga itu seorang yang bukan Islam, maka sebagai orang Islam kita seharusnya tahu bahawa orang bukan Islam mahu kita mengikuti agama mereka. Ini bukan rahsia. Soalnya sekarang, kenapa kita membuka ruang untuk mereka memurtadkan orang Islam melalui lunas perundangan. Gua tidak bersetuju tindakan Ambiga memurtadkan orang Islam, tapi apa yang Ambiga lakukan adalah mengikut lunas undang2. Hairan juga, kenapa dalam negara Malaysia yang Islam ini ada undang2 sebegitu. Si geliga mana pula yang meluluskan undang2 sebegitu. Samalah juga seperti marahnya kita apabila Karpal Singh mencabar salah seorang sultan kita. Apa yang dibuat memang kurang ajar, tapi apa yang beliau lakukan kalau diteliti sah dari segi undang2. Bijak pandai mana yang melonggarkan undang2 penghormatan pada raja sehingga ada yang sanggup berkurang ajar. Jika kita yang memberi ruang kepada orang lain untuk memurtadkan dan berkurang ajar dengan kita, siapa lagi yang boleh kita salahkan kecuali diri kita sendiri.

Sebaik mungkin kita perlu memahami diri kita sendiri. Kita juga perlu berfikir, apakah murtad jika kita ikut serta Bersih. Malah bersih itu sendiri disertai oleh bijak pandai agama. Apakah kita ini lebih pandai daripada mereka. Apakah sembahyang kita lebih banyak daripada mereka sehingga mahu mengata mereka murtad. Apakah helaian Quran yang kita baca lebih banyak dari mereka. Apakah kita lebih memahami Quran berbanding mereka. Kalau dibandingkan dengan diri gua, sudah pastilah diri gua yang kalah. Siapa pun peserta Besih ini, mereka tahu apa yang mereka lakukan dan mereka tidak bodoh untuk murtad sebegitu saja. Bagi gua, mereka2 yang memainkan isu murtad ini hanyalah mereka yang ketandusan idea. 

Gua tidak pernah melihat Ambiga menayang rantai salib, tapi ketika menonton bolasepak antarabangsa, seringkali pemainnya menyalib badan setelah menjaring gol. Ada juga rancangan masakan yang mempopularkan apa yang mereka panggil sebagai 'finger cross' dalam rancangan mereka. Bukankah kedua-dua hal ini lebih bahaya dan akan menjadi ikutan anak2 dan orang muda kita. Jika ini menjadi ikutan, gua bimbang secara perbuatan mereka telah pun murtad kerana murtad itu bukan saja melaui lidah, tapi juga melalui perbuatan.

Banyakkan membaca, fikir secara ilmiah. Apa saja yang disuapkan pada lu orang tidak semestinya betul. Dan apa yang lu tak pernah jumpa tak semestinya salah. Orang yang betul itu tidak akan sentiasa betul, dan orang yang pernah salah itu juga boleh berbuat kebaikan. Maka apa saja yang anda buat dan fikir, ia menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya. Semoga apa pun yang kita buat, kita beroleh manfaat daripadanya, sekarang atau pun akan datang.

Akhir sekali gua ingin memohon maaf andai ada yang tersinggung dengan tulisan ini. Ini adalah pendapat gua, dan pendapat gua semata2. Dan untuk mengutarakan pendapat gua, hanya ini ruang yang gua ada. Sekali lagi, maafkan gua...

LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Friday, April 27, 2012

Hujan...

Sampai saja kat Beborak Bistro gua terus duduk. Lama gua duduk, takde pun yang datang nak ambil order. Gua tendang satu kerusi bagi jatuh, baru dorang perasan gua ada kat situ. 2-3 pelayan memandang sama sendiri sebelum datang seorang bertanyakan order gua...

"Carrot susu satu, char kwey tiaw satu" order gua tanpa ragu....

