Tup tap tup tap, sekejap sungguh rasanya masa berlalu. Kadang2 gua tak sempat nak nyenyak hari dah siang. Belum sempat gua nak kelip mata, minit dah bertukar. Dan sekarang, dah sampai masa raya haji dah. Sekejap sungguh rasanya, padahal kat johor ni suasana raya aidilfitri pun belum berapa nak abis dia punya suasana. Tapi orang johor memang, beraya diorang memang lama, macam orang hilang akal kadang2 gua tengok. Kehhh...
Jadinya sempena raya haji ni, gua takde lah nak bagi lu orang daging lembu, cuma nak bagi ucapan saja. Ucapannya tak lain tak bukan lah, selamat menyambut aidiladha pada semua muslim yang terbaca blog gua ni. Gua harap lu orang akan sentiasa tenteram dan harmoni kehidupan lu orang, tak kira macamana sekalipun suasana ekonomi kita. Dan kalau lu orang rasa ucapan gua tu boleh buat korban, silakanlah...
Sempena nak raya haji ni, gua cuma teringat suasana gua bergasak dengan lembu belakang rumah gua tahun lepas. Gasak punya gasak, last2 terkorban la lembu di mata pisau tukang sembelih. Bergasak lagi gua uruskan dari awal sampai la ke bab2 tanam dia punya belulang. Kalau dulu tak payah tanam, mesti ada orang yang nak ambik, buat apa2 yang patut. Sekarang mana ada orang nak peduli, busuk la, kotor laa. Sudahnya gua jugak yang gali lubang, kambus rapat2. Itu pun lepas 2-3 hari baru gua setelkan.
Dan gua ingat lagi, lembu yang gua gasak tu ayah gua punya. Korban untuk anak2 dia, dengan 2-3 orang yang masuk bahagian. Dia cuma perhati dari jauh, mungkin tak larat dah nak kerjakan lembu tu. Dan tahun ni dia dah takde, dah balik kepada Tuhannya. Yang tinggal cuma rangka kepala lembu dan tanduk lembu tahun lepas, yang gua sangkut atas pokok depan rumah gua.
Sempena aidiladha, gua doakan ayah gua beroleh ketenangan, semoga segala amalannya diterima, dan semoga Tuhan sentiasa mengasihaninya. Al-Fatihah...

Al Fatihah.
ReplyDeleteSemoga Aidiladha, ibadat haji dan ibadat korban menjadi iktibar buat kita semua.
gua mengiyakan segala kata2 lu tu sambil mengangguk kepala 8 kali...:-)
ReplyDelete