Saturday, September 17, 2011

bincang2, angguk2 dan keliru2...

oleh kerana dah nekad buat keputusan, maka usaha pun kena laa digerakkan... maka perbincangan pertama sudah lah dilalui petang tadi...

gedebam gedebung gedebam gedebung duk bincang...

aku sebenarnya bab bincang2 ni tak mahir sangat... seriusnya perbincangan tu kadang2 boleh buat lidah jadi kelu... baik pegi karaoke, walaupun aku menyanyi semua lagu tukar jadi tune sedih, tetap tak kelu lidah...

bincang2, sembang2, cadangan2, angguk2, last sekali jadi keliru2 jugak... sebenarnya tu perkara biasa... berbincang ni teori, maka takde la model sebenar depan mata... itu yang susah nak imaginasi, maka timbullah yang keliru tu... tak banyak pun menda yang dibincang, tapi dalam tak banyak tu pun dah banyak menda yang kena paham...

ok... keputusan aku ni pun sebenarnya masih di tahap suam2 kuku... diri sendiri tak solid lagi ni, pendirian tak kukuh... cuma aku rasa takde cara lain untuk nak ubah keadaan... rela dalam terpaksa pun ada, senyum jugak dalam tangisan... cuma bila aku dah nekad ni, kena jugak buat... determination tu kena laa tinggi... fokus dan komitmen kena sepenuhnya, kalau tak jatuh tersungkur menyembam ke bumi terkambus kepala nanti...

harap2 percubaan ni membawa kejayaan...:-)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

4 comments:

  1. Semoga berjaya.
    Bila dh buat keputusan (nekad pulak tu), berpegang la kepadanya.

    There's light at the end of the tunnel.

    ReplyDelete
  2. at the end, and after the tunnel...:-)

    ReplyDelete
  3. After the tunnel, there'll be winding roads.
    Beware... and be careful.

    ReplyDelete
  4. winding also ok...
    gua boleh main layang2...
    kehh...

    ReplyDelete