5 minit lepas tu gua sudah dapat gua punya order. Bagus juga kedai ni, walaupun ramai orang, servis laju macam servis kuda pasukan Thailand. Gua makan hidangan gua sesempurna mungkin, penuh kenikmatan tanpa ada tinggal sikit pun kesan. Yang gua tinggal cuma ekor udang, itu pun kerana ekor tu takde isi. Kalau ada gua ratah juga...

Habis je makan, tiba2 angin kuat menderu. Entah apa bahana, tanpa amaran, tanpa tanda tiba2 saja angin menerjah. Bergoyang daun kelapa kat depan kedai. Bidai pun terbuai2 laju. Kain lapik meja ada yang jadi mantel Superman. Gua perhatikan apa yang ada atas kaunter habis terbang termasuk kertas order untuk cashier kira kemudian nanti. Tanpa buang masa, gua terus bangun dan bayar...

"Enam ringgit..." kata brader penjaga kaunter. Tanpa banyak cerita gua bayar, sesen pun gua tak mintak kurang. Bagus betul gua, anak sapa la gua ni...

Masa gua bayar hujan dah mula turun. 4-5 orang brader yang bayar dulu dari gua dah berdiri kat tepi kedai. Masing2 sibuk berlari ke motor ambik helmet, kemudian masuk balik dalam kedai. Adat laa, student memang macam tu. Lagi sayang helmet yang puluh2 ringgit dari moto yang beribu tu. Kalau gua, gua ambik moto bawak masuk dalam kedai, helmet tinggal kat luar pun tak apa...

Tanpa peduli manusia yang tak reti nak menilai tu, gua berjalan ke motor macam takde pape. Hujan renyai gua buat tak tau, lantas gua start enjin. Brader2 helmet tadi gua tengok dah mula berbisik sesama sendiri, semacam mengutuk gua. Gua angkat kening, gua senyum pada mereka sebagai sedekah. Nampak gaya pun macam miskin tu...

Biarlah mereka nak kutuk pun, budak2 mentah mana laa dia tahu gua ada ilmu mengelak hujan. Dan dalam pekat malam, gua mengelak titik2 hujan yang turun untuk sampai ke rumah tanpa basah...

Hehhh...


 LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Thursday, April 26, 2012

Bayern...

Gua cuma mampu ucapkan tahniah pada Bayern Munich, sambil perhati penyokong Real Madrid yang menitik airmata...Kah kahhh... 

##Jumpa 19/5 ni la ye... 

 LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, April 25, 2012

Fan...

Status kawan gua kat fb: "Yang menang Chelsea, yang kalah Barcelona, yang tak puas hati fan Man United..."


Kawan gua la yang kata, bukan gua. Keh kehhh...   LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

UCL...

Seri 2-2 lawan Barcelona. Agregate menang 3-2. Takde la asyik MENANGgung kekalahan je kan. Tahniah...
Tengok bola ni kadang2 boleh jadi emosi tak tentu pasal. Kadang2 boleh jadi kaki tergerak sendiri, konon2 kita duk sepak bola yang dalam tv tu...Kalau dah team selalu kalah je, lagi la kita jadi hangat...


Sepanjang tahun ni, gua rasa segan sungguh jadi penyokong Chelsea. Mudah sangat kalah. Tiba2 malam ni gua jadi bangga. Boleh menang pulak dengan Barcelona. Maka dapat la main kat final, ada la lagi game yang boleh disokong...

Yang gua tak sangka, Chelsea boleh pandang rendah pulak kat Barcelona. Sebabnya:

1) Chelsea main taktik bertahan. Macam tak selera nak jaringkan gol. Bayangkan la, main defensive pun buleh menang, cuba tgk kalau main attacking, mau lagi banyak gol tu.

2) Chelsea main 10 orang je. Pun boleh menang. Cuba main 11 orang, bukan saja menang, malah menang banyak gua rasa. Keh kehhh...

3) Chelsea masukkan Torres yang jarang2 score tu. Pandang rendah sampai macam tu sekali. Hehhh...


##Pape pun tunggu main kat final la. Lawan Real Madrid ke Bayern Munich tak kisah laa kan... LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

BSN...

