Monday, September 19, 2011

marah-marah sabar...

ok... sepatutnya entry ni ditulis dalam keadaan cukup marah... mungkin sama tahapnya marah mak dara pada kassim selamat... atau marahnya hang jebat pada hang tuah kerana setianya yang bengong... kemarahan ini sepatutnya lengkap dengan segala maki hamun, sumpah seranah dan juga kata2 nista hina-dina yang pasti dapat menambahkan berat bahu di sebelah kiri...

oleh kerana itulah maka tajuk entrynya adalah sebegitu... mesti ada tulis sabar di bahagian belakang... supaya diri sentiasa beringat ketika menulis... tidaklah pula aku mahu segala apa yang dah aku tulis kat atas tu berlaku... bukan apa, nanti bergembira pula syaitan2 yang sedia gembira itu bila hal tu berlaku... silap2 aku boleh dengar lagi mereka bertepuk tangan dan bertampar kaki... marah tu marah juga, tapi sabar kena sentiasa ada... maki pun tak guna, menda dah jadi... takde apa yang boleh ubah... apa yang boleh cuma tumpu pada masa depan...

selalunya kerja marah2 ni mmg kerja aku... asal tak kena sikit je mesti nak marah... terlanggar bahu pun kadang2 nak marah... apa lagi kalau ada pemandu jumud yang angkat lampu tinggi datang dari depan... takde tamadun sungguh... agaknya seumur hidup, itu laa kali pertama dia jumpa lampu tinggi...

tapi kalau dalam satu game 3 kali one by one miss memang la patut aku marah... apa gol tu kecik sangat ke sampai susah sangat nak score... kalau 3 tu score, tambah sebijik yang memang dah masuk tu kan boleh menang... apa daa, nasib tahun ni low profile je... kalau tidak teruk kena kutuk... merah telinga... apa pun aku tetap sokong team yang satu tu... dan team yang satu lagi tu, kerana pensejarahan mengenainya yang serba memualkan sepanjang tumbesaran aku, maka tidaklah akan aku sokong sampai bila2, hatta bila menentang sekolah pendidikan khas sekalipun...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

2 comments:

  1. Ceh, yg itu ke?
    Ingatkan nk marah apa.

    Yg itu, tak perlu nk marah sangat. Tunggu bulan Mei tahun dpn la penamat cerita.

    Apa²pun, kesabaran yg dilatih semasa Ramadhan harap boleh dibawa hingga bertemu Ramadhan akan dtg. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. marah tu tak la sgt...
    keputusan yg dijangka tu...
    cuma abb byk open chance miss...
    tu yg geram...:-)

    ReplyDelete