Friday, November 11, 2011

sebelas sebelas sebelas...

11/11/11. Lu orang tahu tu apa. Tu tarikh hari ni. Gua sebenarnya agak malas nak ambik tahu, tapi ramai sangat yang menulis kat facebook, jadi gua terpanggil untuk nak komen sikit. Bagi gua tarikh ni bukan apa2. Sekadar satu lagi hari dalam hidup gua yang kadangkala kalam kalibut. Satu lagi penambahan hari pada umur gua. Gua pergi sarapan pun tempat yang biasa2 je hari ni dengan keadaaan yang sedikit istimewa. Tapi macam hari2 biasa, makan tengahari belum tentu ada atau tidak ni.

Itu bagi gua. Bagi lu orang mungkin ada penafsiran yang berbeza. Ada antara lu orang yang anggap tarikh ni penting untuk dikenang. Maka ada la yang buat majlis akad nikah hari ni walaupun kendurinya akan buat tahun depan. Belakang umah gua ni pun dah ada yang setup khemah dari semalam, tutup jalan gua nak lalu. Itu yang paling biasa gua dengar. Kalau tanya gua, gua akan cakap orang yang macam ni malas nak mengingat tarikh. Jadi buat majlis pada tarikh macam ni senang nak ingat. Esok2 bini takde la merajuk sebab lu orang lupa tarikh nikah. Kesian lu orang, keh kehhh. Gua agak budak2 generasi internet pun ada agenda jugak hari ni. Mungkin ada antaranya yang buat majlis sunat hari ni...:-)

Satu benda yang lu orang banyak lupa, 11/11/11 jatuh pada hari jumaat. Lu orang fikir tarikh tu je hebat. Lu orang tak sedar, hari tu pun hebat jugak. Dah lama lu orang jumpa hari tu, tapi jarang lu orang hargai. Sibuk sangat lu orang dengan tarikh dalam kalendar yang orang bukan Islam buat sampaikan ada yang terlupa pada hari yang Islam agung2kan. Penghulu segala hari tu, takde pulak cakap 11/11/11 tu penghulu segala tarikh. Tapi biasa la, dari kita lahir lagi kita dah guna kalendar tu, jadi mustahil juga kita nak ingat hari yang kita tak agungkan sejak lahir. Semua sudah terpengaruh pada minda separa sedarnya walaupun ramai yang taknak mengaku.

Bagi gua, tarikh itu akan berlalu. Dan sepertimana tarikh2 lain, ia takkan kita jumpa lagi dalam hidup ni. Tapi hari tu, kita kena manfaatkan seboleh mungkin. Gua cuma cakap, sebab selalunya gua juga alpa. Mungkin itu fitrah gua sebagai manusia, tapi selagi gua boleh bagi nasihat dan pendapat yang baik, gua akan bagi. Terserah pada lu orang untuk menilai dan menentukan lu orang punya langkah. Khalasss...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

2 comments:

  1. Apa-apapun, semoga sesiapa yg menikah pd hari itu diberkati perkahwinan mereka hingga akhir hayat. Bkn kerana tarikh tu, tetapi kerana mereka sudah mendirikan masjid.

    Bagus tu nikah. Lu bila lagi?

    Haha! Gua tau lu slalu dgr soklan tu.

    Tp entri lu kali ni, gua setuju. Tak perlu nk ada tarikh Masihi yg cun la kononnya nk nikah. Lu org tau ke Awal Muharram bila? Lg elok kalu nk nikah hari tu.

    Lu mmg brader... Tabiksss!

    ReplyDelete
  2. awal muharam tak lama lagi dah...
    skrg gua tgh praktis doa akhir tahun dgn awal tahun...
    gua rasa ramai yg lupa nak baca doa nanti...:-)

    ReplyDelete