Ada masa-masanya gua rindu sangat dengan Pak Lah. Ye, Pak Lah bekas perdana menteri tu la. Sebab masa zaman Pak Lah, dia banyak baiki dan upgrade sistem khidmat pelanggan. Banyak tempat yang berubah. Bank, TNB, Pejabat Pos, SSM dan banyak lagi. Masa dia jadi perdana menteri, banyak servis yang jadi cekap, contohnya kalau nak daftar syarikat. Dulu 3 hari baru siap, tapi lepas Pak Lah upgrade, buat pagi, petang dah siap. Menda bukan susah sangat, cuma kerenah je yang banyak. Menda senang pun jadi susah.

Petang tadi gua singgah BSN untuk update buku. Percaya ke tidak, dengan ramai pelanggan macam gitu, ada 1 kaunter je yang buat keje. 2 kaunter takde pekerja, 1 kaunter ada pekerja yang entah duk buat apa pun gua tak tahu, tapi dari mula gua masuk sampai gua keluar, satu pelanggan pun dia tak serve. Gua rasa baik dia duk belakang, buat keje tu kat belakang. Sudahnya untuk tunggu 10 orang customer depan gua, gua kena habiskan 50 minit menunggu. Dan gua guna khidmat kaunter tu tak sampai 30 saat untuk update buku gua. Tabah betul gua tunggu...

Kalau dah orang ramai macam gitu, kena pandai-pandai la untuk cepatkan servis. Tapi tak apa laa kot, itu kan BSN je. Yang guna pun orang kampung. Makcik-makcik, pakcik-pakcik, orang-orang tua yang tak reti nak komplen. Bukannya ada peguam ke, doktor ke yang guna kan. Orang miskin memang berhak dapat layanan macam tu. Lain la kalau orang kaya...


Gua masuk pukul 2.34pm dengan nombor 1166... Patut tak lama sangat, tapi kena tunggu 50 minit baru gua boleh berurusan...

Kalau lu orang perasan, hanya kaunter 1 yang beri khidmat. Kaunter lain yillekk, samada kosong atau buat keje lain, tak hirau pelanggan...

Kesian pakcik sebelah gua. Sampai tertido dia. Tak tau bila la sampai giliran dia, dah la dia sampai lambat dari gua. Nampak buku BSN kat tangan tu??? Sabar ye pokcik...LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Tuesday, April 24, 2012

Wanita...

Tiba-tiba gua rasa dalam hati gua tumbuh taman. Bukan kecik anak punya taman, siap ada pokok redwood lagi. Jadi gua tuju la lagu ni pada wanita yang tahu sape diri dia tu. Semoga moga-moga la kita ye...


LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, April 23, 2012

Jahanam...

Jahanam betul... Blog tiba-tiba tukar layout tanpa amaran dan menimbulkan amarah aku. Dah gua nak kena belajar banyak menda baru. Gua risau sikit belajar menda banyak-banyak ni, takut jadi isim...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

kemajuan...

Gua rasa sejak gua mendiami kawasan parit raja ni, sudah banyak kemajuan yang dialami oleh penduduk sekitar. Sejak 5 tahun terpendam kat sini, gua dapat lihat banyak betul perubahan, terima kasih kepada penduduk UTHM yang banyak membantu ekonomi kat sini.

Bila gua sebut pasal kemajuan, secara tak langsung ia menyangkut kepada siri penjahanaman poket orang-orang sini. Banyak betul kedai baru naik sekarang ni. Kedai yang naik ni pulak jenis yang ada banyak iklan kat tv, yang jenis kalau budak merengek mintak kena bagi pelempang baru reti nak diam. Dah tu esok mintak lagi, pelempang lagi. Kalau dah hari2 nak kena lempang, penat la juga. Nak tak nak, terpaksa la belikan jugak.

Paling awal yang bukak kat sini ialah KFC, yang secara langsung menjahanamkan perniagaan Marrybrown yang dah lama bertapak kat sini. Kesian kawan tu, sampai tutup kedai. Lepas KFC, maka datang lah pulak Mekdonald yang dibuka 24 jam. Bayangkanlah, dulu orang Parit Raja makan burger time malam je. Sekarang 24 jam dah boleh makan burger.

