Friday, June 25, 2010

mana akhirnya...

bijak pandai pernah berkata...
kita datang tanpa seurat benang...
kita kembali jua tanpa seurat benang...
maka amat benarlahh kata2 tersebut...

sebagai orang yang dah agak berumur...
aku selalu berfikir di mana aku akan berakhir...
bukanlaa aku maksudkan kat mana aku akan mati...
tapi aku sering terpikir, kat mana aku akan settle down...
kat mana aku akan bina kehidupan aku...
kat mana aku akan berkeluarga...
walaupun sekarang aku dah agak nampak kat mana...
tapi still lagi belum muktamad...

betul, aku ada kerja kat sini...
aku dah bina sedikit kehidupan kat sini...
tapi kerja yang aku buat skrg ni sama macam kerja2 terdahulu...
takde satu pun kepastian...
apatah lagi dalam keadaan yang amat tak menyenangkan sekarang...

mmglaa, kita tak boleh la selalu sangat tak berpuas hati...
bersyukur seadanya dengan kurniaan Allah...
tapi sebagai manusia, sudah semestinya kita mahu memperbaiki kehidupan kita...
kadang2 aku berangan bekerja untuk diri sndiri...
buat apa yang aku nak buat...
tapi dari dulu aku rasa aku takde keberanian dan pengetahuan yang cukup...
dan bila macam tu, kebanyakannya aku akan bergantung pada org...
dan bila bergantung pada org, dah tentu kita tak boleh nak ikut kitasepenuhnya...
sampai bila aku nak bergantung pada orang...
dan lagi sampai bila orang nak biarkan aku bergantung pada mereka...
sebab tu kadang2 aku rasa aku ni macam parasit kat badan ikan paus...
ikan paus perlukan parasit untuk kerja/bersihkan badan dia...
tapi parasit tu tetap beban pada ikan paus tu...

entah, aku sndiri pun tak tahu kat mana aku akan berakhir...
selagi tak mula langkah pertama, selagi tu laa aku duk macam ni...
walaupun aku tahu aku akan pergi tanpa seurat benang...
tapi aku tak mahu tinggalkan orang2 yang aku sayang seperti itu juga...

semoga ada kekuatan untuk aku...
dan semoga ada perubahan yang lebih baik dalam kehidupan aku...

No comments:

Post a Comment