Thursday, September 22, 2011

minum petang...

semalam gua pegi minum petang kat satu kedai... sebenarnya kerja2 minum petang ni jarang jugak gua buat... sebab gua bukan pakcik2, yang kerjanya duk melepak kat kedai minum air, sambil borak2 dan kutuk2 anak muda buang masa tak tentu pasal... gua rasa tak patut betul kalau dorang sembang pasal tu... takkan pakcik2 saja boleh buang masa tak tentu pasal...

gua duduk je orang dah ramai... macam gua cakap tadi laa, ramai pakcik2... ada yang duk isap rokok, ada yang duk isap air... kat atas meja gua tengok banyak lalat... agak gua tu mungkin haiwan peliharaan brader2 kedai ni... gua jenis tak kisah sangat, selagi lalat2 tu tak hurung muka gua macam kat uganda, gua okey je...

"bagi nes tarik, roti jala 3 dengan ceker singgit..." mantap gua order... langsung tak goyang walaupun kat meja sebelah gua ada sorang polis duk minum dengan kawan2 dia yang bukan polis... muka gua control aman je, jangan sampai polis tu tegur... karang tak pasal2 kena soal siasat... kalau dia tahu kereta gua roadtax dah mati camana... sape nak jawab...

tak lama gua dapat order gua... ok, lu orang tahu ceker tu apa... gua syak mesti ramai yang tak tahu, walaupun semua duk angguk kepala... ok, ceker tu maknanya kaki ayam... lu tengok, gua dah lama duk johor, dah tahu bahasa jawa sikit2... gua langsung tak segan nak cakap jawa, walaupun muka gua ada iras2 italy...

"terima kasih bang..." gua tetap berbudi bahasa... lepas brader yang anta order tu blah, gua terfikir dalam hati...

kagum jugak gua, cepat kedai ni serve order... patut laa ramai pakcik2 yang suka lepak2 buang masa tak tentu arah kat sini...

tapi gua lagi kagum dengan brader polis kat meja sebelah gua... walaupun gua syak umur dia dah dekat 50, gua tengok dia steady kurus je... tak buncit macam biasa2 punya polis tua... gua respek lu brader...kehhhh
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

4 comments:

  1. Itu brader polis aa, lu tau ke dia station kat mana?
    Ronda-ronda lebuhraya punya geng tu. Tu psl dia tak boncit.

    Selalu yg boncit ni yg duk kat opis. Sori la gua ckp, tp itu yg gua perati.

    Lu? Lu suda kurus?

    ReplyDelete
  2. gua kena buncit...
    baru ada tenaga mau menulis...
    kehhh...

    ReplyDelete
  3. ha ha ha . si buncit dan si kurus . selamat membuncitkan labu . he he he

    ReplyDelete
  4. gua bukan nak buncitkan labu...
    gua nak buncitkan perut, kasik 1pax...

    ReplyDelete