Sekarang le ni, ada pulak anasir terbaru yang datang. Gua ada dengar juga kedai yang ni pun boleh tahan jugak dia punya glamer. Mana2 pakwe Parit Raja gua rasa kena bersedia untuk belanja makwe dia kat sini lepas ni. Tak pun kalau time nak beli jiwa tu, boleh la hala motor tu ke sini. Boleh jadi cair, kalau lambat makan pun mendanya buleh cair jugop...

Ni kedai terbaru yang akan bukak tak lama lagi. Tutti Mutti la semua yee...


##Gua ada perasan CoolBlog pun dah ada bukak belakang Maybank tu. Cilakak, yang ni gua tak sempat nak pantau. Tiba-tiba je bukak. Makin maju la orang Parit Raja ye. Lepas ni banyak la dengar cerita orang Parit Raja kena sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan segala macam lagi. Mana tidaknya, makannya burger, ayam, air manis, aiskrim. Nasib la kan, janji maju...:-) LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Sunday, April 15, 2012

tv1...

Saje je lah gua nak kongsi. Menda ni gua tengok dah lama jadi. Selalu sangat janji lain, tayangnya menda lain. Mentang2 sekarang gua dah tak payah bayar lesen tv, suka2 dia je la nak buat apa. Itu belum lagi yang janji pukul 10, tapi tayang pukul 11. Belum lagi yang janji abis pukul 12, tapi melarat sampai ke pukul 1.30.

Gua pun agak hairan dengan makhluk yang nama tv1 ni. Payah sangat ke nak merancang siaran. Dengar kata dah ada pengalaman 66 tahun, dengan bangga duk tayang logo 66 tu tiap2 hari. Takkan selama 66 tahun bersiaran, sejak belum merdeka lagi pun payah nak plan. Tak belajar dari pengalaman ke. Tv yang setahun jagung pun dah pandai rancang betul2. 66 tahun tu beb, kalau orang kompem dah ada cucu...

Cukup2 la menipu time berita je. Takkan pasal siaran pun nak menipu jugak. Sape lagi yang korang nak kelirukan...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

kadang2...

Kadang-kadang, ada menda lepas yang berlaku yang kita nak lupakan. Kadang-kadang, kita suka ambik menda yang lepas sebagai pengajaran. Kadang-kadang kita taknak ingat apa yang kita buat, apa yang berlaku kat kita masa kita muda dulu...

Tapi kadang-kadang, kita akan rasa kita nak sangat jadi muda semula. Nak sangat...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Saturday, April 14, 2012

manusia...

manusia ni, bila tengah kuat, bila gagah duk kat atas, bukan setakat raja, Tuhan pun dia boleh lupa... tapi kalau dah rasa terancam, rambut seurat pun boleh jadi tempat berpaut... semoga selamat laa ye dengan cara hidup yang macam tuu...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, April 4, 2012

atlit...

Untuk lu orang semua yang tak kenal gua, dulu gua adalah seorang yang sangat atlit... Untuk bukti, gua ceritakan kat bawah ni kenapa gua sangat atlit suatu masa dahulu...

Masa gua sekolah rendah, gua wakil sekolah gua main bola. Berlawan bola dengan sekolah lain bukan kerja yang mudah, sementelah lagi ada sekolah2 yang menggunakan khidmat bomoh sebagai sokongan mereka. Gua sendiri pernah terjumpa limau nipis kat dalam gol gua semasa bermain di tempat lawan, hasilnya team gua menang. Mungkin kerana sampai sekarang kita masih menggunakan khidmat bomoh, tu yang payah sikit team Malaysia nak menang sekarang. Atlitnya gua, gua sampai ke pemilihan wakil negeri untuk bawah 12 tahun. Tapi kerana kerenah birokrasi dan sifat prejudis, gua tersingkir. Jurulatih yang memilih mendakwa muka gua agak cute2 hensem dan tidak sesuai untuk wakil negeri. Celaka...

