Saturday, September 17, 2011

senang itu susah...

sebenarnya banyak kali terjadi, menda yang kita rasa senang nak buat tu sebenarnya sangat susah untuk kita buat... kita tengok orang lain boleh buat dengan senang, tapi bila kita sndiri nak buat kadang-kadang rasa susah sangat-sangat...

sebenarnya bukan kita tak boleh buat... bukan kita malas sangat nak buat... cuma tu lah, selalu sangat kita bertangguh... tangguhnya bukan sikit-sikit... kalau bas atau kapal terbang yang tangguh macam tu alamatnya ramai la yang tak dapat beraya kat kampung...

tu lah yang jadi kat blog ni sebenarnya... dulu tengok orang buat, aku pun nak buat jugak... konon banyak laa menda nak cerita... menulis hasil terjemahan apa yang kita fikirkan... ada masa aku semangat nak menulis, ada masa malas yang amat, tahap dewa2 punya malas... lagipun menulis blog ni tak laa senang sangat... membaca menda yang dah ada pun orang payah nak buat, apa lagi nak menulis menda yang belum ada... payah kan... idea ada, tapi selalunya bila mula nak menulis, kita sendiri rasa boring dengan gaya cerita tu... kalau kita pun boring baca, apa lagi orang lain ye tak...

sekarang ni bila datang melawat ke blog ni, aku sendiri jadi segan... ibaratnya suami yang meninggalkan isteri laa... dah lama tinggalkan, tiba2 datang balik... dah la datang balik tiba2, nak pulak conteng2, tulis2 atas isteri... kan tak senonoh tu... tapi dah dia isteri kita, tak boleh laa tinggal lama2... sian dia... sebab tu datang jugak menulis ni...

banyak cerita, banyak khabar... cuma cara nak cerita tu tak tahu... mungkin payah sangat nak berlaku jujur... mungkin jugak payah nak mengolah ayat... ayat makwe lagi senang woo dari mengayat blog... kena ada feel... kena ada ketulenan...

cuba dan terus mencuba... semoga bertambah baik...:-)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

2 comments:

  1. Yeah... welcome home.

    Tulen bang? Haha!
    Aku suka tu. Musti ada feel...

    Feel good.

    ReplyDelete