Gua rasa hidup gua sekarang dah tunggang terbalik. Betul2 dah cacamarba. Ini kalau mak gua tahu ni dan2 ni jugak agaknya gua kena kerah balik kampung. Sebab tu dari dulu kalau gua rasa hidup gua serba tak kena, gua mesti tak bagitahu sesiapa. Sebab tu dari dulu gua tak pernah kena kerah balik kampung...
Tidur gua sekarang dah tak serupa orang. Serupa beruang pun tidak. Mungkin dah serupa tenggiling dah. Serupa kelawar pun ye jugak. Malam dah tak reti nak tidur. Mata gua asyik membuntang ke atas, menengok tv, menengok siling. Kadang2 gua sendiri tak faham, apa yang best sangat menengok siling tu nak banding dengan tidur. Cuma tu lah, tidur pun gua rasa tak boleh la nak paksa2...
Gua ingat mungkin gua letih sangat. Sejak2 tolong member gua kat kedai makan ni, badan penat semacam. Dulu kerja2 gini gua biasa buat, takde hal punya. Setakat angkat pinggan 7-8 bijik tu biasa. Setakat makan 3-4 pinggan pun gua biasa jugak. Cuma sekarang bila sekali sekala je buat kerja gitu, tu yang penat semacam tu. Hasilnya, setiap kali lepas subuh baru gua rasa nak tidur. Mula la segala rutin gua berubah. Segala janji, dan kadang2 sms pun gua terjawab lambat sebab tidur punya hal. Jenis tidur mati, macam baru lepas telan panadol 8 bijik...
Malam tadi ni pun gua tak boleh tidur. Habis gua paksa, pun tak boleh pegi jugak dia punya tidur. Nak capai makrifat ketenangan untuk tidur tu tak mampu. Jadi gua ingat pagi ni gua nak pergi sarapan. Kalau dapat bersarap berdua pun ok jugak ni. Kehhh...
Ok ler, sementara menunggu waktu bersarapan, gua rasa nak basuh baju la sekejap. Semangat membasuh dah mari ni. Choww...
Tuesday, November 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul ke kelawar?
ReplyDeleteGua rasa lu lg sesuai jd keluang.
Hahaha!
Jom ler belanja gua roti canai dua keping.
gua tak kisah beb...
ReplyDeletekalau lu mintak belanja kelawar pun gua sanggup...
haha...