Atlitnya gua lagi, semasa sekolah rendah gua juga mewakili sekolah dalam permainan badminton, sepak takraw, ping pong dan bola baling. Malah pasukan bola baling kami pernah menerima pelawaan pasukan bola jaring sekolah kami untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Selepas perlawanan, kami menang dan jurulatih bola jaring mempelawa gua untuk menyertai team mereka. Tapi syarat yang dikenakan menyebabkan gua tawar hati, gua kena pakai tudung sepanjang menyertai kejohanan. Apa gila gua yang jantan nak kena pakai tudung...

Kadar keatlitan gua bertambah selepas gua masuk sekolah menengah. Setakat main tarik tali, memang gua guna sebelah tangan je. Sebab gua jadi conduct untuk kawan2 gua. Dalam permainan tarik tali, tukang conduct adalah tugas paling penting, supaya tarikan yang dibuat seirama dan penuh berseni.

Semasa tingkatan 1, gua aktif bermain bola tampar. Bukan takde permainan bola masa tu, tapi disebabkan permainan itu dikuasai oleh orang2 besar, maka gua menahan diri dengan bermain bola tampar. Apatah lagi pada masa tu gelanggang bola tampar yang kami gunakan bersebelahan dengan aspuri, maka gua lebih cenderung ke situ. Tetapi semasa tingkatan 2, gua mula aktif berbolasepak. Gua wakil team bawah 14 hingga ke peringkat daerah. Gua masih ingat gua merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 2 gol. Sebab tu team gua balik awal, ada ke harap ke gua je nak skor. Dan gua, kerana team yang lemah tak terpilih untuk ke pemilihan peringkat negeri. Kalau tak merasa laa gua berlatih dengan Marco Bilic. Ini cuma dapat salam je. Walaupun begitu, aktiviti pembolaan dan pensepaktakrawan gua berterusan hingga tingkatan 5. Masa tingkatan 4, gua wakil team 4 x 100 meter rumah hijau dan walaupun gua cuma berlari2 anak je, gua menang pingat perak disebabkan oleh kawan2 gua yang berdesuuuuuup...

Sampai masuk ke universiti, gua masih lagi atlit walaupun di kalangan kawan2 gua sahaja. Setiap petang gua akan bermain bola ataupun takraw. Gua juga pernah wakil fakulti untuk kejohanan antara fakulti permainan bolasepak. Oleh kerana fakulti gua antara yang sayur, maka yang gua dapat hanya pengalaman. Namun begitu aktiviti2 pengatlitan gua tetap berterusan sehingga lah gua khatam di universiti...

Begitulah hebatnya kisah keatlitan gua. Tapi itu dulu....

Sekarang gua joging 2 kali keliling padang pun dah pancit. Mungkin dah lama gua tak beratlit-atlitan...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Sunday, April 1, 2012

sabar...

Masa gua tingkatan 5, ustazah gua ada cakap sabar itu takde batas. Gua tak paham sangat maksudnya, tapi orang sekarang selalu cakap sabar pun ada batasnya.

Gua pulak cakap, kalau dah lama sangat sabar boleh jadi haru. Boleh makan diri, boleh malatopp. Sabar ni kadang2 boleh buat kita jadi macam bangang je. Macam drama Indonesia, watak baiknya banyak sangat sabar, sampai nampak macam bodoh.

Gua tak pasti nak percaya cakap ustazah ke, cakap orang ke, atau cakap gua sendiri. Dan gua tak tahu nak ikut kata sape...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Friday, March 30, 2012

20,000


Gua bukan tak reti nak bersyukur. Tapi gua bengang betul dengan bank ni. Gua mintak pinjam 50,000, apasal dapat 20,000 saja. Gua punya CCRIS bukan ada masalah pun. Projek gua kurang2 mau makan 40,000. Sekarang lu cakap dengan gua mana gua nak cekau lagi 40,000. Kalau gua ada sedara mara yang kaya tak pe laa. Kalau ada yang keje gomen pun ok, buleh mintak tolong buat pinjaman. Ini semua keje toreh getah. Hamlau punya bank...

