Thursday, October 8, 2009

cerita raya 3...

seperti tahun2 yang sudah, raya aku tidaklah seberapa...
hanyalah biasa2 saja...
malah tahun ni aku rasa meriahnya semakin kurang...

seperti biasa juga, hidangan nasi kunyit@pulut kuning adalah hidangan wajib pada pagi raya...
aku tak tahu sejak bila, tapi setiap kali raya, mesti ada...
tahun ni tambah sesuatu yang baru...
kakak aku sponsor satay pulak...
jadi seronoklaa sikit untuk membaham di pagi raya...
kuih2 lain dah aku sediakan lebih awal...
maksudnya aku dah beli laa, bukan aku buat...
teringat masa kecik2 dulu...
satu2nya kuih yang tak pernah miss kami buat adalah kuih siput...
tiap2 tahun mesti buat...
tapi dah lama tak buat sendiri sebab masing2 dah sibuk...
jadi beli je laa semua...
janji kalau orang datang ada kuih...
bukannya meja kosong...

tahun ni aku sempat gi semayang raya...
awal2 lagi kau dah pegi sebab aku taknak jadi macam tahun lepas...
tahun lepas punyalaa lawak...
dengan yakin aku pandu kereta ke masjid...
sampai kat masjid aku tengok orang dah ramai...
tengah tadah tangan doa pulak tuu...
parking, jalan tuju ke masjid, tiba2 aku dengar imam start khutbah...
alaaa, cilakak sungguh...
orang dah sudah semayang rupanya...
jadi terpaksalaa aku buat u turn, tuju ke kereta, blah ke rumahh...
kah kahhh...
abiss kantoi, bukan setakat aku...
adik aku, abang aku dengan mak aku pon kantoi sama...
tu laa, sape suh ikut aku...
tau dah aku penat sebab banyak ngecat...
tapi tahun alhamdulillah, sempat pegi...

abis semayang raya, raya aku pon turut sama abis...
secara tradisi, adala 2-3 rumah yang aku satu family akan pegi lawat...
lepas tu balik umah, lepak jee, tengok tv sambil tunggu orang datang...
tapi tak ramai laa, malah member2 aku jarang datang rumah aku...
teingat dulu2 masa nenek aku ada, ramai gak sedara mara yang datang...
skarang dah tak datang lagi laa, sebab nenek pon dah lama takde...

raya kedua lagi best...
lepak umah, makan, tengok tv, tido...
bangun, makan lagi, tengok tv lagi, tido lagi...
hampeh...
nak keluar malas gila...
lagipun aku tahu, mesti jam teruk...
so aku pilih nak bersenang lenang kat umah je laa...
lagipun takde tempat sangat yang aku nak pegi...

cuma raya ke 3 je aku gi umah member sekolah...
dia buat makan2, dapatlaa jumpa member2 yang dah lama tak jumpa...
satu hal jumpa member ni ada yang best, ada jugak yang tak syok...
best tu biasalaa, dapat jumpa, sembang2, gelak2, ketawa2...
tapi yang tak syoknya bila masing2 datang dah bawak anak isteri...
setakat bawak je takpelaa...
ni sibuk tanya aku bila lagi...
ni yang lomah nii...
soalan terlalu subjektif...
takde a,b,c...
payah wehh nak jawab soalan macam ni...
apa yang aku mampu buat, senyum je laa...
tapi pikir2 mungkin ada sebab aku masih macam nii...
ni semua kerja Tuhan, kalau Dia taknak bagi lagi adalaa sebabnya tuu...
mungkin aku masih lagi belum sedia, bukan kecik tanggungjawab tu kann...
mungkin jugak aku masih perlu memperbaiki diri...
mungkin jugak usaha aku belum cukup...
mungkin jugak Tuhan nak aku betul2 berbakti pada orang tua aku dulu...
ataupun mungkin umur aku pendek, dan Tuhan taknak aku meninggalkan balu dan anak yatim nanti...
ntah, aku tak tahu...
macam aku kata, semua ditangan Tuhan Yang Esa...
berusaha, berdoa dan bertawakal je laa yang aku mampu...

dan begitulaa berakhirnya raya aku...
takde yang istimewa, takde yang mengujakan...
seperti tahun2 lepas, ia hanyalah satu hari untuk berkumpul dengan semua family...
tapi mujurlahh ada hari raya...
dapat juga berkumpul dengan adik beradik yang lain...
kalau tak memang ssh nak jumpa...
masing2 kerja jauh, so ini laa saja harinya yang aku boleh jumpa dengan mereka semua...

tahun depan raya akan datang lagi...
tapi takde sape pun yang pasti dia akan dapat beraya lagi ke tak...
dan apa yang kita boleh buat hanyalah menjalani kehidupan seperti biasa...
semoga masih ada kesempatan untuk merayakan raya...
dan semoga masih ada kesempatan untuk bersama semua keluarga...
sekali lagi...

1 comment:

  1. Hye.
    Macam keluhan hati
    Luahan jiwa seorang anak Adam
    Yang menanggung kesepian yang amat mendalam sahaja. Bait-bait yang terungkai bagai ada menjelaskan bahawa awak sedang menanggung rindu pada seseorang saja?

    Mungkin... Tiada yang boleh menduga hati awak melainkan Dia yang satu,Tuhan. Tapi,
    benarkah??

    Jika ianya sesuatu yang benar,
    tentu insan itu adalah insan yang punya jiwa yang murni bukan? Sehingga rindu itu sering membawa awak ke lembah kesepian, dan mengheret awak untuk lebih lama memilih siapa insan yang lebih layak bergelar isteri.

    Buat insan seperti awak, tentu banyak kisah di sebalik hidup yang susah dan takkan mungkin untuk awak ceritakan pada sesiapa.
    Benarkah seperti yang saya jangka kan ini???

    Mungkin telahan hati ini tidak menepati dengan apa yang telah berlaku dalam hidup awak.
    Maaf jika saya tersilap membuat andaian.
    Siapalah saya untuk mengetahui sesuatu yang di luar pengetahuan saya.

    Apa pun, carilah kebahagiaan yang hakiki di Dunia yang sementara ini, sementara awak masih ada waktu untuk mencarinya.
    Semoga awak dapat memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik untuk diri awak.

    Salam Rantau dari seorang Sahabat.

    ReplyDelete