Saturday, November 12, 2011

respek...

Sejak dua menjak ni gua banyak tengok hoki kat tv. Sekarang tengah ada kejohanan kat johor bahru, tak silap gua kejohanan bawah 21 tahun yang pertama. Banyak jugak team2 hebat yang datang. Australia, Pakistan, India, Korea Selatan dan ada 2-3 team lagi.

Satu benda yang gua nak cakap, gua cukup respek kat budak2 hoki ni, terutama dorang punya stamina. Berlari ke hulu ke hilir sepanjang 70 minit, langsung tak berenti. Apa lagi hoki sekarang dah lain daripada dulu. Permainan cukup pantas, siap ada autoplay lagi. Jadi semuanya kena cepat, dan player tentunya kena cargasss. Beza sungguh dengan budak2 bola yang kebanyakannya ala2 artis. Dari gaya rambut, ke gaya pakaian sampai lah ke gaya bercakap. Bini pun nak artis saje, tapi permainan nak abiskan 1st half pun dah berjelir lidah. Penat sangat konon, padahal bawak badan je. Tak perlu pun bawak kayu bagai...

Kadang2 gua hairan, apasal FAM yang sibuk2 nak hantar player bola main kat luar negara. Paling dorang gian, nak hantar ke england, padahal player main bolanya tak seberapa pun. Gua rasa baiklah pihak PHM yang buat sibuk macam tu. Sebab sepanjang yang gua tengok, budak hoki cukup cantik dia punya skill dan stamina. Gua rasa patut hantar ke negara2 yang hokinya maju, ada liga yang kompetitif. Contohnya hantar ke Australia, Korea ataupun England. Gua rasa PHM tak susah nak cari team untuk budak2 ni, sebab tahap mainan dorang tak beza sangat pun dengan orang luar. Kalau tengok bola tu memang jauh beza la. Macam semut dengan gajah. Pernah jugak gua rasa ada pemain hoki yang main kat luar negara, tak silap gua Chua Boon Huat dengan Maninderjit Singh. Jadi gua rasa untuk nak cari team kelab untuk budak2 ni tak susah, malah gua rasa kelab2 luar pun bukak mata dengan budak2 hoki kita...

Gua cuma bagi pendapat. Untuk FAM pulak tak payah laa sibuk2 lu orang nak antar pegi england. Sebelah mata pun dorang tak pandang skill pemain kita. Kalau lu orang nak antar sangat keluar, antar dulu ke Indonesia ke, Thailand ke, Australia ke, Arab Saudi ke. Tu lagi bagus, lagi senang nak boleh masuk. Baiki dulu apa yang patut, biar kepala tu dapat tune betul nak main bola. Kalau kemaruk sangat pun nak hantar ke Eropah, lu orang cuba2 la hantar ke Barcelona. Sebab setakat yang gua tengok, budak2 sekolah bola Barcelona semuanya boleh adapt dengan team yang dorang masuk. Boleh main dengan team yang dorang join. Sekolah bola dorang lagi bagus daripada sekolah bola di england. Mana tau dorang dapat join Barcelona, lu orang jugak yang dapat nama kan. Tapi pesan gua, jangan harapla dorang nak terima kalau stamina paras pinggang je.

Demikian lah beza FAM dengan PHM bagi gua. Kalau ikut nak kutuk banyak lagi. Tapi cukuplah, cuma gua mintak pada tuan2 yang berkuasa, janganlah jahanamkan sukan hoki kita, sebagaimana lu orang jahanamkan sukan bola kita. Tamat...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

4 comments:

  1. Gua kat skolah dulu suka betul main kat padang.
    Ragbi, hoki, bola sepak, bola baling.
    Mungkin sbb gua suka berlari.
    Tapi sudah nye gua wakil skolah dlm permainan gelanggang.

    Gua rasa sama je la pengurusan sukan skolah dgn pengurusan tertinggi sukan mesia. Mau pilih yg ikut telunjuk, bkn nk pilih player yg berbakat, berfikir dan kreatif.

    Sudahnye? Gua main motorsport la sekarang.

    Eh.. sbnr nye gua nk komen apa ek tadi?

    ReplyDelete
  2. wahh, motosport...
    kencang lu skrg...
    lu main yg bawak sndiri ke yang jenis pakai kawalan tu...haha...

    ReplyDelete
  3. Yang pakai kawalan tu gua tak reti ler.
    Gua bwk yg dua roda dgn yg ada empat tayar tu.
    Yg kena taruk petrol tu.

    Last skang dh jd motosemput.

    Gua rasa sukan memaner pun musti ada grassroot, musti ada kelas utk trainer dan training. Bkn hanya sandar pada bakat semata.

    Kelasss kau Mariah!!!

    ReplyDelete
  4. gua tak suka tgk bila ramai yg nak menyempel bila sukan tu dah menaik...
    mcm lumnba basikal skrg, mcm2 org nak tumpang femes...
    mariah pun marah tuu...:-)

    ReplyDelete