Itu hari gua ada dengar orang dapat 250juta untuk projek bela lembu. Rilek2 je dapat juta2. Ada jugak gua dengar sorang mamat ni punya hutang 589juta lupus gitu2 je. Apa sangat laa yang gua mintak 50,000 tu. Tak luak pun...

Hamlau punya bank...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, March 26, 2012

buntang...

Gua merenung skrin komputer dengan mata membuntang. Kiri dan kanan gua hanya berteman sepi. Sesekali ada angin yang menghembus, mengirim rasa sejuk menyelimuti kulit yang nipis. Nun jauh diufuk barat, matahari kian rendah, menyerah diri pada mulut bumi dan dari langit sebelah timur, cahaya kegelapan semakin mendekat. Sebagai tanda, sekejap lagi malam bakal berlabuh, menghalau siang dan kepanasan mentari.

Dan gua, dengan buntang mata dan akal yang kian menumpul, masih tak tahu nak menulis apa...

Keh kehhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, March 21, 2012

kucing...

Sekarang setiap kali gua nak keluar rumah gua betul2 rasa nak marah. Ada satu benda yang sudah buat gua panas hati. Bumbung kereta gua sudah jadi tempat lepak sang kucing. Tiap2 hari gua keluar mesti ada je kucing yang duk melepak, bertenggek kat atas bumbung kereta. Kadang2 dua ekor lagi, apa dia ingat itu katil ke. Halau lari la dia, tapi esok jadi lagi. Yang buat gua panas, kalau nak lepak pun lepak je la. Ini siap dengan kencing lagi atas bumbung kereta gua. Kejadah apa gua nak kena cuci kencing kucing tiap2 hari. Banyak lagi kerja lain gua boleh buat. Siram pokok bunga contohnya...

Gua pening dah nak buat macam mana. Gua langsung takde idea camana tak nak bagi kucing melepak atas kereta gua. Cuma gua ingat gua nak bela anjing la atas bumbung kereta gua. Gua dengar2 cerita kucing takut pada anjing. Biar kena kekah macam gambar bawah ni, baru dia tau. Amacam...?


LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, March 19, 2012

projek...

Setelah gua membuat penelitian yang rapi, gua rasa gua sudah faham bagaimana sesuatu projek dijalankan di dalam negara Malaysia ni. Tak kira la projek bangunan tinggi ke, projek jalanraya ke, projek buat empangan ke, susun cara dan tata kerja untuk projek2 ini adalah lebih kurang sama. Gua bagi contoh projek membesarkan jalanraya dari bandar Baru Pahat ke Parit Raja:


Projek 1
Nama Projek: Buat Jalanraya
Tarikh: 20/03/2004
Kawasan: Batu Pahat - Parit Raja
Kos: RM 50 Juta untuk kerja-kerja:
-Sodok jalan lama, merata dan melebarkan jalan termasuk buat garisan.


Projek 2
Nama Projek: Buat Divider
Tarikh: 12/07/2008
Kawasan: Batu Pahat - Parit Raja
Kos: RM 100 Juta untuk kerja-kerja:
-Sodok balik tengah jalan
-Tar tepi jalan bagi lebar untuk divider tengah dan tepi
-Buat divider.


Projek 3
Nama Projek: Ganti Paip
Tarikh: 15/05/2011
Kawasan: Batu Pahat - Parit Raja
Kos: RM 200 Juta untuk kerja-kerja:
-Buang divider tepi jalan.
-Sodok jalan untuk tanam paip baru.
-Tanam/ganti paip
-Tar jalan baru lepas tanam paip


*Kan ke senang kalau tanam paip dulu. Tak pun buat jalan terus dengan divider ke. Makan sekali cukup laaa. Ni nak makan berkali2, kaya sangat nanti brader...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Tuesday, March 13, 2012

tamat...


Gua dengan ini mengumumkan bahawa gua telah menamatkan khidmat maxis broadband dalam hidup gua. Selepas dari ini, gua tidak lagi akan terseksa dengan servis yang macam jahanam serta bayaran bil yang macam celaka. Semoga tido gua lebih tenang selepas ini. Selamat tinggal berukk...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

selamat...


Gua tak tahu sangat cerita pasal Nadirah ni. Gua cuma dengar gitu2 je. Tengok dalam berita pun gitu2 saja. Maklum la, berita bukanlah salah satu rancangan kegemaran gua. Jadi tak la gua tahu sangat. Kalau ada terbaca pun dekat fb je. Dah lama menghilang, dah lama dicari oleh macam2 pihak. Dan akhirnya bertemulah kita dengan beliau, dalam keadaan beliau telah rentung dalam ladang kelapa sawit. Hilang nyawa ditangan entah siapa, mungkin kerana silap kita yang lambat mencari. Maka, matilah seorang kanak2 atas muka bumi Malaysia yang telah banyak menyaksikan cerita serupa...

Gua cuma nak maklumkan bahawa baru2 ni ada satu kajian telah dibuat yang mana Malaysia ialah negara yang ke-19 paling selamat dalam dunia. Juga negara yang paling selamat dalam seantero Asia Tenggara. Sambil2 gua kata butoh dan disertai oleh caci maki, gua terfikir macamanalah agaknya keadaan negara yang ke-47 paling selamat dalam dunia...

Al-Fatihah buat arwah, semoga dia tenang di sana...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, March 12, 2012

ufo...


Sembang banyak pun tak guna laa. Lu orang percaya tak UFO ni ada. Lu percaya ke tak percaya ke, ni gua dah tangkap sebijik dia punya kapal. Macamana ntah dia boleh menampakkan diri kat situ. Gua syak mereka tumpang wifi kat kedai mamak tu. Gua paham juga, kalau dah terbang lama2 dari kampung halaman, rindu juga nak main pesbuk dengan anak bini kat rumah.

Apa pun gua harap brader makhluk asing ni selamat pergi dan selamat kembali. Pergi dengan harapan, kembali dengan kejayaan. Semoga berjaya melaksanakan misi dengan jaya. Kalau tak berjaya silap2 kena pancung dengan perdana menteri makhluk asing kat planet sana...:-)
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Wednesday, March 7, 2012

UTHM...


Masa gua sarapan pagi tadi, gua tengok ramai betul budak2 UTHM ni makan. Sarapan ramai2, lepas tu cerita2, ketawa kuat2. Nampak ceria betul muka masing2...

Gua teringin nak tanya 1 soalan je. Duit loan PTPTPN korang dah masuk ke... Kehhh...

LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Tuesday, March 6, 2012

terima kasih...




Zaman gua sekolah, gua bukan lah jenis yang pandai sangat. 10 butir cikgu ajar, kadang2 1-2 butir je yang gua dapat tangkap. Sebab gua duk asrama, jadi lompat pagar tu jadi perkara biasa. Tapi sumpah, gua tak pernah lompat pagar sebab beli rokok. Gua lompat sebab bak beki keropok dengan pisang goreng je. Itu pun sebab bak memenuhi keperluan kawan2...

Tapi macamana pun gua dekat sekolah, gua tetap respek sama cikgu. Bukan sekali dua gua kena lempang tanpa sebab, tapi gua tak pernah nak melawan. Tak pernah gua calar kereta cikgu, tak pernah gua simbah cat merah kat pintu bilik warden, tak pernah gua baling batu kat tingkap bilik warden, apatah lagi kat kepala cikgu. Gua rasa, sampai sekarang respek gua pada cikgu cukup tinggi, apatah lagi sekarang ramai kawan2 yang dah jadi cikgu. Err, sebab takde kerja kot, tu yang mereka ambik KPLI...

Sebab tu gua kadang2 cukup bengang kalau dengar ada murid pukul cikgu, ada mak bapak serang cikgu kat sekolah. Bagi gua, kalau sekali lu derhaka kat cikgu, ilmu tak berkat. Lu mungkin boleh jadi kaya dengan ilmu tu, tapi lu bayang la kalau lu bawak ilmu yang tak berkat. Dapat ke redha tu...

Jadi, walau mengajar hanya dengan sebutir huruf, atau hanya dengan secebis pengalaman, gua ucapkan terima kasih pada guru2 gua. Samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

Monday, March 5, 2012

manager...

Pukul 12 tghmalam tadi gua sudah dapat 1 call. Gua sebenarnya tak gemar sangat dapat call tengah2 malam macam gitu. Tak manis kalau orang tua tahu. Tapi bila orang tu cakap call dari England, mata gua terus bulat. Gua tiba2 rasa berdebar2 sampai mencucuk jantung...


Tepat macam yang gua jangka, manager gua kena pecat lagi. Gua dah agak dah hal ni, lagi la semalam kalah dengan team ayam. Bayangkanlah, kalah dengan team ayam, kita nak panggil apa team ni. Takkan nak panggil team dedak. Tobat tak sedap bunyinya...



Ini haa manager yang baru kena pecat tu. Andre Villa-Boas nama dia, atau kalau orang surat khabar malas nak tulis panjang2, dorang letak AVB je. Muda lagi dia ni, baru 34 tahun. Panjang lagi masa depan. Tapi dalam gambar dia, gua tengok dia senyum pun gua pilu. Bayangkan baru handle 38 games dah kena pecat. Kalau gua sendiri pun gua pilu, tapi result takde nak buat camana kan. Lu bukan handle team dedak ni. Ini team singa lidah terjelir, lapar punya singa. Tak caya tengok logo kat atas tu.


Sejarahnya dalam masa 8 tahun ni dah banyak sangat dah manager team gua ni bertukar. Kerusi panas, mana tahan nak duduk lama2. Terbakar bontot mana nak cari spare part. Yang paling lama dalam masa 8 tahun ialah Jose Maurinho. Dia ni memang star la, special one orang panggil dia. Lepas dia semua hancur, semua bungkus. Mula dari avram grant sebagai caretaker, lepas tu lantik Luiz Felipe Scolari. Yang ni jurulatih Brazil masa jadi juara piala dunia tahun 2002, pun bungkus. Lepas dia kena buang lepas 36 game, bagi kat Roy Wilkins untuk 1 game sebagai caretaker sebelum Guus Hiddink datang sampai abis musim 2008/2009. Masuk musim baru, Carlo Ancelotti pulak jadi manager. Ni pun star jugak, dan betapa starnya dia tu sampai dia pun kena buang jugak macam orang lain. Perform la, tapi dah bos tak kenal erti puas, tu yang kena buang. Lepas dia ni kena buang la si AVB ni masuk. Sian, tak habis semusim dah kena kuis jugak. Semua manager star kena pecat, rosak resume bila masuk latih team ni...



Sekarang ni dia ni pulak yang jadi caretaker, sebelum ni penolong kepada AVB. Gua tengok dia punya ketawa tu pun gua dah tahu macam tak lama. Tapi paling tidak sampai abis musim la kot. Masuk manager baru mesti dia nak penolong baru kan, yang serasi dengan dia. Roberto di Matteo ni dulu bekas player jugak. Masa Ruud Gullit jadi manager dulu2 dia ni pemain hebat la. Pernah jugak latih West Brom, team ayam yang kalahkan Chelsea ni semalam. Dengan team ayam pun kena pecat, gua tak tau la dengan team dedak ni macaman nanti. Apa2 pun gua harap team ni mampu bertahan, dan kalau boleh biar la dapat 4 tempat teratas supaya boleh main dalam Champions League...


Kadang2 gua fikir jugak. Manager2 hebat datang dan pergi. Manager2 hebat semua tak jadi latih team ni. Semua surrender, semua pening kepala, semua kena pecat. Mungkin masalahnya bukan manager kot, tapi pemain. Mungkin jugak pemilik yang bermasalah. Apa pun masalahnya, jangan la asyik kalah je. Malu gua sebagai penyokong. Pangkehhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA